Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Belajar Fekah-Sebahagian Kaedahnya..
4 posters
:: SEMBANG UMUM :: ISLAMIC TALK
Page 1 of 1
Belajar Fekah-Sebahagian Kaedahnya..
مَا لَا يَتِمُّ الْوَاجِبُ إلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ
Sesuatu yang tidak sempurna melakukan perkara yang wajib tanpa melakukannya, maka melakukannya adalah wajib.
Contohnya ketika berwudhu` membasuh muka adalah wajib. Tidak sempurna membasuh muka kecuali melangkau sempadan muka. Maka membasuh sedikit dari kepala,telinga,leher dan dibawah dagu adalah wajib.
Contoh lain
Menutup didalam solat adalah wajib, bagi lelaki antara pusat dan lutut.
Tidak sempurna menutut `aurat kecuali dengan menutup sebahagian pusat dan lutut
maka menutup pusat atau sebahagiannya dan menutup lutut atau sebahagiannya adalah wajib.
الْخُرُوجِ مِنْ الْخِلَافِ مُسْتَحَبٌّ
Keluar dari khilaf ialah sunat
Contohnya:
Solat qosar (2 rakaat bagi zuhr,`asr dan `isyaa`) apabila jarak musafir cukup 2 marhalah adalah lebih afdhal daripada solat tamam (4 rakaat)
Apabila kita musafir diharuskan kita solat qosar
Solat zuhur boleh dilakukan 2 rakaat sahaja.
Namun apabila jarak safar kita menjangkau atau melebihi 2 marhalah, maka sunat kita melakukan qosar bagi solat 4 rakaat (Zuhr,`asr dan `isyaa`)
Ini disebabkan kita meraikan mazhab Hanafi yang mewajibkan solat qosar apabila cukup 3 marhalah
Dalam mazhab Hanafi orang yang musafir 3 marhalah tidak sah solat tamam (4 rakaat)
الْمَيْسُورَ لَا يَسْقُطُ بِالْمَعْسُورِ
Perkara yang mudah tidak gugur dengan sebab perkara yang payah
Contohnya: Tidak wajib membuka pembalut untuk meratakan (menyempurnakan) basuh tangan ketika berwudhu`jika ia menyukarkan. Oleh sebab itu wajib tayammum untuk menampung wudhu` yang tidak sempurna kerana bahagian yang tidak terbuka itu tidak boleh dibasuh.
Namun membasuh bahagian yang tidak terbalut adalah wajib.
Tidak bermakna apabila telah bertayammun tidak perlu berwudhu` lagi, atau tidak perlu membasuh tangan lagi (bahagian yang tidak dibalut), kerana perkara itu mudah dilakukan, maka ia tetap wajib
الْأَصْلَ الْعَدَمُ
Asal setiap sesuatu adalah tiada.
Contoh: Seseorang yang selesai mandi dan memakai baju untukl kemasjid, tiba-tiba dia berfikir"Adakah aku telah berwudhu` semasa dalam bilik air tadi?"
Jawabnya dia dikira masih dalam hadas dan belum berwudhu`
Contoh ke 2
Seseorang yang telah melakukan solat maghrib pada jam 7.30 malam dengan wudhu` yang jelas, apabila telah masuk waktu isya` dia terfikir"Adakah aku telah berhadas?"
Jawabnya tidak, dan didihukumkan masih dalam keadaan suci
alasannya

Last edited by zulkbo on Sat Aug 01, 2009 11:57 pm; edited 2 times in total
Re: Belajar Fekah-Sebahagian Kaedahnya..
bagus zulkboo...
klu boleh bagi detail lagi hok tentang solat qosar ngan jamak tu...
sebab kwn pun tau sikit2 jer..hok detail lagi klu boleh..
contoh nyer cam niat die,dalam bahasa rumi ngan jawi...
mane tau dapat info yg lagi baek kan..
maklumla salalu gok berjalan lebih 3 marhalah ni...
3 marhalah tu dalam baper KM ek...luper la plok kwn...

J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: Belajar Fekah-Sebahagian Kaedahnya..
J.Milan22 wrote:bagus zulkboo...
klu boleh bagi detail lagi hok tentang solat qosar ngan jamak tu...
sebab kwn pun tau sikit2 jer..hok detail lagi klu boleh..
contoh nyer cam niat die,dalam bahasa rumi ngan jawi...
mane tau dapat info yg lagi baek kan..
maklumla salalu gok berjalan lebih 3 marhalah ni...
3 marhalah tu dalam baper KM ek...luper la plok kwn...
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
iiv.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
2.0.Solat Jama’
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
Posted by KarQoon in Wajib Tahu.
trackback
Last edited by zulkbo on Sun Aug 02, 2009 12:00 am; edited 2 times in total
Re: Belajar Fekah-Sebahagian Kaedahnya..
3 marhalah hanya bagi mazhab hanafi,kita syafie hanya 2 marhalah lebih kurang dalam 90km
Re: Belajar Fekah-Sebahagian Kaedahnya..
Apapun hanafi atau syafie kita tetap ahli sunnah waljamaah..mana-mana pun boleh ikut
Re: Belajar Fekah-Sebahagian Kaedahnya..
time kasih la abe joe...byk bg info ttg solat jamak..amat pntg bg koi yg di perantauan ni..
labu sayong- Tok Empat
- Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4
Re: Belajar Fekah-Sebahagian Kaedahnya..
labu sayong wrote:time kasih la abe joe...byk bg info ttg solat jamak..amat pntg bg koi yg di perantauan ni..
Sama-sama cikgu
Similar topics
» Salam Perkenalan Ahli Baru- Vol 2
» Foto | Komen, Kritik & Belajar
» Kelas - Mari Belajar Bahasa Arab
» Orang Lelaki ramai sakit, isteri pula kena belajar mengurut...
» Foto | Komen, Kritik & Belajar
» Kelas - Mari Belajar Bahasa Arab
» Orang Lelaki ramai sakit, isteri pula kena belajar mengurut...
:: SEMBANG UMUM :: ISLAMIC TALK
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum