Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
KEMPEN DERMA DARAH
+10
apens7
strikerbuncit
labu sayong
jasnoraizan
T.O.K.A.N
Mrcipizs
zulkbo
Deto_8
Yassin
ozzy
14 posters
Page 2 of 2
Page 2 of 2 • 1, 2
Re: KEMPEN DERMA DARAH
saya takut jarum....
strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: KEMPEN DERMA DARAH
strikerbuncit wrote:saya takut jarum....
SAYA NAKOT DARAH...MABUK DARAH..UWEEEKKK...
labu sayong- Tok Empat
- Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4
Re: KEMPEN DERMA DARAH
labu sayong wrote:strikerbuncit wrote:saya takut jarum....
SAYA NAKOT DARAH...MABUK DARAH..UWEEEKKK...
cam ne nak beranok sok aok nih
Re: KEMPEN DERMA DARAH
zulkbo wrote:labu sayong wrote:strikerbuncit wrote:saya takut jarum....
SAYA NAKOT DARAH...MABUK DARAH..UWEEEKKK...
cam ne nak beranok sok aok nih
a'ah lah..mcm mane ni abg zul??...
labu sayong- Tok Empat
- Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4
Re: KEMPEN DERMA DARAH
kwn doh derma daroh kat stdm pancarona... ekekekekekekk
apens7- EXCO
- Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009
Re: KEMPEN DERMA DARAH
apens7 wrote:kwn doh derma daroh kat stdm pancarona... ekekekekekekk
itu kategori tak sengaja apen..
tak sempat nok tadoh..abis mengalir ke longkang..
T.O.K.A.N- JKK Kampung
- Posts : 157
Points : 156
Join date : 03/07/2009
Re: KEMPEN DERMA DARAH
jasnoraizan wrote:Mrcipizs wrote:manis la sgt... apen yalah manis...
tu la.. ada gak yg bg free gift.. ada kasi duit.. tp kalu kwn derma ngan PDN ada gak free gift...
kwn yg dah menderma 15 kali nih ada la jugek pihak hospital hantor surat bg penghargaan suruh datang hospital blh buat pemeriksaan percuma dan dapatkan rawatan ataupun treatment percuma....
Dulu kat PDN ada gak bagi freegift..pastu sampai skrg lansung x de dah..free gift nasi lemak dgn tea je..tapi yg kwn bangga bila idea kwn memberi cadangan supaya dibuat satu iklan betapa pentingnya derma darah dgn menunjukkan setitis darah dpt selamatkan nyawa manusia telah keluar dlm iklan TV (bukan iklan u break my heart tu apens )..tapi yg kwn dpt cuma surat terima kasih je dari pihak PDN atas idea kwn tu...apapun niat kwn ikhlas tapi jauh hehe..
p/s - di PDN ada disediakan peti cadangan aokme boleh tulis ape2 je cadangan - last
cadangan kwn minta t-shirt percuma utk para donation hehe.....
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: KEMPEN DERMA DARAH
Derma Darah Sebaik Baik Sedekah
Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan atau untuk membantu dan menggantikan darah yang begitu banyak keluar.
Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud : ” Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” ( Al-Maidah : 32)
Andainya sedekah harta itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama, mendapat ganjaran pula dari sisi Allah sehingga Allah Taala menerimanya dengan tangan kanan dan Allah menggandakan sehingga 700 kali gandaan bahkan sampai kepada kadar yang Allah inginkan ( tak terhad ),maka bersedekah atau menderma darah tentulah lebih tinggi lagi kedudukannya dan lebih besar ganjaran pahala, lantaran darah itu adalah penyebab kelangsungan hidup.
Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai dari harta, dan orang yang menderma darah sebenarnya telah menderma sebahagian dari dirinya yang bersifat benda kepada saudaranya kerana kasih sayang dan perasaan mengambil berat.
Menderma darah, di samping ianya merupakan aktiviti sosial yang baik, ianya juga boleh membantu meringankan beban orang yang dalam kesedihan dan melepaskan bebanan kesusahan yang mencengkam. Ini adalah satu kelebihan lain yang menjadikannya mendapat lebih banyak ganjaran pahala di sisi Allah Taala. Nabi S.A.W bersabda : ” Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.” ( Riwayat Abu Yu`la Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir : 2 - 287 ). Dalam hadis sahih tersebut : ” Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat.” ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Luqlu Walmarjan nombor 667 ).
Bahkan satu riwayat yang sahih dari Nabi S.A.W menyebut bahawasanya menolong haiwan yang memerlukan makanan dan minuman memperolehi ganjaran pahala yang besar dari Allah Taala sebagaimana tersebut dalam hadis tentang seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan.
Lelaki tersebut mendapati anjing itu menjulur-julur lidah sedang memakan tanah yang lembab kerana tersangat dahaga. Maka lelaki itu pun mengambil air telaga dengan menggunakan kasutnya lalu meletakkannya pada mulut anjing tersebut,lalu anjing itu meminumnya sehingga puas. Nabi S.A.W bersabda dan maksudnya : ” Allah berterima kasih kepadanya, dan Allah memberi keampunan kepadanya. Lalu sahabat bertanya dalam keadaan tercengang-cengang : “Apakah kami mendapat pahala dengan sebab berbudi kepada binatang, wahai Rasulullah ? “. Jawab Rasulullah ; Ya ! Berbudi kepada setiap yang bernyawa, akan mendapat pahala”. ( Bukhari dan Muslim sepakat tentang hadis ini yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagaimana tersebut dalam kitab Luqlu Wal Marjan - Hadis 1447 )
Jelas bahawasanya sahabat beranggapan ,berbudi kepada makhluk binatang tidak mendapat balasan pahala di sisi Allah, sahabat juga menganggap agama Islam tidak memandang penting mengenainya.
Maka Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada para sahabat,berbudi kepada setiap makhluk yang hidup akan mendapat ganjaran pahala, walaupun ianya binatang hatta anjing ….. apatah lagi kalau berbudi kepada manusia? Lebih-lebih pula berbudi kepada orang yang beriman?
Secara umumnya menderma darah ada ganjaran pahalanya yang besar. Tetapi menderma darah yang dilakukan oleh seseorang ahli keluarga terhadap seseorang ahli keluarga pastinya akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, lantaran perbuatan tersebut boleh menguatkan hubungan kekeluargaan,dan merapatkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga.
Berhubung perkara ini Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya; “Seseorang yang bersedekah kepada orang miskin akan mendapat satu pahala sedekah, manakala seseorang yang bersedekah kepada kaum keluarga akan mendapat dua kebaikan iaitu kebaikan sedekah dan kebaikan merapatkan hubungan kekeluargaan”.

Jeck Sparow- A.D.O
- Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera
Re: KEMPEN DERMA DARAH
bagus derma darah ni...tapi koi mabuk darah + takut jarum...
serius wes...lebih malang lagi..koi tak tau darah koi jenis ape...
itu ari mase kat matrik koi pengsan gare2 mbk drh +tkt jrm...
yang haru nye koi pgsn time eksperimen dlm lab tuh...
hadoooiiii........

lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: KEMPEN DERMA DARAH
Jumaat Januari 15, 2010
Hospital Kerajaan, Swasta Hadapi Kekurangan Bekalan Darah
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/15/mstar_berita/20100115114210&sec=mstar_berita

KUALA LUMPUR: Beberapa hospital kerajaan dan swasta mengalami kekurangan bekalan stok darah akibat pendermaan darah yang tidak begitu memberangsangkan sedangkan permintaannya adalah tinggi.
Hospital Pantai Kuala Lumpur umpamanya hanya mempunyai bekalan stok darah 15 unit pain sehari dan terpaksa meminta bekalan darah dari Pusat Darah Negara sekiranya berlaku kes kecemasan bekalan seperti untuk kegunaan pembedahan dan bersalin.
Pada Rabu lepas, hospital berkenaan memerlukan lebih 20 pain darah dan terpaksa meminta bantuan dari Pusat Darah Negara untuk menampung kekurangan bekalan darah hospital itu.
Pegawai Penyelidik Hospital Pantai Kuala Lumpur, Lim Yen Yen berkata, walaupun hospital itu menganjurkan program derma darah bagi menampung keperluan bekalan darahnya tetapi ia tidak mendapat sambutan.
"Hanya 30 peratus sahaja penderma yang menderma berbanding sasaran kami iaitu sebanyak 70 peratus penderma melalui program derma darah yang diadakan di hospital kami pada hujung minggu dan pada hari-hari tertentu. Biasanya pun mereka terdiri kalangan pengunjung hospital sahaja," katanya.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/15/mstar_berita/20100115114210&sec=mstar_berita
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: KEMPEN DERMA DARAH
ozzy wrote:
Mcm tau2 je ko..pagi sok aku ada kat sana (PDN)...
sense aku mengatakan begitu..
he he..elok la tu ozzy...
Re: KEMPEN DERMA DARAH
zulkbo wrote:ozzy wrote:
Mcm tau2 je ko..pagi sok aku ada kat sana (PDN)...
sense aku mengatakan begitu..
he he..elok la tu ozzy...
Sabtu baru ni ramai pulok orgnya..biasa pegi terus baring jee..kali ni kena nunggu plak org lain bangun..mcm biasa cina yg ramai ..mmm
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: KEMPEN DERMA DARAH
Seram sejuk nengok ker jarumnyerrr hehee
Jeck Sparow- A.D.O
- Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera
Re: KEMPEN DERMA DARAH
Alhamdulillah..baru kejap nie jer dlm kul 3.40pm..
k0i d0h selesei kene cucuk dan menderma dara
kat student l0unge..misi2 dari h0sp klang dtg ramei2..
sambutan mmg amat baguhhh !! syukur..

RoyKay33- Tok Penghulu
- Posts : 1191
Points : 1222
Join date : 28/04/2009
Location : Metropolitan SQ
Re: KEMPEN DERMA DARAH
Assalamualaikum....
kat mana saya boleh derma darah di kawasan jengka dalam waktu skarang???maksud saya dalam waktu yang terdekat nie???

huling90- Posts : 1
Points : 1
Join date : 26/03/2010
Re: KEMPEN DERMA DARAH
huling90 wrote:Assalamualaikum....
kat mana saya boleh derma darah di kawasan jengka dalam waktu skarang???maksud saya dalam waktu yang terdekat nie???
hospital jengka..
pasti ada..
Re: KEMPEN DERMA DARAH
Bulan depan rasa nak pergi derma darah..tak pun dalam bulan ni kot..jom ke PDN
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Page 2 of 2 • 1, 2
Similar topics
» Kempen Derma DADAH??
» jom berpantun - KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN
» HUJAH di balas DARAH
» PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
» HERBA DAN ULAMAN

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum