Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Ayam lemas juadah raya

2 posters

Go down

Ayam lemas juadah raya Empty Ayam lemas juadah raya

Post  along Fri Sep 18, 2009 12:50 pm

Ayam lemas juadah raya Mainpi15

KUALA LUMPUR: Sebahagian pusat penyembelihan ayam di pasar utama, termasuk yang bakal dijadikan juadah Aidilfitri, dikesan melemaskan ayam yang baru disembelih ke dalam tong besar berisi air atau menindihnya dalam tong bagi mempercepatkan proses kematian sebelum diproses dan dijual kepada orang ramai.

Kegiatan peniaga terbabit terbongkar dalam operasi khas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di beberapa pusat penyembelihan di pasar utama sekitar ibu kota, awal pagi semalam.

Lebih menjijikkan apabila ada antara pusat penyembelihan ayam terbuka itu ‘berjiran’ dengan gerai atau tempat penjualan daging babi, sekali gus menimbulkan kegusaran sama ada ayam terbabit halal dimakan.

Pegawai penguat kuasa Jakim yang melakukan pemeriksaan terkejut apabila menemui tong biru berisi air yang dipenuhi puluhan ayam mati di dalamnya.

Penemuan memeranjatkan itu membuktikan pekerja premis terbabit sengaja menenggelamkan ayam yang baru disembelih ke dalam tong berkenaan untuk mempercepatkan proses kematian.

Soal siasat terhadap seorang pekerja mendapati, tugas penyembelihan dilakukan warga Bangladesh dan Indonesia yang diambil bekerja tanpa sijil pentauliahan penyembelihan sah.

Selain melemaskan dalam tong besar berisi air, ada pekerja penyembelihan memasukkan puluhan ayam yang sudah disembelih ke dalam tong sempit menyebabkan ayam terbabit lemas dan mati akibat tertindih.

Dalam operasi bersepadu yang turut disertai anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), dua kawasan pasar di Chow Kit dan Jalan Pudu di sini, diserbu kira-kira jam 3 pagi.

Operasi yang disertai Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jakim, Othman Mustapha dan Pengarah Hub Halal Jakim, Saimah Mukhtar, disasarkan terhadap lebih 12 premis penyembelihan yang statusnya meragukan.

Difahamkan, kebanyakan premis terbabit dikesan menggaji tukang sembelih tidak bertauliah di kalangan warga asing terutama warga Bangladesh dan Indonesia.

Dalam operasi di Pasar Pudu, pegawai Jakim terpaksa meredah gerai dan lorong dipenuhi longgokan daging babi sebelum menemui pusat penyembelihan ayam milik warga tempatan.

Bagaimanapun, dua pekerja warga Myanmar dan Bangladesh yang sedang leka menyembelih ayam melarikan diri sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Agak mengejutkan apabila pekerja pusat penyembelihan ayam terbabit didapati mencampakkan semua ayam yang sudah siap ditanggalkan bulunya ke atas permukaan lantai kotor dan berlumut.

Kerja penyembelihan sambil lewa yang tidak mengikut hukum syarak turut terbukti apabila pemeriksaan Jakim di pusat penyembelihan sekitar Chow Kit di sini, turut mendapati lokasi terbabit terlalu kotor dan menjijikkan.

Tali perut serta bangkai ayam pula dilonggokkan bersama dalam beberapa bekas yang terdedah. Lebih teruk lagi, beberapa ekor tikus dilihat berkeliaran dalam pusat penyembelihan sempit terbabit.

Othman yang ditemui selepas operasi itu berkata, agak mengejutkan apabila kebanyakan tukang sembelih ayam yang ditemui tidak memiliki tauliah daripada Jawi, selain turut diselenggara warga asing.

“Ada antara ayam terbabit didapati mati bukan kerana disembelih, tapi kerana sesak nafas selepas tertindih dalam tong besar selain dilemaskan. Mengikut hukum syarak, ayam sebegini yang tidak mati akibat sembelihan haram dimakan umat Islam.

“Selain itu, lokasi penyembelihan ayam yang terlalu dekat dengan pusat jualan daging babi turut dikesalkan,” katanya.

Menurutnya, paling sukar dipercayai bagaimana seorang tukang sembelih boleh melakukan tugas menyembelih ribuan ekor ayam dalam tempoh hanya beberapa jam.

“Perkara ini pastinya boleh menyebabkan berlaku kecuaian apabila ayam yang disembelih tidak dipotong mengikut hukum syarak ditetapkan iaitu putus pada bahagian kerongkong, tenggorok dan urat nadi,” katanya.

Beliau berkata, Jakim dan jabatan agama Islam negeri boleh menarik balik lesen halal yang diberikan kepada pengusaha pusat sembelihan ayam jika mendapati mereka gagal mengikuti peraturan ditetapkan syarak.

Katanya, operasi terbabit dilakukan selepas pihaknya menerima aduan dan rungutan daripada orang ramai yang curiga terhadap kaedah penyembelihan ayam di beberapa pasar utama di seluruh negara.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Ayam lemas juadah raya Empty Re: Ayam lemas juadah raya

Post  zulkbo Fri Sep 18, 2009 1:24 pm

cerita lama datang balik
dah dasar hati yahudi
tawke-tawke ayam ni
rasenye bebanyakan tawke
bukan orang melayu Mad Mad
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum