Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Man U Vs PIlihan Malaysia
5 posters
Page 1 of 2
Page 1 of 2 • 1, 2
Man U Vs PIlihan Malaysia
Malaysia berlatih 10 hari hadapi United
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
wanfakhrul@kosmo.com.my
--------------------------------------------------------------------------------
SKUAD bola sepak negara 'hebat'.
Mereka tidak perlu mengambil masa yang lama untuk berlatih sebagai persiapan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Manchester United pada 18 Julai ini.
Nampaknya, 10 hari sudah memadai walaupun lawan mereka kelak adalah kelab gergasi dunia.
Adakah latihan singkat itu memberi gambaran bahawa skuad negara memiliki kekuatan untuk bersaing menentang United atau memang sudah menjangkakan kekalahan?
Tidak banyak yang boleh dipelajari dalam masa yang singkat itu kecuali berkumpul untuk latihan kecergasan.
Untuk tujuan itu, jurulatih, K. Rajagobal akan memanggil 26 orang pemain untuk menyertai kem latihan tersebut yang dijadualkan bermula Rabu depan.
Sebelum aksi menentang United, skuad bimbingan Rajagobal juga akan diuji dalam dua perlawanan persahabatan menentang dua pasukan yang akan ditetapkan dalam masa terdekat.
"Dalam sehari dua ini kita akan dapat pengesahan daripada negara-negara yang kita jemput itu. Dua perlawanan ini memang diperlukan sebelum kita berdepan United," kata- nya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Rajagobal menambah, pemilihan pemain untuk menyertai latihan 10 hari itu dibuat berdasarkan prestasi semasa yang dipamerkan semua pemain negara dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana ketika ini.
RAJAGOBAL (kiri) tidak dapat membuat persiapan rapi bagi menghadapi United di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 18 Julai ini.
--------------------------------------------------------------------------------
"Saya belum buat senarai akhir lagi. Mungkin saya akan senaraikan 26 pemain termasuk pemain-pemain senior dan juga pemain skuad bawah 23 tahun kebangsaan.
"Tetapi saya masih mahu menilai aksi mereka dalam dua perlawanan Liga Super iaitu malam ini (semalam) dan Sabtu ini serta aksi Liga Perdana pada Jumaat ini sebelum membuat senarai akhir," ujarnya.
Rajagobal sekali lagi mengulangi kenyataan supaya peminat-peminat bola sepak tidak terlalu meletakkan harapan menggunung kepada skuad kebangsaan ketika berdepan United nanti.
"Sudah beberapa kali saya beritahu, tiada seorang pun pemain kita yang beraksi dalam liga di luar negara. Sudah pasti tahap kita dengan United begitu jauh.
"Tetapi saya tetap akan cuba memastikan pemain saya tampil dengan kesungguhan dan persembahan menarik ketika bertemu United nanti," jelasnya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu, salah sebuah pasukan yang akan menguji skuad kebangsaan sebelum bertemu United ialah skuad kebangsaan Liberia yang menduduki ranking ke-136 dunia.
"Kita ada jemput Liberia untuk perlawanan di sini (Kuala Lumpur). Tetapi kita masih menunggu pengesahan rasmi daripada mereka," kata Azzuddin ketika dihubungi semalam.
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: Man U Vs PIlihan Malaysia
Peluang bersemuka pemain MU
MENJELANG Jelajah Manchester United ke Asia di Kuala Lumpur, Nike Malaysia buat pertama kalinya akan menganjurkan Cabaran Nike 5 yang memberi peluang kepada peme- nangnya bertentang mata dengan pemain kelab tersebut.
Kejohanan itu akan berlangsung pada 16 dan 17 Julai ini di kawasan letak kereta terbuka di KLCC.
Setiap pasukan akan bermain setiap perlawanan selama lima minit dan perlu menang seberapa banyak perlawanan dalam tempoh dua jam untuk layak ke pusingan kedua yang akan berlangsung pada 17 Julai.
Peraturannya mudah iaitu setiap pasukan yang menang akan kekal di atas gelanggang untuk menunggu lawan yang lain.
Jika seri, kedua-dua pasukan akan keluar dan perlu menanti perlawanan seterusnya.
Pada hari kedua, 16 pasukan terbaik akan bersaing mencari jumlah kemenangan paling banyak untuk mara ke suku akhir yang akan dijalankan mengikut peraturan kalah mati.
Kalah mati bermaksud, pasukan yang menjaringkan gol terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang dan layak ke separuh akhir.
Jika tiada gol selepas lima minit, penentuan sepakan penalti dengan menggunakan tumit belakang dari pertengahan gelanggang akan diadakan.
Dua pasukan yang melangkah ke final akan diberi penghormatan untuk bertemu pemain United dan mendapatkan barangan kelab berserta tandatangan mereka, barangan Nike bernilai RM5,000 dan tiket grandstand untuk menyaksikan pertemuan Malaysia dan United pada 18 Julai ini.
Kejohanan itu terbuka kepada remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun dengan hanya lima pemain setiap pasukan didaftarkan.
Tiada yuran penyertaan dikenakan dan ia berasaskan 'siapa cepat dia dapat'.
Pendaftaran boleh dibuat bermula pada 6 hingga 15 Julai dan borang-borang penyertaan boleh didapati di Kedai Nike KLCC, Pavilion, Mid valley dan Sunway Pyramid.
Borang turut boleh didapati di Kedai Sukan Al-Ikhsan Plaza Bukit Bintang, Alamanda Putrajaya, Sunway Pyramid dan Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.nikefootball.com.my atau hubungi hotline 017-2855213, 017-2855342 atau 017-2855896.
Sementara itu, Nike Malaysia sedang mencari seorang peminat remaja yang mampu menggalas tugas sebagai Wartawan Rasmi Bola Sepak Nike untuk membuat liputan segala aktiviti Manchester United sepanjang mereka berada di Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Julai nanti.
Ia pastinya merupakan peluang sekali seumur hidup kepada individu yang bertuah itu untuk berdampingan dengan bintang-bintang bola sepak dunia dari kelab tersebut.
Pencarian Wartawan Rasmi Bola Sepak Nike itu merupakan langkah Nike Malaysia untuk merealisasikan impian remaja di negara ini selain mempromosi serta menimbulkan kesedaran tentang bola sepak di kalangan remaja Malaysia.
Pertandingan itu terbuka kepada remaja berusia antara 16 hingga 21 tahun dan setiap individu yang berminat mestilah aktif dalam laman web sosial seperti Facebook, Twitter dan juga blog.
Ini kerana, sudah menjadi tanggungjawab seorang wartawan untuk menyediakan maklu- mat terkini secara konsisten dengan pengala- man mengikuti aktiviti pasukan United sepan- jang mereka berada di Kuala Lumpur.
Untuk menyertainya, mereka perlu melayari laman web www.hitz.fm untuk mendaftar dan mengisi borang menyatakan kenapa mereka wajar untuk memenangi gelaran Warta- wan Rasmi Bola Sepak Nike itu.
Penyertaan yang terpilih nanti bakal mene- rima panggilan daripada stesen radio, Hitz.fm untuk ditanya pelbagai soalan mengenai pasukan United dan mereka yang berjaya menjawab soalan terbanyak dengan tepat akan me- masuki pusingan akhir.
Tiga peserta terakhir akan dijemput ke studio sewaktu segmen Morning Crew dan mereka akan disoal dengan kuiz trivia United selain perlu membuat ulasan perlawanan simulasi Malaysia bertemu United.
Pengulas terbaik yang turut berjaya menjawab soalan betul terbanyak akan diumumkan sebagai pemenang Wartawan Rasmi Bola Sepak Nike.

Siapa jaga gawang?
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
wanfakhrul@kosmo.com.my
BARISAN pemain negara menjalani latihan kecergasan di Kompleks Renang Kelana Jaya semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
JURULATIH skuad bola sepak kebangsaan, K. Rajagobal telah mengejutkan banyak pihak kerana hanya menyenaraikan empat pemain senior daripada 28 pemain untuk kem latihan selama 10 hari yang bermula petang semalam sebagai persiapan menghadapi Manchester United pada 18 Julai depan.
Baki 24 pemain lain terdiri daripada anggota skuad bawah 23 tahun yang akan beraksi pada Sukan SEA 2009 di Laos Disember depan termasuk tiga pemain daripada skuad Harimau Muda.
Bagaimanapun daripada empat pemain senior itu, Amri Yahyah, Indra Putra Mahayuddin, Norhafiz Zamani Misbah dan V. Thirumurugan, tiada seorang pun di kalangan mereka beraksi di posisi penjaga gol.
Lantas, tugas menjaga gawang Malaysia pada 18 Julai depan pasti akan digalas oleh salah seorang daripada tiga penjaga gol muda negara iaitu sama ada Mohd. Farizal Marlias, Syed Adney Syed Hussein atau Mohd. Sharbinee Allawee Ramli.
Ketiga-tiga penjaga gol tersebut sebaya iaitu berusia 23 tahun dengan Farizal merupakan penjaga gol Perlis, Syed Adney penjaga gol UPB-MyTeam dan Sharbinee penjaga gol Terengganu dalam saingan Liga Super musim ini.
Tugas berat pasti menanti Rajagobal dan juga jurulatih penjaga gol negara, Mohd. Faozi Mukhlas dalam usaha memastikan gawang Malaysia tidak bolos lagi sebanyak enam kali seperti yang berlaku ketika Malaysia tewas 0-6 kepada United pada 2001.
Bagi dua bekas penjaga gol kebangsaan, Azmin Azram Abdul Aziz dan Khairul Azman Mohamed, sesiapa saja yang dipilih nanti perlu menanam rasa keyakinan tinggi dalam diri mereka dan tidak perlu gentar dengan reputasi pemain lawan yang bertaraf bintang dunia itu.
Azmin, 33, berkata, biarpun sedikit meragui kemampuan ketiga-tiga penjaga gol muda itu untuk perlawanan bertaraf antarabangsa, dia tetap menganggap mereka adalah antara penjaga gol terbaik yang ada ketika ini.
“Saya tak berani nak cakap siapa yang bakal menjadi penjaga gol utama kerana ketiga-tiga berpeluang sama rata. Tapi salah seorang yang diturunkan nanti perlulah membuktikan dia benar-benar layak menyarung jersi No.1 negara.
“Berdasarkan pengalaman, mereka ini perlu melakukan tindak balas dengan cepat. Lambat sesaat pun, bola boleh disambar lawan. Suasana sangat berbeza berbanding dalam Liga Super,” kata Azmin yang masuk menggantikan Kamarulzaman Hassan pada pertemuan dengan United pada 2001 itu.
Khairul, 41, pula berkata, pertemuan dengan United itu merupakan peluang terbaik buat Farizal, Syed Adney dan Sharbinee untuk menimba pengalaman berharga yang tidak sepatutnya dipersiakan begitu saja.
“Saya pun tidak dapat menamakan siapa boleh jadi penjaga gol utama. Terpulang kepada jurulatih dan juga ketiga-tiga mereka untuk mempamerkan aksi cemerlang sepanjang latihan 10 hari ini.
“Bagi saya, kunci kejayaan hanyalah dengan yakin pada diri sendiri dan bijak menangani tekanan sepanjang perlawanan....

Nizar terkilan tidak terpilih menentang United
Jika berdasarkan prestasi semasa, nama penyerang Perlis, Nizaruddin Yusof (gambar dua dari kiri) sepatutnya menjadi antara pemain senior yang memikat jurulatih kebangsaan K. Rajagobal.
Namun, status penjaring terbanyak Liga Super dengan 15 gol setakat ini ternyata tidak memberi kelebihan kepada bekas pemain Selangor itu.(klik read more untuk maklumat lanjut)
Pemilihan terhad terhadap pemain senior menyebabkan nama Nizaruddin, yang kali terakhir mewakili negara pada Kejohanan Piala AFF di Thailand, tercicir daripada skuad pelatih yang akan menentang Manchester United, 18 Julai ini.
Sebaliknya, Rajagobal memilih penyerang Kelantan Indra Putra Mahayuddin, pemain KL PLUS Norhafiz Zamani Misbah, pemain Selangor Mohd. Amri Yahyah dan pemain Kedah, V. Thirumurugan sebagai empat tonggak senior dalam senarai 28 pemain yang dipanggil untuk latihan pusat di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Petaling Jaya hari ini.
Bagi Nizaruddin, dia terkilan kerana namanya tiada dalam senarai untuk perlawanan dengan juara Liga Perdana England itu.
Namun, katanya dia akur dengan keputusan Rajagobal.
''Rasa terkilan kerana tidak dipanggil kerana prestasi saya berada di puncak ketika ini
''Namun, saya terima hakikat bahawa perlawanan menentang MU kali ini bukan rezeki saya," katanya ketika dihubungi, semalam.
Begitupun, jelasnya semangatnya untuk beraksi bersama skuad kebangsaan pada masa akan datang tidak pernah pudar.
''Sebagai pemain memang sentiasa menjadi hasrat saya untuk menyarung jersi kebangsaan jika diberi kepercayaan.
''Saya tidak pernah menolak setiap kali dipanggil," katanya.
Mungkinkah pengalaman beraksi menentang MU pada 2001 dapat meredakan rasa terkilan kerana tidak tersenarai pada kunjung skuad Alex Ferguson kali ini?
''Pada 2001, MU yang datang ke Malaysia terdiri daripada pemain lain, hari ini ia dibarisi pemain lain.
''Kalau boleh memang saya mahu berdepan dengan skuad terkini MU. Ini merupakan peluang sekali seumur hidup.
''Memandang usia yang semakin meningkat, mungkin peluang sebegini tidak akan datang lagi," katanya.

Man Utd Asia Tour 2009 - MALAYSIAN SQUAD
28 players have been selected with only four above-23 players in the name of Mohd Amri Yahyah (Selangor), Kelantan's Indraputra Mahayuddin, V. Thirumurugan (Kedah) and KL PLUS's Norhafiz Zamani Misbah. This shows that preparation for the Laos SEA Games in December this year is Rajagobal's main target.
Malaysian Squad:
Perlis
1) Mohd Farizal Bin Marlias
2) Mazlizam Bin Mohamad
3) Amar Bin Rohidan
Kedah
4) Baddrol Bin Bakthiar
5) Mohd Kyril Muhymeen Bin Zambri
6) Mat Sabre Bin Mat Abu
7) V. Thirumurugan
Selangor
Mohd Amri Yahyah
9) Mohd Amirulhadi Bin Zainal
10) Mohd Asraruddin Putra Bin Omar
Kelantan
11) Indraputra Mahayuddin
PLUS FC
12) Norhafiz Zamani Misbah
13) Mohd Safiq Rahim
Negri Sembilan
14) Mohd Aidil Zafuan Abd Razak
15) Mohd Zaquan Abd Razak
16) Kunalan a/l Subramaniam
Terengganu
17) Mohd Sharbinee Allawee Bin Ramli
MyTeam
18) Mohd Bunyamin Umar
19) Mohd Azmi Bin Muslim
20) Norshahrul Idlan Talaha
21) Stanley Bernard
22) Syed Adney
Harimau Muda
23) Mohd Muslim Bin Ahmad
24) K.Gurusamy Govandar
25) Ahmad Shakir Bin Mohd Ali
Kuala Muda NAZA
26) Farderin Bin Kadir
Shahzan Muda
27) Mahathevan Gengatharan
Felda United
28) Kamarul Afiq Bin Kamaruddin
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: Man U Vs PIlihan Malaysia
kawan berharap Alex akan terselit jugak satu hari nanti...
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Man U Vs PIlihan Malaysia
Deto_8 wrote:kawan berharap Alex akan terselit jugak satu hari nanti...
masih ader sinar harapan...klu ader anok pahag lagi la kwn tamboh semanagt...
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: Man U Vs PIlihan Malaysia
Peluang temui MU
PENGURUS United, Alex Ferguson (dua dari kanan) bersama tiga pemain baru The Red Devils, Gabriel Obertan (kiri), Michael Owen (dua dari kiri) dan Antonio Valencia.
--------------------------------------------------------------------------------
PEMINAT kelab Manchester United (MU) berpeluang menyaksikan kelibat pemain idola mereka itu tidak lama lagi apabila juara Liga Perdana England tersebut tiba di ibu negara Jumaat ini.
Bintang-bintang The Red Devils itu dijangka turun menjalani sesi latihan terbuka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 17 Julai (Jumaat) bermula pukul 5.30 petang.
Sesi latihan tersebut dibuka kepada peminat setia United yang me- miliki pas untuk menyaksikan lati- han khas itu.
Kira-kira 50,000 peminat dijangka hadir bagi menyaksikan sesi lati- han kelab berkenaan yang dibarisi beberapa pemain bintang berkelas dunia.
"Kami mahu menggalakkan peminat The Red Devils datang lebih awal bagi memastikan mereka dapat berada di stadium pada masa yang tepat untuk menyaksikan sesi latihan tersebut," kata Ketua Pega- wai Eksekutif ProEvents International Sdn. Bhd., Julian Kam.
Skuad Manchester United akan berada di Kuala Lumpur untuk menentang pasukan pilihan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini (18 Julai) pada pukul 5.30 petang.
Tiket untuk menyaksikan perla- wanan masih boleh dibeli menerusi talian hotline Ticketpro iaitu 03- 78807999 dan hanya tiket berharga RM58 sahaja yang masih ada.
Semua harga tiket yang lain telah habis dijual dengan baki tiket hanya tinggal 15,000 sahaja lagi.
Peminat yang akan datang menyaksikan sesi latihan dan perlawa- nan The Red Devils dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam untuk mengelak sebarang kesesakan.
Siri jelajah Manchester United ke Asia 2009 akan bermula di Kuala Lumpur sebelum singgah di Jakarta (20 Julai); Seoul, Korea Selatan (24 Julai) dan Hangzhou, China pada 26 Julai.
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: Man U Vs PIlihan Malaysia
Jentera serangan masih tumpul
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
wanfakhrul@kosmo.com.my
--------------------------------------------------------------------------------
JENTERA serangan skuad kebangsaan nampak masih tumpul.
Peluang menjaringkan gol banyak dilepaskan.
Itu kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan dua perlawanan persahabatan yang dilalui skuad kebangsaan bertemu Zimbabwe atau lebih tepat menentang barisan pemain kelab Liga Perdana Zimbabwe, Monomotapa United.
Jika pada Ahad lalu di Stadium KLFA, Cheras skuad kebangsaan begitu garang mencatat kemenangan 4-0, petang semalam di Stadium Shah Alam mereka hanya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan yang sama.
Gol tunggal itu diperoleh menerusi gerakan solo pemain pertahanan kanan, V. Thirumurugan pada minit ke-38 yang disudahkannya menerusi sepakan leret dari dalam kotak penalti.
Selebihnya, tiada langsung percubaan bahaya dilakukan sehinggalah pada minit ke-90 apabila rembatan kencang Stanley Bernard Samuel ditepis penjaga gol Zimbabwe dan Ahmad Shakir Md. Ali yang menyambar bola tersebut gagal menyempurnakannya dengan baik.
Kelemahan di barisan serangan diakui jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal yang menganggap barisan penyerang muda negara memerlukan masa untuk memantapkan sentuhan penyudah mereka.
"Memang pada perlawanan pertama kita berjaya menjaringkan empat gol tetapi hari ini (semalam) hanya satu gol berjaya dihasilkan. Kita mencipta banyak peluang tetapi tidak cukup agresif dalam melakukan sentuhan penyudah.
"Saya kena terima hakikat mereka ini penyerang-penyerang muda dan banyak lagi yang perlu diperbaiki," katanya pada sidang media selepas perlawanan petang semalam.
PENYERANG kebangsaan, Norshahrul Idlan (kiri) diasak oleh pertahanan Zimbabwe pada aksi di Shah Alam semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
Pada perlawanan tersebut, Rajagobal meletakkan Norshahrul Idlan Talaha sebagai penggempur utama sambil dibantu Amri Yahyah sebelum beliau memasukkan Stanley, Farderin Kadir dan Ahmad Shakir pada babak kedua.
Penyerang utama, Zaquan Adha Radzak tidak disenaraikan selepas dia mengalami kecederaan pada penghujung separuh masa pertama pada perlawanan pertama Ahad lalu.
Menjelang pertemuan dengan Manchester United petang Sabtu ini, Rajago- bal berkata, beliau sudah mempunyai ke- sebelasan utama yang bakal diturunkan kelak.
"Kita ada tiga hari lagi untuk berlatih dan saya mahu lihat sikap pemain agar terus bersemangat merebut tempat.
"Kita optimis untuk berhadapan United. Kami akan cuba memberikan yang terbaik dan termampu di hadapan penon- ton sendiri nanti," jelasnya.
Sementara itu, penolong jurulatih Zimbabwe, Taurayi Mangwiro berkata, persembahan pasukannya sedikit meningkat berbanding aksi pertama Ahad lalu.
"Kita telah mengubah sedikit taktik dan kami berjaya mengelak dibolosi banyak gol seperti pada Ahad lalu. Saya lihat Malaysia sebuah pasukan yang bagus," kata Mangwiro.
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: Man U Vs PIlihan Malaysia
br lwn zimbabwe dah kuar tajuki berite 'lembik'.. hehehehe...
apens7- EXCO
- Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009
Re: Man U Vs PIlihan Malaysia
apens7 wrote:br lwn zimbabwe dah kuar tajuki berite 'lembik'.. hehehehe...
tu la pasai...ngan zimbabwe pun hampir lemas di buatnyer..
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: Man U Vs PIlihan Malaysia
J.Milan22 wrote:apens7 wrote:br lwn zimbabwe dah kuar tajuki berite 'lembik'.. hehehehe...
tu la pasai...ngan zimbabwe pun hampir lemas di buatnyer..
bukan zimbabwe pun.. klab Monomotapa United (dlm bhs malaysia, Felda United).. wakakakaka
apens7- EXCO
- Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009
Re: Man U Vs PIlihan Malaysia
tapi jangan luper jaringan kelas dunia dari player mas nnti..
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: Man U Vs PIlihan Malaysia
Aksi ulangan Malaysia-MU
MANCHESTER United, semalam memutus kan untuk melanjutkan tempoh persinggahan mereka di Kuala Lumpur sehingga Rabu ini dengan mengatur perlawanan ulangan menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 8 malam, esok.
Harga tiket RM308 untuk tempat duduk utama dan RM58 tempat terbuka.
Tiket mula dijual di kaunter ‘pintu hijau’ Stadium Nasional bermula 12 tengahari ini.
Perkembangan terkini itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam selepas perlawanan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif United, David Gill, berkata selepas keputusan membatalkan kunjungan ke Indonesia, pasukan itu mengambil keputusan kekal di negara ini selepas amat berpuas hati dengan persiapan Malaysia.
“Kami terpaksa menolak rayuan Indonesia berikutan isu keselamatan sejajar dengan keputusan yang sudah dibuat kelmarin. Kami juga mengetepikan pelawaan Australia kerana terlalu sukar menguruskan aspek logistik pada saat akhir,” katanya pada sidang akhbar khas, semalam.
SKUAD
MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Mohd Asraruddin Umar (Mohd Azmi Muslim), Norhafiz Zamani Misbah (kapt) (K Gurusamy), Mohd Aidil Zafuan, Mazlizam Mohd (V Thirumurugan), Safiq Rahim (Mohd Sabree Mat Abu), Amar Rohidan (Mohd Bunyamin Omar), Indra Putra Mahyuddin (Badrol Bakhtiar), Mohd Amri Yahyah, Mohd Khyrill Muhymeen, Zaquan Adha (Norshahrul Idlan Talaha)
MAN UNITED: Edwin Van der Sar (Ben Foster), Patrice Evra, Rio Ferdinand (West Brown), Anderson (Ryan Giggs), Dimitar Berbatov (Ferico Macheda), Wayne Rooney (Michael Owen), Nani, Paul Scholes (Zoran Tosic), John O Shea, Jonny Evans, Darron Gibson

along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: Man U Vs PIlihan Malaysia
apa kes?
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Man U Vs PIlihan Malaysia
pertukaran budaya nie... ekekekeke..
Mrcipizs- Tok Penghulu
- Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 43
Location : Angkasa?
along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Re: Man U Vs PIlihan Malaysia
main belasah pakai je.....
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Man U Vs PIlihan Malaysia
mana gambor lisa, long? hehehe.. kasi diorg ni jeles sket...
apens7- EXCO
- Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009
Re: Man U Vs PIlihan Malaysia
apen senyap2 couple ngan lisa suriani weh...ekeke
jeles betull kwn...
jeles betull kwn...
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Page 1 of 2 • 1, 2
Similar topics
» Ubi Pilihan Anda?
» MPV Pilihan Hati....
» CERPEN PILIHAN
» MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
» Pilihan raya kecil DUN Kerdau
» MPV Pilihan Hati....
» CERPEN PILIHAN
» MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
» Pilihan raya kecil DUN Kerdau
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum