Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
1Malaysia Formula 1
+5
faisalmik
J.Milan22
Deto_8
Mrcipizs
ebe
9 posters
Page 1 of 1
1Malaysia Formula 1
F1 1Malaysia
Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my
Teknologi anak tempatan sertai perlumbaan
PUTRAJAYA: Pasukan F1 1Malaysia akan membuat penampilan sulung dalam Kejuaraan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mulai tahun depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata projek itu menggabungkan teknologi Proton dan Lotus, kepakaran Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Petronas dan Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) serta bantuan SIC, Persatuan Permotoran Malaysia dan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia.
"Ini pasukan Malaysia dalam erti kata yang sebenarnya, maknanya kereta ini (atas) direka bentuk, dibuat dan diuji di SIC dan adalah kereta buatan Malaysia.
"Kumpulan mengendalikan pitstop juga rakyat Malaysia. Kita akan kenal pasti pelumba yang sesuai untuk kendalikan kereta ini," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Dua pemandu pasukan itu dijangka diperkenalkan pada 31 Oktober ini selepas tapisan daripada enam calon.
NAJIB dan Pengerusi Proton, Datuk Nazmi Mohd Salleh menunjukkan replika kereta F1 1Malaysia selepas sidang media, di Putrajaya, semalam.
"Ini adalah satu perkembangan yang sangat bermakna dan pasti dapat menaikkan imej Malaysia dalam perlumbaan F1, khususnya dan persada antarabangsa amnya," katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan I, berkata pasukan berkenaan akan dibiayai menerusi gabungan sektor awam dan swasta dengan pembabitan kerajaan menerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Proton Holdings Berhad.
Pasukan itu turut mendapat kerjasama tiga tokoh korporat, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes; timbalannya, Datuk Kamarudin Meranun dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin.
Mengenai kos yang akan dikeluarkan oleh kerajaan dalam projek itu, Najib berkata:
"Ia dilakukan melalui Proton, saya tak tahu kalau mereka (syarikat) hendak berikan angka."
Menjawab soalan, Perdana Menteri berkata, projek itu bukan pembaziran kerana ia membabitkan sektor swasta dan akan memberi pendedahan yang besar kepada Malaysia, khususnya jenama Proton dan Lotus.
"Maknanya kalau kita hendak eksport Proton dan guna enjin Lotus, kita perlu menentukan jenama kita lebih mantap dan dikenali serta diterima di peringkat antarabangsa.
"Ada elemen pemasaran yang kuat di sebalik (projek) ini kerana ia bukan dilihat sebagai satu kegiatan sukan semata-mata, tetapi ada unsur pemasaran dan untuk Malaysia seluruhnya," katanya.
Malah, katanya, usaha berkenaan akan turut membawa faedah kepada pengukuhan jenama Air Asia dan Naza di peringkat antarabangsa.
Ditanya sama ada pasukan itu sempat membuat persediaan menjelang kejohanan tahun depan, Najib berkata:
"Tentunya kita tidak boleh berharap ia (kejayaan) berlaku serta merta, ia bersifat progresif tetapi saya harap suatu hari nanti kita boleh mendengar lagu kebangsaan negara dimainkan (ketika menang), itu impian kita."
Malaysia mula terbabit dalam perlumbaan F1 sejak 1999 menerusi pembukaan SIC yang berjaya memasuki kalendar perlumbaan F1 dunia menerusi Grand Prix Petronas (Petronas GP) yang mana tahun depan adalah siri ke-11.
Kenyataan akhbar pasukan itu memetik Najib sebagai berkata usaha mewujudkan pasukan F1 Malaysia sendiri bertujuan menarik lebih banyak pelaburan asing dan kepakaran teknikal terbaik yang boleh menjana pertumbuhan industri automotif negara.
Najib berharap lebih banyak penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilakukan bagi menghasilkan kereta yang berkesan dari segi kos, lebih ringan dan lebih selamat.

Re: 1Malaysia Formula 1
kwn nk apply keje jd krew pitstop la.. sapa2 tau mana nak mohon?
Mrcipizs- Tok Penghulu
- Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 43
Location : Angkasa?
Re: 1Malaysia Formula 1
Team Principal : Tony Fernandez
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: 1Malaysia Formula 1
sape drebaarr weh..
petronas xdop sponser ker..
petronas xdop sponser ker..
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: 1Malaysia Formula 1
J.Milan22 wrote:sape drebaarr weh..
petronas xdop sponser ker..
kawan rasa fairus fauzy tu memang konpem...
yang ni kerjasama antara kerajaan ngan swasta/GLC, kawan rasa Petronas, AirAsia, Tourism Malaysia dan mana2 yang pernah terlibat dengan F1 akan sponsor team 1M ni
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: 1Malaysia Formula 1
bagus2..klu bole amek la ramai yg melayu...
cume 1 jer jgn jadi cam alex yong sudah...
pusingan kelayakan pung ujian mase dok lepasss...
cume 1 jer jgn jadi cam alex yong sudah...
pusingan kelayakan pung ujian mase dok lepasss...
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: 1Malaysia Formula 1
kwn pun rasa fairuz.. dia pun ok sket dr alex..
Mrcipizs- Tok Penghulu
- Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 43
Location : Angkasa?
Re: 1Malaysia Formula 1
F1 1Malaysia intai calon pemandu di GP Singapura
PASUKAN F1 1Malaysia untuk musim 2010 berkemungkinan besar diketuai pemandu yang luas pengalaman, dengan pencarian untuk seorang pemandu yang hebat masih berjalan.
Atas tujuan itu, pasukan Lotus F1 yang diketuai ketua pasukannya, Datuk Seri Tony Fernandes kini menghadiri Grand Prix F1 Singapura untuk mencari pemandu berkenaan.
Pemandu seperti Kimi Raikonen dari Ferrari dan bekas juara dunia, Fernando Alonso dari pasukan Renault yang juga pemenang GP Singapura tahun lalu, adalah antara nama yang disebut-sebut.
Ditemui ketika GP Singapura di Marina Bay, semalam, Fernandes berkata pasukannya tidak mahu jauh ketinggalan.
"Kami mahu membuktikan yang kami boleh bersaing dengan pendatang baru F1 yang lain dari awal dan pada pertengahan musim, kami berharap berada pada pertengahan kelompok.
"Dan selepas tiga hingga lima tahun, kami berharap akan menjadi antara yang terbaik," katanya.
Fernandes berkata pihaknya mahu pemandu Malaysia yang memandu pasukannya tetapi selagi pemandu tempatan belum bersedia, peluang itu tidak akan diberikan kepadanya contohnya seperti Alex Yoong yang tidak begitu membuat impak.
Sebelum ini ada juga ura-ura pemandu GP2, Fairuz Fauzy dan juara Formula BMW Asia, Jazeman Jaafar, sedang dipertimbangkan sebagai pemandu kedua. - Bernama

faisalmik wrote:F1 1Malaysia intai calon pemandu di GP Singapura

Ds Tony take a challange, wlaupun team toyota
dah annaunce untuk 2010 x akn menyertainya...
pluang..ni...
nordin ahmad- Orang Kampung
- Posts : 69
Points : 76
Join date : 10/11/2009
Location : Bandar Jengka.
Re: 1Malaysia Formula 1
koi tau team Toyota pun dah
tarik diri musim depan tak tahan..
mana duit nak sponsor team F1-1MAlaysia
ni koi tak taulah..tapi byk belanja nih
harap berbaloi lah..jangan hangat tahi ayam jer
nanti duit habis..habuk pun tarakkk
tarik diri musim depan tak tahan..
mana duit nak sponsor team F1-1MAlaysia
ni koi tak taulah..tapi byk belanja nih
harap berbaloi lah..jangan hangat tahi ayam jer
nanti duit habis..habuk pun tarakkk
Re: 1Malaysia Formula 1
zulkbo wrote:koi tau team Toyota pun dah
tarik diri musim depan tak tahan..
mana duit nak sponsor team F1-1MAlaysia
ni koi tak taulah..tapi byk belanja nih
harap berbaloi lah..jangan hangat tahi ayam jer
nanti duit habis..habuk pun tarakkk
dah tentu dato ni banyak duit.....
jgan guna duit rak@#@# dah la.....
he.he.he.......
nordin ahmad- Orang Kampung
- Posts : 69
Points : 76
Join date : 10/11/2009
Location : Bandar Jengka.
Re: 1Malaysia Formula 1
nordin ahmad wrote:zulkbo wrote:koi tau team Toyota pun dah
tarik diri musim depan tak tahan..
mana duit nak sponsor team F1-1MAlaysia
ni koi tak taulah..tapi byk belanja nih
harap berbaloi lah..jangan hangat tahi ayam jer
nanti duit habis..habuk pun tarakkk
dah tentu dato ni banyak duit.....
jgan guna duit rak@#@# dah la.....
he.he.he.......
bkn sponsor besor dia nih ..airasia ke...?
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: 1Malaysia Formula 1
faisalmik wrote:taun ni aku sapot team Mercedes GP Petronas...hehe..
aku pun samer ustaz...give me 5 sakli...terlepuk!!!!!!!
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: 1Malaysia Formula 1
J.Milan22 wrote:faisalmik wrote:taun ni aku sapot team Mercedes GP Petronas...hehe..
aku pun samer ustaz...give me 5 sakli...terlepuk!!!!!!!
aik..bukan ke ko sapot tim Honda...hehe...
tak sabo tgk aksi sumaker...
Re: 1Malaysia Formula 1
faisalmik wrote:J.Milan22 wrote:faisalmik wrote:taun ni aku sapot team Mercedes GP Petronas...hehe..
aku pun samer ustaz...give me 5 sakli...terlepuk!!!!!!!
aik..bukan ke ko sapot tim Honda...hehe...
tak sabo tgk aksi sumaker...
samer la tu...team honda>>>jadi GP brown>>>marcedess gp pertonass...
dunia..pusing2 ke situ jugokk....
sumekerrr the great lagend....
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
CNN taja Lotus F1 Racing
LONDON, England - Agensi berita dunia, CNN akan menjadi penaja kepada pasukan Formula Satu (F1) Malaysia, Lotus F1 Racing melalui perjanjian jangka panjang.
Persefahaman itu akan memberikan nama agensi berita itu tertera pada kereta, pemandu dan ahli pasukan Lotus F1 Racing secara keseluruhan.
Prinsipal pasukan, Tony Fernandes berkata, perjanjian itu akan memberikan impak yang positif kepada Lotus F1 Racing dalam pasaran global.
''Keputusan yang diberikan CNN untuk menjadi rakan perniagaan adalah satu berita yang menggembirakan,'' katanya, semalam.
Namun, tiada penjelasan secara lebih lanjut mengenai perjanjian penajaan tersebut.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia F1 Team Sdn.Bhd (1MF1T), Riad Asmat ketika menghubungi Utusan Malaysia dari London berkata, beliau gembira dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh CNN terhadap pasukan itu.
''CNN merupakan sebuah agensi yang amat terkenal dan persetujuan mereka menaja Lotus F1 Racing akan memberi galakan besar buat kami.
''Dari segi pasaran, ia akan melonjakkan nama Lotus F1 Racing dalam pasaran dunia,'' katanya.
Selain itu, beliau mendapati semakin banyak pihak di luar negara mula membuka mata terhadap potensi pasukan itu dan kehadiran CNN sebagai penaja utama dilihat hadir pada masa yang tepat.
''Malah pertanyaan dan minat peminat F1 terhadap keupayaan pasukan Lotus F1 Racing didapati bertambah meningkat semenjak dilancarkan.
Tambahnya, seluruh peminat F1 akan dapat menyaksikan nama CNN pada kereta Lotus F1 Racing di Grand Prix Bahrain, 14 Mac ini.
sumber : Utusan

harap2 pasukan Lotus ni akan dapat mata masa berlumba kat Shanghai nanti
termizi2010- JKK Kampung
- Posts : 155
Points : 164
Join date : 15/04/2010
Age : 40
Location : shah alam/jengka 7
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum