Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Pelabur risau, internet M'sia lembab
+9
Awangmaseru
Mrcipizs
faisalmik
strikerbuncit
MD
Deto_8
jasnoraizan
ebe
zulkbo
13 posters
Page 1 of 2
Page 1 of 2 • 1, 2
Pelabur risau, internet M'sia lembab
Okt 19, 09 8:15pm
Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.
Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.
"Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.
"Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.
"Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna," katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.
Ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran, Halpin berkata:
"Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka? Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang."
Isu lain yang menjadi kebimbangan syarikat-syarikat Australia dan bakal pelabur ialah tahap keselamatan, di mana terdapat banyak laporan berita mengenai jenayah kecil dan ragut di negara ini.
Halpin bagaimanapun berkata beliau tidak menjangkakan bahawa syarikat-syarikat Australia yang sedang beroperasi di sini akan berpindah tetapi keadaan ini mungkin akan menghalang kedatangan syarikat-syarikat baharu ke Malaysia.
"Syarikat-syarikat ini bertanggungjawab ke atas pekerja dan keluarga mereka yang dihantar ke sini. Isteri kepada seorang petugas telah kehilangan begnya dalam kejadian ragut baru-baru ini," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk memberi bantuan sokongan kepada pihak polis yang mengalami kekurangan tenaga kerja.
Beliau berkata pihak kerajaan negera mengambil berat isu keselamatan dan akan memberi perhatian kepada isu itu dalam bajet negeri 2010.
Mengenai pelabur-pelabur yang lebih menggemari Indonesia, Thailand dan Vietnam sebagai destinasi pelaburan, Khalid berkata mereka harus melihat Malaysia sebagai satu "batu loncatan" kepada pasaran Asia yang lebih besar seperti China.
"Jika mereka ke negara lain, mereka mungkin terpaksa menunggu sehingga empat tahun lagi sebelum prasarana yang diperlukan siap, tetapi di negara ini, kebanyakan kemudahan telah siap sedia," katanya.
Menteri besar berkata banyak syarikat yang pada awalnya ingin menembusi pasaran China, kini beroperasi di Selangor kerana pelaburan di negara lain memerlukan program pembelajaran semula berikutan budaya perniagaan yang berlainan, tambahnya.
Majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh SSIC Bhd itu dihadiri pegawai-pegawai dari Indonesia, Cambodia, Singapura, Brunei, Korea Selatan, Maghribi, Tanzania, Zimbabwe, Lesotho, Papua New Guinea, Mesir, Bangladesh, Maldives, Sri Lanka, Australia dan majlis perniagaan Amerika.
SSIC berkata Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) meluluskan 138 projek pembuatan bernilai RM2.72 bilion di antara Januari dan Julai.
Daripada jumlah pelaburan, RM1.25 bilion adalah dari usahawan Malaysia, manakala baki RM1.46 bilion adalah dari pelabur asing.
Projek-projek tersebut menawarkan sejumlah 8,000 peluang pekerjaan. BERNAMA

jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
servis yang diberi tu kadang tak berpader
ngan reganye..koi bengang gak ngan provider
hat yang laju tak der la coverage kat tempat koi
terpaksalah pakai broadband yang kekadang
timbul tenggelam kena pulok hujan tiba
ngan reganye..koi bengang gak ngan provider
hat yang laju tak der la coverage kat tempat koi
terpaksalah pakai broadband yang kekadang
timbul tenggelam kena pulok hujan tiba
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
AOK DAH JD CAM NIH KE.........?
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
dulu pakai BB Maxis...pastu pakai BB U Mobile
la ni pakai Streamyx...rasa dah laju dah...rupernya ada lagi yang laju

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
Pelabur ni nak hantar file besar ke nak downdload mende lain...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
MD wrote:Pelabur ni nak hantar file besar ke nak downdload mende lain...
torrent...
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
Deto_8 wrote:MD wrote:Pelabur ni nak hantar file besar ke nak downdload mende lain...
torrent...
was was jugak kawan ni....hehehheee
p/s - tahun lepas kawan ada kursus pendek...speech by satu Engineer dari Denmark...mase break dia kabor ..'' if you have internet connection,you can download our software from website....and you can download everything''
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
kawan nak kongsi skit... mungkin mamat yang bagi conference kat BERNAMA tuh bukan orang teknikal... itu adalah satu cara untuk kondemkan internet malaysia.. memang dari segi domestik kite tertinggal 10 tahun dibelakang. di spore 80% infra mereka sudah guna fiber... tapi kite masih cooper..
tapi untuk company oversea mereka tak perlu guna ISP malaysia tapi terus kepada tier 1.. semua oversea company kat malaysia sekarang buat mcm tuh... mamat aussie ni sajer jer nak kondem kite
tapi untuk company oversea mereka tak perlu guna ISP malaysia tapi terus kepada tier 1.. semua oversea company kat malaysia sekarang buat mcm tuh... mamat aussie ni sajer jer nak kondem kite
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
Deto_8 wrote:dulu pakai BB Maxis...pastu pakai BB U Mobile
la ni pakai Streamyx...rasa dah laju dah...rupernya ada lagi yang laju
Streamyx koi dengar stabil sket tapi tu lah
tak mobile kan...kena yang travel byk
susah la sket..so far koi pakai Maxis Broadband
kat ampang,jengka malah alor setar pun ada line
cuma koi bengang rega tak padan ngan speed
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
jasnoraizan wrote:
AOK DAH JD CAM NIH KE.........?
dah ada iras-iras la tuh...
huh huh huh
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
wimax ada saper pernah cuba?
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
Deto_8 wrote:wimax ada saper pernah cuba?
koi dah cuba adik ipar punya
kat alor setar laju giler..
tapi sayang kat ampang...hampehhh
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
di perancis.... setiap rumah dapat bb free... default 1mb... kalo nak tambah speed baru bayor...
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
ebe wrote:di perancis.... setiap rumah dapat bb free... default 1mb... kalo nak tambah speed baru bayor...
Kawan fikir untuk mase2 mendatang Malaysia akan meluas jugak mende ni...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
MD wrote:ebe wrote:di perancis.... setiap rumah dapat bb free... default 1mb... kalo nak tambah speed baru bayor...
Kawan fikir untuk mase2 mendatang Malaysia akan meluas jugak mende ni...
apa yang kawan rasa.. takkan terjadi.. in my dream sahaja... takkan nak suruh TM bungkus...
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
ebe wrote:MD wrote:ebe wrote:di perancis.... setiap rumah dapat bb free... default 1mb... kalo nak tambah speed baru bayor...
Kawan fikir untuk mase2 mendatang Malaysia akan meluas jugak mende ni...
apa yang kawan rasa.. takkan terjadi.. in my dream sahaja... takkan nak suruh TM bungkus...
Perut kroni
kemudahan rakyat? mungkin dipertimbangkan..
strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
Maknanya kura-kura lg laju la? hehehe...
Tab yg kiri sekali tu mungkin tgh ade isu panas,tu yg slow/berat..cuba tanya apens..
tapi saya pernah tbaca dlm akhbar sblm ni..talian internet di malaysia ini agak slow krn aktiviti mendownload filem lucah samada utk koleksi peribadi/komersial...
ade sesape nak komen??
strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
ebe wrote:di perancis.... setiap rumah dapat bb free... default 1mb... kalo nak tambah speed baru bayor...
itu lah yang pihak sini nak kena belajar
cam ner negeri orang yang wat rakyat
dorang masyrakat berilmu..
internet sekarang dah jadi keperluan
mcm gak air ngan letrik..
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
strikerbuncit wrote:
Maknanya kura-kura lg laju la? hehehe...
Tab yg kiri sekali tu mungkin tgh ade isu panas,tu yg slow/berat..cuba tanya apens..
tapi saya pernah tbaca dlm akhbar sblm ni..talian internet di malaysia ini agak slow krn aktiviti mendownload filem lucah samada utk koleksi peribadi/komersial...
ade sesape nak komen??
berminat gak nak tau betul ke?
rasanya tak kot
provider mesti dah limitkan
had penggunaan bagi setiap
pengguna dari segi kb penggunaan
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
zulkbo wrote:compared ngan p1 wimax..
waduh..laju giler tuh..
sayang menda ni kalau tak der
coverage memang tak der langsung
kalau ada gini lah lajunye...
maknanya p1 wimax paling bagus servis dia..zulkbo...
Re: Pelabur risau, internet M'sia lembab
faisalmik wrote:zulkbo wrote:compared ngan p1 wimax..
waduh..laju giler tuh..
sayang menda ni kalau tak der
coverage memang tak der langsung
kalau ada gini lah lajunye...
maknanya p1 wimax paling bagus servis dia..zulkbo...
tak der line kat umah koi
kat ampang ni..tu yang haru..
siapa yang ada line cuba check
baik tuko cepat
Page 1 of 2 • 1, 2
Similar topics
» How Huge Is the Internet on an Average Day?
» Perniagaan Internet Halal
» Alternatif Kepada Internet Explorer
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
» Perniagaan Internet Halal
» Alternatif Kepada Internet Explorer
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum