Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Hasad dengki sifat orang munafik

+2
Abang Jem
Yassin
6 posters

Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Hasad dengki sifat orang munafik

Post  Yassin Thu Oct 29, 2009 8:11 am


Oleh Hashim Ahmad (nurjeehan.hadithuna.com)

Ummah wajib bersyukur, lapang dada atas nikmat yang dianugerahkan

ALLAH memberikan nikmat-Nya pada semua hamba-Nya tetapi pembahagian itu tidak sama, ada yang diberi banyak dan ada pula sedikit. Semua itu bertujuan menguji hamba-Nya dalam kehidupan dunia ini.

Ujian ini bagaikan api yang membersih dan memisahkan emas daripada campurannya. Dengan berbuat demikian, maka dapatlah dilihat mana yang benar-benar beriman dan tidak. Alangkah ruginya jika kita tidak mampu menghadapi ujian itu.

Akibat daripada perbezaan, sering timbul sifat buruk seseorang terhadap orang lain. Permusuhan awal bermula antara Adam dan iblis. Iblis melanggar perintah Allah untuk sujud kepada Adam kerana hasadnya terhadap Adam.

Iblis berasakan Allah tidak adil dalam perintah itu. Menurut iblis, dirinya lebih baik dan lebih layak daripada Adam untuk mendapat kemuliaan, malahan diminta sujud padanya. Iblis berkata seperti mana firman Allah yang bermaksud:

“Aku lebih baik darinya, Engkau ciptakan aku daripada api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.” – (Surah al-A’raf, ayat 12)
<BLOCKQUOTE style="PADDING-RIGHT: 20px; BORDER-TOP: rgb(221,221,221) 1px dashed; PADDING-LEFT: 20px; BORDER-LEFT-WIDTH: 0px; PADDING-BOTTOM: 0px; MARGIN: 15px 10px 0px; COLOR: rgb(85,85,85); PADDING-TOP: 0px; BORDER-BOTTOM: rgb(221,221,221) 1px dashed; FONT-STYLE: italic; BACKGROUND-COLOR: rgb(255,255,255); BORDER-RIGHT-WIDTH: 0px; -webkit-background-clip: initial; -webkit-background-origin: initial">Permusuhan makhluk Allah yang kedua pula berlaku antara orang kafir terhadap kaum mukminin, sehingga mereka mengerahkan segala kekuatan dan daya upaya untuk menjauhkan kaum mukmin daripada keimanan.

Ini jelas daripada firman Allah yang bermaksud: “Sebahagian besar ahli kitab inginkan supaya mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) daripada diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” – (Surah al-Baqarah, ayat 109)
</BLOCKQUOTE>
<BLOCKQUOTE style="PADDING-RIGHT: 20px; BORDER-TOP: rgb(221,221,221) 1px dashed; PADDING-LEFT: 20px; BORDER-LEFT-WIDTH: 0px; PADDING-BOTTOM: 0px; MARGIN: 15px 10px 0px; COLOR: rgb(85,85,85); PADDING-TOP: 0px; BORDER-BOTTOM: rgb(221,221,221) 1px dashed; FONT-STYLE: italic; BACKGROUND-COLOR: rgb(255,255,255); BORDER-RIGHT-WIDTH: 0px; -webkit-background-clip: initial; -webkit-background-origin: initial">

</BLOCKQUOTE>

Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan ini menghancurkan hasad tingkat tinggi dan paling jahat, seperti hasadnya iblis kepada Adam.

Contoh hasad ialah apabila tetangga kita memiliki kelebihan harta benda, anak atau isteri yang cantik jelita, kedudukan dan nama baik dalam masyarakat, lalu kita iri dan dengki kepadanya, berusaha untuk merosakkannya.

Sifat hasad dapat membuat orang berbuat zalim kepada tetangganya dengan menyebar gosip dan memburukkannya depan orang lain. Perbuatan itu sudah tentu akan menjadikan suasana bermasyarakat tidak kondusif dan buruk sekali.

Hasad sangat berbahaya dan mempunyai kesan buruk antaranya :

- Sifat orang Yahudi yang dilaknat Allah, siapa yang memilikinya bererti menyerupai mereka. Allah berfirman yang bermaksud: “Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepadanya. Sesungguhnya Kami memberikan Kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar.” (Surah an-Nisa, ayat 54)

- Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman salah seorang kamu sampai mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya.” (Hadis Muttafaqun ‘alaihi)

Bahkan lebih parah daripada itu, orang yang hasad merasa sangat gembira bila saudaranya celaka dan binasa.

- Ada dalam sifat hasad ini rasa tidak suka terhadap takdir yang Allah berikan kepadanya. Bukankah yang memberikan nikmat hanya Allah. Seakan-akan ia ingin berperanan aktif dalam penentuan takdir Allah dengan merasakan bahawa ia lebih layak mendapatkan nikmat itu daripada orang lain.

- Apabila orang lain mendapat kenikmatan, semakin besar dan kuat api hasad dalam dirinya, sehingga ia selalu kecewa dan duka serta hatinya terbakar akibat api hasad itu.

Menimbulkan sikap egois yang tinggi dan tidak menyukai kebaikan pada orang lain.

- Hasad memakan kebaikan yang dimilikinya sebagaimana api membakar kayu yang kering. Ini yang dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” – (Hadis riwayat Abu Daud)

- Menyusahkan diri sendiri, sebab ia tidak mampu mengubah takdir Allah sedikitpun. Allah sudah memberikan nikmat pada orang lain dan tidak akan terhalang oleh orang yang hasad walaupun ia berusaha, ia tidak akan mungkin mengubah takdir Allah.

- Hasad mencegah pemiliknya daripada berbuat kebaikan dan manfaat. Ia selalu sibuk memikir dan melihat milik orang lain sehingga seluruh hidupnya hanya untuk memikirkan bagaimana datangnya kenikmatan pada orang lain dan bagaimana menghilangkannya.

- Hasad dapat memecahkan persatuan, kesatuan, dan persaudaraan kaum muslimin. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan serta saling mendiamkan dan jadilah kamu bersaudara.” (Hadis riwayat Muslim)

- Hidupnya tidak pernah tenang dan tenteram, apalagi bahagia. Orang yang hasad selalu dalam keadaan gundah gulana dan resah melihat orang lain lebih darinya. Alangkah ngerinya bahaya dan kerosakan yang diakibatkan oleh dengki (hasad). Sebab itu sudah semestinya kita berusaha menanggalkan dan menghilangkannya daripada diri kita.

Menyedari hakikat bahayanya perasaan hasad ini, maka sudah pasti kita harus berusaha menghindari dan menjauhkan diri dari sifat yang satu ini. Antara langkah mengatasi perasaan hasad ialah belajar dan memahami aqidah Islam sebenar.

Memahami konsep takdir menurut syariat Islam, sehingga faham bahawa segala kenikmatan dan rezeki tidak lepas daripada ketentuan takdir Allah serta meyakini kenikmatan diberikan kepada setiap orang sesuai dengan hikmah yang diinginkan-Nya.

Memandangkan dunia dengan segala perhiasannya sebagai sesuatu yang akan punah dengan cepat dan tidak seberapa dibanding akhirat. Demikian juga tujuan akhir kehidupan adalah akhirat yang kekal abadi.

Firman Allah yang bermaksud:
<BLOCKQUOTE style="PADDING-RIGHT: 20px; BORDER-TOP: rgb(221,221,221) 1px dashed; PADDING-LEFT: 20px; BORDER-LEFT-WIDTH: 0px; PADDING-BOTTOM: 0px; MARGIN: 15px 10px 0px; COLOR: rgb(85,85,85); PADDING-TOP: 0px; BORDER-BOTTOM: rgb(221,221,221) 1px dashed; FONT-STYLE: italic; BACKGROUND-COLOR: rgb(255,255,255); BORDER-RIGHT-WIDTH: 0px; -webkit-background-clip: initial; -webkit-background-origin: initial">

“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu tanaman di bumi, antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu sudah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanamannya) laksana tanam-tanamannya yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda kekuasaan (Kami) kepada orang yang berfikir, Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syura), dan menunjukkan orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam).” – (Surah Yunus, ayat 24-25)</BLOCKQUOTE>

Mengingat keutamaan zuhud dan lapang dada terhadap nikmat yang Allah anugerahkan kepada orang lain serta kewajipan bersyukur terhadap nikmat yang dianugerahkan, semua ini akan menimbulkan sifat menerima dan kaya hati.

Mudah-mudahan dengan selalu berusaha menjauhi dan meninggalkan sifat hasad ini kita semua dimudahkan mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

INTI PATI
Kesan buruk hasad dengki
:

  • Sifat orang Yahudi yang dilaknat Allah, siapa yang memilikinya bererti menyerupai mereka.
  • Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.
  • Ada dalam sifat hasad ini rasa tidak suka terhadap takdir yang Allah berikan kepadanya. Bukankah yang memberikan nikmat hanya Allah.
  • Apabila orang lain mendapat kenikmatan, semakin besar dan kuat api hasad dalam dirinya, sehingga ia selalu kecewa dan duka serta hatinya terbakar akibat api hasad itu.
  • Menimbulkan sikap egois yang tinggi dan tidak menyukai kebaikan orang lain.
  • Hasad memakan kebaikan yang dimilikinya sebagaimana api membakar kayu yang kering.
  • Menyusahkan diri sendiri, sebab ia tidak mampu mengubah takdir Allah sedikitpun.
  • Hasad mencegah pemiliknya daripada berbuat kebaikan dan manfaat.
  • Hasad dapat memecahkan persatuan, kesatuan, dan persaudaraan kaum muslimin.
  • Hidupnya tidak pernah tenang dan tenteram. Orang yang hasad selalu dalam keadaan gundah gulana dan resah melihat orang lain lebih darinya.
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  Yassin Thu Oct 29, 2009 8:28 am

Namun ada juga dengki yang baik....sekiranya seseorg itu berjaya dan kita cuba pula mencari kejayaan itu dan apabila seseorg itu berbuat kebaikan dan kita juga berbuat kebaikan yang sama selagi niatnya baik dan tidak ada niat disebaliknya amat digalakan.

Namun sifat hasad dengki ini jika dirumuskan sebenar, jika ada antara kita yang memilikinya sesungguhnya kita telah tertawas dgn hasut syaitan. Hasad dengki sifat orang munafik Icon_sad
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  Abang Jem Thu Oct 29, 2009 8:31 am

sin....dengki dgn cemburu apa perbezaannya?cer awok kupas sikit...koi kurang paham laaaa...mekasih.. Very Happy
Abang Jem
Abang Jem
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 588
Points : 591
Join date : 06/05/2009
Location : Ada Aku Kisah???

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  Yassin Thu Oct 29, 2009 8:44 am

Abang Jem wrote:sin....dengki dgn cemburu apa perbezaannya?cer awok kupas sikit...koi kurang paham laaaa...mekasih.. Hasad dengki sifat orang munafik Icon_biggrin


Dengki - itu satu sifat tidak puas hati kalau ikut fahaman bahasa melayu kita
dan tak puas hati ini terbahagi pada dua bahagian tak puas hati yang baik dan yang tidak baik.

Cemburu - lebih pada satu sifat kebaikan cuma jangan berlebihan cemburu juga mungkin lebih kepada rasa sayang tapi sayang yang berlebihan dalam istilah bahasa tidak ada org cemburu kepada keburukan, semua cemburu pada kebaikan sebagai tanda kasih sayang, di bimbangi org yang sayangi di ambil darirpadanya.

Pendapat kawan semata-mata. Dua-dua perangai diatas itu baik tapi sehingga mana kita dpat mencari kebaikannya terserah pada kita.Hasad dengki sifat orang munafik Icon_biggrin
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  Mrcipizs Thu Oct 29, 2009 8:53 am

cemburu tu selalunya sbb sayang...

tp kalu dengki... xdak nak sayang nya..

mcm fan yg anti-MU.... ekekekekeke... larikkkkk
Mrcipizs
Mrcipizs
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 43
Location : Angkasa?

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  ozzy Thu Oct 29, 2009 8:57 am

Mrcipizs wrote:cemburu tu selalunya sbb sayang...

tp kalu dengki... xdak nak sayang nya..

mcm fan yg anti-MU.... ekekekekeke... larikkkkk

Hahaha..Mrcipizs sempat lagi aok ye..
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  Yassin Thu Oct 29, 2009 10:56 am

Mrcipizs wrote:cemburu tu selalunya sbb sayang...

tp kalu dengki... xdak nak sayang nya..

mcm fan yg anti-MU.... ekekekekeke... larikkkkk

Dengan lain kata-kata...Dengki tu sebab dia tak dapat, Cemburu sebab dia tidak disayangi. Razz
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  ozzy Thu Oct 29, 2009 11:20 am

Yassin wrote:

Dengan lain kata-kata...Dengki tu sebab dia tak dapat, Cemburu sebab dia tidak disayangi. Razz

Tu pasal ler ni ramai hok ada PHD (perasaan hasad dengki)..hehe
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  Yassin Thu Oct 29, 2009 11:36 am

fourzy wrote:
Yassin wrote:

Dengan lain kata-kata...Dengki tu sebab dia tak dapat, Cemburu sebab dia tidak disayangi. Razz

Tu pasal ler ni ramai hok ada PHD (perasaan hasad dengki)..hehe

kawan lama doh dengor penyakit ni tapi ada ubat ker?
atau di sebut penyakit hasad dengki. err....
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  koy101 Thu Oct 29, 2009 5:54 pm

Yassin wrote:
fourzy wrote:
Yassin wrote:

Dengan lain kata-kata...Dengki tu sebab dia tak dapat, Cemburu sebab dia tidak disayangi. Razz

Tu pasal ler ni ramai hok ada PHD (perasaan hasad dengki)..hehe

kawan lama doh dengor penyakit ni tapi ada ubat ker?
atau di sebut penyakit hasad dengki. err....

Apa lak xder nyer... Kan Nabi Muhammad s.a.w. dah ajor dah...

Sentiasalah beristifar ( kalu salah ejaan... tlg betulkan )
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  zulkbo Thu Oct 29, 2009 6:55 pm

koy101 wrote:
Yassin wrote:
fourzy wrote:
Yassin wrote:

Dengan lain kata-kata...Dengki tu sebab dia tak dapat, Cemburu sebab dia tidak disayangi. Razz

Tu pasal ler ni ramai hok ada PHD (perasaan hasad dengki)..hehe

kawan lama doh dengor penyakit ni tapi ada ubat ker?
atau di sebut penyakit hasad dengki. err....

Apa lak xder nyer... Kan Nabi Muhammad s.a.w. dah ajor dah...

Sentiasalah beristifar ( kalu salah ejaan... tlg betulkan )

ni yang koi suka ngan
ROY kita ni..
macam ustaz la bro..
huh huh huh
aminn...
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  Yassin Thu Oct 29, 2009 6:57 pm

zulkbo wrote:

ni yang koi suka ngan
ROY kita ni..
macam ustaz la bro..
huh huh huh
aminn...

Salam zul sari kawan duk perati ke aok tapi tak de bz ker?
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  zulkbo Thu Oct 29, 2009 8:23 pm

Yassin wrote:
zulkbo wrote:

ni yang koi suka ngan
ROY kita ni..
macam ustaz la bro..
huh huh huh
aminn...

Salam zul sari kawan duk perati ke aok tapi tak de bz ker?

koi sebenarnya tak berapa sihat
baru wat operate gigi
buang urat saraf(tak tau kalau aok pernah dengar)
ambik mc tido jer tadi kesan ubat bius ngantukla pulok
ni dah ok byk rasanya..koi tetap jengok aok dan kengkawan
kat sini... Very Happy Very Happy Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  Yassin Thu Oct 29, 2009 9:01 pm

zulkbo wrote:

koi sebenarnya tak berapa sihat
baru wat operate gigi
buang urat saraf(tak tau kalau aok pernah dengar)
ambik mc tido jer tadi kesan ubat bius ngantukla pulok
ni dah ok byk rasanya..koi tetap jengok aok dan kengkawan
kat sini... Very Happy Very Happy Very Happy

Sian juga kat aok...dulu aok ngadu sakit gigi hari ini operate pulok...
bawak berehat laa zul jangan ngadap PC ngat tak baik juge Very Happy
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  koy101 Fri Oct 30, 2009 12:32 am

Bro zulkbo,
sapa ROY??? Hok yg bawak motor scrambler g skolah tuh ker??? hehehe.....
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  zulkbo Fri Oct 30, 2009 12:33 am

koy101 wrote:Bro zulkbo,
sapa ROY??? Hok yg bawak motor scrambler g skolah tuh ker??? hehehe.....

oitt ...aok dah tukar name ke
huh huh huh koi tak perasan
sorry bro... Embarassed
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  zulkbo Fri Oct 30, 2009 12:39 am

koy101 sakit gigi ku
membuatkan aku selalu bermimpi
di siang hari...mamunnn.. Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  koy101 Fri Oct 30, 2009 12:45 am

tahu.... faham.... dan benar-benar.. mengerti.......
bebanyak ler bersabor menahan denyutan demi denyutan tuh.....
xdapek den nak nolong......
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  Yassin Fri Oct 30, 2009 9:03 am

Rupanya kawan gi rujuk dgn ustad tadi dia kabor

HASAD - maksudnya macam dendam (penyakit hati)
DENGKI - Iri hati

Bila di gabungkan jadi dendam dan iri hari.....mekala ada hati-hati gini disebut hati-hati yang mati...(hati kotor) jadi kena basuh lah dgn air keimanan jadi goner nak dpat air keimanan ini kerana cari kat masijd juga kat umah ada tapi kat masjid lagi afdal...kat pasaraya tak jual..... Hasad dengki sifat orang munafik Icon_biggrin
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Hasad dengki sifat orang munafik Empty Re: Hasad dengki sifat orang munafik

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum