Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Bagaimana Menjaga Tayar Anda

+2
zulkbo
koy101
6 posters

Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  koy101 Tue Nov 03, 2009 3:26 am

Errr... Aku tau la korang sumer mmg dah expert kan dlm bidang street nih.... hehehe... keknyer... aku nak letak gak pampet yg aku baru dpt nih...

Dr GoodYear.... aku rasa dema xkisah aku plagiat kat sini... pasai utk kepentingan umum.
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  koy101 Tue Nov 03, 2009 3:26 am

PENGENALAN

Membeli tayar-tayar yang berkualiti, membeli saizyang tepat untuk kereta anda, dan membeli dari peniaga yang bereputasi adalah penting untuk keselamatan, jangka hayat tayar, dan kepuasan memandu. Semua yang tersebut adalah satu permulaam. Tayar-tayar anda perlu penjagaan yang betul.

Saranan dan petua tayar yang terdapat di dalam buku kecil ini akan membantu anda mendapatkan prestasi yang optimun dan jangka hayat yang lebih lama, di samping mendapat pulangan yang lumayan dari pelaburan ke atas tayar-tayar anda.
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  koy101 Tue Nov 03, 2009 3:27 am

TEKANAN TAYAR

S : Berapa tinggikah tekanan angin yang mesti saya isikan di dalam tayar saya?

J : Tekanan angin adalah pekara yang paling penting untuk penjagaan tayar. Tahap tekanan angin di dalam tayar mestilah mengikut maklumat yang diberikan di dalam buku panduan pemilik ( manual ) setiap kenderaan.

Maklumat saiz tayar dan tekanan angin juga dipamerkan pada salah satu dari tempat-tempat berikut :

- Di sisi pintu pemandu
- Dikerangka pintu
- Di dalam kotak sarung tangan ( glove compartment )

Sekiranya saiz tayar berlainan dari yang dicadangkan, sila minta nasihat dari pengeluar kenderaan dan pembuat tayar.


Tekanan Angin Rendah

Tekanan angin rendah adalah punca utama memusnahkan tayar. Tayar yang berjalan di bawah tekanan angin rendah akan mengalami kenaikan suhu tinggi dan pengurangan kemampuan untuk membawa beban akibat dari lenturan dinding sisi yang berlebihan. Ia juga akan meningkatkan penggunaan petrol. Angin diisi seperti yang dicadangkan akan menambah jangka hayat tayar dan menjimatkan penggunaan petrol.


Memeriksa Tekanan Angin Dengan Kerap

Anda tidak boleh menentukan tekanan angin hanya dengan anggaran penghilatan mata kasar. Terutamanya kepada tayar lapis jejarian ( radial ply tyre ).

Pemeriksaan tekanan angin mestilah menggunakan tolok tekanan yang baik sekurang-kurangnya dua minggu sekali dan setiap kali sebelum perjalanan jauh. Pemeriksaan mestilah dilakukan semasa tayar "sejuk" ( dipandu tidak lebih dari 1.5km ). Sekiranya kenderaan telah dipandu jauh, pemeriksaan tekanan angin perlu dilakukan selepas beberapa jam apabila tayar telah "sejuk".

Jangan mengurangkan tekanan angin apabila tayar masih panas. Tekanan angin akan naik secara otomatik apabila suhu dalam tayar meningkat. Kenaikan ini adalah normal dan tidak perlu diselaraskan.


Menyesuaikan Tekanan Angin Mengikut Muatan

Tekanan angin mesti ditambah apabila kenderaan membawa muatan lebih. Penambahan 4psi ( 28kPa ) di atas paras tekanan 'sejuk' yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan adalah mencukupi.

Peringatan : Periksa dan menyelaraskan tekanan angin semasa tayar "sejuk" sahaja.


Sentiasa Memeriksa Untuk Memastikan Tayar Anda Mempunyai Tukup Injap ( Valve Cap )

Pastikan tukup injap dipasang dengan betul dan diketatkan. Tukup injap mestilah mempunyai sendal getah untuk memberikan daya penyendal angin sekunder serta menghalang debu dan lembapan dari merosakkan teras injap.

Injap baru mestilah dipasang setiap kali tayar di tukar.


Ringkasan

1. Tekanan angin hendaklah selalu diperiksa.
2. Tekanan angin rendah adalah punca utama kerosakan tayar.
3. Tambah tekanan angin apabila membawa beban yang lebih tinggi.
4. Jangan bergantung kepada penglihatan mata kasar untuk menentukan tahap tekanan angin tayar.
5. Sediakan tolok tekanan angin yang baik dan GUNAKANnye!!
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  koy101 Tue Nov 03, 2009 3:28 am

PUTARAN TAYAR

S : Mengapa saya mesti memutarkan tayar-tayar saya??

J : Putaran tayar yang kerap adalah untuk mendapatkan kehausan bunga yang sekata kepada semua tayar yang dipasang pada kenderaan. Sebelum anda memutar tayar, sila rujuk kepada buku panduan pemilik ( manual ) untuk mendapatkan panduan putaran yang dicadangkan. Sekiranya tidak ada petunjuk jarak yang diberikan, putarlah tayar anda setiap 10,000 km. Putaran kali pertama adalah yang paling penting.

Sekiranya tayar menunjukkan kehausan yang tidak sekata, sila hantar kenderaan anda untuk pemeriksaan dan pembetulan masalah-masalah seperti penjajaran, ketidakseimbangan atau lain-lain keadaan mekanikal yang tidak sempurna, sebelum tayar diputar.

Pengeluar kenderaan selalu mencadangkan tekanan angin yang berbeza untuk tayar depan dan belakang. Apabila tayar diputarkan, tekanan angin mestilah diselaraskan mengikut ukuran yang dicadangkan.

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Pola%20putaran054


Last edited by koy101 on Mon Nov 30, 2009 1:21 am; edited 1 time in total
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  zulkbo Tue Nov 03, 2009 7:43 am

koy101 wrote:




note : boleh tak sesapa terangkan camner aku nak upload gambor dlm posting nih???


Ko nak upload gambo ada 2 cara
paling senang kalo ko pakai mozilla
engko right clik mana gambo yang dalam internet
sahaja bukan dalam folder komputer ko pergi ke
"copy image location" lepas masuk balik dalam PCC
engko cari butang image kat button text ko tu
and right clik dalam nya ..dan "paste"..
selamat mencuba bro...

Very Happy


Last edited by zulkbo on Tue Nov 03, 2009 7:54 am; edited 1 time in total
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  zulkbo Tue Nov 03, 2009 7:47 am

kedua ko guna "image posting' yang ni lebih kepada
image atau gambo dalam folder komputer ko
contoh:


http://www.postimage.org/

pelan- pelan belajo...
masalah disini koi tak berapa reti nak ajo
dalam ni..engko belek-belek cuba mesti bolehnyer..
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  zulkbo Tue Nov 03, 2009 7:52 am

contoh gambo tayar
Bagaimana Menjaga Tayar Anda Nabizea64
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  koy101 Mon Nov 30, 2009 1:23 am

PENGIMBANGAN RODA

S : Mengapa saya mesti mengimbang roda kereta saya?

J : Sekiranya himpunan tayar dan roda tidak seimbang, sebaran berat yang tidak sama rata akan mengakibatkan getaran. Getaran ini akan menyebabkan ketidakselesaan memandu dan mengurangkan prestasi menyeluruh tayar anda. Sebaran berat yang tidak sama rata boleh dibetulkan dengan menambah berat yang tepat pada tempat tertentu di sekeliling rim.

S : Berapa jenis imbangan roda yang ada?

J : Himpunan tayar dan roda boleh diimbang dengan menggunakan dua cara ; iaitu statik dan dinamik.

Imbangan statik juga dikenali sebagai imbangan satah tunggal. Tayar akan diimbang secara statik apabila ia dilakukan dengan menggunakan pengimbang gelembung. Apabila tayar dan roda yang tidak seimbang dipasang pada pemgumpar ( spindle ) yang bergerak bebas, bahagian berat akan berpusing ke bawah. Pemberat ( weight ) akan ditambah untuk imbangan lawan bahagian berat. Apabila bahagian berat telah diimbang, tayar tidak akan berpusing apabila dipasang pada pengumpar.

Imbangan Dinamik ( dua satah ) pula menentukan sama ada himpunan tayar / roda seimbang antara sisi ke sisi dan pusat. Ketidakseimbangan dinamik akan mengakibatkan getaran dan roda stereng tidak stabil.

Nota : Tayar lapisan jejarian ( radial tyres ) mestilah diimbang secara dinamik.


S : Bila imbangan roda mesti dilakukan?

J : Tayar dan roda mesti diimabng :
- Apabila anda menukar tayar baru.
- Apabila anda melakukan putaran tayar.
- Selepas anda memperbaiki tayar yang bocor.
- Apabila tayar dibuka dan dipasang.

Imbangan perlu diperiksa apabila ada rasa getaran dan kelihatan tanda-tanda kehausan bunga yang tidak sekata.


S : Bagaimana dengan imbangan "dengan kereta" ( on the car )?? Adakah itu lebih baik?

J : Imbangan "dengan kereta" atau imbangan siap mungkin diperlukan untuk menjadikan kereta berjalan dengan lebih lancar bagi sesetengah kereta. Tetapi sekiranya imbangan "tanpa kereta" ( off-the-car ) dapat memberi kesan dan kelancaran yang mencukupi, sudah tentu kos tambahan imbangan "dengan kereta" tidak diperlukan. Sila minta nasihat dari juruteknik yang berpengalaman sekiranya getaran masih berlaku selepas imbangan "tanpa kereta" dilakukan.


Bagaimana Menjaga Tayar Anda Imbangan055
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  koy101 Mon Nov 30, 2009 1:24 am

PENJAJARAN KENDERAAN

S : Apa kepentingan penjajaran demi untuk memanjangkan jangka hayat tayar?

J : Penjajaran yang berkualiti adalah satu kemestian untuk mendapatkan kehausan bunga tayar yang sekata dan pengendalian yang baik. Pemeriksaan berkala mestilah dilakukan ke atas tayar-tayar hadapan dan belakang untuk memsatikan tidak ada tanda-tanda kehausan yang tidak sekata. Sekiranya ada perubahan terhadap pengendalian dan rasa stereng, mungkin menandakan penjajaran perlu dilakukan. Kos untuk penjajaran empat-roda adalah berbaloi jika dibandingkan dengan penjimatan yang didapati dari jangka hayat tayar, prestasi dan keselesaan.


S : Apakah sebenarnya penjajaran itu?

J : Penjajaran sesebuah kenderaan itu dianggap sempurna apabila semua komponen gantungan dan stereng di dalam keadaan baik dan himpunan tayar dan roda telah diset secara geometri untuk bergerak lurus dan sebenar.

Sistem gantungan automotif melibatkan bahagian bergerak, justeru itu kehausan komponen stereng dan gantungan adalah pekara biasa yang dijangkakan. Kehausan tersebut mengakibatkan perubahan jajaran yang mesti diselaras semula mengikut spesifikasi.

Jajaran juga adalah sensitif kepada ketinggian kenderaan. Spring yang lama dan melendut atau 'bushing' yang berubah bentuk akan membawa perubahan kepada jajaran. Sebaran beban di atas tayar akan menjadi tidak sama rata dan mengakibatkan kadar kehausan yang tidak seimbang.

Kesalahjajaran menyebabkan tayar yang berguling tidak lurus. Keadaan tersebut menyebabkan penghauslakuran ( scuffing ), kehausan bunga tidak sekata dan ( kadang-kadang ) cepat botak.


S : Kenapa 'penjajaran kenderaan'?? Adakah ia sama dengan penjajaran 'bahagian depan'?

J : Keadaan kereta telah berubah. Semua alat gantungan moden, stereng dan rekabentuk sistem pacu memerlukan penjajaran kenderaan menyeluruh empat roda. Kebanyakkan kenderaan masa kini mempunyai rekabentuk gantungan belakang yang memerlukan pemeriksaan penjajaran dan pelarasan. Kesalahjajaran gantungan sebelah belakang boleh memberikan kerosakkan kepada tayar-tayar depan dan belakang.

Masalah biasa dari kesalahjajaran roda belakang ialah keadaan roda stereng tidak lurus akibat dari sudut tujah berlebihan ( dog tracking ). Sudut tujah berlebihan memberi rasa kenderaan bergerak ke sisi dan memerlukan pembetulan roda stereng untuk memastikan kenderaan bergerak lurus ke hadapan. Bagaimana Menjaga Tayar Anda Sudut%20tuh%3Djah
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  koy101 Mon Nov 30, 2009 1:25 am

S : Tiga pekara yang melibatkan penjajaran ialah : kaster, kamber dan toe. Apakah itu toe?

J : "Toe" ialah ukuran jarak bahagian hadapan berbanding dengan jarak bahagian belakang antara dua tayar digandar yang sama. Tujuan utama penjajaran "toe" ialah supaya tayar berguling selari di antara satu sama lain dan mengurangkan kehausan.

Gambar rajah di sebelah kiri di bawah menunjukkan rajah ( melihat kenderaan dari atas ) "toe positif", atau selalunya dikenali sebagai "toe-in". Keadaan ini menunjukkan hujung hadapan tayar tersebut lebih dekat berbanding dengan hujung belakang tayar. Gambarajah sebelah kanan pula menunjukkan "toe negatif" atau "toe-out".

"Toe-in" yang berlebihan akan menyebabkan kehausan pinggir tayar bahagian luar. "Toe-out" pula akan menyebabkan kehausan pinggir tayar bahagian dalam.

Salah "toe" akan menyebabkan kehausan tayar tidak sekata di sekeliling tayar atau kehausan pepenjuru di permukaan bunga tayar. Bagaimana Menjaga Tayar Anda Toe057
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  koy101 Mon Nov 30, 2009 1:28 am

S : Apakah itu "kamber"?

J : "Kamber" ialah apabila keadaan bahagian atas roda condong ke dalam ( ke arah kenderaan ) atau condong keluar ( ke arah luar kenderaan ).

Kamber yang betul, berserta gabungan toe dan kaster, memastikan bunga tayar mencecah sama rata dipermukaan jalan di dalam semua keadaan.

Apabila bahagian atas roda condong ke dalam, keadaan ini dinamakan 'kamber negatif'. Dalam keadaan 'kamber negatif' yang berlebihan, kehausan pinggir bahagian dalam akan berlaku dengan cepat.


Keadaan 'kambar positif' pula berlaku apabila bahagian atas roda condong keluar. Dalam keadaan berlebihan, kehausan pinggir sebelah luar tayar akan berlaku dengan cepat.

Pada gandar yang sama, kamber positif boleh berlaku pada roda sebelah dan roda sebelah lagi pula berkeadaan kamber negatif. Atau,keadaan kedua-duanya positif ( atau negatif ) boleh berlaku pada gandar yang sama. Bagaimana Menjaga Tayar Anda Chamber058
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  Cik_N Mon Nov 30, 2009 8:54 am

tq koi101 & zulkbo sbb bukak thread ni.. koi serius memang xtau ngat bab kete ni.. tau bawak je.. sampai tahapnye anto jela servis kat kedai kete.. sampaikan nak isi angin tayor tu pun koi bawak kete ke kedai sbb takut terlebih n terkurang..hehe... xyah cakap yg tu nak isi minyak kete pun faill...huhuhu.. penah satu hari tu isi minyak kete pastu ntah macam mana terlebih n tertumpah kat baju.. isk.. serik.. pastu kalau nak mudah tiap minggu kalu balik kg koi isi kat kat petronas bera ni sbb ada org tulun isikan, pastu baru balik ke temerloh... teruk kan? hehe...
Cik_N
Cik_N
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 940
Join date : 28/11/2009
Location : Temerloh

http://cikkelisa.blogspot.com

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  Jeck Sparow Mon Nov 30, 2009 9:27 am

TQ for the Good Info
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  koy101 Mon Nov 30, 2009 4:43 pm

Cik_N : ngko bior betul...... xkan sampai isi minyak pun org lain.... haru dah tu... hahaha.... kalu bayor minyak tuh org lain.... besa la..... hehehe....

Jeck : sekadar copy n paste dari GoodYear nyer pamplet....... bukan dr aku pun.... hahaha....
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  Jeck Sparow Mon Nov 30, 2009 4:50 pm

no hal la.. actually good info
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  Deto_8 Mon Nov 30, 2009 8:18 pm

kelakar pulak bila dimelayukan chamber tu....jadi kamber....

good info lah bro....
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  koy101 Tue Dec 01, 2009 12:33 am

Deto_8 wrote:kelakar pulak bila dimelayukan chamber tu....jadi kamber....

good info lah bro....

hahaha... aku pun gelak bila baca memula.... keknyer malas la nak uboh, pasai aku pun hijek hok org lain.. hehehe....
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  koy101 Tue Dec 01, 2009 12:36 am

S : Apakah itu "kaster"?

J : "Kaster" ialah keadaan condong ke depan ( negatif ) atau condong ke belakang ( positif ) kepada paksi 'spindle' stereng ( spindle steering axis ) sesebuah kereta.

Kaster yang betul selalunya di-set sedikit condong.

Basikal adalah contoh "kaster positif" yang baik. Cabang roda depan sentiasa condong ke belakang.

Fungsi utama kaster adalah :

1. Untuk kawalan berarah.
2. Untuk memberi rasa "upaya kawal" roda stereng.
3. Supaya kenderaan kembali lurus ke depan selepas membelok.

Kaster yang tidak mencukupi akan menyebabkan stereng rasa 'merayau' dan ringan. Kaster yang tidak seimbang akan menyebabkan kenderaan menjurus ke arah bahagian yang kurang kaster positifnya.

Kaster yang terkeluar dari spesifikasi pengeluar kenderaan, kehausan tayar akan berlaku kerana kamber tidak betul semasa roda melalui selekoh. Kerosakan peralatan stereng dan gantungan juga akan menyebabkan sudut kaster tidak betul dan memberi pengaruh kepada kamber dan toe.

Pakar evaluasi dengan menggunakan alat kepersisan adalah cara yang betul untuk mengenal-pasti masalah penjajaran dan membetulkannya. Bagaimana Menjaga Tayar Anda Kaster059
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  koy101 Tue Dec 01, 2009 12:36 am

Spesifikasi Penjajaran Yang Dicadangkan

Toe-in ikut setting yang telang dianjurkan oleh pengeluar kenderaan.

Kaster - Ikut setting di dalam lingkungan had-terima yang telah dicadangkan oleh pengeluar kenderaan.

Kamber - Ikut setting seperti yang telah dianjurkan oleh pengeluar kenderaan.
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  koy101 Tue Dec 01, 2009 12:40 am

KEHAUSAN TAYAR

S : Bagaimanakah memeriksa tayar yang bermasalah?

J : Tayar-tayar biasanya akan memberi petanda permasalahan kepada anda pada masa yang awal dan boleh dibetulkan dengan segera. Anda boleh "membaca" petanda awal ini dengan memerhatikan perkara berikut :

Rupa Gerigi Pada Sisi :
Keadaan begini disebabkan pengaharan yang tidak menentu di permukaan jalan dalam keadaan tayar memerlukan pembetulan jajaran toe-in atau toe-out.
Bagaimana Menjaga Tayar Anda Tayar%20A1

Kehausan Cepat di Kedua Sisi Berbanding di Tengah Bunga Tayar :
Keadaan ini berlaku apabila angin tayar tidak mencukupi. Hanya bahagian sisi bunga di sebelah luar dan dalam ( atau bahu tayar )mencecah permukaan jalan. Ini menyebabkan kehausan cepat di kedua-dua belah bahu tayar.
Bagaimana Menjaga Tayar Anda Tayar%20A2

Kehausan Cepat Tayar Depan atau Belakang Pada Kereta Pacuan Roda Depan ( FWD )

Pada kereta pacuan roda depan, tayar belakang akan menunjukkan kehausan tidak sekata akibat daripada beban yang ringan pada gandar belakang atau kesalahjajaran gandar tersebut. Putaran tayar yang berkala akan mengurangkan kehausan tidak sekata.

Tayar depan kepada kereta pacuan roda depan akan mengalami kehausan yang pantas berbanding tayar belakang. Keadaan ini berlaku kerana tayar depan sentiasa menanggung beban dan bekerja lebih. Putaran tayar mesti dilakukan mengikut jadual untuk memastikan kehausan sekata supaya keempat-empat tayar akan botak pada masa yang sama. Sila rujuk buku panduan kereta anda.Bagaimana Menjaga Tayar Anda Tayar%20B1

Kehausan Berlebihan Pada Sebelah Tayar

Keadaan ini berlaku akibat dari salah jajaran kamber dan toe-in. Dalam keadaan begini, hanya sebelah tayar menanggung beban dan melakukan kerja. Pembetulan jajaran adalah diperlukan.
Bagaimana Menjaga Tayar Anda Tayar%20B2

Lopak dan Curam di Permukaan Bunga Tayar

Keadaan begini berlaku akibat dari beberapa punca. Salah jajaran atau komponen gantungan yang telah rosak adalah punca utama.Bagaimana Menjaga Tayar Anda Tayar%20C062

S : Adakah cara mudah untuk memeriksa kehausan bunga?

J : Disamping memeriksa tayar dengan penglihatan, berikut adalah satu cara mudah untuk mengukur tebal bunga tayar :
Selitkan wang syiling 20sen ke dalam lurah bunga dengan angka 20sen ke arah anda. Sekiranya anda boleh melihat huruf " S E N " sepenuhnya, anda memerlukan tayar baru.
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  koy101 Tue Dec 01, 2009 12:41 am

PENGGANTIAN TAYAR

S : Adakah saya perlu mengganti tayar dengan saiz yang sama?

J : Jangan menggantikan tayar dengan saiz yang lebih kecil dari tayar asal kereta anda. Tayar kecil mungkin tidak berupaya menanggung beban yang dibawa dan berat kenderaan. Tayar hendaklah diganti dengan saiz yang sama - atau gantian yang dibenarkan - seperti yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan dan pembuat tayar.


S : Bolehkah saya mencampurkan jenis tayar kereta saya?

J : Tayar yang berlainan saiz, cara binaan, dan tahap kehausan boleh mempengaruhi pengendalian dan kestabilan kenderaan. Untuk mencapai prestasi terbaik menyeluruh, jenis tayar yang sama mesti dipasang pada keempat-empat roda. Mintalah nasihat dari pakar-pakar tayar untuk menentukan kesesuaian tayar untuk penggunaan tertentu, seperti tayar prestasi tinggi dan sebagainya.

Mencampurkan tayar berlainan jenis dibenarkan sekiranya tayar dari jenis yang sama dipasang pada gandar yang sama.

Sekiranya tayar 'radial' dicampur dengan tayar 'bias', tayar radial mestilah dipasang di gandar belakang kenderaan. Sila dapatkan keterangan selanjutnya dari penjual tayar anda.


S: Bolehkah saya memasang tayar sendiri?

J : Pemasangan tayar memerlukan peralatan dan pengalaman tertentu dan hanya boleh dilakukan oleh mereka yang mahir. Biasanya penjual tayar akan memberikan perkhidmatan pemasangan percuma apabila anda membeli tayar dari mereka. Sekiranya anda cuba memasang sendiri. kemungkinan anda mendapat kecederaan serta merosakkan bingkai tayar dan rim.


S : Adakah tayar-tayar baru saya memerlukan rawatan khusus?

J : Tayar-tayar baru yang anda pasang mungkin dirasa sedikit kelainan dari tayar lama anda. Pandulah dengan hati-hati sehingga anda rasa selesa dengan prestasi dan pengendalian tayar tersebut. Berjaga-jaga ketika membrek, memecut, mengambil selekoh atau memandu di dalam hujan. Ini kerana rasa kelainan paling ketara dalam keadaan tersebut.
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  koy101 Tue Dec 01, 2009 12:42 am

AMARAN KESELAMATAN

KECEDERAAN SERIUS MUNGKIN BERLAKU AKIBAT :
- Kerosakan tayar kerana kurang kembungan / membawa lebih muatan. Sila ikut arahan manual pengguna atau pelekat tayar di dalam kenderaan.

- Ledakkan asembil tayar/rim akibat salah pemasangan. Hanya pekerja terlatih dibenarkan memasang tayar.


WASPADA : TAYAR BERPUTAR
Apabila permukaan jalan licin, seperti berselut, jangan putarkan tayar melebihi 55km/j. Kecederaan diri dan kerosakan teruk mungkin berlaku akibat dari putaran tayar berlebihan, termasuk kemusnahan tayar atau kerosakan gandar.
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  edi Tue Dec 01, 2009 9:16 am

Bukan senangĀ² nak jaga tayar nie...
edi
edi
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 302
Points : 303
Join date : 11/11/2009

Back to top Go down

Bagaimana Menjaga Tayar Anda Empty Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum