Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Pantang Larang Dan Petua

+6
ozzy
Qaisara
Jeck Sparow
edi
Yassin
zulkbo
10 posters

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Pantang Larang Dan Petua

Post  zulkbo Sat Nov 14, 2009 10:35 am

Pantang Larang Dan Petua Assala10

Koi dok carik gak dalam PCC nih....
tak jumpa lak ada yang dah bukak thread nih..
nak kongsi gak ngan aok me lah
mana - mana pantang larang atau
petua tak kira lah melayu atau
dari bangsa lain..
Sekadar berkongsi.... Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  zulkbo Sat Nov 14, 2009 10:37 am

koi mulakan dulu..
koi dapat tau orang puteh
pantang kalau makan tertumpah
garam atas meja..aok tau lah orang
puteh jenis makan tawar..nak masin baru tambah
garam time makan..kata diorang tanda "bad luck" Rolling Eyes
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  Yassin Sat Nov 14, 2009 11:00 am

Pantang larang org tua byk ngat.

Kala nok gi cari rezeki contoh gi memancing lalu bewok masa diperjalanan pendek kata haram tak dpt, lepas tu gi niat diteruskan juge..dpt pulok ikan tilan usah harap tentu x dpat ikan lain doh. jadi kalau terjumpe situasi bergini usah tunggu baik balik umah layan internet. Very Happy
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  Yassin Sat Nov 14, 2009 11:03 am

Se lagi kala masuk rama--rama masuk dalam rumah tanda ada org nok datang pantang dia jangan dibunuh atau dilastik rerama tu alamat org datang tu mati kat umah ...hehehehe Razz
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  edi Sat Nov 14, 2009 11:30 am

Aok me pnah dgr, tak bleh potong kuku hari selasa, nnti papa kedana...pnah dgr tak? Shocked
edi
edi
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 302
Points : 303
Join date : 11/11/2009

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  zulkbo Sat Nov 14, 2009 1:15 pm

edi wrote:Aok me pnah dgr, tak bleh potong kuku hari selasa, nnti papa kedana...pnah dgr tak? Shocked

tak pernah dengar la pulok
nak kena tanya orang tua koi
hu hu hu Very Happy

ada sebabanya tu.. Razz
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  Yassin Sat Nov 14, 2009 1:19 pm

zulkbo wrote:
edi wrote:Aok me pnah dgr, tak bleh potong kuku hari selasa, nnti papa kedana...pnah dgr tak? Shocked

tak pernah dengar la pulok
nak kena tanya orang tua koi
hu hu hu Very Happy

ada sebabanya tu.. Razz

Ada juga golongan yang mempertikaikan riwayat-riwayat di atas. Apapun secara amnya sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Ada juga riwayat mengatakan siapa potong kuku setiap hari Rabu miskinlah ia. (Kesahihannya wallahua’lam). Seboleh-bolehnya elakkan dari mengekalkan memotong kuku pada hari Rabu (sekali-sekala tidak apa). Ini kerana isteri nabi iaitu Siti Khadijah pernah bertanya bagaimanakah caranya untuk menghabiskan harta beliau yang banyak. Maka jawab Nabi s.a.w. potonglah kuku pada setiap hari Rabu.

Nabi juga pernah berkata, jangan panjangkan kuku kerana syaitan berlari di atas kuku yang panjang. Begitu juga misai yang melebihi bibir mulut.

Kaedah yang paling mudah ialah:-

KUKU TANGAN

Mulai dari Jari Telunjuk tangan kanan.
Jari Tengah tangan kanan
Jari Manis tangan kanan
Jari Kelingking tangan kanan (Tinggalkan Ibu Jari tangan kanan)
Jari Kelingking tangan kiri
Jari Manis tangan kiri
Jari Tengah tangan kiri
Jari Telunjuk tangan kiri
Ibu Jari tangan kiri
Ibu Jari tangan kanan
Mula dari kanan, penghabisan juga sebelah kanan.

KUKU KAKI - Mula dari kanan, penghabisan sebelah kiri iaitu kelingking kiri. Mulai dari Kelingking Kanan dan bergerak ke jari-jari lain di sebelah kiri jari kelingking kanan
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  zulkbo Sat Nov 14, 2009 1:22 pm

Yassin wrote:

Ada juga golongan yang mempertikaikan riwayat-riwayat di atas. Apapun secara amnya sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Ada juga riwayat mengatakan siapa potong kuku setiap hari Rabu miskinlah ia. (Kesahihannya wallahua’lam). Seboleh-bolehnya elakkan dari mengekalkan memotong kuku pada hari Rabu (sekali-sekala tidak apa). Ini kerana isteri nabi iaitu Siti Khadijah pernah bertanya bagaimanakah caranya untuk menghabiskan harta beliau yang banyak. Maka jawab Nabi s.a.w. potonglah kuku pada setiap hari Rabu.

Nabi juga pernah berkata, jangan panjangkan kuku kerana syaitan berlari di atas kuku yang panjang. Begitu juga misai yang melebihi bibir mulut.

Kaedah yang paling mudah ialah:-

KUKU TANGAN

Mulai dari Jari Telunjuk tangan kanan.
Jari Tengah tangan kanan
Jari Manis tangan kanan
Jari Kelingking tangan kanan (Tinggalkan Ibu Jari tangan kanan)
Jari Kelingking tangan kiri
Jari Manis tangan kiri
Jari Tengah tangan kiri
Jari Telunjuk tangan kiri
Ibu Jari tangan kiri
Ibu Jari tangan kanan
Mula dari kanan, penghabisan juga sebelah kanan.

KUKU KAKI - Mula dari kanan, penghabisan sebelah kiri iaitu kelingking kiri. Mulai dari Kelingking Kanan dan bergerak ke jari-jari lain di sebelah kiri jari kelingking kanan [/color]

bagus yassin
berguna ni bounce
terima kasih Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  Yassin Sat Nov 14, 2009 1:26 pm

Pantang larang juge nei....
Org pompuan mekala belum kawin jangan makan nasi dalam periuk bimbang besor kepala anok...heheheh kawaa tak tahu..sajer mengulang cakap org tua-tua... Very Happy
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  Yassin Sat Nov 14, 2009 1:28 pm

Budak2 bawah 12tahun kebawah jgn duduk atas bantal bimbang bisul punggung.
Mok budak entah.... tak disebut pulok hehehehe.... Razz
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  Yassin Sat Nov 14, 2009 1:34 pm

Pantang larang dan petua juga didalam islam.
Jika ular masuk kerumah ada baiknya sebelum hendak dibunuh hendaklah kita berkata-kata sedemikian" kamu ular atau jin, jika ular duduk disitu dan jika jin sila keluar" dan bagikan tempoh masa yang sesuai jika tidak keluar sah ular.

Tak silap kawan Wa'allahhualam zaman nabi pun dah ada cerita berkaitan dgn bender ini bila org tertentu yang membunuh ular itu rupa dia jin. Jadi elok juga bender ini diamalkan.
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  zulkbo Sat Nov 14, 2009 1:39 pm

Yassin wrote:Budak2 bawah 12tahun kebawah jgn duduk atas bantal bimbang bisul punggung.
Mok budak entah.... tak disebut pulok hehehehe.... Razz


moralnya jangan letak bontot
kat bantal nak letak kepala tido pulok nanti
budok aok tau la main kentut..kena terkincit
haruu lok nak guna bantal tu... Laughing Laughing
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  zulkbo Sat Nov 14, 2009 2:26 pm

bercerita bab pantang nih
koi pantang jumpa durian
nak makan jer..hu hu hu Very Happy
makan durian ni petua orang tua minum air dalam
pangsa durian ..insyaallah tak panass..
tapi koi semenjak dua ni ramai sedara dan kawan
kena "mild stroke" sebab mkn durian jadi koi
limitkan sikit.... Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  zulkbo Mon Nov 16, 2009 6:49 pm

Petua Hilangkan Bau Dalam Peti Ais

Sekiranya peti ais anda berbau busuk dan bau yang tidak menyenangkan, arang yang diletakkan dalam peti air mampu menghilangkannya. Dapatkan arang, tidak perlu banyak. Letakkan dalam mana-mana ruang peti air anda.

Sekarang terdapat arang untuk digunakan dalam peti ais dibuat daripada arang buluh. Ia mampu menghilangkan bau peti ais dan bertahan sehingga 6 bulan.
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  zulkbo Mon Nov 16, 2009 6:52 pm

Petua Melembutkan Daging

Untuk melembutkan daging dengan cepat, petua berikut amat berguna. Caranya ialah rebuskan daging yang siap dicuci dengan satu sudu serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air bersih sebelum dimasak mengikut menu kegemaran. Selain itu juga, anda juga boleh merebus daging bersama daun nangka jika tiada soda bikarbonat.
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  zulkbo Mon Nov 16, 2009 6:54 pm

Petua Elakkan Mata Pedih Mengupas Bawang

Bila ada kenduri, masalah yang sering dihadapi adalah semasa mengupas bawang dalam kuantiti yang banya. Ini kerana semasa mengupas bawang mata akan menjadi pedih dan berair.

Untuk mengelak masalah ini, cuba rendam dulu bawang dalam bekas berisi air, anda boleh mengupas terus bawang yang direndam tadi di dalam air. Ada satu cara lagi, anda boleh simpan bawang yang hendak digunakan esok hari di dalam peti sejuk tanpa mengupas kulitnya. Keesokkan harinya anda boleh mengupas dan memotong bawang tersebut tanpa mata rasa pedih dan berair.
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  zulkbo Mon Nov 16, 2009 6:59 pm

Hujan Dihari Kenduri Kahwin

Masa koi kawin dulu nenek koi
ada bagi petua nak elak hujan
sewaktu majlis diadakan
caranya dengan melempar sehelai
baju pengantin dia atas bumbung
rumah kenduri tadi..katanya hujan tak turun scratch

Wallahualam..orang2 tua
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  zulkbo Mon Nov 16, 2009 7:05 pm

Pantang Larang Wanita Hamil

1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.

4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.

12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.


Last edited by zulkbo on Mon Nov 16, 2009 7:08 pm; edited 1 time in total
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  zulkbo Mon Nov 16, 2009 7:07 pm

Pantang Larang Di Sungai
1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.

2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.

3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.

4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.

5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.

6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  zulkbo Tue Nov 17, 2009 1:04 am

Mulut Berbau

Wow! memang memalukan. Bagaimanapun jangan bimbang, anda boleh mencuba dengan menguyah dua atau tiga biji bunga cengkih setiap hari.
InsyaAllah ianya akan mengurangkan bau mulut atau pernafasan anda.

Semoga berjaya.
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  zulkbo Tue Nov 17, 2009 1:07 am

kalu ketiak berbau... camner erk...


jawapannya cuba cara saya nih
hu hu hu Very Happy

...ada orang mengamalkan dengan mandi di sertakan air perahan limau nipis. di anjurkan agar dapat di amalkan seminggu dua atau tiga kali. sebaik-baiknya dilebihkan air perahan limau nipis itu di sekitar ketiak kita.
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  Jeck Sparow Tue Nov 17, 2009 8:35 am

zulkbo wrote:Hujan Dihari Kenduri Kahwin

Masa koi kawin dulu nenek koi
ada bagi petua nak elak hujan
sewaktu majlis diadakan
caranya dengan melempar sehelai
baju pengantin dia atas bumbung
rumah kenduri tadi..katanya hujan tak turun scratch

Wallahualam..orang2 tua


Benda ni penah berlaku pada koi masa kenduri kawen adik kawan dulu musim hujan secara kebetulan mungkin la.. masa tu kawan dlm bilik pengantin just ngan adik dan sepupu sepupu yang sparing masa tu adik kawan nak bersiap untuk sesi bersanding masa dia nak tukar baju kawan ambik baju yang dia pakai tu kawan lempar atas bumbung nak dijadikan cerita alhamdulillah memang tak jadi hujan hari persandingan tu (dengan izin allah la..) mungkin secara kebetulan jer ni..
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  edi Tue Nov 17, 2009 8:43 am

Wahh, bnyk tul petua...yg tak pnah dgr pun ada, tp tak salah utk dpraktikan...
edi
edi
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 302
Points : 303
Join date : 11/11/2009

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  Qaisara Tue Nov 17, 2009 10:25 am

Petua Cepat Dipinang [Ringan Jodoh]

Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yg bersih sebnyak 3 kali pd malam Jumaat.Air itu hendaklah dimandikan 3 pagi berturut2 dn diminum 7 kali setiap hari selama 3 hari berturut2.
Insya Allah...
Qaisara
Qaisara
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 104
Points : 116
Join date : 10/11/2009
Location : Balok, Kuantan, Pahang

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  Qaisara Tue Nov 17, 2009 10:32 am

zulkbo wrote:kalu ketiak berbau... camner erk...


jawapannya cuba cara saya nih
hu hu hu Very Happy

...ada orang mengamalkan dengan mandi di sertakan air perahan limau nipis. di anjurkan agar dapat di amalkan seminggu dua atau tiga kali. sebaik-baiknya dilebihkan air perahan limau nipis itu di sekitar ketiak kita.

koi pn ada petua untuk ketiak berbau ni... tk pakai duit pn...
caranya...
semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut.
selain itu, setiap kali selepas mandi sapu dengan belakang tapak tangan pd bahagian bawah ketiak...
Qaisara
Qaisara
Ketua Kampung
Ketua Kampung

Posts : 104
Points : 116
Join date : 10/11/2009
Location : Balok, Kuantan, Pahang

Back to top Go down

Pantang Larang Dan Petua Empty Re: Pantang Larang Dan Petua

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum