Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

HERBA DAN ULAMAN

+2
lepat_ubi
along
6 posters

Page 3 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Biji kecubung sebagai pelali

Post  along Wed Jul 29, 2009 12:29 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Kecubu10 HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Kecubu11


Pada zaman dahulu kala untuk merawat luka-luka yang serius dan mengelakkan sesaorang pesakit meraung kesakitan, ahli-ahli perubatan menggunakan herba sebagai ubat pelali yang tidak mengandungi dadah sebagaimana yang lazim digunakan sekarang.

Masyarakat dimasa itu menggunakan biji kecubung (atau dalam saintifiknya Datura metel) yang telah dikeringkan dan ditumbuksehingga hancur. Ia dicampurkan dalam minuman atau diasapkan dengan kayau gaharu.

Sesiapa yang terkena asapnya dikatakan akan terasa khayal atau pengsan dalam tempoh beberapa ketika.

Menurut ketua Institut Sains biologi Universiti Malaya, Prof. Mohamed Abdul Majid, penjenayah zaman dahulu sering menggunakan biji tumbuhan ini untuk tujuan jahat.

Beliau menambah, golongan ini turut menggunakan tumbuhan tersebut untuk tujuan memukau mangsa mereka.

"Mereka akan tumbuk biji pokok kecubung yang telah dikeringkan sehingga hancur dan mereka bakar biji itu.

Ada ketikanya untuk elakkan bau pokok kecubung, mereka campur sedikaitdengan kayu gaharu untuk menimbulkan bau wangi," katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau, tumbuhan beracun yang senang ditemui dipadang ini turut mempunyai khasiat yang baik dari segi perubatan herba.

Antaranya ialah untuk merawat penyakit kulit, bisul dan sendi serta terseliuh sama ada kaki atupun tangan.

Prof. Mohamed berkata, berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional yang ditemui, tumpuan rawatan tersebut adalah pada daunnya.

"Dalam masyarakat Melayu daun kecubung digunakan untuk merawat penyakit kulit, bisul, sakit-sakit sendi dan terseliuh," ujarnya.

Caranya jelas beliau, adalah mudah - iaitu dengan mengambil beberapa helai daun pokok kecubung yang segar dan layurkan atas api beberapa ketika.

"Layurkannya sehingga terbit bintik-bintik air pada daunnya. Bila sudah agak sejuk tampallah daun itu pada tempat yang terkena penyakit tersebut.

Ada juga yang menumbuk beberapa helai daun pokok kecubung sehingga hancur. Campurkan sedikit dengan minyak kelapa dan sapulah ditempat yang terkena penyakit itu", katnya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Belimbing buluh rawat darah tinggi

Post  along Wed Jul 29, 2009 12:32 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Belimb10 HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Belimb11


Tidak lama dulu ketika berkesempatan mengunjungi sebuah kampung di Hulu Langat, Selangor saya agak terperanjat.

BOleh dikatakan setiap penduduk di kampung itu lebih selesa menggunakan tumbuhan herba.

Dalam merawat apa juga penyakit, mereka lebih selesa menggunakan tumbuhan herba kecuali kalau penyakit itu benar-benat memerlukan perubatan moden.

Perubatan alternatif digunakan kerana jarak perjalanan dari kampung itu dengan pekan yang terdekat adalah jauh dan untuk kesana ia memerlukan belanja yang tinggi.

Di kampung itu, tumbuhan herba digunakan dengan pelbagai cara.

Ada yang dibuat jus, dicampurkan dalam masakan tertentu ataupun dijadikan sebagai ulam sayuran.

Aantaranya ialah belimbing buluh. Buahnya seperti buah mengkudu, tetapi warnanya lebih kepada hijau muda dan saiznya agak kecil.

Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr.Mohd Said Saad memperkenalkan tanaman herba tesebut.

Beliau menjelaskan, pokok belimbing buluh adalah jenis pokok yang dijadikan pilihan sebagai tanaman dihalaman rumah.

Pokok ini senang membesar dan agak rendang. Ia sesuai sebgai pokok teduhan dihalaman rumah.

"Berdasarkan pengakuan pengamal perubatan tradisional, mereka menyatakan pokok ini sesuai untuk darah tinggi dan merawat demam panas," katanya.

Ubat untuk darah tinggi diperolehi daripada buah tumbuhan yang dalam bahasa saintifiknya dipanggil Averrhoa bilimbii ini.

"Caranya ialah ambil beberapa buah belimbing buluh yang segar dan kemudianya dikisar buah tersebut sehingga lumat.

Tapiskan untuk dapatkan airnya. Campukan sedikit bahan perasa kerana rasanya agak pahit. Minumlah pada waktu pagi ataupun petang," kata Dr. Mohd Said.

Bagi merawat demam panas pula, ambil beberapa helai daunnya yang segar.

Ramas dedaun itu dengan sedikait air sehingga agak lumat dan dan letakkannya diatas sehelai kain.

Demahkannya diatas kepala. Lakukan sehingga rasa panas berkurangan.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Re: HERBA DAN ULAMAN

Post  J.Milan22 Wed Jul 29, 2009 12:37 pm

aok memang raja ulam....kwn raserr Razz
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Mengurangkan rasa sakit gigi

Post  along Wed Jul 29, 2009 12:40 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Subang10


SAKIT gigi atau gusi bengkak, sememangnya antara penyakit yang kita kurang senangi. Kerana kesakitannya sahaja boleh mengganggu sebahagian besar rutin harian kita.

Lebih-lebih lagi, kalau rutin harian kita memerlukan banyak bercakap dan bergerak ke sana ke mari.

Bagaimanapun, terdapat sejenis tumbuhan herba yang dipanggil subang nenek atau butang baju siti fatimah yang boleh mengurangkan rasa kesakitan tersebut.

"Tumbuhan herba ini sesuai digunakan sementara untuk ke klinik pergigian," menurut Pegawai Penyelidik MARDI Hilir Perak, Mohd. Jelani Bahaudin.

Menurut beliau, keberkesanan tumbuhan ini adalah berdasarkan pengakuan pengamal perubatan tradisional yang ditemui.

"Saya sendiri yang menemui dan selepas menemubual beberapa pengamal perubatan tradisionai tentang khasiat pokok tersebut.

"Mereka menyatakan keberkesanannya sudah terbukti sejak beberapa generasi sebelum ini, kata beliau ketika ditemui, baru-baru ini.

Jelasnya tumbuhan yang nama saintifiknya, Sthenodesme Temtanara ini adalah senang tumbuh, khususnya di kawasan yang lembap seperti tepi-tepi longkang yang berair.

Lebih-lebih lagi ujarnya, di kawasan kampung-kampung. Ia ditanam di tepi-tepi rumah sama ada sebagai landskap ataupun herba.

"Pokok ini sememangnya senang tumbuh. Ia tidak memerlukan kita menyiram atau membajanya setiap hari," katanya.

Oleh itu tambahnya lagi, tidak hairanlah cara untuk menjadikannya sebagai bahan rawatan adalah agak mudah.

"Caranya adalah ambil beberapa helai daunnya dan bersihkan daun-daun tersebut terlebih dahulu. Kemudian, tumbuklah daun-daun tersebut sehingga lumat dan selepas itu, sapulah di gigi atau gusi yang terasa sakit itu.

Selepas itu, anda pasti akan terasa semacam kebas di bahagian gigi atau gigi yang sakit, dan secara tidak langsung ia boleh mengurangkan rasa sakit gigi," jelasnya lagi.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Gelenggang mujarab rawat penyakit kulit

Post  along Wed Jul 29, 2009 12:43 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Geleng10 HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Geleng11


Penyakit kulit, khususnya kurap, kudis buta ataupun panau, adalah jenis penyakit yang ingin kita semua elakkan.

Selain dari mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, penyakit tersebut boleh menyebabkan pergerakan seharian kita agak terbatas kerana malu diketahui rakan-rakan.

Biasanya untuk mencegah penyakit tersebut, kita perlu ke hospital. Kalau tidakpun kita akan keklinik untuk mendapatkan rawatan penyakit itu.

Tetapi terdapat sejenis tumbuhan herba yang boleh merawat penyakit tersebut. Nama umumnya adalah gelenggang atau sintifiknya dipanggil sebagai Cassia Alata.

Lazimnya, menurut Pegawai Penyelidikan MARDI, Hilir Perak, Mohd Jelani Bahaudin, tumbuhan tersebut sengang tumbuh di tepi-tepi sungai, berpaya dan kawasan kampung yang lembab.

Malah pokok ini juga sering digunakan sebagai salah satu landskap halaman rumah kerana mempunyai warna bunga yang cantik," katanya.

Menurutnya keberkesanan pokok ini dalam merawat penyakit tersebut adalah melalui temu bual dengan orang-orang yang pernah mengamalkanya, termasuk dengan pengamal perubatan tradisional.

"Lagipun berdasarkan kajian saintifik ia menganduni chrysophanol, emodin, allo-emodin, tannin dan rhein yang bersifat antifungal," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Berdasarkan temubual tersebut juga, beliau menjelaskan, kaedah untuk menggunakannya adalah mudah dengan mengambil beberapa helai daunnya.

"Bersihkannya terrlebih dahulu, kemudian tumbuk daun tersebut bersama sedikit minyak tanah sehingga lumat.

Seterlah itu gosokkan daun yang telah lumat tersebut pada bahagian yang dijangkiti penyakit itu," katanya lagi.

Bagaimanapun beliau turut menambah bahawa daun pokok gelenggang juga sesuai untuk dijadikan sebagai ulam sayuran.

"Pemakanannya selain juga bertindak sebagai ulam sayuran daun pokok gelenggang juga boleh bertindak melawaskan sembelit," katanya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Tutup bumi hilangkan selsema & batuk

Post  along Wed Jul 29, 2009 12:46 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Tutup110 HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Tutup210


Kalau disebut jenis tumbuhan tutup bumi atau nama saintifiknya Elaphantopus Scaber pasti ramai yang kurang mengenalinya.

Mungkin popularitinya kurang menyerlah disebabkan, tumbuhan ini bukan daripada jenis tumbuhan yang boleh dijadikan bahan hiasan dalaman atau halaman luar rumah.

Tetapi pada dasarnya, tumbuhan yang daunnya berbulu di kedua-dua permukaan dan bergerigi, ditepi ini, memang selalu kita lihat, khususnya bila kita ingin membersihkan kawasan halaman atau persekitaran rumah kita.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semulajadi, MARDI, Serdang, Selangor Dr. Ahmah Zamzam Mohamed, ia senang tumbuh di kawasan padang rumput, tepi jalan ataupun tanah terbuka.

Malah ia juga sering ditemui di kawasan tempat letak kereta," katanya ketika ditemui dipejabatnya, baru-baru ini.

Menurut beliau berdasarkan rujkan ethnobotani dan temubual dengan pengamal perubatan tradisional, tumbuhan ini mempunyai khasiat yang istemewa.

"Walaupun ia mudah ditemui tetapi tumbuhan tutup bumi ini sememangnya mempunyai khasiat yang sesuai untuk penjagaan kesihatan diri," ujarnya.

Katanya, antara khasiat yang agak ketara adalah merawat selsema, sakit tekak batuk, anemia (wanita dan kanak-kanak) dan juga haid tidk teratur.

Tetapi tambah beliau lagi, rawatan tersebut bergantung pada bahagian tertentu tumbuhan tutup bumi itu sendiri.

"Contohnya, kalau untuk merawat selsema dan sakit tekak, kita perlu merebus kesemua bahagian tumbuhan tersebut sehingga mendidih.

"Bagi pesakit anemia pula, hanya akarnya diperlukan. Cara menggunakannya adalah dengan merebuskan sehingga mendidih dan minumlah perlahan-lahan.

Untuk batuk pula daunnya perlu disalai diatas api dan digosok keleher, manakala haid tidak teratur pula, hanya batang dan daun direbus sehingga mendidih dan minumlah perlahan-lahan," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau turut menegaskan sebelum menggunakan tumbuhan tutup bumi ini perlu dibersihkan dahulu.

Selain itu, beliau memberitahu, pihak MARDI akan mengeluarkan sebuah buku tentang herba di Malaysia tidak lama lagi.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Keistimewaan air rebusan pokok letup-letup

Post  along Wed Jul 29, 2009 12:49 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Leletu10


Kalau anda kekawasan kampung, khususnya di ladang getah atau kelapa sawit, anda mungkin akan bertemu dengan sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai tanaman penutup bumi.

Pemilihan tersebut mungkin berdasarkan tumbuhan ini senang tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi kerana ia sejenis tumbuhan liar.

Malah menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed, habitat tumbuhan letup-letup ini sememang mudah hidup di kawasan-kawasan tanah terbiar,

Sudut Perubatan
"Sering juga ia ditemui sebagai tanaman penutup bumi di ladang getah ataupun kelapa sawit," katanya yang turut menambah, nama saintifiknya ialah Passiflora foetida.

Bagaimanapun, beliau menyatakan walaupun habitatnya dikawasan terbiar, tetapi ia mempunyai khasiat baik pada sudut perubatan herba.

Ujarnya lagi, berdasarkan kepada pengamal-pengamal perubatan tradisional yang ditemui, ia sesuai merawat gatal-gatal kulit, luka dan batuk.

"Tidak bermakna kalau habitat sesuatu tumbuhan itu tumbuh di kawasan terbiar, maka ia dianggap sebagai tumbuhan tidak berguna.

Begitulah juga dengan pokok letup-letup ini. Mempunyai khasiat yang baik untuk penjagaan kesihatan," katanya,

Bagi merawat gatal-gatal kulit, jelas beliau, adalah mujarab dengan mengambil beberapa batang pokok letup-letup. Ambil keseluruhan pokoknya termasuk akarnya sekali. Buangkan segala kotoran yang ada pada pokok itu terlebih dahulu.

Kemudian rebuskannya sehingga mendidih. Kemudian tunggulah ia sehingga suam sedikit sebelum mengambil airnya sahajauntuk digunakan sebagai air basuhan," katanya lagi.

"Dalam merawat luka, ujar Dr.Zamzam lagi, adalah dengan menggunakan beberapa helai daun yang dilumatkan.

Daun yang telah dilumatkan itu dipupuk dibahagian yang luka tersebut", tambahnya.

Merawat batuk pula kata beliau, caranya adalah dengan merebuskan beberapa batang pokok letup-letup tersebut. Air rebusan seluruh pokok tersebut hendaklah diminum airnya setelah ia suam.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Khasiat bunga, daun dan akar pokok cempaka

Post  along Wed Jul 29, 2009 12:50 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Cempak10


Bunga cempaka sememangnya cantik. Kecantikan tersebut tidak hanya pada bunganya tetapi juga tertumpu kepada namanya sendiri.

Dengan kecantikan tersebut tidk hairanlah ia mampu menarik perhatian sebahagian besar daripada kita untuk dijadikan hiasan atau pohon teduhan dihalaman rumah.

Bahkan ia juga menarik perhatian masyarakat kita menjadikannya sebagai nama panggilan dan juga menggunakannya sebagai kata-kata dalam rangkap pantun, syair, sajak atau gurindam.

Tetapi dalam kecantikan tersebut, bunga cempaka ternyata turut mempunyai keistimewaan sebagai perubatan herba.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed, ia mempunyai keistimewaan dari sudut penjagaan kesihatan diri.

"Tidak kiralah sama ada bunga cempaka kuning (Michelia champaca) atau putih (Michelia alba) kedua-duanya mempunyai khasiat pada kesihatan diri," katanya.

Beliau yang ditemui di pejabatnya baru-baru ini menyatakan bahawa bagi bunga cempaka kuning, khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema.

"Untuk cxempaka putih pula, pokok ini berguna untuk merawat pitam, bisul dan bronchitis atau radang tengkok," tambahnya.

kesusuaian ini adalah berdasarkan rujukan pihak MARDI pada buku-buku dan pengakuan pengamal perubatan tradisional tempatan.

Menurut Dr.Zamzam, kegunaan dan penyediaan bagi pokok cempaka kuning untuk wanita selepas bersalin adalah dengan cara mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkannya terlebih dahulu.

Kemudian rebuslah sehingga mendidih dan setelah airnya suam kuku barulah diminum.

Bagi kencing tidak lawas beliau menambah ambil beberapa kuntum bunganya dan bersihkan terlebih dahulu. Selepas itu rebus sehingga mendidih dan kemudian tunggulah sehingga suam untuk diminum.

Untuk demam selsema, ambil akarnya dititik atau pech-pechkannya. Kemudian direbus sehingga mendidih dan tunggulah ia suam dulu barulah diminum perlahan-lahan.

"Bagi pokok cempaka putih," kata Dr.Zamzam, "ia biasanya digunakan untuk merawat pitam, iaitu dengan cara mengambil bberapa kuntum bunga untuk direbus".

Untuk merawat bronchitis sama juga caranya dalam merawat pitam. Cunma ia ditambah dengan madu sebelum diminum.

Jelasnya lagi, "untuk penyakit bisul pula, cara menggunakannya adalah mudah dengan mengambil beberapa helai daunnya yang segar dan ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu tepekkan ia ditempat yang kena bisul tadi," katanya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Khasiat bunga pokok misai kucing

Post  along Wed Jul 29, 2009 12:52 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Misai110


Kalau diliht dari peribahasa ataupun kiasan Melayu yang dituturkan oleh generasi lama, memang menakjubkan.

Bukan sahaja tepat pada sasarannya bahkan penggunaan perkataannya cukup halus dan berpadanan antara satu sama lain.

Keindahan ini turut mempengaruhi panggilan mereka kepada pokok atau tumbuhan yang ada di sekeliling kita.

Ada yang melucukan bila mendengarnya. Ada juga nama panggilan sesaorang agak pelik, tetapi bersesuaian dengan rupa bentuk dan habitat flora tersebut.

Antaranya ialah pokok misai kucing. Panggilan ini mungkin berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing.

Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.

bagaimanapun pemberian nama panggilan tersebut oleh genarasi tua, bukanlah menggambarkan sekadar 'sembang-sembang di kedai kopi'.

Bahkan menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.

"Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan temubual pihak kami dengan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan," katanya yang turut menyatakan nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.

Beliau yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini menjelaskan pihaknya turut mendapatkan cara-cara tradisional yang sering digunakan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut.

Tambahnya lagi, tumpuan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah.

"Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering," ujarnya lagi.

Bila sudah kering kata beliau daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah.

"Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis," jelasnya.

Selain dari itu menurut Dr. Azizul, akar dan batang pokok misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.

"Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisan tersebut diambil dengan cara diprah atau tapis kemudian dicampukan dengan setengah air panas.

Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan," ujarnya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Daun cemperai ubat ulser mulut

Post  along Wed Jul 29, 2009 12:53 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Cemper10


ULAM seolah-olah ada pertalian rapat dengan masyarakat Melayu. Mereka mempercayai amalan pemakanan ulam setiap hari akan menjadikan seseorang awet muda.

"Ada benarnyn keyakinan mereka kerana memakan ulam boleh menyebabkan peredaran darah berjalan lancar dan ia boIeh menyebabkan kulit kita selalu tegang," kata Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd. Said Saad.

Katanya, ulam juga mempunyai kelebihan dalam merawat beberapa jenis penyakit tertentu.

Antara ulam yang berkhasiat ialah CEMPERAI atau nama botaninya Champereia griffihii.

"Selalunya daun pokok cemperai digunakan sebagai ulam, walaupun rasanya agak kelat," kata Dr. Mohd. Said.

Pokok cemperai yang sederhana besar mudah ditemui di kawasan kebun getah atau kelapa sawit. Daunnyn agak keras dan bentuknya lurus menajam.

"Tetapi kita harus berhati-hati. Jika pokok cemperai ini tumbuh berhampiran pokok getah atau kelapa sawit, ia mungkin beracub".

Antara kegunaan cemperai ialah untuk merawat ulser mulut. Menurut Dr. Mohd. Said, caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun yang segar dan tumbuklah ia sehingga lumat.

"Bila sudah lumat, tampallah ia di kawasan mulut yang terkena ulser," ujarnya.

Rebusan akar pokok itu pula dipercayai dapat mengatasi masalah lemah anggota badan atau sengal-sengal tulang.

"Rebus daunnyn dengan tiga gelas air hingga tinggal satu gelas. Minumlah pada waktu malam," katanya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Hilangkan panau dengan daun bunga melur

Post  along Wed Jul 29, 2009 12:55 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Melur10


BUNGA MELUR merupakan sejenis tumbuhan yang sememangnya tidak asing bagi kita semua. Warnanya yang putih suci dan keharuman baunya merupakan daya tarikan utama bunga ini, lebih-lebih lagi pada waktu pagi.

Titisan embun dan ditambah pula dengan kesegaran pagi menyebabkan kelopak bunga ini kembang mekar mengeluarkan haruman yang cukup wangi.

Oleh itu, tidak hairanlah tumbuhan yang nama botaninya Jasmincun sambac ini diminati ramai, khususnya mereka yang gemar menghidu haruman dan banyak ditanam sama ada dalam pasu atau di halaman rumah.

Pati bunga melur dari pokok jenis renek yang mempunyai daun hijau berkilat ini digunakan untuk menghasilkan minyak wangi yang cukup menyamankan.

"Selain itu bunga melur juga mempunyai kegunaan dalam dunia perubatan tradisional, khususnya bagi merawat demam panas dan juga panau," kata Pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Bio Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, tumpuan rawatan tersebut adalah pada daunnya yang hijau segar.

Beliau berkata, untuk merawat demam panas beberapa helai daunnya dicampur dengan beras dan seulas bawang merah delam sebekas air.

"Kemudian ambil airnya untuk basuh kepala dan selepas itu lapkannya diseluruh badan. Amalkannya sehingga badan terasa sejuk," katanya.

Untuk merawat panau pula, ambil beberapa helai daun bunga melur yang sudah dibasuh dan gosokkan pada tempat yang dijangkiti panau.

"Lakukannya berulang kali. Biarkan hingga bekas gosokan tersebut kering," tambahnya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Daun nilam mencegah serangga

Post  along Wed Jul 29, 2009 12:57 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Nilam10


NYAMUK, lalat, tikus, lipas malah apa jua jenis serangga perosak sekalipun, memang mengganggu keselesaan kita.

Ini kerana kebanyakan serangga bukan hanya membawa penyakit, bahkan kemunculannya di rumah boleh menjejaskan kerja seharian dan imej kita yang mungkin dianggap pengotor oleh orang lain.

Pelbagai cara diamalkan untuk menghapuskan kemunculan serangga, namun cara yang paling lazim adalah menggunakan racun pemusnah serangga yang dijual di pasaran.

Walaupun penggunaan racun serangga itu memang berkesan, tetapi biasanya ia hanya sebagai langkah sementara dan kesannya hanya untuk jangka masa yang singkat.

Bagaimanapun, mungkin ada kalangan kita yang menggunakan tumbuhan tertentu untuk menghapuskan makhluk perosak tersebut.

Antaranya adalah pokok NILAM atau dari segi botani dikenali sebagai Pogostemon cablin yang dikatakan sesuai untuk menghapuskan serangga perosak.

Pokok ini adalah dari jenis renek dengan batang bercabang dan tumbuh dalam bentuk rimbun. Ia sering ditanam di kawasan kampung.

Daunnya pula berbentuk bujur dan bergigi di tepi serta mempunyai permukaan yang seolah-olah berbulu.

Menurut pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap, tumbuhan yang jenis payah berbunga ini dikatakan mempunyai bau yang tidak digemari oleh serangga perosak.

"Ia seolah-olah bersifat antiserangga. Bendasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan herba, pokok ini bagi manusia mempunyai bau yang wangi semerbak.

Mungkin benar kerana serangga perosak tidak gemar suasana yang wangi. Mereka cepat membiak jika kawasan rumah kita busuk dan kotor", katanya.

Malah jelas beliau, daunnya juga bersifat antiseptik yang sesuai untuk mencuci dan mengembalikan kewangian kepada pakaian kita.

Tajuddin berkata, air ramasan daunnya yang dicampurkan air hampas teh-O sering digunakan sebagai air bilasan bagi mengambalikan kewangian kain batik.

"Selain itu, daun pokok ini juga dikatakan mengeluarkan pati minyak yang boleh dibuat minyak wangi", katanya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Melada Pahit sesuai untuk penyakit kulit dan cirit birit

Post  along Wed Jul 29, 2009 12:59 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Melada10


KETIKA berkesempatan melawat Rimba Ilmu di Universiti Malaya tempoh hari, saya kagum dengan kehijauannya. Udara sekitarnya nyaman, walaupun tidak jauh dari situ lebuh raya Kerinci Link sedang sibuk dibma.

Kehidupan pelbagai jenis spesies tumbuhan di situ tetap subur dan menghijau. Ini termasuk tumbuhan herba yang dikenali sebagai MELADA PAHIT atau nama saintifiknya Brucea amarissina.

Ia merupakan tumbuhan herba jenis pokok renek dan berkayu. Paling tinggi ia boleh membesar antara lima sehingga enam kaki. Habitatnya pula adalah kawasan yang menerima cabaya matahari secara terus.

Daun melada pahit berbentuk halus dan bergerigi di bahagian tepi. Daun ini berwarna hijau muda dan berbulu halus tetapi bila sudah matang, warnanya berubah menjadi kekuningan.

Bagaimanapun, menurut Ketua Institut Sains Biologi Universiti Malaya, Prof. Mohamed Abdul Majid, pokok ini sememangnya mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan herba, khususnya dalam merawat cirit-birit, demam, penyakit kulit, sakit sendi dan gigitan serangga berbisa.

Kata beliau, tumbuhan ini digunakan secara meluas oleh masyarakat Cina khususnya untuk merawat penyakit cirit-birit.

Caranya ialah dengan mengambil beberapa biji melada pahit yang sudah dikeningkan dan tumbuk sehingga lumat.

Bahan itu dibancuh dengan segelas air masak dan kemudian diminum. Tetapi rasanya amat pahit.

Penggunaan itu cukup berkesan sebagaimana yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dilakukan oleh sebuah syarikat Jerman, Merck pada tahun 1901.

Kajian di Institut Penyelidikan Perubatan di Taiwan menunjukkan bahawa terdapat beberapa bahan yang membunuh kuman yang menyebabkan cirit-birit (amoebic dysenteiy).

"Mereka menemui beberapa bahan yang boleh merawat penyakit cirit-birit pada biji dan kulit kayu," kata Prof. Mohamed.

Terbaru sekali, beliau menambah, kajian sedang dijalankan di Hong Kong dan Thailand untuk mengekstrak bahan antikanser dan melada pahit.

Bagi merawat penyakit kulit dan gigitan serangga berbisa, Prof. Mohamed berkata, kaedah rawatan ini yang menggunakan daunnya banyak, dilakukan oleh masyarakat Melayu dan Jawa.

"Ambil beberapa helai daun melada pahit yang segar dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, campurkan sedikit kapur dan sapu di tempat yang terkena penyakit kulit atau gigitan serangga berbisa itu," katanya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Kiambang merawat luka

Post  along Wed Jul 29, 2009 1:02 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Kiamba10


POKOK KIAMBANG atau nama botaninya Pistia stratiotes merupakan sejenis tumbuhan yang seang dikenali dan mudah ditemui.

Habitatnya sama seperti pokok teratai, hidup segar di kawasan berair seperti kolam, tasik atau paya air tawar.

Cuma bezaya dengan pokok teratai, kiambang adalah sejenis tumbuhan yang merayap di atas air dan cepat membiak.

Malah, ia dikatakan menjadi 'musuh' kepada ikan kerana ia memiliki akar yang begitu banyak dan menyukarkan ikan untuk bergerak dan bernafas.

"Pokok kiambang mempunyai akar yang bukan hanya banyak tetapi berserabut. Kalau jenis ikan yang tidak gemar memakan akarnya itu, ikan tersebut sukar untuk hidup.

Sebab itulah, kalau kolam, tasik atau paya air tawar dipenuhi pokok kiambang, ia kurang digemari oleh kaki-kaki pancing," kata pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap.

Namun begitu, jelas beliau, bagi mereka yang gemar menghias halaman rumah dengan kolam atau pasu berisi air, pokok kiambang pasti menjadi pilihan.

Ia bukan hanya memiliki bunga yang cantik dan daun yang segar, tetapi dikatakan mempunyai khasiat untuk merawat luka.

Ujarnya, ambillah beberapa helai daun pokok kiambang yang segar dan rebuskan daun itu sehingga mendidih.

"Bila sudah suam, alirkan air rebusan tadi di tempat yang luka tersebut. Ia boleh menyekat pengaliran darah keluar," katanya.

Tetapi, kata Tajuddin, ada juga pengamal perubatan tradisional yang menyatakan bahawa kiambang juga boleh digunakan sebagai bahan pencuci pakaian yang terkena kotoran berminyak.

Caranya ialah ambil beberapa helai daun kiambang yang segar dan rendamkannya dalam sebekas air selama beberapa minit.

Kemudian keluarkan daun-daun kiambang tadi dan rendamkan pakaian yang terkena kekotoran berminyak selama beberapa minit dan bilaskannya."
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty KHASIAT DAUN TEMBAGA SUASA

Post  along Wed Jul 29, 2009 1:04 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Tembag10


BENGKAK, terseliuh atau salah urat bukanlah suatu perkara yang agak janggal bagi sesaorang yang sukakan aktiviti lasak ataupun bersukan.

Kalau tidak di bahagian kaki, pasti tangan kita yang menjadi mangsanya. Kita akan mengerang kesakitan ketika itu juga.

Lebih sakit lagi bahkan berkemungkinan tidak boleh bergerak bebas bila kita mengalami patah ataupun retak pada kedua-duanya.

Untuk mengurangakan rasa kesakitan tersebut, pada kebiasaannya kita akan sapukan dengan minyak urut ataupun berjumpa dengan tukang urut.

Senang ditemui
Tetapi sejak zaman berzaman, orang zaman dahulu telah menggunakan sejenis tumbuhan didalam hutan atau herba yang sering digunakan untk mengurangkan rasa kesakitan tersebut.

Menurut Pegawai Penyelidikan MERDI Hilir Perak, Mohd. Jelani Bahauddin, tumbuhan yang dimaksudkan itu adalah pokok tembaga suasa atau nama saintifiknya adalah Crinum asiaticum.

"Khasiatnya adlah tertumpu kepada daunnya itu," jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Untuk mengenali pokok itu agak senang kerana ia mempunyai daun yang besar dan panjangnya pula boleh menghampiri dua meter seperti daun pandan.

"Batangnya agak besar dan berisi. Dari segi habitatnya lebih senang ditemui ditepi pantai dan dan didalam hutan Malaysia," katanya.

Beliau menambah lagi, ada ketikanya tumbuhan ini dijadikan sebagai pokok hiasan, khususnya oleh penduduk kampung.

"Selain boleh ditemui dipinggir hutan, pokok tembaga suasa juga sering dijadikan tanaman hiasan dan ubatan oleh penduduk kampung," katanya.

Menurut Mohd. Jelani, cara yang lazim digunakan untuk merawat kesakitan tersebut adalan dengan mengambil beberapa helai daunnya.

"Daun itu ditumbuk sehingga lumat dan ditampalkan kepada bahagian yang sakit tersebut. Selepas itu dibalutkan.

Pembalutnya adalah lebih baik dengan menggunakan daun tembaga suasa itu sendiri. Tapi untuk mengelakkan daunnya cepat putus, layurkannya terlebih dahulu dengan api," katanya.

Bagaimanapun, beliau menyatakan, ada juga yang sekadar menggunakan daunnya untuk merawat tempat bengkak.

"Caranya ialah disapukan dengan minyak kelapa sebelum disalaikan dengan api," katanya lagi.

Tambahnya, bila daun tembaga suasa itu kelihatan berminyak, barulah dibalut pada tempat yang bengkak, terseliuh ataupun salah urat tersebut.

"Sebaik-baiknya balutlah tempat yang terseliuh atau bengkak tadi sehingga hilang rasa sakit ataupun bengkak," ujarnya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Pokok ekor anjing rawat demam panas

Post  along Wed Jul 29, 2009 1:06 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Ekor10


Banyak nama tumbuhan herba yang ada disekeliling kita bukan sahaja ganjil bahkan melucukan apabila mendengar namanya.

Salah satunya ialah pokok ekor anjing atau nama botaninya Plantago major.

Mungkin nama itu diberi kerana tumbuhan jenis rumpai ini memiliki batang yang menjulang ke langit. Ia bergerak kiri kanan bila ditiup angin bagaikan ekor anjing.

Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Intitut Biosains UPM, Tajuddin bin Abdul Manap, pokok ini senang tumbuh dikawasan redup dan berair.

Ia mempunyai saiz daun yang agak panjang, seperti daun pokok sawi.

Bunganya pula akan tumbuh pada batang yang menegak." katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Tajuddin, khasiat pokok ekor anjing dari sudut perubatan herba dikatakan untuk merawat luka, jerawat dan demam panas serta sakit gigi.

"Bagi merawat demem panas, ambil beberapa batang pokok ekor anjing dan bersihkan sebelum ia direbus sehingga mendidih.

Bila sudah suam, minulah perlahan-lahan. Amalkannya sehingga rasa panas itu berkurangan," katanya.

Air rebusan itu juga boleh digunakan untuk mencuci luka dan mata yang sakit.

Sering juga digunakan sebagai air kumuran untuk meredakan kesakitan gigi atau gusi yang bengkak.

"Untuk mengubat jerawat pula, daun ekor anjing yang sudah ditumbuk lumat disapukan pada bahagian muka yang ada jerawat.

Seelok-eloknya amalan ini dilakukan sebelum kita tidur," katnya lagi.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Buah keradang untuk awet muda

Post  along Wed Jul 29, 2009 1:08 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Kerada10


Ulam mahupun sayuran sebenarnya tidak hanya tertumpu daripada jenis tumbuhan renek atau melata diatas tanah atu memanjat.

Ada sesetengahnya terdiri daripada jenis tumbuhan yang sesuai dijadikan tempat teduhan, mempunyai buah dan warna daun yang menarik.

Contohnya ialah POKOK KERADANG yang tumbuh rimbun dan sesuai dijadikan tempat teduhan. Pokok ini mempunyai buah berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat bila sudah matang.

Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Intitut Biosains UPM, Tajuddin bin Abdul Manap, pokok keradang atau nama botaninya carissa carandas, bukan sahaja cantik tetapi mempunyai khasiayt dari segi kesihatan diri.

"Kalau ia berbuah lebat, pokok keradang ini kelihatan cantik kerana rimbunan hijau daun-daunnya bercampur dengan buahnya berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat.

Ini ditambah pula bunganya yang berwarna putih pecah lima," kata beliau ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut beliau sesetengah masyarakat Melayu percaya pokok yang sederhana tinggi dan berdaun keras serta batangnya berduru keras ini mempunyai khasiat untuk awet muda.

Biasanya buah keradang yang sudah matang dimakan bersama ulam atau sayuran yang lain.

Namun begitu, buahnya yang sudah matang (warna ungu gelap pekat) itu bergetah bnila dipetik.

Sebab itulah, sebelum dicampur didalam mana-mana sayuran, ia harus direbus sehingga memdidih terlebih dahulu.

"Mungkin kaedah itu adalah untuk menghilangkan keracunan getah yang ada pada buahnya itu. Rasanya agak kelat. Tapi berdasarkan pengakuan beberapa pegamal perubatan tradisional, ia dikatakan boleh membantu meningkatkan kesihatan diri," katanya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Belimbing tanah cegah darah tinggi

Post  along Wed Jul 29, 2009 1:10 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Belimb12


POKOK BELIMBING TANAH adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh secara meliar di kawasan lembah, tanah lembab atau berlumut dan kaewasan lapang.

Tumbuhan uyang dalam botninya dikenali sebagai Averrhoa Spp ini adalah sejenis pokok yang bersaiz kecil dan mempunyai batang berwarna hijau.

Akarnya pula jenis serabut, daunnya bercabang tiga dan bunganya berwarna ungu keputihan.

Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genitik Tumbuhan, Institut Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap, tumbuhan ini mempunyai khasiat dalam mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

"Berdasarkan pengakuan pengamal perunbatan tradisional, tumbuhan ini dikatakan sesuai untuk mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, pokok ini tidak boleh dianggap sebagai penawar untuk menyembuhkan dua jenis penyakit tersebut kerana fungsinya lebih kepada pencegahan. Ini bererti, khasiat pokok ini hanya berkesan apabila penggunaannya diamalkan selalu.

"Berdasarkan pengamal perubatan tradisional, khasiatnya berkesan jika kita menjadikannya sebagai amalan dalam penjagaan kesihatan diri," katanya.

Bagi menghidari penyakit kencing manis,Tajuddin menjelaskan, daun belimbing tanah ini direbus sehingga mendidih dan bila sudah suam, tapiskan air sebelum diminum.

"Buahnya pula jika kita makan, rasannya agak masam tetapi dikatakan cukup sesuai untuk mencegah penyakit darah tinggi," katanya.

Tajuddin berkata, jika kaedah ini diamalkan selalu, insya-Allah kedua-dua jenis penyakit itu dapat dijauhkan.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Delima ubati sakit mata

Post  along Wed Jul 29, 2009 1:11 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Delima10


SELAIN pokok bunga atau sayuran, pokok buah-buahan turut dijadikan perhiasan di halaman rumah.

Tidak kira pokok itu bersaiz besar ataupun kecil, ia tidak penting kerana selain dapat mengeluarkan buah ia juga sesuai dijadikati tempat berteduh.

Namun begltu, ada sesetengeh pokok buah-buahan turut mempunyai khasiat untuk kesihatan diri dan dapat digunakan merawat penyakit tertentu.

Menurut pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, pokok DELIMA dikatakan mempunyai khasiat tersebut.

Pokok itu yang dalam istilah botani dinamakan sebagai Punica granatum dikatakan sesuai untuk merawat batuk biasa, melegakan sakit perut dan mencuci mata.

"Khasiat itu berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional," kata Tajuddin ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, bagi merawat batuk beberapa biji buah delima yang muda dicuci terlebih dahulu sebelum dikisar sehingga lumat.

Setelah itu tapiskan untuk dapatkan airnya sahaja . Minum air itu dan amalkannya untuk beberapa, hari.

"Bunganya yang segar pula sesuai untuk melegakan sakit perut dengan cara merebuskannya sehingga mendidih. Tapiskan untuk dapat airnya. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan," kata Tajuddin.

Air rebusan akar delima yang sudah dibersihkan pula boleh digunakan untuk mencuci mata yang sakit.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Akar mempelas rawat darah tinggi

Post  along Wed Jul 29, 2009 1:13 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Mempel10


AKAR MEMPELAS atau Tetrcera indica mengikut nama botani adalah sejenis tumbuhan menjalar yang biasanya hidup subur pada tumbuhan lain.

Menurut Renjer di Bahagian Tumbuhan Ubatan Herba Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Baharuddin Alias, jika dipotong akarnya yang menjalar itu, tumbuhan herba ini akan mengeluarkan air.

"Airnya itu boleh diminum kecuali jika akar mempelas ini tumbuh pada kawasan tanah atau tumbuhan beracun", katanya.

Akar mempelas sering ditemui dikawasan hutan. Permukaan daunnya agak kasar dan kesat seperti kertas pasir bila pokok sudah tua.

Sebelum ujudnya kertas pasir, masyarakat dahulu sering menggunakan daun akar mempelas untuk melicinkan permukaan kayu ataupun kuku.

Bagaimanapun menurut Baharuddin, tumbuhan ini mempunyai khasiat yang cukup berkesan dalam merawat penyakit darah tinggi.

Katanya, berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional tumpuan khasiatnya terletak kepada daunnya yang matang.

Caranya ialah dengan memungut beberapa helai daun yang sudah matang direbus sehingga mendidih. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan.

"Tapi, rawatan ini lebih sesuai jika dijadikan amalan dalam menu pemakanan harian kita," katanya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Daun lembiaga merawat telinga bernanah.

Post  along Wed Jul 29, 2009 1:15 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Lembia10

PADA kebiasaannya jika tumbuhan herba itu bergetah, manusia sering menggunakannya untuk rawatan luaran sahaja seperti luka atau bisul.

Kita dinasihat supaya mengelak daripada menggunakannya bagi rawatan dalaman kerana tumbuhan yang mengeluarkan getah ini biasanya beracun.

Bagaimanapun, pokok LEMBIAGA agak berlainan sedikit. Walaupun tumbuhan ini mengeluarkan getah jika dipatahkan dahan atau daunnya, tetapi getahnya tidak beracun.

Menurut pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM, Tajuddin Manap, ada spesies kupu-kupu (ulat) yang boleh hidup pada daun lembiaga.

Katanya, spesies ulat itu boleh membina sarang dan membiak dengan segar pada tumbuhan itu yang dalam istilah botani dinamakan sebagai Calotropis gigantea.

"Bagaimana ulat boleh hidup dan membiak dengan segar pada pokok itu memang menghairankan," akui beliau ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Menurut Tajuddin, berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional, tumbuhan itu yang sering ditemui di kawasan berpasir boleh merawat beberapa jenis penyakit.

Getah yang dihasilkannya dikatakan sesuai untuk merawat telinga bernanah, sakit gigi dan resdung.

"Bagi telinga yang bernanah caranya adalah dengan mengambil sehelai daun dan dilayurkan atas api.

Setelah permukaan daun itu agak basah, perahkan air dan daun itu ke dalam telinga yang bernanah," katanya.

Untuk sakit gigi pula, patahkan mana-mana dahan atau daun pokok lembiaga untuk mendapatkan getahnya dan sapu atau titiskan getah itu ke tempat gigi yang sakit.

"Untuk penyakit resdung pula, kalau mengikut pengamalnya adalah dengan membakar beberapa helai daun yang telah dikeringkan.

Hidu asap itu. Semasa menghidu asapnya, hidung kita terasa perit dan akan mengeluarkan lendir. Amalkannya sehingga kita terasa lega," katanya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Daun Lakum merawat ibu selepas bersalin

Post  along Wed Jul 29, 2009 1:17 pm

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Lakum10


POKOK LAKUM yang kadang-kadang dikenali sebagai ubi kertas adalha sejenis tumbuhan yang kaya khasiatnya dalam perubatan herba.

Biasanya permukaan bahagian bawah daunnya yang muda berwarna putih melepak dan bila sudah tua ia bertukar menjadi coklat.

Tumbuhan yang mempunyai daun yang bergerigi di bahagian tepi ini adalah sejenis tumbuhan yang memanjat dan menjalar.

Menurut Renjer di Bahagian Tumbuhan Ubatan Herba Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Baharuddin Alias, pokok yang dalam botaninya dikenali sebagai Vitis diffusa ini mempunyai khasiat yang baik.

Berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan herba, tumpuan khasiat pokok ini tertumpu pada daun dan ubinya.

"Lakum sesuai untuk perempuan selepas bersalin dan kanak-kanak yang mengalami bisul atau kudis yang tidak mempunyai mata," katanya.

Bagi rawatan perempuan selepas bersalin, ambil beberapa helai daun pokok lakum yang telah dikeringkan dan rebus daun itu sehingga mendidih.

Bila sudah suam, minulah air rebusan itu perlahan-lahan dan amalkan pada waktu pagi setiap hari.

"Tapi daun lakum hendaklah dikeringkan dalam rumah dan bukannya di bawah cahaya matahari," kata Baharuddin.

Untuk penyakit kudis atau bisul yang tidak bermata pula, cara rawatanya adalah dengan mengambil seulas ubi pokok lakum yang telah dikeringkan dan asah ubi itu.

Kemudian celup dalam air dan sapu di tempat yang terkena bisul atau kudis tersebut sehingga sembuh, katanya.
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Re: HERBA DAN ULAMAN

Post  J.Milan22 Wed Jul 29, 2009 3:47 pm

ikan pekasam xder ke long..wakakakaka Rolling Eyes Rolling Eyes
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Re: HERBA DAN ULAMAN

Post  along Wed Jul 29, 2009 3:50 pm

J.Milan22 wrote:ikan pekasam xder ke long..wakakakaka Rolling Eyes Rolling Eyes


keh tak pg cari ikan jd tkde la ikan pekasam....
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Re: HERBA DAN ULAMAN

Post  J.Milan22 Wed Jul 29, 2009 3:56 pm

along wrote:
J.Milan22 wrote:ikan pekasam xder ke long..wakakakaka Rolling Eyes Rolling Eyes


keh tak pg cari ikan jd tkde la ikan pekasam....

makan ulam ngan ikan pekasam la behh...
cube aok cari khasiat ikan pekasam...
J.Milan22
J.Milan22
EXCO

Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....

Back to top Go down

HERBA DAN ULAMAN - Page 3 Empty Re: HERBA DAN ULAMAN

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 3 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum