Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

BERITA BAIK..RM76.6j naik taraf dua loji air

4 posters

Go down

BERITA BAIK..RM76.6j naik taraf dua loji air Empty BERITA BAIK..RM76.6j naik taraf dua loji air

Post  zulkbo Sat Oct 31, 2009 5:07 pm

BERITA BAIK..RM76.6j naik taraf dua loji air 5390603

JENGKA – Dua loji air iaitu Batu Sawar dan Jengka Utama memerlukan RM76.6 juta untuk dinaik taraf bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air yang sering berlaku di kawasan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, loji Batu Sawar yang menyalurkan air di enam kawasan berhampiran iaitu Felda Seri Pagi Jengka 17, Felda Seroja Jengka 18, Felda Siantan Jengka 19, Felda Tonkin Jengka 23, Sungai Nerek dan Kampung Awah memerlukan RM24.8 juta untuk kerja naik taraf.

Menurutnya, loji Jengka Utama pula memerlukan RM51.8 juta untuk kerja menaik taraf demi memastikan gangguan air di lebih sepuluh kawasan dapat diatasi.

“Peruntukan itu adalah langkah penyelesaian jangka masa panjang bagi atasi gangguan bekalan air dan ia akan dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) akan datang.

“Kita juga cadangkan supaya loji air Batu Sawar mempunyai generator sendiri sebagai persediaan ketika gangguan bekalan tenaga elektrik. Ini secara langsung bekalan air dapat disalurkan kepada penduduk tanpa perlu menunggu masa lama,” katanya ketika ditemui, di sini.

Terdapat beberapa faktor menyebabkan penduduk di kawasan ini sering mengalami gangguan bekalan air iaitu penambahan jumlah penduduk, penggunaan batang paip jenis simen asbestos berdiameter enam inci dan kapasiti tenaga elektrik tidak mencukupi.

Wan Salman berkata, pihaknya bersama Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berbincang untuk mencari langkah sesuai dalam jangka masa panjang dan pendek.

Katanya, selain itu, pihaknya turut mencadangkan menukar batang paip jenis asbestos berdiameter enam inci yang sudah berusia kepada batang paip jenis PVC berdiameter lapan inci di seluruh Jengka.

“Kita perlukan RM63 juta jika kerja penukaran paip dilakukan di kawasan Jengka bagi mengatasi masalah ini.

“Secara puratanya, batang paip di setiap Felda Wilayah Jengka (Jengka 1 hingga 25) akan ditukar sepanjang 12 kilometer.

“Manakala, di bandar ini sahaja, kita perlu RM3.6 juta untuk tukar paip kerana kawasannya luas dan penambahan jumlah penduduk semakin ramai berikutan banyak taman perumahan baru dibina,” katanya.

Wal Salman berkata, antara langkah penyelesaian akan diambil untuk jangka masa pendek ialah mengawal kadar pelepasan air dari loji kepada penduduk supaya tidak berlaku masalah lebih rumit.

“JBA tidak melepaskan air dengan tekanan kuat kerana bimbang berlaku paip pecah. Mereka perlu kawal kadar pelepasan air.

“Saya harap, penduduk bersabar kerana jika paip pecah, JBA mengambil masa 24 jam untuk membaikinya dan ini akan merumitkan.

“Kita berusaha untuk atasi masalah ini supaya masyarakat dapat hidup selesa dan tidak alami gangguan bekalan air seperti sekarang,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story5390663.asp
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

BERITA BAIK..RM76.6j naik taraf dua loji air Empty Re: BERITA BAIK..RM76.6j naik taraf dua loji air

Post  koy101 Sun Nov 01, 2009 12:55 am

Hok nih yg betulnyer.... paip air zaman tori...
mana ader dah org duk pakai paip air 'cement lining' duk wat antor bekalan air bersih... sekarang nih....
Org sumer dah pakai HDPE dah....

Tp nak wat camner... kut nak tukor sumer..
mmg berbillion belanja....
Org Jengka kena bersabor ler sikit...
Dema tukor ler nanti tuh.... sikit sikit....

Sementara bersabor tuh... kena gak jaga sungai yg sedia ada..
kut karang, paip siap ganti.... sungai lak abis tercemar...
Sungai kat jengka tuh bukannyer banyak pun...
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

BERITA BAIK..RM76.6j naik taraf dua loji air Empty Re: BERITA BAIK..RM76.6j naik taraf dua loji air

Post  zulkbo Sun Nov 01, 2009 9:17 pm

nak buat goner..
kena la sabor weh..
peruntukan dah ada..
harap jadik la yek Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

BERITA BAIK..RM76.6j naik taraf dua loji air Empty Re: BERITA BAIK..RM76.6j naik taraf dua loji air

Post  MD Mon Nov 02, 2009 12:39 pm

betu kata Koy101,
usia jengka pun dah lebih 30 tahun..bayangkanlah...hehehhe
harap projek ini dapat menyelesaikan masalah yang ada ...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

BERITA BAIK..RM76.6j naik taraf dua loji air Empty Re: BERITA BAIK..RM76.6j naik taraf dua loji air

Post  jasnoraizan Mon Nov 02, 2009 2:13 pm

buat masa nih ..kwn alhamdulillah lah...kerana logi air hok blh2 jengka 8 tempat kwn nih ...ok lg la.... tak mendatangkan byk masalah lg..tq buat logi penapis air jengka 8....
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

BERITA BAIK..RM76.6j naik taraf dua loji air Empty Re: BERITA BAIK..RM76.6j naik taraf dua loji air

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum