Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Berita Bergambar Menarik Hari nih....
+35
sayed7
noyie
iyul8386
faisalmik
RoyKay33
Gemini_gurl
cikacung
Awangmaseru
edi
Cik_N
ainie rashid
zila
nordin ahmad
SHARK
along
sakur@86
Jeck Sparow
kawanorgmaRan
Deto_8
WADY
ebe
apens7
ozzy
Abang Jem
sam
Mrcipizs
Oesandro Jr.
jasnoraizan
lepat_ubi
strikerbuncit
MD
koy101
J.Milan22
Yassin
zulkbo
39 posters
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 18 of 31
Page 18 of 31 • 1 ... 10 ... 17, 18, 19 ... 24 ... 31
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Rapid KL melancarkan tren empat gerabak untuk laluan LRT Kelana Jaya di depoh Rapid KL, Subang. Tren tersebut membolehkan ia mengangkut sehingga 800 penumpang sekaligus, iaitu sekali ganda kapasiti sekarang. - Utusan
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Seorang pengawal memanaskan badan di dalam pondok, sementara salji menyelimuti pokok-pokok di sebuah taman berhampiran Sungai Moska, Moscow, Rusia. Salji turun dengan lebat dan berterusan hingga hari Rabu di bandar tersebut. - AP
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Para pelancong kelihatan bergambar dengan berlatarbelakangkan gunung berapi Mayon di bandar Daraga, 330km dari Manila, Filipina. Beribu-ribu pelancong mengunjungi gunung berapi itu untuk melihat lava yang mengalir keluar tanpa memikirkan risiko keselamatan. - AFP
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Gus Dur meninggal dunia
30/12/2009 9:54pm
انّ للہ و انّا الیہ راجعون
30/12/2009 9:54pm
JAKARTA 30 Dis. - Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid meninggal dunia 6.45 petang ini (waktu Indonesia barat) ketika menerima rawatan di Hospital Cipto Mangunkusumo di sini.
Adik kandung Abdurrahman, KH Sholahudin Wahid mengesahkan Abdurrahman yang lebih dikenali sebagai Gus Dur dan merupakan Presiden Indonesia keempat telah meninggal dunia.
"Saya mendapat khabar beliau meninggal. Khabar yang saya terima beliau meninggal pada pukul 6.45 petang," kata Gus Sholah dipetik detikcom. - Utusan
انّ للہ و انّا الیہ راجعون
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Sinta Nuriyah, isteri kepada bekas Presiden Indonesia, Gus Dur ditemani anaknya sesama memberi penghormatan terakhir kepada suaminya sebelum upacara pengebumian berlangsung di rumah mereka yang terletak di selatan Jakarta. --fotoREUTERS
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Seorang wanita di jumpai mati ketika berada di rumahnya di Pinggiran Ukay, Kuala Lumpur, semalam.- Gambar: Zulhafiz Hanafiah
Mangsa bunuh Fazlina Ahmad, 39, bersama anak keduanya Mariam, 5, yang ditemui mati di dalam sebuah almari pakaian di rumahnya di Pinggiran Ukay di sini, semalam. Polis hari ini menahan wanita yang dipercayai teman kepada suami mangsa bagi membantu siasatan. Malah pihak polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan adalah berkaitan masalah keluarga, namun sepanjang enam tahun perkahwinan mereka polis tidak menerima sebarang laporan berkenaan suami mendera isterinya itu. -Foto BERNAMA.
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Harga Gula Naik 20sen
http://mstar.com.my/
PUTRAJAYA: Mulai pukul 12 tengah malam ini, harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak, demikian pengumuman Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom.
http://mstar.com.my/
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
ORANG ramai menunjukkan tempat kejadian kepada ibu mangsa, Rosita Abdullah, 30 (tengah), di mana anaknya Siti Aishah, 10, ditemui mati lemas di dalam gelung parit konkrit, kira-kira 200 meter dari rumahnya di Kampung Haji Baki, Kuching, hari ini. - Foto Nik Hariff Hassan
Dec 31, 2009 4:43 pm
MAUT....Seorang jiran membantu menarik mayat Siti Aishah Yusof yang tersekat dalam longkang di Kampung Haji Baki,di Kuching,Sarawak,malam semalam. - UTUSAN
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
EDITOR "Herald, The Catholic Weekly", Paderi Lawrence Andrew (tengah) keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas mahkamah membenarkan rayuan permohonan semakan kehakiman supaya perkataan Allah boleh digunakan dalam akhbar mingguan itu. - Foto Reuters
Dec 31, 2009 6:30 pm
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat Meninggal Dunia
Kuala Lumpur, 1 Jan (Bernama) -- Bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi Jumaat.
-- BERNAMA
انّا للہ و انّا الیہ راجعون
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
SEMANGAT TAHUN BARU....Dari kiri,Siti Wahida Kipli,Azwin Rebi,Asyikin Suparsi,mewarnakan wajah mereka sebagai tanda menyambut tahun baru 2010 di Kuching,Sarawak,hari ini. - GAMBAR: Amir Hafiz Abd Rahman
SELAMAT DATANG 2010: Percikan bunga api kelihatan menerangi ruang udara sekitar KLCC dan Menara KL pada Sambutan Tahun Baru 2010 di Kuala Lumpur, jam 12.00 malam tadi. - Foto Osman Adnan
Jan 1, 2010 12:45 am
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
TAHUN BARU 2010... Orang ramai membanjiri sepanjang jalan sekitar Bukit Bintang menunggu munculnya Tahun Baru 2010 di sini malam ini. Pelbagai acara pertujukan pentas selain bunga api diadakan sempena menyambut perayaan tahun baru. --fotoBERNAMA
KEADAAN sampah sarap yang bertaburan di Jalan Bukit Bintang, semalam. - Gambar: Nooradzrene Mohd Noor
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
?
Last edited by samdol on Sun Jan 03, 2010 2:22 pm; edited 1 time in total
sam- Tok Empat
- Posts : 898
Points : 919
Join date : 15/04/2009
Location : FROM THE MILKY WAY TO DARUL BAWAR
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
TURUTAN rakaman pergerakan bulan ketika gerhana bulan separa dengan pemandangan Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, awal pagi semalam. Fasa gerhana bulan separa boleh dilihat 1.17 pagi ketika fasa penumbra, iaitu bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah sehingga keluar daripada bayangan umbra bumi pada 5.28 pagi. Fenomena ini turut dapat disaksikan di seluruh Asia dan Afrika serta dianggap unik berikutan berlaku pada sambutan Tahun Baru 2010. - Foto Bernama
Jan 2, 2010 8:19 am
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
KUANTAN: Seorang nenek lapan cucu berusia 54 tahun antara 58 orang ditahan kerana melakukan kesalahan syariah dalam Ops Insaf Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di sekitar ibu negeri, awal pagi semalam.
Nenek yang beralamat di Kampung Kurnia, Kuantan ditahan bersama pasangannya, seorang lelaki berusia 38 tahun kerana disyaki berkhalwat di hotel murah pada jam 7.20 pagi.
SEORANG lelaki gagal sembunyikan diri ketika diserbu pegawai Jaip di Kuantan, semalam.
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
zulkbo wrote:KUANTAN: Seorang nenek lapan cucu berusia 54 tahun antara 58 orang ditahan kerana melakukan kesalahan syariah dalam Ops Insaf Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di sekitar ibu negeri, awal pagi semalam.
Nenek yang beralamat di Kampung Kurnia, Kuantan ditahan bersama pasangannya, seorang lelaki berusia 38 tahun kerana disyaki berkhalwat di hotel murah pada jam 7.20 pagi.
SEORANG lelaki gagal sembunyikan diri ketika diserbu pegawai Jaip di Kuantan, semalam.
ape la nk jd ngan dunia skrang nih
Gemini_gurl- Posts : 37
Points : 39
Join date : 02/12/2009
Age : 36
Location : pahang
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
PEMANDANGAN selepas kejadian banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda sebuah hotel di sebuah pulau di barat daya Rio de Janeiro, semalam. Lereng bukit yang terletak di tepi hotel berkenaan dikatakan runtuh dengan membawa lumpur, batu dan pokok menghempap hotel di Pulau Ilha Grande itu. - Foto AP/Reuters
Jan 2, 2010 10:30 am
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
GEMBIRA... Sebahagian daripada 552 peserta PLKN kelihatan gembira dan bersemangat untuk mengikuti latihan di Kem Lagenda Gunung Ledang, Asahan di Melaka ketika ditemui sebelum berlepas dari perkarangan Stadium Tan Sri Hasan Yunos Larkin di Johor Baharu, hari ini. -Foto BERNAMA
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Sosilawati Tak Jadi Bersanding Selepas Insiden Tangkap Khalwat
http://www.mstar.com.my
PETALING JAYA: "Kalau saya mengaku sudah berkahwin pun, mereka (penguatkuasa) tidak akan percaya. Sebab itu saya mengaku salah saja," kata usahawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya berhubung insiden dia ditangkap berkhalwat pada malam tahun baru, kelmarin.
Ditanya bilakah majlis persandingan akan berlangsung, beliau dalam nada ringkas berkata:
"Bila dah jadi macam ni, saya rasa tak jadilah kami nak bersanding."
Beliau juga enggan mengulas lanjut tentang suami barunya itu.
"Nantilah... bila semuanya selesai, saya akan cakap. Saya akui, dia adalah duda beranak tiga, tapi bukanlah berketurunan Indonesia seperti yang dilaporkan. Dia adalah lelaki tempatan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
http://www.mstar.com.my
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Dua buah kapal yang berhimpit antara satu sama lain (kiri) ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana disyaki melakukan pemindahan minyak secara haram di perairan Pengerang, Kota Tinggi, Johor hari ini.UTUSAN
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Pendaki negara, Mohd. Noor Mat Amin (kiri) berjaya sampai di kemuncak Gunung Kinabalu buat kali kedua dalam usahanya untuk mencipta rekod pendakian solo selama 111 hari di gunung tertinggi Asia Tenggara itu di Kundasang, Sabah awal pagi ini. UTUSAN
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Hakim Augustine Paul Meninggal Dunia
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/2/mstar_berita/20100102194018&sec=mstar_berita
KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri S. Augustine Paul meninggal dunia hari ini akibat penyakit kronik yang dideritainya sejak beberapa lama. Beliau berumur 65 tahun.
Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Seri Dr Mary Paul dan dua anak iaitu Dr Juliana Sharmini, 29, dan Alan John, 27.Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 2.45 petang di Hospital Selayang, kata menantunya Robert Devan, 37.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/2/mstar_berita/20100102194018&sec=mstar_berita
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
MANGSA kemalangan Rally Dakar kepunyaan pemandu Jerman, Micro Schultis, dibantu penonton, dalam acara Dakar Rally Argentina-Chile 2010 yang diadakan di Alpa Corral, Argentina, awal pagi ini. Jurucakap Hospital Rio Cuarto berkata, dalam insiden tersebut, kereta dalam perlumbaan tersasar dari landasan lalu merempuh penonton menyebabkan seorang penonton wanita mati dan empat orang lain cedera. - Foto AP
Jan 3, 2010 10:11 am
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengusung mayat seorang dari dua mangsa lemas warga Korea ketika bermandi di Pantai Damai di sini, hari ini. Maklumat awal mengatakan, mangsa yang di kenali Kim Sung Hyun, 20, dan Jung Yo Han, 24, mati di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya yang masih belum diketahui identitinya berjaya diselamatkan dan seorang daripadanya cedera parah. Kesemua mangsa di hantar ke Hospital Umum Sarawak (HUM) untuk rawatan selanjutnya.
Page 18 of 31 • 1 ... 10 ... 17, 18, 19 ... 24 ... 31
Similar topics
» Berita Gembira 2010-2012
» Menarik di Pekan, Bandar Lestari
» Koleksi Video Menarik - Sekali Sekala Relax La Jap !
» Berita Bencana Alam
» Kongsi Laman Web Menarik Untuk Dilayari
» Menarik di Pekan, Bandar Lestari
» Koleksi Video Menarik - Sekali Sekala Relax La Jap !
» Berita Bencana Alam
» Kongsi Laman Web Menarik Untuk Dilayari
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 18 of 31
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum