Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Berita Bergambar Menarik Hari nih....
+35
sayed7
noyie
iyul8386
faisalmik
RoyKay33
Gemini_gurl
cikacung
Awangmaseru
edi
Cik_N
ainie rashid
zila
nordin ahmad
SHARK
along
sakur@86
Jeck Sparow
kawanorgmaRan
Deto_8
WADY
ebe
apens7
ozzy
Abang Jem
sam
Mrcipizs
Oesandro Jr.
jasnoraizan
lepat_ubi
strikerbuncit
MD
koy101
J.Milan22
Yassin
zulkbo
39 posters
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 25 of 31
Page 25 of 31 • 1 ... 14 ... 24, 25, 26 ... 31
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
DEEJAY-DEEJAY Hot FM bergambar beramai-ramai pada sidang akhbar mengenai program baru radio mereka, 'Kita Punya' di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, 14 Januari. - Utusan/ABDUL NAZIR MOHAMED
http://www.utusan.com.my/
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
PENGUSAHA van membawa 25 pelajar sehingga terpaksa berhimpit-himpit di Jalan Kota Samarahan, semalam. Tinjauan pada hari kedua persekolahan mendapati beberapa van diberi permit untuk muatan 11 penumpang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan perkhidmatan dari Kota Samarahan ke Bandaraya Kuching. - Foto Bernama
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
PEMANGKU Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra membacakan doa selepas mengimamkan solah hajat di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan, malam 14 Januari. - Utusan/ZULHANIFA SIDEK
http://www.utusan.com.my/
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Jan 15, 2010 7:20 pm
PELAJAR dan kanak-kanak menggunakan penapis khas dengan lapisan filem untuk melihat gerhana matahari di perkarangan Planeterium Negara di Kuala Lumpur, hari ini. Gerhana matahari berlaku antara jam 3.01 petang hingga 5.45 petang berikutan 'sentuhan pertama' bulan ke cakera matahari dan mencapai tahap gerhana maksimum pada jam 4.26 petang. Sempena fenomena itu, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat kusuf atau solat sunat gerhana matahari. - Foto Effendy Rashid
http://www.bharian.com.my/
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
berita tv3 jam 8 ader kluar citer pasal pakcik ni,, tapi 100% nak salahkan anak anak pakcik ni tak boleh juga sbb kita hanya dengar sebelah pihak.Memang tak dinafikan anak ader tanggungjawab pd ibu bapa...kiter blom tahu apa konflik sebenar keluarga pakcik ni bukan nak sokong mana mana tapi sblom kita buat sebarang spekulasi tanpa usul periksa lebih baik diam dr berkata kata..wallahhuallam
Jeck Sparow- A.D.O
- Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Kartika Sari Dewi Sukarno menunjukkan surat tawaran mengerjakan umrah yang ditaja oleh Ayob Mat Aris Pengarah Eksekutif Gemilang Travel and Tours SDN BHD (GETT) semasa majlis penyampaian di Ampang. -Foto oleh The Star SHIRA HABIBU
http://www.mstar.com.my/
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Jeck Sparow wrote:berita tv3 jam 8 ader kluar citer pasal pakcik ni,, tapi 100% nak salahkan anak anak pakcik ni tak boleh juga sbb kita hanya dengar sebelah pihak.Memang tak dinafikan anak ader tanggungjawab pd ibu bapa...kiter blom tahu apa konflik sebenar keluarga pakcik ni bukan nak sokong mana mana tapi sblom kita buat sebarang spekulasi tanpa usul periksa lebih baik diam dr berkata kata..wallahhuallam
Terbaikk..............
cikacung- JKK Kampung
- Posts : 171
Points : 173
Join date : 27/09/2009
Age : 53
Location : j3/KHTP,Kulim
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
cikacung wrote:Jeck Sparow wrote:berita tv3 jam 8 ader kluar citer pasal pakcik ni,, tapi 100% nak salahkan anak anak pakcik ni tak boleh juga sbb kita hanya dengar sebelah pihak.Memang tak dinafikan anak ader tanggungjawab pd ibu bapa...kiter blom tahu apa konflik sebenar keluarga pakcik ni bukan nak sokong mana mana tapi sblom kita buat sebarang spekulasi tanpa usul periksa lebih baik diam dr berkata kata..wallahhuallam
Terbaikk..............
walau aper pun alasan..... tu tetap seorang bapa pada anak-anak...
walau aper pun konflik..... tanggungjawab tuh tetap tanggungjawab...
kala bapak kandung kita xpernah bela kita dari kecik pun ( kes cerai ker hapa ... ), tanggungjawab tu tetap kita kena....
kala xmao jaga sekalipun...... xkan g tinggalkan kat tepi jalan jer.....
aper... dah nak ngikut org xder akal buang anak kat dlm longkang lak ker???
Punya ler banyak alternatif lain...... xkan xleh pikir??
Baik toksah jadi manusia kala cam tu.... ader akai.. keknyer xmao pakai....
ader ati... keknyer... beku cam air batu...... hampeh!!
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Ahli-ahli Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam dan Kristian Negeri Pahang Darul Makmur meletakkan tangan sebagai simbol perpaduan selepas Majlis Pernyataan Muhibbah dan Perpaduan Antara Badan Bukan Kerajaan Islam dan Krsitian Negeri Pahang di Hotel Megaview, 17 Januari. - Utusan/RUSHDI SALLEH
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Seramai 1,362 mangsa banjir di Telupid, Kinabatangan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm
SANDAKAN 17 Jan. – Jumlah mangsa banjir di Telupid dan Kinabatangan yang dipindahkan akibat banjir sehingga jam 6 petang hari ini meningkat kepada 1,362 orang.
Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir Telupid, Rozita Daha berkata, mangsa banjir yang dipindahkan di daerah itu membabitkan 1,232 orang dari kampung Kiabau, Ansuan, Bauto, Baba, Buis dan Pekan Telupid.
Katanya, empat daripada kampung tersebut iaitu Kiabau, Buis, Ansuan dan Bauto terputus hubungan jalan raya dengan kawasan lain disebabkan jalan raya dinaiki air banjir akibat kenaikan paras sungai Labuk.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney (kiri) berjaya memperdaya benteng pertahanan Burnley untuk menjaringkan gol kedua pasukannya pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, semalam. Burnley tewas 0-3. - Foto AFP
Jan 17, 2010 7:41 am
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sukan/20100117063117/Article/index_html
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Heliza Nafi Ada 'Affair' Dengan Suami Orang
ARTIS kelahiran Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini hanya ketawa kecil apabila ditanya tentang khabar angin yang melanda dirinya ketika ini.
Dalam nada tenang, Nur Heliza Helmi atau mesra dengan panggilan Heliza berkata, dia sendiri terkejut bila dikaitkan dengan gosip yang mengatakan dirinya mempunyai hubungan dengan suami orang.
Semuanya gara-gara satu panggilan telefon yang dibuat oleh seorang wanita ke radio Hot FM baru-baru ini yang mengesyaki suaminya mempunyai hubungan dengan seorang artis kelahiran sebuah program realiti.
Wanita tersebut mengadu tentang perkara itu dalam program pagi stesen radio tersebut yang dikendalikan oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Menerusi panggilan susulan yang dibuat oleh DJ tersebut selepas itu, wanita terbabit turut memberi beberapa 'clue' tentang artis realiti itu.
Menurutnya, artis perempuan itu adalah seorang yang bertudung litup, bermata galak serta boleh bertutur dalam loghat utara dan Sabah. Disebabkan itu, ramai pendengar merasakan artis tersebut ialah Heliza menerusi 'gambaran' yang diberikan oleh wanita terbabit.
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/1/17/mstar_hiburan/20100116134006&sec=mstar_hiburan
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Kementerian Kesihatan serbu rumah Adi Putra
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KementerianKesihatanserburumahAdiPutra/myMA/Article
KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila kediaman kanak-kanak dianggap genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 11, dan keluarganya di Taman Berlian, Gombak, diserbu Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum ubatan bernilai RM600,000 dirampas, pagi semalam.
Ketika serbuan, dua wanita berada di premis terbabit, seorang dikenali sebagai Titi Sri Wahyuni Bustami, 38, dan seorang lagi dipercayai saudara keluarga Adi Putra.
Bagaimanapun, Adi Putra serta keluarganya tiada di situ kerana dikatakan menghadiri seminar di Sabah dan usaha mendapatkan komen mereka gagal.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mazlan Ismail, berkata sebelum serbuan, pihaknya mendapatkan sampel Ubat Penawar Sendi Tulang terbabit di pasaran.
“Hasil ujian klinikal dijalankan, ia disahkan mengandungi steroid dan bukan ramuan tradisional seperti tertera pada pelekat botol.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KementerianKesihatanserburumahAdiPutra/myMA/Article
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
zulkbo wrote:Ahli-ahli Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam dan Kristian Negeri Pahang Darul Makmur meletakkan tangan sebagai simbol perpaduan selepas Majlis Pernyataan Muhibbah dan Perpaduan Antara Badan Bukan Kerajaan Islam dan Krsitian Negeri Pahang di Hotel Megaview, 17 Januari. - Utusan/RUSHDI SALLEH
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm
tgk cikgu disiplin sek aku yg tgk pakai songkok 2...sakit je hati ni..terigat je salah yg dia wat pada aku......
sayed7- JKK Kampung
- Posts : 211
Points : 212
Join date : 23/10/2009
Age : 37
Location : kuantan+putrajaya
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
zulkbo wrote:Seramai 1,362 mangsa banjir di Telupid, KinabatanganSANDAKAN 17 Jan. – Jumlah mangsa banjir di Telupid dan Kinabatangan yang dipindahkan akibat banjir sehingga jam 6 petang hari ini meningkat kepada 1,362 orang.
Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir Telupid, Rozita Daha berkata, mangsa banjir yang dipindahkan di daerah itu membabitkan 1,232 orang dari kampung Kiabau, Ansuan, Bauto, Baba, Buis dan Pekan Telupid.
Katanya, empat daripada kampung tersebut iaitu Kiabau, Buis, Ansuan dan Bauto terputus hubungan jalan raya dengan kawasan lain disebabkan jalan raya dinaiki air banjir akibat kenaikan paras sungai Labuk.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm
alahai.... kesian nyer kat depa nih....
aku duk tertunggu-tunggu banjir ketiga datang kat pahang nih.... rupenyer angin dah ngalih awan g ke sana.....
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
MILAN: Hatrik Ronaldinho membantu AC Milan meraih kemenangan 4-0 ke atas Siena yang beraksi dengan 10 pemain dan meletakkan pasukannya enam mata di belakang pendahulu liga, Inter Milan.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20100118092925/Article/index_html
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
PM terima anugerah tertinggi
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
RIYADH 17 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerima anugerah tertinggi kerajaan Arab Saudi iaitu Anugerah Raja Abdulaziz Kelas Pertama, menyifatkan ia satu manifestasi hubungan yang sangat akrab antara kedua-dua negara.
Perdana Menteri yang menerima anugerah berkenaan daripada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud di sini semalam berkata, ia juga melambangkan potensi yang amat besar untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang bukan sahaja dalam konteks kepentingan negara itu dan Malaysia tetapi bagi kepentingan ummah sejagat.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Jemput CEO terbaik lonjak pelaburan
IPOH 17 Jan. – Kerajaan akan menjemput Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat-syarikat terkemuka dunia sebagai tetamu dalam beberapa acara bertaraf antarabangsa di negara ini bagi melonjakkan bidang pelaburan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, buat permulaan, tokoh-tokoh korporat itu akan dijemput menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang pada Mac ini.
Beliau berkata, tujuan mereka datang bukan sebagai pelancong semata-mata tetapi akan diberi peluang meneroka bidang pelaburan baru di negara ini.
“Mereka juga akan diberi peluang bertemu dengan menteri-menteri serta Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bagi mengadakan perbincangan mengenai peluang pelaburan.
“Ini langkah terbaru kerajaan dalam usaha menarik pelaburan asing. Kita akan gunakan program-program tertentu secara maksimum bagi tujuan meningkatkan ekonomi negara,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra sempena Sambutan Jubli Perak dan pelancaran Tabung Pembinaan Bangunan Pejabat Persatuan Penjaja-Penjaja Kecil Melayu Pasar Malam Bergerak Bahagian Kinta di sini hari ini.
Husni berkata, bagi memastikan hasrat berkenaan tercapai, kementerian telah meminta Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mengenal pasti 20 hingga 30 CEO terbaik dunia.
Jelas beliau, kumpulan itu akan dipilih berdasarkan senarai 500 syarikat terkemuka dunia yang disenaraikan majalah Fortune.
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
zulkbo wrote:PM terima anugerah tertinggiRIYADH 17 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerima anugerah tertinggi kerajaan Arab Saudi iaitu Anugerah Raja Abdulaziz Kelas Pertama, menyifatkan ia satu manifestasi hubungan yang sangat akrab antara kedua-dua negara.
Perdana Menteri yang menerima anugerah berkenaan daripada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud di sini semalam berkata, ia juga melambangkan potensi yang amat besar untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang bukan sahaja dalam konteks kepentingan negara itu dan Malaysia tetapi bagi kepentingan ummah sejagat.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
kwn tgok dlm TV smlm,dia punya pingat warna emas..sah2 mmg emas tulen memandangkan kekayaan raja saudi tuu..kalo jual kt kedai pajak mas,dpatlah rasa2 ratusan ribu..huhu..untung le aok,Najib..hehe..
strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
15 jahitan di muka akibat digigit, dicakar harimau
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm
KOTA TINGGI 18 Jan. - Seorang lelaki menerima 15 jahitan di muka akibat digigit dan dicakar seekor harimau bintang semasa melalui jalan berhampiran kilang kelapa sawit Teluk Sengat di Jalan Kota Tinggi-Teluk Sengat, dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, Muhammad Zaki Mahat, 23, sedang memandu keretanya dari Felda Air Tawar 2 menuju ke Kampung Teluk Sengat untuk menghadiri majlis tahlil arwah bapa tunangnya yang baru meninggal dunia.
Utusan Malaysia difahamkan, mangsa yang merupakan tukang masak di Tanjung Gemuk, Mersing terlanggar harimau itu yang tiba-tiba muncul dari sebelah kanan jalan sehingga menyebabkan kereta dipandunya terbabas dan terbalik di kiri jalan.
Bahagian pintu di sebelah pemandu kereta yang terbalik turut menghempap pinggang harimau berkenaan menyebabkan binatang liar itu meronta, mencakar dan menggigit muka mangsa dalam usaha untuk melepaskan diri.
Mangsa yang merupakan duda anak dua kini dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT). – Utusan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
haruslah juei.. lelaki haram pakei emas...kekekestrikerbuncit wrote:zulkbo wrote:PM terima anugerah tertinggiRIYADH 17 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerima anugerah tertinggi kerajaan Arab Saudi iaitu Anugerah Raja Abdulaziz Kelas Pertama, menyifatkan ia satu manifestasi hubungan yang sangat akrab antara kedua-dua negara.
Perdana Menteri yang menerima anugerah berkenaan daripada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud di sini semalam berkata, ia juga melambangkan potensi yang amat besar untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang bukan sahaja dalam konteks kepentingan negara itu dan Malaysia tetapi bagi kepentingan ummah sejagat.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
kwn tgok dlm TV smlm,dia punya pingat warna emas..sah2 mmg emas tulen memandangkan kekayaan raja saudi tuu..kalo jual kt kedai pajak mas,dpatlah rasa2 ratusan ribu..huhu..untung le aok,Najib..hehe..
sam- Tok Empat
- Posts : 898
Points : 919
Join date : 15/04/2009
Location : FROM THE MILKY WAY TO DARUL BAWAR
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Avatar Filem Terbaik di Golden Globe ke-67
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20100118151308/Article/index_html
PENGARAH, James Cameron memegang trofi yang dimenangi dalam Anugerah Golden Globe ke-67, pagi tadi. - AP
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20100118151308/Article/index_html
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
KEADAAN banjir yang melanda Kampung Paka-Paka dan Kesapang, Kota Belud. Manakala gambar bawah kira-kira 300 kenderaan terkandas di Kilometer 76 Jalan Sandakan-Kota Kinabalu akibat banjir di Sungai Muanad, Telupid, hari ini. - Foto Johary Indan/Poliana Sidom
Jan 18, 2010 6:00 pm
http://www.bharian.com.my/
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
MELETUP: Sekurang-kurangnya lima pemberontak Taliban terbunuh dan 38 yang lain cedera dalam serangan bersenjata dan bom berterusan yang dilancarkan kumpulan itu di ibu kota Afghanistan, hari ini. Beberapa siri letupan menggegarkan Kabul, dengan asap tebal kelihatan di pusat beli belah dan pertempuran antara kumpulan pemberontak dan anggota keselamatan Afghanistan semakin sengit. - Foto AP/AFP
Jan 18, 2010 6:10 pm
http://www.bharian.com.my/
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Anggota ATM Wanita bersemangat memegang senjata semasa menyertai perbarisan hari Ulang Tahun ke-5 Briged ke-56 di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, 18 Januari. - Utusan/GHAZALI BASRI
http://www.utusan.com.my/
Page 25 of 31 • 1 ... 14 ... 24, 25, 26 ... 31
Similar topics
» Berita Gembira 2010-2012
» Menarik di Pekan, Bandar Lestari
» Koleksi Video Menarik - Sekali Sekala Relax La Jap !
» Berita Bencana Alam
» Kongsi Laman Web Menarik Untuk Dilayari
» Menarik di Pekan, Bandar Lestari
» Koleksi Video Menarik - Sekali Sekala Relax La Jap !
» Berita Bencana Alam
» Kongsi Laman Web Menarik Untuk Dilayari
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 25 of 31
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum