Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

MDL perlu RM20 juta indahkan Lipis

5 posters

Go down

MDL perlu RM20 juta indahkan Lipis Empty MDL perlu RM20 juta indahkan Lipis

Post  along Wed Sep 02, 2009 10:50 am

KUALA LIPIS 1 Sept. - Majlis Daerah Lipis (MDL) memerlukan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi menaik taraf beberapa bangunan bersejarah, memorial dan kawasan rekreasi untuk menarik lebih ramai pelancong mengunjungi daerah ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis, Abu Jimi Samat berkata, Kementerian Pelancongan perlu menyediakan peruntukan tersebut bagi membangun dan membaik pulih memorial, bangunan lama peninggalan British, mini zoo dan monumen bersejarah lain.

Katanya, peruntukan itu perlu diluluskan segera memandangkan Lipis adalah pusat pentadbiran awal kerajaan negeri yang kini menjadi destinasi pelancongan yang semakin dikunjungi pelancong.

''Terdapat 14 bangunan bersejarah termasuk kediaman Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein semasa beliau menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, mini zoo dan hentian kereta api yang menjadi daya tarikan pelancong ke bandar itu.

''Lipis yang suatu ketika dahulu pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Pahang perlu dinaik taraf dan diindahkan kerana ia adalah antara lokasi bersejarah dan perlu didedahkan kepada golongan muda terutama pelajar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurut Abu Jimi, kerajaan tidak akan mengalami kerugian jika menyediakan peruntukan untuk pembangunan pelancongan di daerah Lipis kerana ia mampu menjana pendapatan dalam sektor pelancongan.

''Kehadiran pelancong domestik dan luar negara yang berbelanja semasa tinggal di Lipis akan dapat meningkatkan hasil kerajaan dan menambah pendapatan penduduk setempat," jelasnya.

Kata beliau, peruntukan RM200,000 yang diluluskan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen ketika membuat lawatan kerja sehari ke Lipis baru-baru ini untuk menaik taraf mini zoo tidak mencukupi.

Katanya, MDL memerlukan peruntukan yang lebih besar bagi menjadikan Lipis sebagai destinasi pelancongan menarik dan memberikan kepuasan kepada setiap pelancong yang mengunjungi daerah ini.

Beliau turut memuji langkah MDL mengecat bangunan lama dalam usaha mengindahkan bandar ini serta menjadikannya sebagai tarikan pelancong.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

MDL perlu RM20 juta indahkan Lipis Empty Re: MDL perlu RM20 juta indahkan Lipis

Post  zulkbo Wed Sep 30, 2009 2:34 am

dah ada peruntukan tu
eloklah diguna sebaiknya
projek yang nak di bangunkan
elok di kaji bebaik,jgn sampai
esok jadi "GAJAH PUTEH" jer... Shocked Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

MDL perlu RM20 juta indahkan Lipis Empty Re: MDL perlu RM20 juta indahkan Lipis

Post  cucumatsah Wed Jan 20, 2010 12:59 pm

..elok le tu..bagi lepih ni lawa2 sikit..orang lepih kena keje kuat lagi untuk promote dan melobi orang kuala lumpur..nak harap kerajaan negeri...he..he..belanjawan asyik defisit aje..mcam mana tu.. pirat
cucumatsah
cucumatsah

Posts : 9
Points : 11
Join date : 19/01/2010
Location : border m'sia-thai

Back to top Go down

MDL perlu RM20 juta indahkan Lipis Empty Re: MDL perlu RM20 juta indahkan Lipis

Post  jasnoraizan Wed Jan 20, 2010 1:06 pm

cucumatsah wrote:..elok le tu..bagi lepih ni lawa2 sikit..orang lepih kena keje kuat lagi untuk promote dan melobi orang kuala lumpur..nak harap kerajaan negeri...he..he..belanjawan asyik defisit aje..mcam mana tu.. MDL perlu RM20 juta indahkan Lipis Icon_pirat

harap2 lah kalau2 blh jd KL kedua nanti.....(kuala lipis bertukar menjadi seperti kuala lumpur..) MDL perlu RM20 juta indahkan Lipis Icon_lol
jasnoraizan
jasnoraizan
Timbalan Menteri Besar

Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8

Back to top Go down

MDL perlu RM20 juta indahkan Lipis Empty Re: MDL perlu RM20 juta indahkan Lipis

Post  koy101 Thu Jan 21, 2010 12:51 am

Aku rasa bando lipis nih lagi cantik la dr temerloh, bentong dan raub....
bersih mat kala tgk waktu siang..
indoh bercahaya kala waktu malam....
koy101
koy101
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1084
Points : 1132
Join date : 17/09/2009
Age : 50
Location : Temerloh / Bentong

http://www.kembara.net

Back to top Go down

MDL perlu RM20 juta indahkan Lipis Empty Re: MDL perlu RM20 juta indahkan Lipis

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum