Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Operasi pindah gajah
3 posters
Page 1 of 1
Operasi pindah gajah
Kakitangan Unit Tangkapan Gajah Kuala Gandah mengawasi tiga ekor gajah liar untuk dipindahkan di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut, baru-baru ini. - utusan/Haris Fadilah Ahmad
JERANTUT 11 Dis. - Konflik antara manusia dan haiwan khususnya gajah bukanlah perkara baru. Kejadian terbaru gajah liar 'naik minyak' di Kuala Keniam, Taman Negara Kuala Tahan dekat sini pada 17 November lalu, nyaris mencederakan dua pekerja warga Bangladesh.
Dalam kejadian tersebut, binatang terbabit bukan sahaja memusnahkan tanaman, tetapi juga merosakkan beberapa buah calet sebelum beredar masuk semula ke dalam hutan berhampiran.
Menurut laman sesawang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), punca utama konflik antara manusia dan haiwan antara lain disebabkan kemusnahan habitat, pembahagian habitat, pembalakan, pemburuan haram dan pembangunan tidak terancang yang tidak mengambil kira kehadiran hidupan liar di kawasan berkenaan.
Berdasarkan maklumat tersebut, konflik hidupan liar boleh didefinisikan sebagai kelakuan atau tindakan spesies hidupan liar yang boleh menyebabkan kematian, kecederaan, kerosakan harta benda, kemusnahan tanaman pertanian, kematian haiwan ternakan dan menimbulkan rasa ketakutan atas keselamatan orang ramai.
Dalam konteks ini, hidupan liar yang dimaksudkan ialah spesies yang tersenarai di dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76, tahun 1972.
Terdapat 17 spesies hidupan liar yang disifatkan menimbulkan konflik dengan manusia antaranya kera, gajah, harimau, musang, babi hutan, ular, beruk, lotong, burung, buaya, beruang, kelawar, tenggiling dan kucing batu.
Menurut laman sesawang berkenaan, konflik manusia dengan haiwan iaitu kera, gajah dan harimau merupakan yang paling serius sejak lima tahun kebelakangan ini.
Di kawasan bandar besar iaitu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, spesies musang mula menunjukkan peningkatan dari segi aduan konfliknya.
Dalam konteks gajah, program tangkapan gajah yang menimbulkan konflik dengan manusia telah dilaksanakan oleh beberapa Unit Tangkapan Gajah Perhilitan yang telah diwujudkan di Negeri Perak, Kelantan dan Terengganu.
Negeri Pahang dan Johor pula sudah mewujudkan Unit Tangkapan Gajah apabila gajah yang bermasalah ditangkap dan operasi memindahkan mereka dijalankan oleh unit berkenaan yang bertempat di Kuala Gandah, Lanchang.
Baru-baru ini, konflik gangguan 'gajah tunggal' yang merosakkan tanaman kelapa sawit dan kontan di kawasan perumahan penduduk Felda Kota Gelanggi Dua dan Sungai Tekam Utara telah berjaya ditangani oleh Jabatan Perhilitan menerusi operasi penangkapan dan pemindahan yang dilakukan oleh Unit Tangkapan Gajah Kuala Gandah, Lanchang.
Ketangkasan dan pengalaman luas anggota unit itu berjaya menyelamatkan haiwan berkenaan tanpa sebarang kecederaan daripada reaksi di luar jangka manusia.
Seramai 20 anggota unit berkenaan mengendalikan kerja mencabar itu dan dapat menyempurnakan tugasan mereka dengan baik.
Gajah tunggal atau dalam bahasa saintifiknya, Elephas Maximus dilaporkan sejak tiga bulan lalu telah beberapa kali menceroboh ke ladang kelapa sawit dan kawasan perumahan penduduk di dua buah tanah rancangan itu untuk mendapatkan makanan.
Menurut Pengarah Perhilitan Pahang, Khairiah Mohd. Shariff, gajah berkenaan berjaya ditangkap oleh anggota Perhilitan dengan kerjasama penduduk adalah antara spesies ketiga dalam dua operasi berbeza yang membabitkan pemindahan ke tempat lain.
''Kehadiran dan kegiatan gajah tunggal ini telah dipantau lebih sebulan oleh anggota Perhilitan.
''Kita membuat keputusan melaksanakan operasi tangkapan dan pemindahan berikutan kekerapan haiwan itu masuk ke kawasan perumahan dikhuatiri mengancam keselamatan manusia," katanya di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini baru-baru ini.
Menurut Khairiah lagi, tahun ini, Perhilitan menerima kira-kira 200 aduan mengenai gangguan gajah liar di seluruh negeri ini dan pemindahan kali ini adalah membabitkan gajah tunggal ketiga.
Beliau berkata, haiwan itu dipindahkan dan akan ditempatkan di Pusat Konservasi Gajah Sungai Ketia, di Hutan Simpan Taman Negara Kenyir Terengganu.
Jelasnya, operasi itu disaksikan ramai penduduk dan ia secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat mengetahui peranan Perhilitan dalam usaha memulihara hidupan liar yang merupakan antara khazanah negara dan perlu dipertahankan untuk keseimbangan alam dan tatapan generasi akan datang.
Sementara itu, Ketua Unit Gajah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Jabatan Perhilitan Kuala Gandah Lanchang, Nasharuddin Othman berkata, seramai 20 anggota unit berkenaan terlibat dalam operasi penangkapan dan pemindahan itu.
Gajah tunggal jantan seberat dua tan itu, jelasnya, berusia antara 15 dan 20 tahun telah terpisah daripada kumpulan asal di hutan berdekatan.
''Haiwan itu berkemungkinan telah menukar tabiatnya tidak lagi masuk semula ke hutan disebabkan selesa di sesebuah kawasan yang diceroboh berikutan mudah memperoleh makanan dan tanpa persaingan spesiesnya," katanya.
Nasharuddin yang berpengalaman luas dalam kerja penangkapan dan pemindahan gajah menjelaskan, operasi berkenaan merupakan kali ke-32 di seluruh negara tahun ini, manakala di Pahang adalah yang kedua.
''Sepanjang November tahun ini sebanyak tiga ekor gajah dipindahkan keluar dari negeri ini ke pusat konservasi di tempat lain, berbanding 15 ekor yang dipindahkan sebelum ini," katanya.
Katanya, trend gangguan gajah liar di negeri ini sentiasa berubah-ubah berasaskan senario dan keselesaan haiwan berkenaan di samping kedudukan dan habitat asalnya dengan tempat baru.
Tambah beliau, daerah Temerloh, Bera dan kawasan Chini antara lokasi yang sehingga kini masih lagi dilaporkan banyak menerima gangguan haiwan liar berkenaan.
along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Re: Operasi pindah gajah
zulkbo wrote:kesian gajah-gajah ni
nak kena mengalah jer dengan
pembangunan..
nak wat camner bang....
depa xder wakil rakyat....
atau duit juta-juta dlm bank nak suap kat org politik....
terima jer la nasib......
p/s : kawasan tuh bukan kira Taman Negara ker??? Abis.. bende hok yg tinggal kat sana nanti??? Ayam itik???
Similar topics
» ibrahim gajah @ berahim gajah
» Operasi Basmi Tikus
» Jerantut :: Ketakutan penduduk berakhir, gajah tunggal dipindah
» Operasi JPN Kuantan terjejas, paip utama pecah
» TOK GAJAH-Pahlawan Melayu Pahang
» Operasi Basmi Tikus
» Jerantut :: Ketakutan penduduk berakhir, gajah tunggal dipindah
» Operasi JPN Kuantan terjejas, paip utama pecah
» TOK GAJAH-Pahlawan Melayu Pahang
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum