Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Promosi Warisan Kota Gelanggi dalam kalendar pelancongan

5 posters

Go down

Promosi Warisan Kota Gelanggi dalam kalendar pelancongan Empty Promosi Warisan Kota Gelanggi dalam kalendar pelancongan

Post  along Tue Jul 21, 2009 4:31 pm

JERANTUT 15 Jun - Tourism Malaysia disarankan supaya memasukkan Warisan Kota Gelanggi (WKG) dekat sini dalam pakej pelancongan bertaraf antarabangsa semasa membuat promosi di luar negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Shukri Ismail berkata, monumen yang terdapat di WKG merupakan satu lagi warisan sejarah yang berpotensi dan mampu menarik kehadiran pelancong luar negara.

Katanya, usaha untuk mempromosikan WKG menjadi mudah kerana ia terletak berhampiran laluan ke Taman Negara.

''Saya percaya WKG boleh menjadi destinasi pelancongan terkenal diperingkat antarabangsa kerana ia memaparkan sejarah awal kehidupan manusia di negara ini yang tinggal di beberapa buah gua yang terdapat di Kota Gelanggi,'' kata Dr. Shukri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan Larian Lasak Warisan Kota Gelanggi dekat sini semalam.

Seramai 500 peserta mengambil bahagian dalam larian itu bagi kategori wanita terbuka, lelaki terbuka, lelaki remaja dan lelaki veteran sejauh 8 kilometer merentasi laluan hutan dan denai Gua Kota Gelanggi.

Selain itu terdapat juga pertandingan melukis yang membabitkan kanak-kanak peringkat tabika, pelajar tahun satu dan tahun dua.

Sehubungan itu beliau meminta Felda Residence Tekam (FRT) yang bertanggungjawab menguruskan WKG berusaha lebih gigih dan bekerjasama dengan agensi pelancongan kerajaan dan juga swasta bagi mempromosikan WKG di peringkat antarabangsa.

Tambahnya, agensi pelancongan di negara ini boleh memasukkan WKG yang merangkumi kawasan seluas 90 hektar dalam pakej pelancongan Taman Negara yang sudah terkenal di seluruh dunia.

Katanya, WKG yang kini semakin popular di kalangan pelancong Singapura perlu dinaik taraf dengan menyediakan pelbagai prasarana termasuk bekalan elektrik 24 jam.

Katanya, selain faktor sejarah, keindahan alam semula jadi yang kaya dengan flora dan fauna juga menjadi aset bagi memikat kehadiran pelancong asing mengunjungi tempat tersebut.

''Saya berharap Felda Residence Tekam dapat menjadikan larian lasak Gua Kota Gelanggi sebagai acara tahunan ataupun dwitahunan peringkat kebangsaan dan seterusnya sehingga ke peringkat antarabangsa.

''Selain kehidupan prasejarah manusia yang mendiami gua-gua Kota Gelanggi, makam pahlawan Mat Kilau yang terdapat di Pulau Tawar menunjukkan kawasan WKG menjadi tempat pertemuan pahlawan-pahlawan Melayu Pahang merancang dan mengatur strategi menentang penjajahan Inggeris di negara ini,'' kata beliau.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Promosi Warisan Kota Gelanggi dalam kalendar pelancongan Empty Re: Promosi Warisan Kota Gelanggi dalam kalendar pelancongan

Post  J.Milan22 Tue Jul 21, 2009 5:28 pm

cammon kota gelanggi... cheers king sunny
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

Promosi Warisan Kota Gelanggi dalam kalendar pelancongan Empty Re: Promosi Warisan Kota Gelanggi dalam kalendar pelancongan

Post  Awangmaseru Fri Dec 18, 2009 2:18 pm

J.Milan22 wrote:cammon kota gelanggi... cheers king sunny

Pihak bertanggungjawap mesti bersungguh menyediakan prasarana yang baik serta promosi yang berterusan . Kawan rasa bila tanggungjawap untuk dipikul oleh FRT , kemajuan GKG agak lambat sebab FRT tentu lebih menumpukan perhatian kepada Tekam Resort.

Awangmaseru
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 252
Points : 294
Join date : 30/11/2009
Age : 62
Location : ulu cheka/jerantut

http://www.mohlaweh.multiply.com

Back to top Go down

Promosi Warisan Kota Gelanggi dalam kalendar pelancongan Empty Re: Promosi Warisan Kota Gelanggi dalam kalendar pelancongan

Post  MD Mon Nov 15, 2010 12:11 pm

Berpuloh tahun dah tak pergi Gunung Kota Gelanggi nih...
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Promosi Warisan Kota Gelanggi dalam kalendar pelancongan Empty Re: Promosi Warisan Kota Gelanggi dalam kalendar pelancongan

Post  MD Mon Mar 28, 2011 12:08 pm

Melalui info daripada Berita Wilayah RTM TV1 jam 6.00ptg 27/3/2011 :
Gua Kota Gelanggi juga menjadi lokasi penggambaran filem terkenal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Ahmad Albab....
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Promosi Warisan Kota Gelanggi dalam kalendar pelancongan Empty saya tidak bersetuju Kota Gua Gelanggi sbg tmpat pelancongan

Post  tok mude Mon Mar 28, 2011 10:36 pm

Tempat ini tempat bersih..hanya tempat ini benar2 bersih dripda sgala maksiat.. Crying or Very sad jangan dicemari nanti memakan diri...biar diri dicaci dimaki janji tempat ini jangan dikotori(oleh maksiat dan berbagai kerosakan) sekali lagi saya merayu jangan dijadi tmpat untuk dikotori.....

tok mude

Posts : 1
Points : 1
Join date : 23/03/2011

Back to top Go down

Promosi Warisan Kota Gelanggi dalam kalendar pelancongan Empty Re: Promosi Warisan Kota Gelanggi dalam kalendar pelancongan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum