Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
PSIKOLOGI PERKAHWINAN
2 posters
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 1 of 1
PSIKOLOGI PERKAHWINAN
KELOLA EMOSI
(Petua rumah tangga harmoni)
SALAH SATU PETUA KEJAYAAN SUAMI ISTERI MEMPERTAHANKAN KEHARMONIAN RUMAH TANGGA ADALAH KERANA KEMAMPUAN MEREKA MENGATUR EMOSI.SEBAB, KAWALAN EMOSI YANG LEMAH PASTINYA AKAN MENYEBABKAN MASALAH RUMAH TANGGA YANG BERTERUSAN KERANA IA BERKAITAN DENGAN SIKAP SESEORANG.TENTUNYA SANGAT SUKAR DIUBAH.
JALIN KOMUNIKASI
Pasangan suami isteri disarankan selalu berterus terang dan mengelak memendam perasaan dalam jangka masa yang lama. Sekiranya ada sikap atau perkataan yang diluahkan pasangan membuatkan anda tersinggung atau marah maka luahkan dengan cara lembut dengan pasangan.Jaga intonasi anda ketika bersuara dan jangan menggunakan kata-kata kasar pasti ianya tidak akan berkesudahan dengan baik.
BERIKAN RUANG
Marah adalah reaksi normal seseorang yang sedang tidak dapat berkompromi. Maka disini pentingnya kepekaan setiap pasangan untuk melihat keadaan pasangannya yang sedang mengalami amarah ini.Berikan ruang kepadanya untuk menilai diri dan juga meredakan perasaan marahnya.Dalam pada itu, tempatkan diri anda untuk menjadi pendengar kepada masalahnya.Tanyakan apa yang membuatkan dirinya tidak puas hati dan sebagainya.Carilah jalan penyelesaian terbaik untuk perkara ini.Namun jangan sesekali menjadi 'hakim' yang memberikan keputusan atas tindakannya.Ia akan mengeruhkan lagi suasana.
HARGAI PERBEZAAN
Perbezaan suami isteri akan jadi perkara yang menyempurnakan sebuah perhubungan.Namun sebenarnya untuk menyatukan perbezaan yang ada antara suami isteri bukanlah mudah.Selalunya perbezaan inilah yang menimbulkan masalah, rasa tidak puas hati malah makan hati.Namun kalau sekiranya pasangan dapat menghargai perbezaan tersebut, maka perselisihan tentu saja mampu diminimumkan.Belajarlah tentang apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh pasangan.Pelajari jugalah sikapnya walaupun ia tidak menyenangkan anda.
BELAJAR BERKOMPROMI
Cubalah untuk menyelesaikan setiap masalah dengan segera. Jangan bertangguh kerana ia boleh menyebabkan masalah makin serius.Jangan bermasam muka atau memendam perasaan terlalu lama kerana hati akan semakin sakit.Jangan mengelak diri jika pasangan mengajak berbincang.Duduklah berbincang dengan hati yang tenang.Sekali lagi, ketika ini jaga emosi dan juga nada suara anda.
JANGAN LIBATKAN ORANG TUA DAN ANAK-ANAK
Sekiranya berlaku pertengkaran antara suami isteri, jangan alihkan kemarahan anda kepada anak-anak atau orang tua.Elakkan juga membiarkan anak-anak menjadi saksi pertengkaran anda suami isteri kerana ia boleh mempengaruhi emosi anak-anak.Selain itu, melibatkan orang tua dalam masalah rumah tangga yang anda hadapi hanya akan menyebabkan situasi bertambah keruh. Terutama, jika mereka memberi nasihat yang salah buat anak-anaknya.Ibu bapa mungkin lebih dulu makan garam tapi masalah yang dihadapi setiap pasangan suami isteri itu berbeza. Oleh itu berusahalah untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan cara anda sendiri.
[sumber dari:majalah mingguan WANITA Bil 1359]

sakur@86- Tok Empat
- Posts : 673
Points : 708
Join date : 24/07/2009
Age : 37
Location : Bera
Re: PSIKOLOGI PERKAHWINAN
Good info sakur@
he he..
**tajuk thread kalau boleh jangan semua dalam huruf besar..TQVM
he he..
**tajuk thread kalau boleh jangan semua dalam huruf besar..TQVM
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum