Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA

Go down

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA Empty AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA

Post  zulkbo Fri Jul 24, 2009 8:35 pm

Azan Sekali Dalam Sembahyang Berturut



Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa azan dan iqamah itu sunat dilaungkan ketika hendak menunaikan sembahyang fardhu lima waktu, sama ada secara berjemaah ataupun bersendirian.

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA Selimi10



Adapun yang dimaksudkan dengan sembahyang berturut itu ialah, sembahyang fardhu yang dilakukan berturut-turut seperti mendirikan sembahyang qadha yang banyak, sembahyang jama‘,sembahyang qadha berserta sembahyang tunai yang telah pun masuk waktunya.



Dalam hal sembahyang berturut-turut ini, disunatkan azan sekali sahaja pada permulaan sembahyang, itu pun jika tidak lama jarak masa antara satu sembahyang dengan sembahyang yang lain. Jika lama jarak masa antara satu sembahyang dengan sembahyang yang lain dalam makna tidak berturut-turut, maka disunatkanlah azan pada setiap kali sembahyang itu. Sementara iqamah pula disunatkan juga pada setiap kali mendirikan sembahyang berturut-turut itu.



Jika didirikan sembahyang qadha berserta sembahyang tunai secara berturut-turut, sedangkan dia melaungkan azan sesudah masuk waktu sembahyang tunai, maka memadailah azan yang dilaungkannya di permulaan sembahyang itu, sama ada dia memulakan sembahyang tunai, kemudian baharulah sembahyang qadha ataupun sebaliknya. Akan tetapi jika dilaungkannya azan itu sebelum masuk waktu sembahyang tunai, maka sunat baginya azan sekali lagi untuk sembahyang tunai tersebut. (I‘anah ath-Thalibin: 1/374)
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA Empty Re: AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA

Post  zulkbo Fri Jul 24, 2009 8:36 pm

Dalil bagi disyariatkan azan pada permulaan sembahyang berturut dan iqamah pada setiap sembahyang yang didirikan ialah hadis daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud katanya:



إِنَّ الْمُشْرِكِينَ شَغَلُوا النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَرْبَعِ صَلَوَاتٍ يَوْمَ الْخَنْدَقِ فَأَمَرَ بِلالاً فَأَذَّنَ ثُمَّ أَقَامَ فَصَلَّى الظُّهْرَ، ثُمَّ أَقَامَ فَصَلَّى الْعَصْرَ، ثُمَّ أَقَامَ فَصَلَّى الْمَغْرِبَ، ثُمَّ أَقَامَ فَصَلَّى الْعِشَاءَ

(رواه الترمذى والنسائى)



Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang Musyrik telah melalaikan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada mendirikan empat sembahyang fardhu di hari peperangan khandaq. Maka Baginda memerintahkan Bilal untuk azan, lalu dia pun azan. Kemudian iqamah lalu mendirikan sembahyang zohor, kemuidan iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang ‘asar, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang maghrib, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang ‘isya’ .”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasa`ie)
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA Empty Re: AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA

Post  zulkbo Fri Jul 24, 2009 8:38 pm

Hadis daripada Jabir bin ‘Abdullah katanya:



دَفَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى انْتَهَى إِلَى الْمُزْدَلِفَةِ فَصَلَّى بِهَا الْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ بِأَذَانٍ وَإِقَامَتَيْنِ وَلَمْ يُصَلِّ بَيْنَهُمَا شَيْئًا

(رواه النسائى)



Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah memulakan perjalanannya sehingga sampai ke Muzdalifah. Maka di tempat itu, Baginda menjama‘ sembahyang maghrib dan ‘isya’ dengan sekali azan dan dua kali iqamah, dan Baginda tidak mendirikan sembahyang apapun antara keduanya.”

(Hadis riwayat an-Nasa’ie)
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA Empty Re: AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA

Post  zulkbo Fri Jul 24, 2009 8:42 pm

Azan Atau Iqamah Pada Sembahyang Dikesempitan Waktu



Pada setiap kali sembahyang fardhu yang hendak didirikan sunat dilaungkan azan dan iqamah sebelum mendirikan sembahyang tersebut. Akan tetapi apabila seseorang ingin membataskan antara iqamah atau azan sama ada disebabkan kesempitan waktu atau sebagainya, adalah lebih afdhal dia melakukan azan daripada iqamah. (I‘anah ath-Thalibin: 1/ 372)



Sembahyang Yang Tidak Disunatkan Azan Dan Iqamah



Sembahyang jemaah yang tidak disunatkan azan dan iqamah, seperti sembahyang hari raya, tarawikh, witir pada bulan Ramadhan sahaja, gerhana bulan atau gerhana matahari dan sembahyang meminta hujan, sunat diseru dengan bacaan:

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA Jawi2410


“Marilah sembahyang jemaah”,
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA Empty Re: AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA

Post  zulkbo Fri Jul 24, 2009 8:43 pm

Jika sembahyang sunat yang disunatkan berjemaah itu tidak dikerjakan secara berjemaah, maka tidak disunatkan menyeru dengan seruan yang sedemikian. Ini termasuklah juga sembahyang sunat yang memang tidak disunatkan berjemaah. (Fath al-‘Allam: 2/126)
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA Empty Re: AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA

Post  zulkbo Fri Jul 24, 2009 8:45 pm

Tiada Seruan Bagi Sembahyang Jenazah



Menurut Ibnu Hajar, bahawa sembahyang jenazah itu tidak disunatkan padanya seruan untuk memanggil jemaah, kerana pada kebiasaannya orang telah pun hadir.



Dalam hal ini dapatlah difahamkan daripada ungkapan “pada kebiasaannya orang telah pun hadir”, jika tidak ada seorang pun bersamanya untuk mengerjakan sembahyang jenazah ataupun berkehendak untuk meramaikan lagi jemaah daripada itu, maka sunatlah seruan tersebut dilakukan bagi kemashlahatan si mati.



Ada juga pendapat yang lain, bahawa seruan itu sunat dilakukan juga walaupun telah ramai jemaah yang hadir, tetapi mereka tidak mengetahui bila waktu imam hendak mengerjakan sembahyang jenazah.



Sementara ada pendapat yang lain bahawa sembahyang jenazah itu tidak disunatkan padanya seruan melainkan ada hajat. Maka serulah seperti:

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA Jawi3010


“Marilah sembahyang ke atas mayat yang hadir daripada orang-orang mati yang Islam.” (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj:1/462)
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA Empty Re: AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA

Post  zulkbo Fri Jul 24, 2009 8:47 pm

Azan Dan Iqamah Selain Untuk Sembahyang Fardhu



Selain untuk menunaikan sembahyang fardhu, azan itu juga disunatkan pada waktu-waktu tertentu seperti:



i. Azan Untuk Orang Marah, Buruk Perangai Dan Resah Gelisah



Sunat mengazankan ke telinga orang yang sedang marah, orang yang buruk sifatnya sama ada daripada manusia atau binatang dan orang yang resah, kerana azan itu boleh menghilangkan keresahan itu. Apabila tidak hilang juga keresahan tersebut, maka ulangilah ia berkali-kali.



ii. Azan Untuk Orang Yang “Kerasukan”



Menurut as-Syanwani, daripada apa yang telah dicuba bagi membakar jin adalah dengan mengazankan di telinga orang kerasukan sebanyak tujuh kali, dibaca surah al-Fatihah tujuh kali, surah al-Falaq, surah an-Nas, ayat al-Kursiy, surah ath-Thariq, di akhir surah al-Hasyr bermula daripada ayat 21 sehingga 24 dan dibaca surah ash-Shafat bermula daripada ayat 177 sehingga 186. Menurutnya lagi, jika dibaca ayat al-Kursiy sebanyak tujuh kali di atas air kemudian dipercikan ke muka orang yang diganggu jin, maka ianya boleh menyembuhkannya.



iii. Azan Apabila Kebakaran Dan Taghawwul al-ghilan



Disunatkan juga azan ketika menghadapi kebakaran dan ketika taqhawwul al-qhilan (menyerupai jin dan syaitan dengan bermacam-macam rupa).



iv. Azan Dan Iqamah Untuk Kanak-Kanak Baru Lahir



Sunat juga melaungkan azan dan iqamah ke atas anak damit yang baru lahir, iaitu azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kirinya, kerana dengan azan dan iqamah itu, anak damit itu tidak akan diganggu oleh ummu ash-shibyan (daripada jin).



v. Azan Dan Iqamah Untuk Orang Yang Hendak Musafir



Demikian juga disunatkan azan dan iqamah ketika orang yang hendak musafir. Akan tetapi jika musafir maksiat, maka tidak disunatkan azan dan iqamah.



Tidak disunatkan azan ketika menurunkan mayat ke kubur. Menurut Ibnu Hajar, jika bertepatan waktu menurunkan mayat ke kubur dengan waktu azan sembahyang dikumandangkan, nescaya akan ringanlah soalan kubur ke atas mayat tersebut. (I‘anah ath-Thalibin: 1/370)
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA Empty Re: AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA

Post  zulkbo Fri Jul 24, 2009 8:49 pm

Mendahulukan Doa Wudhu Dari Doa Azan



Menurut fatwa al-Balqini, sesiapa yang selesai berwudhu sedangkan azan yang dilaungkan itu pun selesai serentak, maka hendaklah dia membaca terlebih dahulu doa wudhu kerana ianya suatu ibadat. Kemudian baharulah membaca doa azan. Menurutnya lagi, adalah lebih baik dibaca terlebih dahulu dua syahadah wudhu, iaitu:


AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA Jawi3110


Ertinya: “Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, TunggalNya dan tidak ada yang menyekutuiNya dan saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu adalah hamba dan RasulNya.”
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA Empty Re: AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA

Post  zulkbo Fri Jul 24, 2009 8:51 pm

Kemudian diikuti dengan doa azan kerana di dalam doa azan itu terkandung doa ke atas Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu “al-wasilah”. Selepas itu, baharulah dibaca doa bagi diri sendiri iaitu doa yang terkandung di dalam doa selepas wudhu:


AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA Jawi3210


Ertinya: “Ya Allah, jadikanlah aku daripada kalangan orang-orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku daripada kalangan orang-orang yang suci dan jadikanlah aku daripada kalangan hamba-hambaMu yang saleh.” (I‘anah ath-Thalibin: 1/389)
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA Empty Re: AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA

Post  zulkbo Fri Jul 24, 2009 8:55 pm

Kesimpulan



Azan itu syiar umat Islam dilaungkan untuk mengingati sembahyang sekaligus menunaikan secara berjemaah tanda umat Islam bersatu padu. Untuk sembahyang bersendirian ia merupakan sebagai zikir.

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA Aw96a_10

Di samping banyaknya ganjaran dan fadhilat dalam azan dan iqamah itu, azan berfungsi juga untuk mengubati orang yang “kerasukan”, resah gelisah, menghindarkan daripada kejahatan jin, meredakan orang marah, dan mengelokkan buruk perangai, hatta berguna untuk orang hendak belayar. Azan dan iqamah ke atas anak damit yang baru lahir sudah pun dimaklumi oleh umum.
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA Empty Re: AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA

Post  zulkbo Fri Jul 24, 2009 8:55 pm

Selamat beramal Very Happy Very Happy Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA Empty Re: AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum