Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Aidilfitri ini lebih bermakna bagi kembar
2 posters
Page 1 of 1
Aidilfitri ini lebih bermakna bagi kembar
MARAN 17 Sept. - Sambutan Aidilfitri kali ini pasti berbeza buat dua saudara kembar bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Muhammad Amir dan Ahmad Kamil Md. Hanapiah, 31, yang dibebaskan oleh kerajaan kelmarin.
Pembebasan tersebut membolehkan kedua-dua bekas anggota militan Jemaah Islamiah (JIM) yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Perak itu merayakan Aidilfitri bersama anak dan isteri masing-masing selepas terpisah selama dua tahun empat bulan.
Sebelum ditahan, Muhammad Amir yang beralamat di Felda Jengka 15 di sini bekerja di Petaling Jaya, Selangor manakala abangnya, Ahmad Kamil tinggal di Klang, Selangor dan bekerja di Pelabuhan Klang.
Ketika dibebaskan berlaku sedikit kekeliruan apabila Muhammad Amir dihantar ke rumah abangnya di Klang dan Ahmad Kamil dihantar balik ke Felda Jengka 15.
''Ini menyebabkan proses untuk mengubah maklumat peribadi kami berdua mengambil sedikit masa,'' kata Muhammad Amir kepada Utusan Malaysia di rumahnya di Felda Jengka 15 di sini hari ini.
Lelaki itu mengakui amat merindui isteri dan dan tiga anaknya yang tinggal bersama ibunya, Maimunah Abdullah, 60, manakala ayahnya, Md. Hanapiah Mat Alim meninggal dunia empat tahun lepas.
''Semasa mula ditahan, anak bongsu saya, Ubaidah Harith berusia lapan bulan dan kini dia sudah berusia tiga tahun dan petah berkata-kata manakala anak sulung, Fathur Rahman kini sudah berusia lima tahun dan anak kedua saya, Uwaris Karami kini berusia empat tahun," ujarnya.
Kembar itu merupakan dua daripada lima individu yang dibebaskan daripada tahanan ISA kerana terlibat dalam JI kelmarin.
Kata Muhammad Amir, dia kagum dengan ketabahan isterinya, Hidayu Karulzaman yang sabar memelihara dan membesarkan anak-anak serta menghadapi cabaran dan pandangan serong segelintir masyarakat.
Jelasnya, perkara pertama yang dilakukan selepas dibebaskan adalah 'menatap langit dan bintang' kerana hampir tiga tahun tidak dapat menikmati keindahan dan kebesaran Allah pada waktu malam semasa tinggal di Kem Tahanan Kamunting.
Lelaki itu yang berkelulusan dalam bidang kejuruteraan elektrik berkata, dia dan abangnya terpengaruh dengan gerakan JI ketika masing-masing menuntut di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor.
Katanya, naluri adik beradik kembar menyebabkan mereka sama-sama terlibat dengan kegiatan JI walaupun pada asalnya tujuan mereka adalah untuk mendalami Islam.
Tambahnya, selepas Aidilfitri nanti dia akan mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya dan memulakan hidup baru.
Sementara itu Maimunah berkata, dia tidak dapat menahan kesedihan yang dipendam sejak lebih dua tahun dan sentiasa berdoa memohon Allah membebaskan kembar itu yang merupakan anak bongsunya dari tahanan ISA secepat mungkin.
Menurutnya, setiap hari raya kedua Aidilfitri atau Aidiladha, dia akan ke Kem Tahanan Kamunting menemui kembar berkenaan.
Sementara itu di KLANG, Ahmad Kamil mahu merayakan Aidilfitri sepuas-puasnya bersama isterinya yang bertugas sebagai guru, Nor Masroyah Tayib, 32, dan anak mereka, Ahmad Usama Faaiq, 7.
Ketika ditemui di Kuarters Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong dia memberitahu, ketika ditahan kerana terlibat dengan kumpulan militan JI pada Mei 2007, dia telah meninggalkan mereka berdua tanpa dapat memberi nafkah.
"Saya sering memikirkan soal mereka sehingga menitiskan air mata kerana perasaan rindu yang teramat sangat lebih-lebih lagi ketika umat Islam berpuasa dan menyambut hari raya.
"Alhamdulillah Aidilfitri kali ini saya dapat kembali ke pangkuan mereka," ujarnya.
Menceritakan pembabitannya dalam JI, Ahmad Kamil memberitahu, pada peringkat awal dia tidak menyedari bahawa kumpulan berkenaan adalah kumpulan militan kerana ketika itu tujuannya adalah untuk mendalami agama Islam.
''Ketika itu saya masih menuntut dalam jurusan sains UTM. Lama kelamaan saya mula terpengaruh dengan ideologi kumpulan berkenaan selain kerap mengikuti pelbagai program usrah anjuran kumpulan itu di dalam dan luar negara.
"Pembabitan saya dalam JI tidak pernah diketahui isteri sehinggalah saya ditahan pada 2007," jelasnya yang pernah bertugas sebagai jurutera di sebuah syarikat logistik.

along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Re: Aidilfitri ini lebih bermakna bagi kembar
[quote="along"]MARAN 17 Sept. - Sambutan Aidilfitri kali ini pasti berbeza buat dua saudara kembar bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Muhammad Amir dan Ahmad Kamil Md. Hanapiah, 31, yang dibebaskan oleh kerajaan kelmarin.
Cukup pilu membaca kisah mereka..tak dapat nak bygkan perasaan mrk ketika ini juga perasaan keluarga mrk ..bayangkan ketika dia tinggalkan anaknya baru berusia 8 bulan..berjumpa semula sudah berusia 3 thn..harap2 ibunya mengajar anaknya itu memanggilnya ayah/abah/papa dari kecik kalau tak skrg mesti anaknya kekok nak sebut nama tu..apapun tahniah dan moga lebih berhati2..

ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Similar topics
» KOLEKSI cerita&video lawak
» Selamat Hari Raya Aidilfitri
» Apa hadiah bagus nak bagi?
» Azab Bagi Wanita
» Azab Bagi Wanita
» Selamat Hari Raya Aidilfitri
» Apa hadiah bagus nak bagi?
» Azab Bagi Wanita
» Azab Bagi Wanita
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum