Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Surat berantai boleh menjejaskan aqidah
+2
MD
Yassin
6 posters
:: SEMBANG UMUM :: ISLAMIC TALK
Page 1 of 1
Surat berantai boleh menjejaskan aqidah
Kita sering menerima email atau surat berantai yang menyuruh penerima berbuat baik seperti berselawat, bersembahyang, menunaikan zakat dan haji serta sentiasa bertaubat.
Surat itu turut menceritakan mimpi Syeikh Ahmad Maeini (yang didakwa penjaga Makam Nabi Muhammad saw) kononnya beliau bermimpi didatangi Rasulullah yang berkata antara 60,000 orang yang mati, tiada satu pun yang beriman dan bermacam lagi.
Kita disuruh mencetak 20 salinan dan dihantarkan kepada 20 orang. Dalam surat itu juga menceritakan ‘kebaikan’ yang diterima bagi orang yang mencetak dan menghantarnya seperti keuntungan dalam perniagaan, dinaikkan pangkat atau menerima anugerah.
Sebaliknya orang yang tidak mengendahkannya akan ditimpa malang dan mala petaka.
Pagi tadi saya sempat mendengar takzikrah ustad tu dia cakap ini kerje org-org jahil yang amat rendah pengetahuan hal agamanya serta amat cetek permikirannya.
Jangan turut serta sebarkan dengan niat mengelak bencana yang bakal menimpa (jika engkar menyebarkannya melalui surat atau SMS) kerana ia mungkin menggugat akidah kita.
Jelasnya kita dilarang sama sekali utk mempercayai apa tahlagi utk sama menyebarkan perkara tersebut dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita katanya .
wallahuaalam.

Re: Surat berantai boleh menjejaskan aqidah
memang betul...sejak dari dulu dah ada bende gini....
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Surat berantai boleh menjejaskan aqidah
kalau dah pelik tu jangan la ngikut
dalam email keh pun byk la kengkawan forward
macam-macam..
terserah pada kita lah..guna lojik akal
yang baik semua dari Allah
yang tak baik tu diri kita...
dalam email keh pun byk la kengkawan forward
macam-macam..
terserah pada kita lah..guna lojik akal
yang baik semua dari Allah
yang tak baik tu diri kita...
Re: Surat berantai boleh menjejaskan aqidah
Yang tukang bagi tu tak pelik dah mmg dia kurenggg sikit.... tapi kawan bimbang yang menerima tu lagi bertamboh2 kurengggnya...baru maruuuu tepuk dada tanya iman, ada baiknya sesuatu perkara itu tidak diterima bulat2. sudahnya tergolek...
Re: Surat berantai boleh menjejaskan aqidah
betul sgt la tu....yg baik nye kalo kite bertanye kpd yg lebih arif....jgn main ikut jer sebab kdg2 kesahihan nye blm tentu 100%
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: Surat berantai boleh menjejaskan aqidah
lepat_ubi wrote:betul sgt la tu....yg baik nye kalo kite bertanye kpd yg lebih arif....jgn main ikut jer sebab kdg2 kesahihan nye blm tentu 100%
Hari tu kas tengok aok terima juga, nampok gelaboh dah...hehehehe
Re: Surat berantai boleh menjejaskan aqidah
Yassin wrote:lepat_ubi wrote:betul sgt la tu....yg baik nye kalo kite bertanye kpd yg lebih arif....jgn main ikut jer sebab kdg2 kesahihan nye blm tentu 100%
Hari tu kas tengok aok terima juga, nampok gelaboh dah...hehehehe
what???????
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Re: Surat berantai boleh menjejaskan aqidah
lepat_ubi wrote:Yassin wrote:lepat_ubi wrote:betul sgt la tu....yg baik nye kalo kite bertanye kpd yg lebih arif....jgn main ikut jer sebab kdg2 kesahihan nye blm tentu 100%
Hari tu kas tengok aok terima juga, nampok gelaboh dah...hehehehe
what???????
poh...nyer kotor terus lepat neh.....
Re: Surat berantai boleh menjejaskan aqidah
Aku slalu dpt benda gini... surat laa... email laa.. dan skrg nih dah ada sms lak...
Dah aku ni setan, mmg aku xlayan la benda gini.....
Dah aku ni setan, mmg aku xlayan la benda gini.....
Re: Surat berantai boleh menjejaskan aqidah
bg menguatkan hujah abe yassin,ini adalah jawapan kpd persoalan berikut:
p/s - Ulasan dri pakar,sy hanya tolg sampaikan..
Kita sentiasa menerima surat tanpa nama pengirim dari semasa ke semasa. Surat ini juga ditabur di masjid dan tempat awam kononnya untuk menunaikan tanggungjawab menyebarkannya sebagaimana ‘wasiat’di dalam surat tersebut. Amat malang,kerana dalam dunia yang maju masih ramai yang jahil tentang perkara seremeh ini (tetapi mempunyai kesan yang amat besar kepada akidah). Tidak dinafikan,naluri manusia mempunyai kelemahan dan akan mengalir pada dirinya suatu anggapan sial kerana sesuatu perkara.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Ada tiga perkara yang sukar untuk dielakkan iaitu, “Bersangka buruk, tathayyur (sial menyial) dan hasad. Oleh itu,jika kamu bersangka buruk jangan kamu percaya dan laksanakannya , dan jika berasa sial jangan kamu berhenti (daripada melakukan kerja yang dilakukan kerana terpengaruh) dan jika kamu hasad, jangan lanjutkan.”-Riwayat Tabarani
Jika ketiga-tiga perbuatan ini wujud,sebagai perasaan semata-mata yang tidak dipengaruhi oleh sikap dan perbuatan,ia dimaafkan oleh ALLAH. Diriwayatkan pula daripada Ibnu Mas’ud Rasulullah s.a.w bersabda, “Tathayyur adalah syirik.”. Dan Ibnu Mas’ud berkata, “Setiap orang akan ada perasaan ‘sial’,dan sebagainya tetapi ALLAH akan menghilangkannya jika anda bertawakal.” – Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi
Apa yang dimaksudkan oleh Ibnu Mas’ud itu ialah, setiap manusia mempunyai perasaan seperti itu, tetapi ia akan lenyap jika sentiasa bertawakal dan tidak membiarkan perasaannya itu ada di dalam hatinya.
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat berantai ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974-1975 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunanArab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya ialah Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas pada usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah s.a.w di Madinah antara tahun 1967-1979, tidak ada penjaga makam bernama Syeikh Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Manakala penjaga makam di Madinah ialah Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881- m1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932- m1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967- m1979).
Hal ini pernah berlaku pada bekas Menteri Besar Perak iaitu Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi apabila disuruh bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadat di hadapan kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada 20 orang kawannya. Peristiwa ini berlaku sebelum beliau meninggal dunia . Bekas kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang syahadahnya akan gugur (murtad) kerana perkara tersebut.
Setelah itu, Allahyarham Datuk Shafawi iaitu bekas Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa, “Barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini telah melakukan syirik dan tidak mustahil akan murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telah pun dikirimkan risalah ini.”
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-Raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, “Menyebarkan surat ini termasuk dalam menyekutukan ALLAH S.W.T dengan syirik yang besar (shirki-kubra) juga mempermainkan Rasulullah s.a.w. Tambahan pula, ia disebarkan dengan niat yang tidak baik dan mengelirukan umat Islam. Selain itu surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ajaran baginda kerana menggambarkan syeikh Ahmad sebagai perawi hadis sesudah kewafatan baginda.”
Demikian juga apabila Allahyarham Datuk Sheikhul Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8 mengatakan, “Surat ini sekurang-kurangnya akan menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja. Maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan bersungguh-sungguh. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain,maka dia dianggap mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Ulama juga berpendapat ia perbuatan syirik dan boleh mengakibatkan murtad.
p/s: Sumber diambil daripada buku ‘MUTIARA AKIDAH & IBADAT ’ oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman halaman 115-118.

strikerbuncit- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Posts : 1885
Points : 2077
Join date : 29/04/2009
Location : [PCC023] - Putrajaya / Old Trafford
Similar topics
» Surat Sayang Dari Allah
» Surat daripada Peminat Pasukan Malaysia
» Keadaan Terkini Surat Beranak Anda ?
» Pelesit rempit boleh dibuang
» Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT
» Surat daripada Peminat Pasukan Malaysia
» Keadaan Terkini Surat Beranak Anda ?
» Pelesit rempit boleh dibuang
» Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT
:: SEMBANG UMUM :: ISLAMIC TALK
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum