Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Mana hab halal Pahang?
2 posters
Page 1 of 1
Mana hab halal Pahang?
KUANTAN 20 Julai - Selepas lapan tahun berlalu, projek hab halal di Taman Teknologi Pahang di Gambang masih belum menjadi kenyataan.
Kegagalan itu didedahkan sendiri oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang kecewa dengan perkembangan projek hab halal yang belum menampakkan tanda- tanda kemajuan selepas dirancang pada 2001.
Tegas Adnan, sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan projek tersebut dianggap gagal melaksanakannya di kawasan seluas 45 hektar di Gambang berikutan menghadapi pelbagai masalah.
Kerajaan negeri, jelas beliau, sebelum ini banyak membantu syarikat terbabit termasuk dalam menyelesaikan masalah pinjaman dan membina infrastruktur di kawasan perindustrian berkenaan bagi membolehkan projek hub halal itu menjadi kenyataan.
''Namun, kerajaan negeri tidak dapat berbuat apa-apa kerana tapak bagi projek itu adalah milik syarikat terbabit. Syarikat itu ada tapak dan kita minta mereka bangunkan.
''Syarikat itu juga menghadapi masalah dengan bank dan minta kerajaan negeri selesaikan selain mahu kita membina jalan raya masuk ke tapak projek tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pembangunan Industri Halal Nasional peringkat negeri di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.
Adnan menjelaskan, kegagalan syarikat tersebut melaksanakan projek tersebut menjejaskan imej kerajaan negeri.
Bagaimanapun beliau memberitahu, kerajaan negeri akan tetap melaksanakan projek hab halal itu menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) di kawasan seluas 40 hektar di Taman Teknologi Pahang di Gambang.
Sementara itu, Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Datuk Lias Mohd. Noor berkata, pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat bagi melaksanakan projek hab halal di Gambang.
Menurut beliau, pihaknya sedang membina sebuah kompleks bagi membolehkan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) melibatkan diri dalam memasarkan produk masing-masing di kawasan itu.
''Kompleks itu kini 45 peratus pembinaannya yang dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun depan sebelum beroperasi," katanya.
Lias berkata, pihaknya kini sedang mencari sebuah syarikat besar untuk menjadi induk kepada vendor-vendor yang beroperasi dalam projek hab halal tersebut.
Beliau menambah, projek hab halal itu merupakan sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Re: Mana hab halal Pahang?
kat sini tak boleh nak cerita banyak bab politik,tapi itulah kesan politiking parti memerintah...sekarang nak tuding jari la pulak MB Pahang kita ni
Similar topics
» MACam2 gamboo AdeR..
» Bah Kut Teh HALAL...??
» Halal separuh 50%
» Perniagaan Internet Halal
» Seks yang halal dan kesihatan
» Bah Kut Teh HALAL...??
» Halal separuh 50%
» Perniagaan Internet Halal
» Seks yang halal dan kesihatan
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum