Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
‘Abang...sayang kemalangan!’
+2
lepat_ubi
zulkbo
6 posters
Page 1 of 1
‘Abang...sayang kemalangan!’
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
KUANTAN: “Abang...sayang kemalangan!” begitu perkataan awal diucapkan Nor Hazliza Saat, 29, dengan nada suara lemah ketika menghubungi suaminya, Tengku Hamizi Tengku Husin, 29, bagi memaklumkan kejadian yang meragut nyawa anak angkatnya, Mohd Aris Iman Abdul Razak yang berusia sebulan.
Turut terbunuh di tempat kejadian, adik Nor Hazliza, Mohd Yusof Noor Shafik Saat, 23, dari Felda Kerteh 5, Dungun, Terengganu akibat cedera parah di kepala.
Dalam kejadian jam 11 pagi di Kilometer 237, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) itu, Nor Hazliza bersama seorang lagi adik perempuannya, Nor Atiqah Azwani, 21, cedera parah dan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Difahamkan, sebelum kejadian itu, tiga beradik berkenaan bersama bayi terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas bercuti di Kerteh, Terengganu.
Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, Perodua Myvi dipandu Mohd Yusof Nor Shafik tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas melanggar jambatan.
Suami Nor Hazliza, Tengku Hamizi, pembantu tadbir di ibu pejabat Polis Bukit Aman, berkata dia menerima panggilan isterinya ketika sedang bertugas, kira-kira jam 11.15 pagi.
Menurutnya, dia berasa tidak sedap hati terutama apabila mendengar nada suara isterinya yang lemah sebelum dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Katanya, ketika bercakap melalui telefon bimbit, isterinya sempat memberitahu yang dia dapat keluar dari kereta manakala dua lagi adik serta anaknya tersepit.
“Terkejut mendengar berita sedih itu, saya bergegas ke Kuantan untuk melihat keadaan mereka.
“Namun, yang menyedihkan anak angkat kami disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di HTAA.
Katanya, dia mengambil Mohd Aris Iman sebagai anak angkat selepas tiga hari dilahirkan berikutan belum dikurniakan anak selepas lapan tahun berkahwin.
Menurutnya, dia reda dengan kejadian itu dan menganggapnya ujian Allah.
“Mungkin Allah lebih menyayanginya, namun saya dan isteri tetap bersedih kerana tidak sempat meraikan Mohd Aris Iman selepas disahkan menjadi anak angkat kami,” katanya.
Katanya, jenazah Mohd Aris Iman dan Mohd Yusof Noor Shafik akan dibawa pulang dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Kerteh 5, Dungun, pagi ini.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata, siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Re: ‘Abang...sayang kemalangan!’
dari Allah kita dtg...
kpd Allah jua kite kembali...
kpd Allah jua kite kembali...
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: ‘Abang...sayang kemalangan!’
Inilah antara contoh pentingnya telefon bimbit kepada kita ..sempat dia beritahu suaminya tapi apakan daya jika ajalnya telah tiba..
Oh ya..dari pengalaman saya yang pernah memandu MYVI std. spec.(merujuk kes ini) kenderaan ini jika dipandu laju (hanya 120km/j) sememangnya tidak stabil terutama ketika mengambil selekoh dan jika berselisih/memtong kenderaan berat terutamanya bas/lori kontena anda perlu perlahankan sedikit kelajuan (110 atau 100 km/j) serta memegang stereng dgn kemas kerana mmg terasa kereta terbuai ..tapi suka diingatkan anda tidak menyedari yg meter sudah mencecah 150km/j sekiranya anda tidak melihat panel meter kerana kereta ini ringan maka dgn mudah ia meluncur meskipun padel minyak tidak dipaksa...

ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: ‘Abang...sayang kemalangan!’
lemoh lutut mengkala dpt berita gini
sam- Tok Empat
- Posts : 898
Points : 919
Join date : 15/04/2009
Location : FROM THE MILKY WAY TO DARUL BAWAR
Re: ‘Abang...sayang kemalangan!’
fourzy wrote:Inilah antara contoh pentingnya telefon bimbit kepada kita ..sempat dia beritahu suaminya tapi apakan daya jika ajalnya telah tiba..
Oh ya..dari pengalaman saya yang pernah memandu MYVI std. spec.(merujuk kes ini) kenderaan ini jika dipandu laju (hanya 120km/j) sememangnya tidak stabil terutama ketika mengambil selekoh dan jika berselisih/memtong kenderaan berat terutamanya bas/lori kontena anda perlu perlahankan sedikit kelajuan (110 atau 100 km/j) serta memegang stereng dgn kemas kerana mmg terasa kereta terbuai ..tapi suka diingatkan anda tidak menyedari yg meter sudah mencecah 150km/j sekiranya anda tidak melihat panel meter kerana kereta ini ringan maka dgn mudah ia meluncur meskipun padel minyak tidak dipaksa...
tu lah citernya
kalu bawak keta tak ingat
laju nye baper..kena pulok highway..
sedap jer nekan minyak..pengalaman
highway LPT ni memang jalan pun tak sekata
kena pulak tetiba mari angin lintang mau terbabas..
Re: ‘Abang...sayang kemalangan!’
4 sekeluarga maut, kereta rempuh treler di Kuantan
KUANTAN: Empat sekeluarga maut, manakala tiga lagi parah apabila kereta Proton Iswara yang dinaiki mereka merempuh sebuah treler yang berhenti di tepi jalan Kilometer (km) 17, Jalan Kuantan-Gambang, 6.15 pagi tadi.

Mrcipizs- Tok Penghulu
- Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 43
Location : Angkasa?
Re: ‘Abang...sayang kemalangan!’
Mrcipizs wrote:4 sekeluarga maut, kereta rempuh treler di Kuantan
KUANTAN: Empat sekeluarga maut, manakala tiga lagi parah apabila kereta Proton Iswara yang dinaiki mereka merempuh sebuah treler yang berhenti di tepi jalan Kilometer (km) 17, Jalan Kuantan-Gambang, 6.15 pagi tadi.
raya haji dah nak dekat nih
ramai yang balik ke kampung
berhati-hati la aok me
tambah musim hujan nih..jalan licin weh
Re: ‘Abang...sayang kemalangan!’
Takziah pd kluarga mangsa. Pd aok² yg lain berhati² la dijalan raya...Tak sanggup nak nengok berite cengini, sedih ngat rasenyer....
edi- JKK Kampung
- Posts : 302
Points : 303
Join date : 11/11/2009
Similar topics
» Surat Sayang Dari Allah
» Dua maut kemalangan berasingan di Pahang
» Exco Pahang terbabit dalam kemalangan
» Dua maut kemalangan berasingan di Pahang
» Exco Pahang terbabit dalam kemalangan
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum