Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Rumah wanita bujang musnah dijilat api
+3
koy101
MD
along
7 posters
Page 1 of 1
Rumah wanita bujang musnah dijilat api
HAMIDAH Alias berdiri di atas tapak rumahnya yang musnah dalam kebakaran di Perumahan Awam Kos Rendah Jerantut Feri, Jerantut, semalam.
JERANTUT 2 Dis. - Seorang wanita yang masih bujang hilang tempat tinggal apabila rumah papan miliknya musnah dalam kebakaran di Perumahan Awam Kos Rendah Jerantut Feri, di sini hari ini.
Kejadian pada pukul 7.20 pagi itu berlaku ketika Hamidah Alias, 48, keluar bekerja di sebuah kilang berdekatan kawasan perumahan tersebut.
Mangsa yang tinggal berseorangan di rumah itu memberitahu, dia dimaklumkan oleh jirannya tentang kebakaran itu dan bergegas pulang untuk menyelamatkan harta bendanya.
Bagaimanapun, katanya, dia gagal untuk menyelamatkan barangan rumahnya kerana api marak begitu pantas.
"Saya berterima kasih kepada jiran yang bertungkus-lumus memadamkan api. Pada masa yang sama, saya turut bersyukur kerana tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.
Sementara itu, jirannya, Yunah Ismail, 60, berkata, dia tidak menyangka bunyi bising di luar rumahnya merupakan suara penduduk yang membantu memadamkan api di rumah Hamidah.
"Jeritan kuat jiran menyebabkan saya keluar untuk melihat apa yang berlaku," katanya.
Warga emas itu memberitahu, api marak dengan pantas menjilat keseluruhan rumah papan berkenaan sebelum sebuah jentera bomba dan penyelamat tiba.
Dalam pada itu, Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Roslan Abu Talib berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.24 pagi dan tiba di tempat kejadian bersama dua jentera dan 11 anggota.
"Sebaik sahaja sampai, kami dapati rumah papan berusia hampir 20 tahun itu hangus dan kami berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah bersebelahan," katanya.
Menurut Roslan, pihaknya sedang menyiasat punca kebakaran dan kerugian yang dialami mangsa.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak yang melawat tempat kejadian berkata, pihaknya bersimpati dengan musibah yang menimpa mangsa dan berharap wanita itu tabah menerima dugaan.
Wan Amizan yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata, mangsa akan diberi bantuan segera daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 dan juga daripada tabung Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebanyak RM500.
"Kita juga akan membuat laporan kepada kerajaan negeri untuk memohon bantuan sebanyak RM5,000 menerusi tabung bencana alam negeri dengan segera untuk memulihkan kembali kehidupan mangsa," katanya.
along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Re: Rumah wanita bujang musnah dijilat api
MD tu brita umah tebakar sebelah umah makandak...
nama makandak pun ada dalam brita tu...
nama makandak pun ada dalam brita tu...
along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Re: Rumah wanita bujang musnah dijilat api
kena melawat ni...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Rumah wanita bujang musnah dijilat api
MD wrote:kena melawat ni...
moh kita balik kmpung melawat makandak..
along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Re: Rumah wanita bujang musnah dijilat api
MD wrote:kena melawat ni...
molek mat tuh.... leh bg skali sikit kain baju hok yg dah kumpul utk projek senderut....
Re: Rumah wanita bujang musnah dijilat api
Berita yang di war-warkan Pihak SUK Pahang akan mengantikan rumah baru utk mereka yang terlibat difahamkan 2 unit rumah yang terlibat.
**Janganlah pulok lepas nei ada pihak lain yang membakar sewenang2nya rumah mereka disebabkan ingankan rumah baru hehehehe
**Janganlah pulok lepas nei ada pihak lain yang membakar sewenang2nya rumah mereka disebabkan ingankan rumah baru hehehehe
Re: Rumah wanita bujang musnah dijilat api
Yassin wrote:Berita yang di war-warkan Pihak SUK Pahang akan mengantikan rumah baru utk mereka yang terlibat difahamkan 2 unit rumah yang terlibat.
**Janganlah pulok lepas nei ada pihak lain yang membakar sewenang2nya rumah mereka disebabkan ingankan rumah baru hehehehe
memang maru kalau ada hak gitu hehehee
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Rumah wanita bujang musnah dijilat api
zulkbo wrote:simpati lah dari koi
keian..nasib baik
tak de pa per..
perumahan disini diperbuat dari kayu...memang cepatlah dengan api...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Rumah wanita bujang musnah dijilat api
MD wrote:zulkbo wrote:simpati lah dari koi
keian..nasib baik
tak de pa per..
perumahan disini diperbuat dari kayu...memang cepatlah dengan api...
tak silap keh blakang dari perumahan nie ada satu perumahan baru..
mkin mangsa dapat umah baru tu kot...
along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Re: Rumah wanita bujang musnah dijilat api
along wrote:MD wrote:zulkbo wrote:simpati lah dari koi
keian..nasib baik
tak de pa per..
perumahan disini diperbuat dari kayu...memang cepatlah dengan api...
tak silap keh blakang dari perumahan nie ada satu perumahan baru..
mkin mangsa dapat umah baru tu kot...
diorang maen api ker????xpatut....tp kawan simpati la...shak jgn jual lilin byak sgat...
zaki- Posts : 23
Points : 23
Join date : 18/11/2009
Re: Rumah wanita bujang musnah dijilat api
zaki wrote:along wrote:MD wrote:zulkbo wrote:simpati lah dari koi
keian..nasib baik
tak de pa per..
perumahan disini diperbuat dari kayu...memang cepatlah dengan api...
tak silap keh blakang dari perumahan nie ada satu perumahan baru..
mkin mangsa dapat umah baru tu kot...
diorang maen api ker????xpatut....tp kawan simpati la...shak jgn jual lilin byak sgat...
mkin sbp litar pintas kot...
dalam brita tu ckp mangsa sdang bekerja dan tiada di rumah...
along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Re: Rumah wanita bujang musnah dijilat api
Mimpi dikejar hantu
JERANTUT: “Saya tidak menyangka mimpi dikejar hantu sehingga mengganggu tidur malam tadi (kelmarin) petanda rumah yang didiami sejak 20 tahun lalu akan musnah dalam kebakaran awal pagi ini,” kata pekerja kilang, Hamidah Alias, 48, ketika ditemui, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, rumah Hamidah di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Jerantut Feri di sini hangus termasuk perabot, perkakas elektrik dan pakaian mengakibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM50,000.
Menurut Hamidah, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana keluar bekerja di sebuah kilang memproses susu getah berhampiran sebelum bergegas pulang apabila dimaklumkan kediamannya terbakar.
“Hancur luluh hati saya apabila melihat rumah hangus dan tiada satu pun barangan dapat diselamatkan.
“Jiran memberitahu mereka cuba menyelamatkan rumah saya tetapi gagal berikutan api terlalu marak sebelum dipadamkan anggota bomba,” katanya.
Dia berkata, api turut menyambar dapur rumah jirannya, Yunah Ismal, 60, tetapi kebakaran itu sempat dipadamkan pasukan bomba sebelum ia merebak.
Sementara itu, Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Roslan Talib, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.24 pagi dan dua jentera bersama 11 anggota bergegas ke tempat kejadian.
“Namun, apabila kami sampai rumah berkenaan sudah musnah sama sekali kerana strukturnya diperbuat daripada kayu, selain usianya lebih 20 tahun.
“Apapun, kami dapat menyelamat sebuah rumah berhampiran daripada hangus selepas disambar api,” katanya.
Beliau berkata, punca kebakaran masih disiasat dan tidak menolak kemungkinan ia disebabkan litar pintas.
Keperitan Hamidah mendapat perhatian apabila Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Rakyat, Lembaga Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar (LKWLB), Abdullah Embong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak datang melawatnya.
Menurut Abdullah, beliau akan membantu Hamidah mendapatkan peruntukan membina rumah baru menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, manakala Wan Amizan pula akan menyelaras bantuan segera daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah, selain Tabung Bencana Alam Negeri.

along wrote:MD wrote:kena melawat ni...
moh kita balik kmpung melawat makandak..
along..nnt kim slm assalamualaikum kat makndak
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: Rumah wanita bujang musnah dijilat api
lepat_ubi wrote:along wrote:MD wrote:kena melawat ni...
moh kita balik kmpung melawat makandak..
along..nnt kim slm assalamualaikum kat makndak
insyallah...
along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Re: Rumah wanita bujang musnah dijilat api
along wrote:lepat_ubi wrote:along wrote:MD wrote:kena melawat ni...
moh kita balik kmpung melawat makandak..
along..nnt kim slm assalamualaikum kat makndak
insyallah...
bagitau ar satu kmpg...
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: Rumah wanita bujang musnah dijilat api
lepat_ubi wrote:along wrote:lepat_ubi wrote:along wrote:MD wrote:kena melawat ni...
moh kita balik kmpung melawat makandak..
along..nnt kim slm assalamualaikum kat makndak
insyallah...
bagitau ar satu kmpg...
bapok la ramainya org kat kampung tu..
mampus keh nak smpaikan slm aok kat smua org...
along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Re: Rumah wanita bujang musnah dijilat api
along wrote:lepat_ubi wrote:along wrote:lepat_ubi wrote:along wrote:MD wrote:kena melawat ni...
moh kita balik kmpung melawat makandak..
along..nnt kim slm assalamualaikum kat makndak
insyallah...
bagitau ar satu kmpg...
bapok la ramainya org kat kampung tu..
mampus keh nak smpaikan slm aok kat smua org...
ngape la beku ngat aok ni...
aok mesti pg kenduri ujung minggu ni kan?
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: Rumah wanita bujang musnah dijilat api
lepat_ubi wrote:along wrote:lepat_ubi wrote:along wrote:lepat_ubi wrote:along wrote:MD wrote:kena melawat ni...
moh kita balik kmpung melawat makandak..
along..nnt kim slm assalamualaikum kat makndak
insyallah...
bagitau ar satu kmpg...
bapok la ramainya org kat kampung tu..
mampus keh nak smpaikan slm aok kat smua org...
ngape la beku ngat aok ni...
aok mesti pg kenduri ujung minggu ni kan?
pg mkn pastu balik...
along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Re: Rumah wanita bujang musnah dijilat api
along wrote:lepat_ubi wrote:along wrote:lepat_ubi wrote:along wrote:lepat_ubi wrote:along wrote:MD wrote:kena melawat ni...
moh kita balik kmpung melawat makandak..
along..nnt kim slm assalamualaikum kat makndak
insyallah...
bagitau ar satu kmpg...
bapok la ramainya org kat kampung tu..
mampus keh nak smpaikan slm aok kat smua org...
ngape la beku ngat aok ni...
aok mesti pg kenduri ujung minggu ni kan?
pg mkn pastu balik...
amal kan selalu...pas mkn blk...ikut aok la weh...
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Similar topics
» 19 KEISTIMEWAAN WANITA & 6 JENIS WANITA MALANG
» Nama Kampung@Tempat Unik Terdapat Di Pahang
» Nak Jual Rumah
» Tips Membeli Rumah
» Pahang tuan rumah edisi Sukma ke-14
» Nama Kampung@Tempat Unik Terdapat Di Pahang
» Nak Jual Rumah
» Tips Membeli Rumah
» Pahang tuan rumah edisi Sukma ke-14
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum