Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Ibadah Korban
5 posters
:: SEMBANG UMUM :: ISLAMIC TALK
Page 1 of 1
Ibadah Korban
Sempena hari raya korban yang nak menjelang
dua hari lagi koi nak kongsi ngan aok me...
Bagi yang sudah biasa dengan ibadah haji dan korban, mungkin tiada kemusykilan. Namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan ibadah korban ini sudah tentunya banyak kemusykilan dan persoalan yang bermain di dalam hati. Berikut terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan.
Menunaikan haji ke Mekah bagi yang berkemampuan adalah ibadat yang terkandung dalam Rukun Islam dan mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah.
Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 10 Zulhijjah juga disebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Bagi yang tidak mengerjakan haji sudah tentu sibuk dengan persiapan melaksanakan niat korban yang diraikan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Re: Ibadah Korban
Umur haiwan korban dikelaskan begini:
1. Unta – berumur antara lima hingga enam tahun.
2. Lembu, kerbau atau kambing – berumur antara dua hingga tiga tahun.
3. Biri-biri – berumur antara setahun hingga dua tahun atau yang berumur melebihi enam bulan tetapi sudah bersalin gigi hadapan.

Jenis haiwan yang boleh dijadikan korban pula ialah haiwan al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina yang tidak cacat. Cacat yang dimaksudkan termasuklah:
1. Tiada atau terpotong telinga atau lidah atau ekor walaupun sedikit;
2. Buta sebelah mata atau kedua-duanya;
3. Gila atau berpenyakit;
4. Berkudis walaupun sedikit;
5. Tersangat kurus atau terlalu tempang; dan
6. Yang bunting atau yang baru melahirkan anak.

Daging korban pula terbahagi kepada dua iaitu korban wajib atau nazar, dan korban sunat. Daging korban wajib atau nazar wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut.
Bagi korban sunat pula, sunat hukumnya bagi orang yang empunya korban itu memakan sebahagian daripada daging tersebut.
Dalam berkorban juga terdapat beberapa pantang larang yang telah digariskan dalam syariat, iaitu:
1. Haram menyedekahkan daging korban kepada orang kafir.
2. Orang yang melaksanakan korban atau warisnya tidak boleh menjual daging, kulit, bulu atau mana-mana bahagian haiwan korban tersebut.
3. Haram menjadikan kulit dan daging haiwan korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan dengan jalan sedekah atau hadiah.
4. Sisa tulang yang telah dimasak atau dimakan hendaklah ditanam. Elak dibiarkan bersepah sehingga dimakan haiwan lain seperti kucing atau anjing. Ini adalah satu adab dalam pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Jika tidak disengajakan, maka tidak berdosa.
5. Jika telah bernazar untuk korban haiwan yang sudah ada kecacatan, maka wajar dilaksanakannya.
Semoga dengan panduan ini dapatlah kita sama-sama menjadikan ibadah korban sebagai amalan tahunan kita.

ye...insya allah...semoga ibadah korban diterima allah...
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: Ibadah Korban
Koi mmg x leh tgk org sembelih lembu ni..nampak airmata lembu tu meleleh..aduh sayunya mmg x sanggup nak nengok..koi tolong potong n makan daging jela..
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
labu sayong- Tok Empat
- Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4
Re: Ibadah Korban
Qurban Tenaga itu-SEDEQAH, Qurban Masa itu-FISABILILLAH, Qurban Harta itu-BERZAKAT, dan Qurban Nyawa itu -JIHAD...Salam Idul Adha...
Re: Ibadah Korban
labu sayong wrote:
mane aok nyer?jd pemrhati bebas ke?...
pertama koi jadi cameraman
kedua koi dah pasang niat syaratnyalah...
hat lain sema orang membuatnya
koi kena lembu garang..elok turun lori jer
lembu ngamuk la sket..tu yang jauh jer
ngambik gambo..hu hu hu
Re: Ibadah Korban
biasalah bila dah buat korban tu
maka adalah sket masakan juadah
menjamu orang kira kendurilah
sekor lembu biasa ada 7 bahagian
kat alor setar ni satu lembu boleh korban
dan aqiqah sekali..yang penting niat kita
jadi koi adalah 2 bahagian yang satu korban
kita hadiah@sedekah mentah kat jiran ,tetamu
umah kita yang aqiqah semanya buat masak
dan dijamu makan....
yang ni biasa dah..sup gearbox..
berlemak weh..koi tak berani makn byk..
hu hu hu

sekawah ni daging aqiqah kebiasaannya
orang buat masakan yang manis-manis
salah satunya masakan ni lah..koi
rasa masak kicap kut..koi tukang ngacau
jer ..mak andih koi tukang boh ramuannya
hu hu hu
selebihnya ada diorang membuat masak kurma
dan daging bakar..tak sempat nak masuk sini...
mana yang koi tolong masak koi sempat snap la gambonyer...

kalu dlm cite Pramlee tu die kasi bau je..aok ni kasi tgk gambo je..huhu...
labu sayong- Tok Empat
- Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4
Re: Ibadah Korban
labu sayong wrote:kalu dlm cite Pramlee tu die kasi bau je..aok ni kasi tgk gambo je..huhu...
minat p.ramlee ropernya
aok ni yek?..hu hu hu
nanti koi pos ke aok la
masakan ni..he he he
:: SEMBANG UMUM :: ISLAMIC TALK
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum