Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Mohon tambah doktor

+4
ozzy
labu sayong
zulkbo
Deto_8
8 posters

Go down

Mohon tambah doktor Empty Mohon tambah doktor

Post  Deto_8 Tue Oct 20, 2009 9:52 pm

NGKA – Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jengka memohon supaya pihak yang bertanggungjawab dapat menambah bilangan doktor di hospital itu kerana bilangan doktor yang sedikit tidak dapat menampung jumlah pesakit yang ramai.

Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat hospital Jengka, Idris Shah Musa, berkata, penduduk yang mendapat rawatan di situ adalah ramai iaitu terdiri daripada lebih 25 buah rancangan Felda dan beberapa kampung yang berhampiran.

Menurutnya, penduduk yang tinggal berhampiran bandar ini bergantung sepenuhnya kepada hospital ini untuk mendapatkan rawatan memandangkan inilah satu-satunya hospital yang berada di bandar ini.

“Di hospital ini hanya terdapat lima orang doktor. Mungkin dalam masa satu hari tidak semua doktor ini bertugas dan menjadikan jumlahnya berkurangan. Jadi pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan daripada doktor.

“Jika terdapat kes kecemasan, doktor akan menumpukan kepada kes itu dahulu, jadi pesakit-pesakit lain terpaksa menunggu selepas doktor menyelesaikan kes tersebut,” katanya ketika ditemui baru-baru ini di sini.

Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jengka merupakan orang tengah antara pihak hospital dan masyarakat setempat. Mereka akan memaklumkan kepada pihak hospital mengenai segala aduan atau rungutan daripada orang ramai dan menyampaikan maklumat daripada pihak hospital kepada masyarakat.

Selain daripada itu, Ahli Lembaga Pelawat juga akan membantu pihak hospital untuk memastikan masyarakat di sekitar kawasan ini mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripada pihak hospital.

Idris berkata, selain memudahkan pesakit mendapat rawatan daripada doktor, penambahan doktor juga dapat membantu doktor bertugas untuk melakukan tugas-tugas pemeriksaan dan rawatan yang lain.

Idris berharap supaya pihak yang bertanggungjawab prihatin dengan masalah ini dan mencari inisiatif untuk mengatasi masalah ini bagi memastikan masyarakat menerima perkhidmatan yang terbaik sekali gus membantu doktor-doktor di sini.

Sementara itu, seorang penduduk, Zailani Karim, 48, berkata, penambahan doktor di hospital ini adalah sesuatu perkara yang sangat bagus kerana memudahkan pesakit untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, apabila bilangan doktor di sini mencukupi, tidak akan ada lagi masalah berkaitan kelambatan mendapatkan rawatan. Ia juga sekali gus dapat meringankan tugas-tugas doktor yang sudah berkhidmat di sini.

“Apabila bilangan doktor mencukupi, doktor yang sedang bertugas juga tidak perlu terkejar-kejar untuk merawat semua pesakit yang ada. Selain kasihan melihat pesakit yang lama menunggu, kita juga kasihan melihat doktor yang bertugas.

“Oleh itu, saya harap, pihak yang terlibat dapat menambah bilangan doktor di hospital ini untuk memudahkan masyarakat setempat mendapatkan rawatan memandangkan inilah satu-satunya hospital yang paling hampir dengan mereka,” katanya ketika ditemui.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Mohon tambah doktor Empty Re: Mohon tambah doktor

Post  zulkbo Tue Oct 20, 2009 11:39 pm

tak cukop doctor rupernya
hospital jengka ni..
ingatkan banyak dah anak bangsa
yang dok jadi doctor
agoknya tak boh diorang ke jengka
apa lah agoknya dalam pemikiran
orang luar tentang jengka ni
tah diorang ingat tempat "gajah bertendang"
lagi kut..
huh huh huh Laughing Laughing
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Mohon tambah doktor Empty Re: Mohon tambah doktor

Post  Deto_8 Tue Oct 20, 2009 11:42 pm

zulkbo wrote:tak cukop doctor rupernya
hospital jengka ni..
ingatkan banyak dah anak bangsa
yang dok jadi doctor
agoknya tak boh diorang ke jengka
apa lah agoknya dalam pemikiran
orang luar tentang jengka ni
tah diorang ingat tempat "gajah bertendang"
lagi kut..
huh huh huh Laughing Laughing

5 orang doctor je... Rolling Eyes

doctor lain banyak gi ladang sawit kot...port kat situ lagi baik
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Mohon tambah doktor Empty Re: Mohon tambah doktor

Post  labu sayong Tue Oct 20, 2009 11:45 pm

kalau xcukup cikgu ade jugek peluang koi...hehe...kala deme ingat tmpt gajah bertendang xpe lg..takut deme nyer ingat tempat jin bertendang je... Razz
labu sayong
labu sayong
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4

Back to top Go down

Mohon tambah doktor Empty Re: Mohon tambah doktor

Post  zulkbo Tue Oct 20, 2009 11:48 pm

Deto_8 wrote:
zulkbo wrote:tak cukop doctor rupernya
hospital jengka ni..
ingatkan banyak dah anak bangsa
yang dok jadi doctor
agoknya tak boh diorang ke jengka
apa lah agoknya dalam pemikiran
orang luar tentang jengka ni
tah diorang ingat tempat "gajah bertendang"
lagi kut..
huh huh huh Laughing Laughing

5 orang doctor je... Rolling Eyes

doctor lain banyak gi ladang sawit kot...port kat situ lagi baik

doctor sawit tu
hampeh..
mana la dorang belajo
mende gitu..
sedih koi anak bangsaku
jadi gini No No
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Mohon tambah doktor Empty Re: Mohon tambah doktor

Post  zulkbo Tue Oct 20, 2009 11:50 pm

labu sayong wrote:kalau xcukup cikgu ade jugek peluang koi...hehe...kala deme ingat tmpt gajah bertendang xpe lg..takut deme nyer ingat tempat jin bertendang je... Razz

baca surah yassin
bebanyak...
(mana bro yassin tak masuk ari ni) Shocked
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Mohon tambah doktor Empty Re: Mohon tambah doktor

Post  Deto_8 Tue Oct 20, 2009 11:51 pm

kalau bab ni, orang mudah tau ke FELDA aje perginya...
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Mohon tambah doktor Empty Re: Mohon tambah doktor

Post  ozzy Wed Oct 21, 2009 10:33 am

Deto_8 wrote:
zulkbo wrote:tak cukop doctor rupernya
hospital jengka ni..
ingatkan banyak dah anak bangsa
yang dok jadi doctor
agoknya tak boh diorang ke jengka
apa lah agoknya dalam pemikiran
orang luar tentang jengka ni
tah diorang ingat tempat "gajah bertendang"
lagi kut..
huh huh huh Laughing Laughing

5 orang doctor je... Rolling Eyes

doctor lain banyak gi ladang sawit kot...port kat situ lagi baik

Pengalaman kwn masa jaga arwah ayah kwn hujung tahun lepas telah membuktikan..memang x cukup doktor kat situ..tapi nurse kat situ memang ramah dan baik serta tahap kebersihan yg patut dipuji..cuma doktor pakar terpaksa tunggu turun dari hosp. temerloh pastu dtg dgn muka toya..yg sakit pun makin sakit huhhh...
ozzy
ozzy
Skuad Terjah PCC
Skuad Terjah PCC

Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ

Back to top Go down

Mohon tambah doktor Empty Re: Mohon tambah doktor

Post  jasmi Fri May 21, 2010 10:41 pm

Doktor memang tak cukup di mana-mana hospital. Fi Maran ni, dahlah Pusat kesihatan sahaja, bangunan dan kemudahan pun tak berapa banyak. dengar khabar, RMK10 ni akan ada hospital di bandar Maran. kasihan kat macik pakcik dari sebelah sungai sana terpaksa ke Temerloh yang jauh tu..
Nak komen sikit pasal doktor ni. Kat Bandar maran, ada berapa kerat sahaja doktor kerajaan. Tapi macam malas aje doktornya. Ramai yang cuak. Pernah sekali tu kawan nak buat medical chekup. si doktornya sibuk main internet, buka ruang politik pembangkang. Tak kisahlah politik mana, tapi ambil tahulah sikit pasal kerja. Ini pembantu yang soal dan jawab. dia t.t dokumen aje. Tanya'sakit apa?'. itu aje..
Di Jengka pula, kawan pernah hampir tumbuk sorang doktor ni.. Tak profesional. Ingat kita budak kampung yang tak ada pelajaran. kawanpun pegawai kerajaan. Apa tak marah.. kawan bawa bapa ke hospital, berkerusi roda, sakit parkinson. Bila masuk bilik, dia mengadap komputer kemudian tanya (tanpa berpaling)" sakit apa?". Kemudian dia suruh bapa kawan naik atas katil. Dia tak bantu dan tak menolehpun. Setelah itu, diperiksanya perut. Dengan bahasa kasar" awak tak beri makan ayah awak ke?". Mulalah kawan hot. Takkanlah ayah kawan tak diberi makan...Dia minta datang tarikh sekian..sekian. Pada tarikh yang diberi, kawan pergi bawa bapa kawan lagi.. tapi hari tu temujanji doktor pakar puan sahaja. Doktor salah beri tarikh. Apa lagi..kawan cari dari satu bilik ke satu bilik. Nasib baik dia cuti. Pembantu doktor juga salahkan doktor dan meminta maaf. Tak tahulah jika masih ada doktor sebegini di hospital Jengka.. harap dah pindah. Doktor muda tapi tak profesional. Egois..Tapi ni cerita 10 tahun yang lalu.. Bapa kawanpun dah meninggal sebulan dari tarikh kejadian..
jasmi
jasmi

Posts : 44
Points : 82
Join date : 11/05/2010
Age : 49
Location : Kg New Zealand

http://justme-newzealand.blogspot.com

Back to top Go down

Mohon tambah doktor Empty Re: Mohon tambah doktor

Post  Cik_N Sat May 22, 2010 12:14 am

Koi rasa rata2 hosp kerajaan x cukup perkhidmatan dokto la.. kat temerloh tu...harap je hospital beso gedabok..ketnya selalu kekurangan doktor..yg ramai ialah doktor pelatih yg tgh study @ praktikal....harap2 masalah kritikal ini segera dpt di selesaikan....
Cik_N
Cik_N
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 940
Join date : 28/11/2009
Location : Temerloh

http://cikkelisa.blogspot.com

Back to top Go down

Mohon tambah doktor Empty Re: Mohon tambah doktor

Post  koy101 Sat Jun 26, 2010 4:12 am

Alhamdulillah dah pada aku.... takat nih.....

KAlo nak kira xcukup..... mmg sampai bebila pun xcukup.....
JAdinyer...... korang hok mana ader anok tuh...
bagi-bagi ler perangsang kat anok tuh... supaya dema nok jadi doktor nih.....
Suroh ler anok dema tuh blajor rajin-rajin.....
Supaya lebih ramai doktor di Malaysia nih.......

Kita duk bising suoh gomen tambah bilangan doktor pun... bukan gomen leh wat hapa....
Tetap kena ikut langkah prosedur gak.....
Latihan kena cukup.....
Bakal doktor tuh lak... kena la pandai... almaklum.... base doktor nih bukan senang....
nak nyebut nama penyakit pun........ mao terbelit lidah....
Kalo nak percepatkan blajor tuh.... mao ker dema berubat ngan doktor berlatih 2 taun jer????

Kita kena gak tanya...... kat diri kita...
APasal ler.... aku dok blajor rerajin dulu....
Leh jadi doktor la nih..... membantu org ramai....


p.s: Kempen PBSMM, satu rumah satu ahli pertolongan cemas pun xtercapai kat kolompo nuh...... Baru gi training 2 ari... bayaran rm250 jerrr.... xder gak org nak ikut...
Nih lak nak blajor 5 6 taun........ blanjer.... 100 200 ribu.... Embarassed Embarassed Embarassed
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

Mohon tambah doktor Empty Re: Mohon tambah doktor

Post  Yassin Sat Jun 26, 2010 5:23 pm

Koy, kawan setuju ngat dengan pendapat aok nei....dan menyokong sepenuhnya tanpa bantahan cheers
Yassin
Yassin
PCC Jerantut
PCC Jerantut

Posts : 2708
Points : 3033
Join date : 12/08/2009
Location : Bandar Jerantut [PCC084]

http://www.pahangcommunity.com

Back to top Go down

Mohon tambah doktor Empty Re: Mohon tambah doktor

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum