Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Temerloh :: Sungai Krau dapat jambatan besi
:: PAHANG NEGERIKU :: BERITA DAERAH :: TEMERLOH :: BANDAR IKAN PATIN :: BERITA SEMASA & INFO TERKINI
Page 1 of 1

KUALA KRAU - Masyarakat Orang Asli di beberapa buah kampung di sini berterima kasih kepada kerajaan kerana permintaan mereka untuk mendapatkan sebuah jambatan menyeberangi Sungai Krau menjadi kenyataan.
Batin Kampung Pian, Moham�med Kuang berkata, jambatan besi bernilai RM200,000 itu kini masih dalam pembinaan dan penduduk sangat menghargai dengan pembinaan jambatan tersebut.
Menurutnya, sebelum ini penduduk di sini perlu mengharungi sungai dan ada yang menggunakan sampan untuk mengeluarkan hasil pertanian terutama padi yang diusahakan di seberang sejak dahulu lagi.
“Kawasan seberang sana merupakan kawasan asal kaum ini dan penduduk mula berpindah ke seberang sini sejak tahun 1970an kerana kerajaan mahu membina perkampungan Orang Asli yang lebih sistematik dan tersusun.
“Namun masih ada penduduk yang mengusahakan pertanian di seberang sana kerana tanahnya subur dan menjadi kawasan peninggalan nenek moyang mereka. Ada antara penduduk yang masih bercucuk tanam dan mengusahakan sawah padi di sana,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohammed berkata, apabila jambatan itu siap nanti penduduk tidak lagi bersusah payah mengeluarkan hasil pertanian dan tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai.
Menurutnya, penduduk Orang Asli di sini berjumlah 3,000 orang dan pastinya memberi manfaat besar kepada penduduk di sini.
“Walaupun ia hanya boleh dilalui oleh motosikal namun kami gembira dan berterima kasih dengan pembinaan jambatan yang menghubungkan antara dua seberang.
“Kami sudah lama memohon jambatan itu dan kini impian kami untuk mendapatkannya menjadi kenyataan. Kami pasti akan menjaga jambatan ini dengan sebaik mungkin dan seperti harta kami sendiri.
“Kami berterima kasih kepada Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar yang banyak membantu kami dan mendapatkan jambatan tersebut,” katanya.
Tinjauan Sinar Harian ke kawasan tersebut mendapati kerja pemasangan cerucuk besi dan kerja-kerja lain sedang sibuk dilaksanakan. Hadir sama dalam tinjauan tersebut ialah Pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah, Wan Khairul Anwar Wan Mohd Rozali.
Sumber : Sinar Harian

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Similar topics
» Ikan Sungai & Orang Pahang Tidak Dapat Dipisahkan
» Temerloh :: Penduduk hampir sungai perlu bersedia pindah
» Antara Tudung Dan Cawat Besi
» Tawar tapak Zoo Ala Safari di Krau
» Eksplorasi Berakit Sungai Pahang IPT 2010
» Temerloh :: Penduduk hampir sungai perlu bersedia pindah
» Antara Tudung Dan Cawat Besi
» Tawar tapak Zoo Ala Safari di Krau
» Eksplorasi Berakit Sungai Pahang IPT 2010
:: PAHANG NEGERIKU :: BERITA DAERAH :: TEMERLOH :: BANDAR IKAN PATIN :: BERITA SEMASA & INFO TERKINI
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum