Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Berita Bergambar Menarik Hari nih....
+35
sayed7
noyie
iyul8386
faisalmik
RoyKay33
Gemini_gurl
cikacung
Awangmaseru
edi
Cik_N
ainie rashid
zila
nordin ahmad
SHARK
along
sakur@86
Jeck Sparow
kawanorgmaRan
Deto_8
WADY
ebe
apens7
ozzy
Abang Jem
sam
Mrcipizs
Oesandro Jr.
jasnoraizan
lepat_ubi
strikerbuncit
MD
koy101
J.Milan22
Yassin
zulkbo
39 posters
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 23 of 31
Page 23 of 31 • 1 ... 13 ... 22, 23, 24 ... 27 ... 31
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Nur Aliah tamat zaman janda
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
PETALING JAYA - Bekas isteri pengarah terkenal, Aziz M. Osman, Nur Aliah Lee Abdullah, 38, bertemu dengan pilihan hatinya apabila selamat diijabkabulkan dengan ahli perniagaan, Mohammad Zekri Ibrahim, 41, pada pukul 10.20 pagi semalam.
Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri seramai 70 tetamu termasuk keluarga dan teman-teman rapat kedua-dua belah pihak di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara.
Aliah menerima mas kahwin RM300 dan sah menjadi isteri Zekri yang merupakan pemain sukan berkuda polo.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Selangor Menang Piala Sumbangsih
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sukan/20100110080836/Article
PEMAIN Selangor meraikan kejayaan mereka sambil memperaga Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Negeri Sembilan 2- 1 di Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi malam tadi.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sukan/20100110080836/Article
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Orang ramai menikmati kelazatan durian pada Pesta "Jom, Makan Durian", anjuran Bank Rakyat Cawangan Kuching di sini, semalam. Kira-kira 600 biji durian dari Pasir Pandak yang terkenal dengan keenakan raja buah dan buah-buahan tempatan seperti rambutan dan langsat habis dalam tempoh kira-kira dua jam sahaja. -fotoBERNAMA
http://mstar.com.my/berita/
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
zulkbo wrote:Orang ramai menikmati kelazatan durian pada Pesta "Jom, Makan Durian", anjuran Bank Rakyat Cawangan Kuching di sini, semalam. Kira-kira 600 biji durian dari Pasir Pandak yang terkenal dengan keenakan raja buah dan buah-buahan tempatan seperti rambutan dan langsat habis dalam tempoh kira-kira dua jam sahaja. -fotoBERNAMA
http://mstar.com.my/berita/
Tak tahan duk lama kala ada pesta macam nei tak tahan bau kentut hehehehe
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
RIBUAN pemancing mencuba nasib memancing ikan trout di permukaan Sungai Hwacheon yang beku, kira-kira 120 kilometer ke utara Seoul, Korea Selatan. Pertandingan memancing itu adalah festival tahunan yang menarik lebih sejuta pengunjung saban tahun. - Foto AFP
Jan 10, 2010 3:42 pm
http://www.bharian.com.my/index.html
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
UIAM berjaya naib johan pertandingan debat dunia
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm
KUALA LUMPUR 10 Jan. – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul naib johan bagi kategori Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (ESL) dalam Pertandingan Debat Universiti Dunia baru-baru ini.
UIAM diwakili Khalidah Nazihah Abdul Jamin dan Meor Aliff Meor Azalan, pelajar tahun tiga masing-masing dalam jurusan ekonomi, dan pengurusan sains dan sains politik.
Menurut kenyataan UIAM hari ini, Khalidah turut mendapat pengiktirafan sebagai salah seorang pendebat terbaik ESL pertandingan debat peringkat dunia itu.
Tel Aviv University di Israel muncul johan dalam pertandingan debat terbesar dunia iaitu bagi kategori ESL.
Kejohanan itu menyaksikan penyertaan 392 universiti dari seluruh dunia, termasuk Harvard, Yale, Monash, Oxford Union dan Cambridge Union.
Pertandingan 10 hari itu yang diadakan di Koc University di Turki, bermula pada 26 Disember tahun lepas. - BERNAMA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
zulkbo wrote:UIAM berjaya naib johan pertandingan debat duniaKUALA LUMPUR 10 Jan. – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul naib johan bagi kategori Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (ESL) dalam Pertandingan Debat Universiti Dunia baru-baru ini.
UIAM diwakili Khalidah Nazihah Abdul Jamin dan Meor Aliff Meor Azalan, pelajar tahun tiga masing-masing dalam jurusan ekonomi, dan pengurusan sains dan sains politik.
Menurut kenyataan UIAM hari ini, Khalidah turut mendapat pengiktirafan sebagai salah seorang pendebat terbaik ESL pertandingan debat peringkat dunia itu.
Tel Aviv University di Israel muncul johan dalam pertandingan debat terbesar dunia iaitu bagi kategori ESL.
Kejohanan itu menyaksikan penyertaan 392 universiti dari seluruh dunia, termasuk Harvard, Yale, Monash, Oxford Union dan Cambridge Union.
Pertandingan 10 hari itu yang diadakan di Koc University di Turki, bermula pada 26 Disember tahun lepas. - BERNAMA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm
Jangan ditebing nok ajok bertaki geng nei hehehehe
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Gereja All Saints, Taiping, Perak dibaling dengan beberapa botol mengandungi cecair bahan pembakar seperti 'molotov cocktail' dipercayai cubaan terbaru merosakkan rumah ibadat itu. Bagaimanapun, belum ada suspek yang ditahan dalam kejadian itu dan polis sedang menyiasat serta mengambil bahan-bahan bukti yang ditemui di tempat kejadian. -- fotoBERNAMA
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Anggota Bomba dan Penyelamat menyiasat punca kebakaran 12 buah motosikal di Flat Taman Sri Pinang, Jalan Sungai di Pulau Pinang, awal pagi tadi. Menurut seorang penduduk di flat berkenaan berkata terdapat sekumpulan orang bergaduh di kawasan berkenaan sebelum kejadian itu berlaku. Bagaimanapun, pihak Bomba dan Penyelamat masih menyiasat punca kebakaran. -- foto BERNAMA
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
JELI: Seorang pemuda sempat merakam aksi seekor gajah melangkah penghadang jalan di Kilometer 27 Lebuh Raya Timur Barat berhampiran sempadan Kelantan-Perak, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Mat Mazarin Ramlee, 27, yang bekerja sendiri berkata ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah selepas menziarahi saudaranya di Pasir Puteh, Kelantan.
Katanya, disebabkan terkejut selepas terserempak dengan kehadiran hidupan liar itu, beliau mengambil keputusan berpatah balik ke Jeli, dan meneruskan perjalanan ke Sungai Petani pagi semalam.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20100112011737/Article
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
SHAH ALAM: Polis menembak mati dua penjenayah dalam Ops Rantau di Puncak Perdana selepas bertembung dengan mereka, jam 3.30 pagi tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, identiti penjenayah terbabit belum dikenal pasti tetapi mengesahkan kedua-dua mereka adalah warga Indonesia.
patutlah jem teruk pagi tadi kat depan Uitm tu...banyak kereta polis ingatkan jumpa mayat kena buang...rupanya ada penjenayah kena tembak...
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
zulkbo wrote:JELI: Seorang pemuda sempat merakam aksi seekor gajah melangkah penghadang jalan di Kilometer 27 Lebuh Raya Timur Barat berhampiran sempadan Kelantan-Perak, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Mat Mazarin Ramlee, 27, yang bekerja sendiri berkata ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah selepas menziarahi saudaranya di Pasir Puteh, Kelantan.
Katanya, disebabkan terkejut selepas terserempak dengan kehadiran hidupan liar itu, beliau mengambil keputusan berpatah balik ke Jeli, dan meneruskan perjalanan ke Sungai Petani pagi semalam.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20100112011737/Article
hahahaha.... besa dah nampok menatang nih...
nih baru sekor... lum lagi tgk depa wat kenduri kat atas jalanraya tuh...
6 taun lebih aku dok ngadap......
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
koy101 wrote:zulkbo wrote:JELI: Seorang pemuda sempat merakam aksi seekor gajah melangkah penghadang jalan di Kilometer 27 Lebuh Raya Timur Barat berhampiran sempadan Kelantan-Perak, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Mat Mazarin Ramlee, 27, yang bekerja sendiri berkata ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah selepas menziarahi saudaranya di Pasir Puteh, Kelantan.
Katanya, disebabkan terkejut selepas terserempak dengan kehadiran hidupan liar itu, beliau mengambil keputusan berpatah balik ke Jeli, dan meneruskan perjalanan ke Sungai Petani pagi semalam.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20100112011737/Article
hahahaha.... besa dah nampok menatang nih...
nih baru sekor... lum lagi tgk depa wat kenduri kat atas jalanraya tuh...
6 taun lebih aku dok ngadap......
dia OTW ke penang tu... mlm nie nak pijak harimau kumbang... ekekekeke...
Mrcipizs- Tok Penghulu
- Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 43
Location : Angkasa?
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Mrcipizs wrote:
dia OTW ke penang tu... mlm nie nak pijak harimau kumbang... ekekekeke...[/color]
hahaha..i likes..ekekekkk
RoyKay33- Tok Penghulu
- Posts : 1191
Points : 1222
Join date : 28/04/2009
Location : Metropolitan SQ
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Aizat tamatkan penguasaan indie
Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my
SELEPAS dua tahun berturut-turut pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) mengangkat band indie, Estranged dan Meet Uncle Hussain sebagai juaranya, kelmarin penangan lagu Pergi,
ciptaan Pete Teo dan lirik oleh Amran Omar dendangan Aizat menoktahkan
penguasaan penyanyi indie di pentas muzik paling berprestij di negara
ini.
Bersaing dengan 12 peserta lain termasuk empat wakil daripada jalur
muzik indie, persembahan puitis Aizat sememangnya memukau ribuan
penonton yang memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil, malam kelmarin.
sakur@86- Tok Empat
- Posts : 673
Points : 708
Join date : 24/07/2009
Age : 37
Location : Bera
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Salah sebuah kapal layar bersama krew sedang mengharungi cabaran pada perlumbaan Racing Class Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2010 ke-8 di perairan Langkawi di sini, hari ini. Sebanyak 26 kapal layar termasuk dari Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Hong Kong, Belanda, Afrika Selatanm New Zealand, Norway dan Malaysia menyertai regata yang akan berakhir Jumaat ini. Kejohanan itu bagi merebut hadiah utama Trofi Perdana Menteri dan Anugerah Kesukanan Tunku Abdullah. --foto BERNAMA
http://mstar.com.my/variasi/sukan/cerita.asp?file=/2010/1/12/mstar_sukan/20100112103606&sec=mstar_sukan
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Pengarah Kastam Pahang Datuk A. Samawe Hassan (kanan) dan Penolong Kanan Pengarah Kastam Mohamad Zubli Din (kiri) menunjukkan mercun-mercun dan bunga api yang dirampas sebelum sidang media di Pahang, hari ini. Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Pahang hari ini menahan dua buah lori yang membawa muatan 4,000 kilogram mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM280,000 di Km 92 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bandar Al-Muktafi Billah Shah dekat sini. -Foto BERNAMA
http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/1/12/mstar_jenayah/20100112202303&sec=mstar_jenayah
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
penat jalan jauh,dh kena pijak harimau kumbangMrcipizs wrote:koy101 wrote:zulkbo wrote:JELI: Seorang pemuda sempat merakam aksi seekor gajah melangkah penghadang jalan di Kilometer 27 Lebuh Raya Timur Barat berhampiran sempadan Kelantan-Perak, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Mat Mazarin Ramlee, 27, yang bekerja sendiri berkata ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah selepas menziarahi saudaranya di Pasir Puteh, Kelantan.
Katanya, disebabkan terkejut selepas terserempak dengan kehadiran hidupan liar itu, beliau mengambil keputusan berpatah balik ke Jeli, dan meneruskan perjalanan ke Sungai Petani pagi semalam.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20100112011737/Article
hahahaha.... besa dah nampok menatang nih...
nih baru sekor... lum lagi tgk depa wat kenduri kat atas jalanraya tuh...
6 taun lebih aku dok ngadap......
dia OTW ke penang tu... mlm nie nak pijak harimau kumbang... ekekekeke...
iyul8386- Ketua Kampung
- Posts : 114
Points : 118
Join date : 16/11/2009
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Strong earthquake strikes Haiti
http://news.yahoo.com/s/ap/cb_haiti_earthquake
PORT-AU-PRINCE, Haiti – The largest earthquake ever recorded in the area rocked Haiti on Tuesday, collapsing a hospital where people screamed for help and damaging other buildings. An aid official described "total disaster and chaos."
Communications were widely disrupted, making it impossible to get a clear picture of damage as powerful aftershocks shook a desperately poor country where many buildings are flimsy
http://news.yahoo.com/s/ap/cb_haiti_earthquake
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Yuna Dilamar Syarikat Rakaman Dari Amerika
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/1/13/mstar_hiburan/20100112151748&sec=mstar_hiburan
Jika Yuna menerima lamaran itu, industri muzik tanah air pasti akan berbangga apabila penyanyi ini melebarkan sayapnya ke pentas antarabangsa kelak. - Foto The Star oleh AZMAN GHANI
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/1/13/mstar_hiburan/20100112151748&sec=mstar_hiburan
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
selain yuna.. koi suke jugok dgr lagu melda ahmad...
baru nak mule bertapak
baru nak mule bertapak
sam- Tok Empat
- Posts : 898
Points : 919
Join date : 15/04/2009
Location : FROM THE MILKY WAY TO DARUL BAWAR
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
ANGGOTA polis memeriksa mayat pengawal keselamatan Shaik Faisal Shaik Ibrahim, 43, yang maut selepas terperosok di tempat duduk pemandu bas ekspres sejurus motosikalnya dirempuh kereta dalam kemalangan di Jalan Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang, semalam. Shaik Faisal dikatakan melambung hingga mengakibatkan cermin depan bas itu pecah, manakala motosikalnya diseret kereta terbabit sejauh 80 meter. - Foto Rudy Syareme Sheriffudin
Jan 13, 2010 7:40 am
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/BeritaUtama/20100113002222/Article/index_html
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
zulkbo wrote:Yuna Dilamar Syarikat Rakaman Dari AmerikaJika Yuna menerima lamaran itu, industri muzik tanah air pasti akan berbangga apabila penyanyi ini melebarkan sayapnya ke pentas antarabangsa kelak. - Foto The Star oleh AZMAN GHANI
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/1/13/mstar_hiburan/20100112151748&sec=mstar_hiburan
giler babai dia nih...dari underground singer trus ke Hollywood??
singer M'sia yg len nyanyi berpuluh tahun pn msih kempunan,dh tu nk tembus Asia pn payoh..
tu lah kata org,rezeki dia gamaknya..tp kelainan muzik&suara yg dia bawa mjadikan dia seorg yg unik..
kwn ckp skadar apa yg kwn nmpak kt dia la..nk support @ jd fans tu,xde masa la..byk lg keje len..hehe..
strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
same la SB.. takat dgr gitu2 aje pun dah oke...
sam- Tok Empat
- Posts : 898
Points : 919
Join date : 15/04/2009
Location : FROM THE MILKY WAY TO DARUL BAWAR
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Buang ayah tepi jalan
Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my
KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.BUKTI...Abdul Rahman menunjukkan surat pembedahan jantung yang dikeluarkan Hospital Pulau Pinang.
Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.
Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.
“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.
Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.
“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.
Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.
Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.
Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.
“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.
“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.
Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.
Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.
“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.
“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.
Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.
*Sedihla baca berita ni..rasa nak belasah je anak dia ni..dayus dan bangang yg amat..menantu pompuan dia pun satu,batu api..
entahla..kdg2 nmpak mcm mustahil je cite ni tp inilah realitinya zaman skrg..anak2 sng2 je buang mak ayah..buang pulak mcm buang sampah..kt tepi jalan jgk dia tinggalkan..kalu tau jd camni,mak ayah dia tentu awal2 tinggal dan buang anak tak sedor diri kt longkang@loji najiss!!!..itulah selayaknye..cis!

Similar topics
» Berita Gembira 2010-2012
» Menarik di Pekan, Bandar Lestari
» Koleksi Video Menarik - Sekali Sekala Relax La Jap !
» Berita Bencana Alam
» Kongsi Laman Web Menarik Untuk Dilayari
» Menarik di Pekan, Bandar Lestari
» Koleksi Video Menarik - Sekali Sekala Relax La Jap !
» Berita Bencana Alam
» Kongsi Laman Web Menarik Untuk Dilayari
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 23 of 31
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum