Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Berita Bergambar Menarik Hari nih....
+35
sayed7
noyie
iyul8386
faisalmik
RoyKay33
Gemini_gurl
cikacung
Awangmaseru
edi
Cik_N
ainie rashid
zila
nordin ahmad
SHARK
along
sakur@86
Jeck Sparow
kawanorgmaRan
Deto_8
WADY
ebe
apens7
ozzy
Abang Jem
sam
Mrcipizs
Oesandro Jr.
jasnoraizan
lepat_ubi
strikerbuncit
MD
koy101
J.Milan22
Yassin
zulkbo
39 posters
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 8 of 31
Page 8 of 31 • 1 ... 5 ... 7, 8, 9 ... 19 ... 31
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
PRIHATIN... Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Kuar, mukim Tajar di Alor Setar, hari ini. Ahmad Bashah berkata, mereka yang berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir dan mendaftarkan nama menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan makanan, selimut dan bantal termasuk bantuan ehsan daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda). - Foto Bernama
Nov 17, 2009 3:04 pm
Nov 17, 2009 3:04 pm
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
KAKITANGAN Plus Expressway di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur, membersihkan serpihan bumbung laluan pejalan kaki yang roboh selepas dirempuh lori simen, petang semalam. Dalam kejadian itu, pemandu lori terbabit dan seorang pengawal keselamatan cedera di muka akibat terkena runtuhan bumbung. - Foto Luqman Hakim Zubir
Nov 17, 2009 3:12 pm
Nov 17, 2009 3:12 pm
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
HULU LANGAT: Keliru dengan tindakan isteri berkahwin dengan lelaki lain ketika masih mempunyai suami, seorang lelaki semalam memfailkan permohonan pengesahan rujuk yang dibuatnya dengan wanita berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, walaupun isterinya sudah meninggal dunia, dua tahun lalu.
Mohamad Fuzi Sulaiman, 60, mendakwa dia dan Noraini Abu Bakar, 53, masih pasangan suami isteri yang sah selepas mereka merujuk semula sehari selepas bercerai pada 1984.
http://www.hmetro.com.my
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Kembar Siam Bangladesh berjaya dipisahkan
MELBOURNE:Setelah melalui pembedahan selama 27 jam, kembar siam dari Bangladesh, Trishna and Krishna, kini berdepan dengan detik-detik kritikal sebagai dua individu berasingan.
Associated Press melaporkan bahawa sekumpulan pakar bedah Australia sudah
melakukan beberapa siri prosedur rumit terhadap dua kanak-kanak perempuan itu dari Isnin hingga tengah hari Selasa, manakala seluruh rakyat negara kelahiran dua beradik itu menunggu dengan penuh debaran untuk mengetahui nasib mereka.
http://www.hmetro.com.my
foto by:AFP/HO/File – This file handout photos received from the Melbourne Royal Children's Hospital on November 13
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
PANTAS: Kira-kira 11,000 petugas di Menara Berkembar Petronas berkumpul di perkarangan taman Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dalam latihan menghadapi gegaran gempa bumi di Kuala Lumpur, hari ini. Latihan selama dua jam itu bertujuan memberikan kemahiran, pengalaman dan persediaan awal kepada agensi penyelamat dan petugas di Menara Berkembar Petronas bagi menghadapi kejadian gegaran gempa bumi pada masa hadapan. - Foto Bernama
Nov 18, 2009 5:24 pm
##yang harunya koi kerja kat sini pun
tak tau..balerr...
kena dibuat betul gempa
koi sorang lah terkandas kat dalam
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
PENGURUSAN Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong, Alor Setar, mengambil inisiatif menyusun bangku untuk dijadikan jambatan bagi memudahkan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, menyeberangi setelah pintu masuk ke kawasan berkenaan dinaiki air akibat banjir, hari ini - Foto Shahrizal Md Noor
Nov 18, 2009 1:44 pm
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
POLITIK SKET...
DR Mohd Asri Zainul Abidin (tengah) mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengajar tanpa tauliah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini. Mahkamah menetapkan 5 Januari 2010 untuk perbicaraan. Turut kelihatan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) dan artis, Azwan Ali. - Foto Effendy Rashid
Nov 18, 2009 12:09 pm
DR Mohd Asri Zainul Abidin (tengah) mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengajar tanpa tauliah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini. Mahkamah menetapkan 5 Januari 2010 untuk perbicaraan. Turut kelihatan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) dan artis, Azwan Ali. - Foto Effendy Rashid
Nov 18, 2009 12:09 pm
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
KONVOI trak membawa bekalan keperluan terperangkap di laluan jalan sesak yang menghubung Pakistan dengan Kabul, Afghanistan, semalam. Pihak tentera Perancis melakukan operasi 'Avallon' di Lembah Tagab, 50 kilometer ke timur Kabul, untuk membawa masuk barang keperluan itu. - Foto AP
Nov 18, 2009 10:32 am
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Makcik peragut
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
ALOR STAR: “Saya tak sedar peragut itu rentap rantai leher anak tapi nasib baik beberapa peniaga di sini ternampak perbuatan wanita terbabit.
“Anak saya pula tak menjerit atau menangis ketika rantai lehernya diragut, mungkin dia tak sedar,” kata Hamidah Ishak, 46, ibu mangsa ragut di pekan Kota Sarang Semut, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, Nur Afza Adlina Ibrahim, 3, mengikut ibunya ke pasar pagi itu untuk membeli keperluan harian.
Difahamkan, peragut terbabit yang memakai baju kurung krim berbunga dan bertudung hitam ala mak cik mengekori mangsa sejak mereka tiba di pasar berkenaan.
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
HASLINDA bersama anaknya, Siti Nurdiana yang dipercayai dilarikan pembantu rumahnya semalam.
Amah didakwa larikan budak 2 tahun
Oleh HAIRULAZIM MAHMUD
azim.mahmud@kosmo.com.my
SHAH ALAM - Sepasang suami isteri warga asing yang telah menetap di negara ini selama 10 tahun tidak menyangka pembantu rumah mereka berusia 50 tahun tergamak melarikan puteri tunggal mereka, Siti Nurdiana Aung Soe berumur 2 tahun.
Aung Soe atau Abu Hussin, 38, warga Myanmar dan isteri, Haslinda Damanik, 35, warga Indonesia, terkejut apabila mendapati amahnya dikenali sebagai Suparmi dan anaknya tiada di rumah sebaik pulang dari kerja kira-kira pukul 7.30 malam semalam.
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
RANAP: Proton Wira antara tiga kenderaan yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berhampiran sebuah flet di Taman Cheras Awana, Kajang hari ini. Berikutan kejadian jam 2.30 petang itu yang dipercayai akibat hujan lebat, lebih 50 penghuni daripada 11 keluarga diarahkan berpindah serta merta ke balai raya berhampiran. - Foto Bernama
Nov 18, 2009 9:57 pm
Tiga buah kereta dan sebuah motosikal musnah ekoran kejadian tanah runtuh di kawasan Flat Taman Cheras Awana, Kuala Lumpur, setelah hujan lebat melanda Lembah Klang petang tadi. Lima puluh penghuni yang diarahkan pindah serta merta oleh Ketua Polis Daerah Kajang itu melibatkan 10 buah keluarga - foto THE STAR oleh CHAN TAK KONG
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
zulkbo wrote:
HASLINDA bersama anaknya, Siti Nurdiana yang dipercayai dilarikan pembantu rumahnya semalam.
Amah didakwa larikan budak 2 tahun
Oleh HAIRULAZIM MAHMUD
azim.mahmud@kosmo.com.my
SHAH ALAM - Sepasang suami isteri warga asing yang telah menetap di negara ini selama 10 tahun tidak menyangka pembantu rumah mereka berusia 50 tahun tergamak melarikan puteri tunggal mereka, Siti Nurdiana Aung Soe berumur 2 tahun.
Aung Soe atau Abu Hussin, 38, warga Myanmar dan isteri, Haslinda Damanik, 35, warga Indonesia, terkejut apabila mendapati amahnya dikenali sebagai Suparmi dan anaknya tiada di rumah sebaik pulang dari kerja kira-kira pukul 7.30 malam semalam.
Siti Nurdiana ditemui di Chow Kit 21:11 PM
SUBANG JAYA: Siti Nurdiana Aung Soe, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dilarikan amah dari rumah di Shah Alam semalam, ditemui seorang pekerja restoran di Chow Kit ... [+]
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20091118211154/Article
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
PEMANDU Proton Saga Aeroback, Mohd Faiz Mohd Yusoff, 22, dari Kampung Rhu Dalam, Tumpat, Kelantan maut selepas dirempuh treler membawa muatan kimia sebelum diseret kira-kira 20 meter di Kilometer 39 Jalan Kuantan-Maran dekat Gambang, Kuantan hari ini. - Foto Shahrul Nizam Mohamad
Nov 19, 2009 6:56 pm
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
CUTI SEKOLAH ... Sebahagian pelajar SK Taman SEA kelihatan gembira untuk menyambut cuti persekolahan yang akan menjelang ketika tinjauan di sekolah tersebut di sini, hari ini. Cuti persekolahan bagi Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri lain akan bermula esok dan berakhir pada 3 Januari tahun depan. Manakala cuti persekolahan bagi negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu bermula hari ini dan berakhir pada 2 Januari tahun depan.-Foto THE STAR Oleh: AZHAR MAHFOF.
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melihat sebahagian daripada lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha pada majlis Penyerahan Surat Wakil Pengurusan Ibadat Korban Aidiladha 2009 bagi Parlimen Pekan di sini, hari ini. Sebanyak 427 ekor lembu dan tiga ekor unta diagihkan kepada 55 masjid dan 160 surau di kawasan parlimen itu. --fotoBERNAMA
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat contoh rekaan corak batik 1Malaysia yang dicadangkan sebelum mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini. Kraftangan Malaysia buat kali pertama memperkenalkan rekaan batik 1Malaysia yang bakal dijadikan pakaian acara rasmi untuk kempen serta majlis 1Malaysia. - Foto Bernama
Nov 20, 2009 4:50 pm
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
TUMPAS: Polis menembak mati penjenayah yang dikehendaki yang juga perancang utama Geng Berong dalam satu kejadian berbalas tembakan di Shah Alam, malam tadi. Turut dijumpai bersamanya ialah tiga bilah parang, sepucuk pistol automatik 0.32, enam butir peluru dan sebutir lagi peluru dalam ruang peluru. Semasa ditembak, suspek dipercayai dalam perjalanan untuk melakukan satu lagi kes samun. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Nov 21, 2009 3:01 am
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Mayat mendiang Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock diusung selepas kuburnya digali semula di Nirwana Christian Memorial Garden dekat Semenyih di sini, hari ini. Mayat mendiang digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan yang dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan dengan kehadiran empat pakar forensik lain iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan seorang lagi yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 16 Julai, Teoh, setiausaha politik kepada anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi kenyataan mengenai dakwaan salahguna peruntukan kerajaan negeri di pejabat SPRM yang terletak di bangunan yang sama. --fotoBERNAMA
Re: Berita Bergambar Menarik Hari nih....
Yassin wrote:
haiyaa..itu olang sulah lilex-lilex lu olang lagi kaco....
jaga aaa..
ini malam ada
hantu lompat wo..
hu hu hu
Page 8 of 31 • 1 ... 5 ... 7, 8, 9 ... 19 ... 31
Similar topics
» Berita Gembira 2010-2012
» Menarik di Pekan, Bandar Lestari
» Koleksi Video Menarik - Sekali Sekala Relax La Jap !
» Berita Bencana Alam
» Kongsi Laman Web Menarik Untuk Dilayari
» Menarik di Pekan, Bandar Lestari
» Koleksi Video Menarik - Sekali Sekala Relax La Jap !
» Berita Bencana Alam
» Kongsi Laman Web Menarik Untuk Dilayari
:: PAHANG NEGERIKU :: SEMBANG UMUM
Page 8 of 31
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum