Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Maran l Kasih lama bertaut kembali
5 posters
Page 1 of 1
Maran l Kasih lama bertaut kembali
sumber : Sinar Harian
JENGKA 3 – Rahmat Ramadan menyatukan dua pasangan yang terpisah lebih 40 tahun lalu setelah masing-masing mendirikan rumah tangga sebelum bertemu kembali seterusnya mengambil keputusan untuk bersatu.
Pasangan pengantin warga emas, Ku Majid Ku Putih, 67, dengan Sepiah Char, 63, disatukan Jurunikah, Muhamad Ghani di Surau Blok 6, Peringkat 1, Jengka 3 dan merupakan pasangan pertama melangsungkan perkahwinan di surau baru tersebut.
“Dengan restu anak-anak, saya melangsungkan pernikahan kedua setelah kematian suami lebih 15 tahun lalu. Ramadan tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana kini ada teman berbuka dan bersahur.
“Saya tinggal berseorangan. Walaupun anak sering menjenguk setiap minggu namun tidak sama seperti orang yang menjaga kita seharian,” katanya.
Menurutnya, dirinya gembira kerana kelima-lima anak hasil perkahwinan dahulu turut merestui dan berharap supaya mereka sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang baru dibinanya itu.
Manakala, bagi Ku Majid pula, perkahwinan itu merupakan perkahwinannya yang ketiga setelah dua kali kematian isteri di mana isteri keduanya meninggal pada Januari lalu.
“Saya menetap berseorangan di Felda Lepar Hilir 1, anak-anak sering menjenguk pada setiap minggu namun tidak sama seperti isteri yang sentiasa menemani ketika sihat atau sakit.
“Kami terpisah lebih 40 tahun lalu setelah masing-masing mempunyai hala tuju sendiri namun perhubungan kembali dijalin sejak Jun lalu ketika saya menghubunginya untuk bertanya khabar,” katanya.
Ku Majid berkata, perkenalan dengan isterinya itu bermula sejak lebih 40 tahun lalu di kampungnya yang terletak di Kuala Wau, Maran. Dia dapat menghubungi Sepiah Char kembali hasil pertolongan keluarganya yang masih menetap di sana.
“Kini kehidupan berbeza di mana kami akan bergilir-gilir tinggal di Jengka 3 dan Felda Lepar Hilir 1 untuk meninjau keadaan rumah serta empat anak saya hasil perkahwinan dahulu.
“Alhamdulillah, mereka merestui malah mengharapkan kebahagiaan saya bersama keluarga baru. Tiada yang lebih penting kepada saya melainkan mempunyai teman untuk beribadat selain dapat saling menjaga ketika sakit atau demam,” katanya kepada Sinar Harian.

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Maran l Kasih lama bertaut kembali
Alhamdullillah....
Klu dah jodoh tk kemana..
Klu dah jodoh tk kemana..
OTAIkutai- COACH
- Posts : 92
Points : 96
Join date : 17/04/2009
Age : 62
Re: Maran l Kasih lama bertaut kembali
OTAIkutai wrote:Alhamdullillah....
Klu dah jodoh tk kemana..
betul....
p/s - Bang tadi dalam pukul 10.30an ada eksiden [ mati ] di traffic light nok ke Pinggiran Subang tu...lori gelek motor...Takziah la...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Maran l Kasih lama bertaut kembali
hurm hurmm.....umur 60 plus pun ada gok jodoh...lawan tokey betul pakcik dan makcik tu ek...apa2pun tahniah la kt diaorang.....(kawe ntoh bile )
tun_teja- Posts : 18
Points : 21
Join date : 16/08/2010
Location : Bandar Baru Bangi
Re: Maran l Kasih lama bertaut kembali
OTAIkutai wrote:Alhamdullillah....
Klu dah jodoh tk kemana..
x kan lari gunung di kejar...
hilang kabus tampak lah ia,..
lepat_ubi- A.D.O
- Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04
Similar topics
» Cerita Orang Maran Dan Bandar Maran - Bandar Ayam Kampung
» FORMULA 1 (F1)
» MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
» Fesyen Lama Dibarukan
» Gambar lama Pahang
» FORMULA 1 (F1)
» MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
» Fesyen Lama Dibarukan
» Gambar lama Pahang
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum