Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Positif Terhadap Kritikan

5 posters

Go down

Positif Terhadap Kritikan Empty Positif Terhadap Kritikan

Post  Jeck Sparow Wed Dec 16, 2009 11:35 pm

Bergelar seorang manusia, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada dikritik, dicaci dan dihina. Sedangkan Allah yang Maha Pencipta, Maha Hebat, Maha Pengasih pun dicerca orang yang tidak berakal, inikan pula kita manusia.

Kala meniti kehidupan, kita selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas daripada kritikan yang sinis, pedas dan menyakitkan. Dan tidak mustahil diri kita dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri. Ingatlah, orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh. Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci atas kebaikan, ilmu, harta dan kejayaan kita. Kita mungkin mendahului mereka dalam apa jua perkara.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Katakanlah kepada mereka (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.” (Surah ali-‘Imran [003], ayat 119)

“….Dan mereka tidak mencela (Allah dan Rasul-Nya), kecuali karena Allah dan Rasul-Nya telah melimpahkan karunia-Nya kepada mereka. Maka jika mereka bertobat, itu adalah lebih baik bagi mereka, dan jika mereka berpaling, niscaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pelindung dan tidak (pula) penolong di muka bumi.” (Surah at-Taubah [009], ayat 74)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Apakah tidak menarik hatimu bagaimana Tuhan menghindarkan daripadaku caci maki dan kutukan orang Quraisy? Mereka mencaci maki dan mengutuk orang yang tercela, sedangkan aku orang yang terpuji.” (Hadis riwayat Bukhari)

Daripada hadis di atas, dapat kita fahami ada dua sifat yang bertentangan iaitu :

1. yang terpuji (mahmudah) dan
2. yang tercela (mazmudah).
Rasulullah SAW adalah manusia yang terpuji. Meskipun ditentang, dimusuhi, mula-mula dengan kata-kata, kemudian dengan makian, penghinaan, ancaman dan akhirnya pembunuhan namun baginda tidak pernah membalas kejahatan tersebut. Baginda tidak pernah marah dan bertindak keras bahkan bersikap tenang dan tidak pernah berputus asa. Nama baginda mencerminkan akhlak baginda yang sekaligus melontar kembali setiap tohmahan dan keburukan yang dilemparkan kepada yang mengutuk itu sendiri iaitu musuh-musuh baginda sama ada dari kaum kafir atau pun dari kalangan kaum munafiqin hingga akhirnya mereka melihat kebenaran yang dibawa baginda dan memeluk Islam.

Bukankah Allah SWT telah memberi peringatan kepada Rasulullah SAW tentang betapa manusia akan lari dan menjauhkan diri sekiranya baginda bersikap keras dan kasar. Sedangkan melalui kasih sayang, hati yang keras menjadi lembut dan cair untuk menerima kebenaran.

Jadi, berwaspadalah terhadap kritikan dan cemuhan. Kuatkan jiwa untuk mendengar apa yang mereka katakan. Jika hati kita terasa terusik, ini bererti kita membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita. Cara terbaik yang boleh kita lakukan ialah dengan terus menunjukkan akhlak yang baik. Usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita. Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Positif Terhadap Kritikan Empty Re: Positif Terhadap Kritikan

Post  Deto_8 Wed Dec 16, 2009 11:38 pm

Jeck Sparow wrote:
Kala meniti kehidupan, kita selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas daripada kritikan yang sinis, pedas dan menyakitkan. Dan tidak mustahil diri kita dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri. Ingatlah, orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh. Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci atas kebaikan, ilmu, harta dan kejayaan kita. Kita mungkin mendahului mereka dalam apa jua perkara.

dalam membina kejayaan PCC ni banyak kejian, cacian & kata perli kawan terima....solutionnya perenggan ni kawan jadikan azimat...ambil dari buku La Tahzan
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Positif Terhadap Kritikan Empty Re: Positif Terhadap Kritikan

Post  koy101 Wed Dec 16, 2009 11:42 pm

Lantak ler aper org nak kritik..... ok hapa.... ramai gak org yg sayang kat ngko tuh Deto.. tu yg asyik cari salah.... supaya ngko leh betulkan......

Yg ngko kena elakkan... biler ada org puji...... hahaha..... nanti kembang sangat lubang idung tuh.... mudah kena penyakit.... hehehe..... Razz Razz Razz
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Positif Terhadap Kritikan Empty Re: Positif Terhadap Kritikan

Post  Deto_8 Wed Dec 16, 2009 11:44 pm

betullah tu...kengkadang kritikan tu kita biarkan aje...tak yah ambil port sangat...kalau dilayan nanti akal kita rendah sama cam dorang tu
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Positif Terhadap Kritikan Empty Re: Positif Terhadap Kritikan

Post  Cronical_Narnia Wed Dec 16, 2009 11:55 pm

Kalau Mendengar Kritikan Tu masuk Telinga Kanan Kluar Telinga Kiri Kalau Baca Kritikan Tu baca sekali imbas jer sudoh... Very Happy
Cronical_Narnia
Cronical_Narnia

Posts : 29
Points : 31
Join date : 02/12/2009
Location : Bumi Tuhan

Back to top Go down

Positif Terhadap Kritikan Empty Re: Positif Terhadap Kritikan

Post  koy101 Wed Dec 16, 2009 11:57 pm

Cronical_Narnia wrote:Kalau Mendengar Kritikan Tu masuk Telinga Kanan Kluar Telinga Kiri Kalau Baca Kritikan Tu baca sekali imbas jer sudoh... Very Happy


kurang setuju la sis...... biler org kritik... kita kena dengor..... mesti ader hok xpueh ati tuh..... jadi ader ler idea nak betulkan......

kalu ader yg puji, hah!! tu yg kena masuk telinga kanan kuar trus tuh.... hehehe.... kang banyak ngat puji kang.... jadi besor kepala tuh....
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Positif Terhadap Kritikan Empty Re: Positif Terhadap Kritikan

Post  Cronical_Narnia Wed Dec 16, 2009 11:59 pm

Lain Dahulu Lain Sekarang
Lain Padang Lain Pulak Belalangnye
Tu La Lain Orang Lain La Caranyer..
Kawan lets it be malas nak panjang citer... Very Happy
Cronical_Narnia
Cronical_Narnia

Posts : 29
Points : 31
Join date : 02/12/2009
Location : Bumi Tuhan

Back to top Go down

Positif Terhadap Kritikan Empty Re: Positif Terhadap Kritikan

Post  Jeck Sparow Thu Dec 17, 2009 3:28 pm

Deto_8 wrote:

dalam membina kejayaan PCC ni banyak kejian, cacian & kata perli kawan terima....solutionnya perenggan ni kawan jadikan azimat...ambil dari buku La Tahzan

Walau apa cacian walau apa kejian tapi koi ucapkan tahniah buat oak dan admint yang lain kerana hasil usaha oakme semua berjaya melahirkan Forum yang amat menarik ni
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Positif Terhadap Kritikan Empty Re: Positif Terhadap Kritikan

Post  strikerbuncit Thu Dec 17, 2009 3:32 pm

Support 100% Admin & CEO Deto..
Setiap kejayaan hadir bersama-sama dgn kritikan
Agar dirimu sentiasa gagah melawan arus
Memang pembenci akan wujud
Tetapi ia akan menjadikan dirimu..
Lebih berharga dan tak ternilai....


Crying or Very sad - study - cheers
strikerbuncit
strikerbuncit
Ahli Dewan Undangan Negeri

Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford

Back to top Go down

Positif Terhadap Kritikan Empty Re: Positif Terhadap Kritikan

Post  Deto_8 Thu Dec 17, 2009 3:34 pm

wah, terharu lah pulak...

thanks...
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Positif Terhadap Kritikan Empty Re: Positif Terhadap Kritikan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum