Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
KITA ORANG MELAYU.
3 posters
Page 1 of 1
KITA ORANG MELAYU.
KITA ORANG MELAYU
Dari Puisi dari Dato' Usman Awang:
Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya, bersulam jenaka Budi bahasanya, tidak terkira Kurang ajarnya, tetap bersantun Bila mengampu, bijak beralas tangan Melayu itu berani jika bersalah, Kecut takut kerana benar, Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut, Biar mati adat Jangan mati anak, Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya, Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Aceh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani semua Melayu, Mamak dan Malbari serap ke Melayu, Malah Mualaf bertakrif Melayu. Dalam sejarahnya,Melayu itu pengembara lautan, Melorongkan jalur sejarah zaman, Begitu luas daerah sempadan, Sayangnya kini segala kehilangan. Melayu itu kaya falsafahnya, Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Malangnya Melayu itu kuat bersorak, Terlalu ghairah pesta temasya, Sedangkan kampung telah tergadai, Sawah sejalur tinggal sejengkal, Tanah sebidang mudah terjual, Meski telah memiliki telaga Tangan, masih memegang tali Sedang orang mencapai timba Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi Walaupun sudah mengenal Universiti Masih berdagang di rumah sendiri, Berkelahi cara Melayu, menikam dengan pantun, Menyanggah dengan senyum, Marahnya dengan diam Merendah bukan menyembah Meninggi bukan melonjak. Watak Melayu menolak permusuhan, Setia dan sabar tiada sempadan Tapi jika marah tak nampak telinga Musuh dicari ke lubang cacing, Tak dapat tanduk telinga dijinjing Maruah dan agama dihina jangan, Hebat amuknya tak kenal lawan, Berdamai cara Melayu indah sekali, Silatulrrahim hati yang murni Madah diungkap sentiasa disahut, Tangan dihulur sentiasa bersambut, Luka pun tidaklah lagi berparut Baiknya hati Melayu itu tiada terbandingan, Segala yang ada sanggup diberikan, Sehingga tercipta sebuah kiasan "Dagang lalu nasi ditanakkan, Suami pulang lapar tak makan, Kera di hutan disusukan, Anak di pangkuan mati kebuluran. "Bagaimanakah Melayu Di abad dua puluh Satu, Masihkah tunduk tersipu-sipu ? Jangan takut melanggar pantang, Jika pantang menghalang kemajuan, Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran, Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba, Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara merdeka.
Semoga kita org melayu dapat menghayati apa maksudnya Puisi dari Dato' Usman Awang ini.

Re: KITA ORANG MELAYU.
Ingin tahu tentang Bahasa Melayu? Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Sejak kebelakangan ini kepentingan Bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia.
apens7- EXCO
- Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009
Re: KITA ORANG MELAYU.
bagus puisi Dato Usman Awang nih
membangkitkan semangat kemelayuan koi....
Realitinya jangan kita berbangga berbangsa melayu
tapi sifat, adat ,tutur kata kemelayuan kita makin hilang
ber "I" "YOU" dimana-mana bahasa menjadi rojak..
yang lelaki telinga bertindik..ditambah tindik di bibir
malu berbaju melayu..baju melayu hanya waktu berhari raya
jarang pulak dilihat yang berbaju melayu ke pejabat..
semua senang bertali leher dan kemas ber"suit"
Jangan nanti melayu hanya tinggal ASKAR MELAYU
dan KERETAPI TANAH MELAYU sahaja...

Similar topics
» Peribahasa Melayu kita.
» Kenapa melayu kita suka pelaburan....
» Orang Kita Pemurah
» Orang Berbudi Kita Berbahasa..
» Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum