Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
UPNM ditawar tanah di Penor
+2
Yassin
along
6 posters
Page 1 of 1
UPNM ditawar tanah di Penor
KUANTAN 28 Sept. - Kerajaan Pahang sedia menawarkan kawasan di Penor dekat sini jika Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat membina kampus tetap Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kawasan yang kini menjadi lapang sasar itu dianggap sesuai berikutan kedudukannya berhadapan dengan laut.
Sebagai sebuah universiti pertahanan, jelas beliau, kedudukannya yang berhadapan dengan laut dianggap strategik.
''Kita pilih kawasan tepi pantai kerana UPNM akan turut menempatkan pelajar bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selain Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat," katanya kepada pemberita selepas melawat pameran kebudayaan Cina sempena Pesta Tanglung di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah kelmarin mengenai cadangan kementeriannya untuk membina kampus tetap UPNM di sini bagi menggantikan kampus sementaranya di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan cadangan itu kerana belum ada sebarang keputusan berhubung pembinaan kampus tetap di sini.
Sebaliknya tegas beliau, pihaknya sedang menumpukan kepada pembangunan intelektual berbanding pembangunan fizikal universiti itu.
Mengulas lanjut, Adnan berkata, oleh kerana belum ada sebarang kata putus berhubung pembinaan kampus tetap UPNM, pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk menerima tawaran tersebut atau sebaliknya.
Beliau memberitahu, kerajaan negeri tidak menghadapi masalah, bahkan mengalu-alukan jika Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat membina kampus tetap UPNM di Pahang.
''Pembinaan kampus tetap UPNM akan menjana pertumbuhan ekonomi dan sosial penduduk setempat dan negeri ini," katanya.
Menurut beliau, kawasan lapang sasar di Penor itu kini menjadi tempat ujian menembak bagi angkatan tentera di Pahang.
Mengulas persiapan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Adnan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang berkata, pihaknya akan menghantar jentera untuk membantu kempen menjelang hari pengundian di kawasan itu tidak lama lagi.

along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Re: UPNM ditawar tanah di Penor
Tak emboh deme buat kat Jerantut neh yeek.....maju juge bandor kome.... paling popular di Jerantut yang telah dibina serta menjadi mercu tanda Pusat Serenti, Pusat Pengemis Peringkat Kebanggsaan adus sedih juge apa nasib bandor Jerantut ini dan disini juga popular tmpt pembuangan manusia (PCO) kediaman terhad...adus lagi sakit...
Re: UPNM ditawar tanah di Penor
Jerantut tak de laut...
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: UPNM ditawar tanah di Penor
Yassin wrote:Tak emboh deme buat kat Jerantut neh yeek.....maju juge bandor kome.... paling popular di Jerantut yang telah dibina serta menjadi mercu tanda Pusat Serenti, Pusat Pengemis Peringkat Kebanggsaan adus sedih juge apa nasib bandor Jerantut ini dan disini juga popular tmpt pembuangan manusia (PCO) kediaman terhad...adus lagi sakit...
bende ni ada pro n kontra...sesuatu tempat tu kalau dimajukan,akan timbul masalah lain pulak...
ada kalanya elok kekalkan ''ketenangan dan kedamaian'' semacam itu....ni pendapat kawan la,bukan menolak kemajuan....
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: UPNM ditawar tanah di Penor
kat penor ni pun ada penjara penor.. hehehe
apens7- EXCO
- Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009
Re: UPNM ditawar tanah di Penor
apens7 wrote:kat penor ni pun ada penjara penor.. hehehe
senang cikit...saper wat taik mase naktraiin nak jadi tentera tu..
terus ajok ke bahagian penjara pulokk...hehehe
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum