Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Sakit gigi – cabut atau tampal?
+8
MD
ebe
ozzy
strikerbuncit
Deto_8
koy101
Yassin
zulkbo
12 posters
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 1 of 2
Page 1 of 2 • 1, 2
Sakit gigi – cabut atau tampal?
Salam semua..
Koi rasa dah sampai masanya
PCC ni ada ruang untuk post
thread mngenai kesihatan la pulok
maklumlah dah berumur ni mcm sakit
pulok yang datang..hari ni koi nak
kongsi ngan aok me tentang
rawatan gigi...
ni koi copy paste je..
Kenapa kita sakit gigi?
Biasanya gigi sakit kerana terdapat bahagian gigi yang terdedah kepada udara, makanan, minuman dan juga bakteria. Ini termasuk lubang pada gigi yang disebabkan oleh karies, tampalan atau gigi yang retak, tampalan atau gigi yang pecah, bahagian leher gigi yang terdedah kerana gusi yang telah menurun, bahagian leher gigi yang terhakis akibat berusan gigi yang terlalu kuat dengan menggunakan berus keras dan juga bahagian akar gigi yang tidak dilitupi tulang akibat penyakit tulang dan gusi.

Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
Adakah boleh ditampal atau perlu dicabut?
Gigi yang sakit disebabkan lubang pada gigi tidak semestinya dicabut. Kadangkala, sakit gigi akan hilang jika bahagian yang terdedah itu ditampal. Jika lubang pada gigi itu sangat dalam sehingga hampir dengan saraf, maka gigi itu boleh lagi diselamatkan. Biasanya sejenis ubat akan diletakkan kebahagian yang berdekatan dengan saraf dan gigi ditampal dengan tampalan sementara. Biasanya setelah seminggu, dan tiada lagi sakit pada gigi maka gigi itu boleh ditampal seperti biasa. Jika saraf telah terdedah sedikit, maka cara yang sama boleh digunakan tetapi jika saraf yang terdedah agak besar ataupun saraf yang telah dijangkiti kuman, maka gigi itu perlulah dibuat rawatan saraf (RCT). Jika anda tidak mahu membuat rawatan saraf, maka gigi anda perlulah dicabut. Jika gigi yang sakit mempunyai lubang yang sangat teruk, dalam dan bergoyang maka eloklah dicabut. Gigi yang bergoyang teruk amat susah untuk diselamatkan walaupun gigi itu tidak sakit.
Ramai orang yang tidak sayang pada gigi mereka. Mereka lebih rela mencabut gigi dan memakai gigi palsu..senang katanya. Adakah dengan memakai gigi palsu ini anda akan bebas dari masalah? Sudah tentu tidak. Anda tidak boleh menggunakan gigi palsu seperti gigi asli, kerana ianya tidak sekuat gigi asli. Ia juga boleh patah jika terjatuh, atau jika anda tergigit benda-benda yang keras. Jika anda sentiasa memakai gigi palsu tanpa membukanya, maka gigi-gigi anda yang lain boleh rosak dan juga gusi anda menjadi tidak sihat. Ada orang yang mahu semua giginya dicabut dan mahukan gigi palsu penuh sebagai ganti. Untuk gigi atas, biasanya kurang bermasalah tetapi banyak masalah yang timbul jika kesemua gigi bawah dicabut. Kebanyakkan gigi palsu penuh untuk gigi bawah akan bergoyang dan susah untuk melekat kerana lidah akan sentiasa menolak gigi palsu itu dan tulang yang semakin menurun akan menyebabkan gigi palsu tidak mahu melekat. Anda tidak akan boleh menikmati semua makanan kerana gigi palsu tidak seperti gigi asli, makanan yang keras dan liat susah untuk hancur.
Gigi manusia memanglah kuat dan tahan lama..anda hanya perlu menjaganya sahaja. Sangkaan orang yang gigi akan rosak semasa mengandung dan gigi semakin bergoyang kerana usia adalah salah. Yang penting ialah penjagaan dan pemakanan. Ada orang yang umurnya telah lanjut tetapi giginya masih elok lagi. Ada orang yang umurnya masih muda tetapi banyak giginya telah tiada. Semua ini bergantung kepada diri anda sendiri untuk menentukan apakah nasib gigi anda di masa depan. Janganlah mengambil jalan mudah untuk menghilangkan sakit gigi dengan mencabut gigi. Ada banyak lagi cara lain yang boleh dibuat untuk menyelamatkan gigi anda.
Mencegah lebih baik dari merawat. Seelok-eloknya, rajinlah berjumpa doktor gigi untuk mencegah dari berlakunya kerosakan teruk pada gigi anda dan seterusnya mengelakkan anda dari mengalami sakit gigi. Jika gigi anda sakit, janganlah terus beranggapan gigi itu perlu dicabut. Tanyalah pada doktor gigi jika gigi itu boleh diselamatkan atau tidak. Ingatlah bahawa gigi palsu tidak sebagus gigi asli.

kawan mmg gigi banyak doh hok kawan sedekoh ke klinik gigi sebabnya pantang sakit kawan cabut...nok nampal pedeoh aje kadang tu dan brapa bulan cabut tampalannya... sudoh derita nanggung, kawan kira abis hok ori nei esok kawan buat gigi baru hehehehe....(Tapi gigi hok depan ada lagi dok laa buruk ngat rupanya hehehehe)
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
saja nak bagi penerangan kat abang yassin kita
sebab musabab koi hari ni menghilang..
tapi betullah kata doktor tu tadi bila balik
lepas 2 jam koi dah boleh makan ais krim
huh huh huh...
mau idok habis dibuang urat saraf kat
gigi dah tak der perasaan kata orang gigi koi ni
apapun alhamdulillah...dah sihat rasanya..
tapi kena makan ubat gak wat masa seminggu
antibiotik takut jangkitan katanya..
kena lah ikut kalau sayang kat gigi ni

hehehe... aku pun kalu sakit gigi.... g klinik cabut trus jer.... xder dah main tampal-tampal nih...... hehehe....
Keknyer, aku g klinik gigi 2 kali setaun... xpun skali setaun... hehehe... cuci karat.
Keknyer, aku g klinik gigi 2 kali setaun... xpun skali setaun... hehehe... cuci karat.
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
koy101 wrote:hehehe... aku pun kalu sakit gigi.... g klinik cabut trus jer.... xder dah main tampal-tampal nih...... hehehe....
Keknyer, aku g klinik gigi 2 kali setaun... xpun skali setaun... hehehe... cuci karat.
lelama habis ko cabut
sayang la bro..
hat ori kuat sikit
ko kan suka makan asam
huh huh huh
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
zulkbo wrote:koy101 wrote:hehehe... aku pun kalu sakit gigi.... g klinik cabut trus jer.... xder dah main tampal-tampal nih...... hehehe....
Keknyer, aku g klinik gigi 2 kali setaun... xpun skali setaun... hehehe... cuci karat.
lelama habis ko cabut
sayang la bro..
hat ori kuat sikit
ko kan suka makan asam
huh huh huh
oit!!! aku bujang lg... xder bini. Mana nak masuk benda asam tuh....
Kut kalu asam pedas ikan kerisi tuh... hah! aku laju ler....
hehehe.... nak tampal... ngilu biler doktor tuh main ngan drill kecik dier.... hehehe...
tu yg slalu, kalu stat sakit... sajer jer g goyangkan gigi tuh.... biler dah cam longgar jer.... trus g klinik .... cabut... Mekalau xlonggar... doktor bg ubat jer, xmao nyer cabut..... hehehe
Tp tu dulu... sejak kerap buang karat nih ( almaklumlah.... perokok tegar ).... kurang dah kekerapan sakit gigi nih....
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
kawan baru taun merasa sakit gigi....merana rasanya...tido pun tak boleh...
mula2 tampal...kali kedua pun tampal jugak...doktor kata kalau kali ketiga sakit lagi kena surgery..masa raya memang dah tak tahan terpaksalah pergi buat surgery jugak...mak aiii...sekali cabut RM500...
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
RM500?? mak aih..mahalnye..
kwn sng je,klu sakit,goyangkan gigi tu slalu guna lidah..kena rajin r buat..pastu dia akn longgar..terus je goyangkan gigi tu plahan2 smpai dia tggal sndiri dgn kesakitan plg minimum..
nak tau gigi ok ke tak,cer try mkn aiskrim..klu ngilu,bmakna ada rosak blah dlm (akar gigi)..wlpn nmpak ok kt luar tp sbnrnya dh rosak la tu..ape lg,pi la cabut cpat..derita weh..hanya yg dh pnh kena je tau betapa seksanya..

strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
ni gigi yang paling dalam...doktor kata dia menolak gigi yang depan....tak boleh nak cabut biasa katanya...tu yang ada minor surgery...nak kata surgery pun tak jugak...cuma potong sket gusi dan cabut gigi tu....pastu dia jahit balik
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
Deto_8 wrote:ni gigi yang paling dalam...doktor kata dia menolak gigi yang depan....tak boleh nak cabut biasa katanya...tu yang ada minor surgery...nak kata surgery pun tak jugak...cuma potong sket gusi dan cabut gigi tu....pastu dia jahit balik
potong gusi? jahit semula? arghh!!! takotnyee...lepas surgery,cfirm aok guna bahasa isyarat kt ahli PCC sume slma sbulan.payohla gini weh..hehehehe...
strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
Deto_8 wrote:ni gigi yang paling dalam...doktor kata dia menolak gigi yang depan....tak boleh nak cabut biasa katanya...tu yang ada minor surgery...nak kata surgery pun tak jugak...cuma potong sket gusi dan cabut gigi tu....pastu dia jahit balik
Kwn kena dulu rm200 je minor surgery juge..puncanya mula2 gi spital kerajaan cabut tapi x habis masih ada trtinggal..pergghhh sakitnya jgn cakapla selagi x buang hok trtinggal tu..blm lagi kalau gigi bongsu nok tumboh (biasanya ketika berusia 20an)..aduhhhhhh
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
strikerbuncit wrote:
potong gusi? jahit semula? arghh!!! takotnyee...lepas surgery,cfirm aok guna bahasa isyarat kt ahli PCC sume slma sbulan.payohla gini weh..hehehehe...
sekejap je...esoknya dah ok...
yang tak bestnya doktor tercucuk jarum bius kat bibir...sampai petang rasa bibir cam negro je
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
fourzy wrote:Deto_8 wrote:ni gigi yang paling dalam...doktor kata dia menolak gigi yang depan....tak boleh nak cabut biasa katanya...tu yang ada minor surgery...nak kata surgery pun tak jugak...cuma potong sket gusi dan cabut gigi tu....pastu dia jahit balik
Kwn kena dulu rm200 je minor surgery juge..puncanya mula2 gi spital kerajaan cabut tapi x habis masih ada trtinggal..pergghhh sakitnya jgn cakapla selagi x buang hok trtinggal tu..blm lagi kalau gigi bongsu nok tumboh (biasanya ketika berusia 20an)..aduhhhhhh
bab gigi bongsu pun satu hal..kwn dh kena thun lpas..merana jgkla kena..sblm dia nk jd,kwn demam 2-3 hari..pastu gusi bengkak dan amat sakit bila bgesel dgn pipi dalam..nak ckp/makan pun sakit..dlm sebulan bru la reda sikit sakitnye..syukurla smuanya bjln lancar..hehehe
strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
Deto_8 wrote:ni gigi yang paling dalam...doktor kata dia menolak gigi yang depan....tak boleh nak cabut biasa katanya...tu yang ada minor surgery...nak kata surgery pun tak jugak...cuma potong sket gusi dan cabut gigi tu....pastu dia jahit balik
hahaha... aku nyer dua-dua gigi graham belah bawah blakang skali dah ilang dah...... lama mat dah.... tp mmg kena minor surgery la... kut kalu nak cabut gitu jer... walaupun dah longgar amat... mmg tak boleh.... gusi nak kena toreh gak.... tp ngko biar betul Deto.... kut sampai RM500??? Kut kalu dlm RM200 tu ader ler..... tu pun pasai kos ubat ngan antibiotik... dan 3x lawatan susulan pree....
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
bila cabut tu?
kat sini tanya member2 pun dorang kata lebih kurang rege tu jugak
kat sini tanya member2 pun dorang kata lebih kurang rege tu jugak
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
kawan pernah buat rawatan mati akar. 3 geraham.. ntah berapa kene pon tak tau... panel nye
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
Deto_8 wrote:
kawan baru taun merasa sakit gigi....merana rasanya...tido pun tak boleh...
mula2 tampal...kali kedua pun tampal jugak...doktor kata kalau kali ketiga sakit lagi kena surgery..masa raya memang dah tak tahan terpaksalah pergi buat surgery jugak...mak aiii...sekali cabut RM500...
deto..wat rawatan akar pun
sebatang dalam Rm500
dua kali sesi..semalam koi wat
hari ni sihat doh weh...
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
strikerbuncit wrote:RM500?? mak aih..mahalnye..
kwn sng je,klu sakit,goyangkan gigi tu slalu guna lidah..kena rajin r buat..pastu dia akn longgar..terus je goyangkan gigi tu plahan2 smpai dia tggal sndiri dgn kesakitan plg minimum..
nak tau gigi ok ke tak,cer try mkn aiskrim..klu ngilu,bmakna ada rosak blah dlm (akar gigi)..wlpn nmpak ok kt luar tp sbnrnya dh rosak la tu..ape lg,pi la cabut cpat..derita weh..hanya yg dh pnh kena je tau betapa seksanya..
ini lah yang koi rase...
ngilu bila nak kumor pun
pegi dentist biasa mesti di cabut nye
cer aok gi dentist hat elok dia rekemen
rawatan akar sebab gigi dok elok lagi ..
tapi pader lah..siap duit jer..
huh huh huh..patut lah dulu
koi dengar orang kaya buat rawatan gigi
beribu sbb tu gigi dorang cantik-cantik belaka...
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
ebe wrote:kawan pernah buat rawatan mati akar. 3 geraham.. ntah berapa kene pon tak tau... panel nye
standard mau ribu kalau 3 btg
untung lah aok company kaye...
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
fourzy wrote:Deto_8 wrote:ni gigi yang paling dalam...doktor kata dia menolak gigi yang depan....tak boleh nak cabut biasa katanya...tu yang ada minor surgery...nak kata surgery pun tak jugak...cuma potong sket gusi dan cabut gigi tu....pastu dia jahit balik
Kwn kena dulu rm200 je minor surgery juge..puncanya mula2 gi spital kerajaan cabut tapi x habis masih ada trtinggal..pergghhh sakitnya jgn cakapla selagi x buang hok trtinggal tu..blm lagi kalau gigi bongsu nok tumboh (biasanya ketika berusia 20an)..aduhhhhhh
2 ratus tu dulu jie
masa aok umor baper
sekarang mau cecah ribu
dah koi ingat...
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
Deto_8 wrote:bila cabut tu?
kat sini tanya member2 pun dorang kata lebih kurang rege tu jugak
Lama mat dah aku nyer..... kalu paling baru pun, aku heret member aku g cabut gigi bongsu tuh dlm 2 taun lepas... kat SJ. Dlm RM250 jer..... Doktor tuh pompuan kecik molek.....
Deto... ngko ader mintak bius pakai wap ker??? atau pakai cucuk jarum.....??? Lain rega....
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
baru ni kawan duk layan kartun Hagimaru dengan anak...ada satu babak kat klinik gigi cabut gigi sampai tercabut tengkorak....
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
MD wrote:baru ni kawan duk layan kartun Hagimaru dengan anak...ada satu babak kat klinik gigi cabut gigi sampai tercabut tengkorak....
Koi pulok tgk tangan doctor tu yg tercabut..miahahahaha
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: Sakit gigi – cabut atau tampal?
ozzy wrote:MD wrote:baru ni kawan duk layan kartun Hagimaru dengan anak...ada satu babak kat klinik gigi cabut gigi sampai tercabut tengkorak....
Koi pulok tgk tangan doctor tu yg tercabut..miahahahaha
tu yg kawan teringat topik ni ...pastu Rambo,Godzila,Ultraman seme cabut gigi....hehehee
btw Hagimaru ni bawak banyak mesej juga [ kartun Jepun ]
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Page 1 of 2 • 1, 2
Similar topics
» HERBA DAN ULAMAN
» No Talipon Penting...Print lerr tampal kat Opis
» Keburukan & Kebaikan Facebook
» Herba purba sakit belakang
» POLIGAMI Setuju Atau Tidak...???
» No Talipon Penting...Print lerr tampal kat Opis
» Keburukan & Kebaikan Facebook
» Herba purba sakit belakang
» POLIGAMI Setuju Atau Tidak...???
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum