Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Statistik jerantut

2 posters

Go down

Statistik jerantut Empty Statistik jerantut

Post  along Wed Jun 17, 2009 6:03 pm

Statistik kawasan
Permandangan di kawasan Pekan Jerantut

Daerah Jerantut merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu persegi (755,771.93 Hektar). Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK. Sebahagian daripada kawasan-kawasan FELDA dan Kampung Tradisional adalah termasuk dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) iaitu kawasan-kawasan seberang Sungai Pahang dan Sungai Tembeling (daripada sempadan Temerloh/Mukim Burau hingga ke Kg. Merting di Mukim Tembeling).

Majlis Daerah Jerantut telah diwartakan pada 18hb. Februari 1982 melalui No. Warta P.W. No.65 dan dikuatkuasakan bermula pada 1hb. Mac 1982 bagi menggantikan Lembaga Bandaran Jerantut yang telah ditubuhkan pada 1hb. Julai 1960 mengikut warta kerajaan Bil. 230/60 di bawah Enakmen Lembaga Bandaran FMS Cap. 137. Penubuhan Majlis Daerah Jerantut ini telah mengubah kawasan pentadbiran sedia ada Lembaga Bandaran Jerantut dimana kawasan-kawasan baru yang berpotensi dan mempunyai penduduk yang ramai telah dimasukkan. Diantara kawasan yang dimasukkan adalah :-

1. Kawasan sekitar Bandar Jerantut hingga ke Jerantut Feri.

1. Kawasan ½ batu jalan menghala ke Temerloh sehingga sempadan Jerantut/Temerloh.

1. Kawasan ½ batu dari Jerantut Feri menghala ke Sungai Siam.

1. Kawasan ½ batu Jalan Simpang Pulau Tawar ke Bukit Nikmat Utara.

1. Jalan Kuala Teh ke Kuala Tembeling/Sempadan Lipis.

1. Jalan ½ batu, Batu 1 Jalan Benta hingga ke Sempadan Lipis.

1. Jalan Simpang Damak ke Ulu Cheka.

Majlis Daerah merangkumi kawasan seluas 120.09 km persegi iaitu hanya 1.59 peratus dari keluasan keseluruhan Daerah Jerantut. Keluasan keseluruhan adalah 7,563.46 km persegi. Daripada jumlah itu, 29.88 km persegi telah diwartakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seksyen 127, seksyen 128 dan seksyen 163 sebagai kawasan operasi.

Majlis Daerah merangkumi kawasan seluas 120.09 km persegi iaitu hanya 1.59 peratus dari keluasan keseluruhan Daerah Jerantut. Keluasan keseluruhan adalah 7,563.46 km persegi. Daripada jumlah itu, 29.88 km persegi telah diwartakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seksyen 127, seksyen 128 dan seksyen 163 sebagai kawasan operasi. Manakala selebihnya iaitu 90.21 km persegi telah diwartakan sebagai kawasan kawalan. Pihak Majlis Daerah Jerantut telah mengenakan cukai serta memberi perkhidmatan perbandaran di kawasan-kawasan operasi. Kawasan-kawasan yang selebihnya tidak diberi perkhidmatan perbandaran tetapi dikawal dari segi pembangunan

Tempat perlancongan dan rekreasi

Jerantut menjadi pintu masuk kepada Taman Negara, taman nasional pertama di Malaysia. Terdapat sebuah taman semulajadi yang berhampiran boleh dikunjungi oleh pengunjung iaitu Taman Rimba Kenong.

Gua Kota Gelanggi terletak kira-kira 25 kilometer dari timur Jerantut. Kebanyakan gua-gua ini merupakan tapak arkeologi, tetapi beberapa gua kini telah dibuka kepada orang awam. Selain gua, tarikan pelancongan lain ialah Air Terjun Lata Meraung, Petempatan Orang Asli, Gunung Tahan, Gunung Benom, dan Pusat Penyelidikan Raffle

Kampung

1. Mukim Pulau Tawar
2. Mukim Ulu Tembeling
3. Mukim Kuala Tembeling
4. Mukim Teh
5. Mukim Damak
6. Mukim Pedah
7. Mukim Ulu Cheka
8. Mukim Burau
9. FELDA Kota Gelanggi 1
10. FELDA Kota Gelanggi 2
11. FELDA Kota Gelanggi 3
12. FELDA Kota Gelanggi 4
13. FELDA Algicalture Kota Gelanggi 5&6

Pendidikan

Sekolah rendah

1. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Jerantut
2. Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut [1]
3. Sekolah Kebangsaan Perian
4. Sekolah Kebangsaan Pulau Tawar
5. Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok
6. Sekolah Kebangsaan Bukit Nikmat
7. Sekolah Kebangsaan Temin
8. Sekolah Kebangsaan Jerantut
9. Sekolah Kebangsaan Damak
10. Sekolah Kebangsaan Pawang Nong, Hulu Cheka
11. Sekolah Kebangsaan Felda Padang Piol
12. Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Retang
13. Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan [2]
14. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Damak
15. Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Tekam Utara & Sungai Tekam Getah
16. Sekolah Kebangsaan Kota Gelanggi (1,2 & 3)
17. Sekolah Kebangsaan Pedah
18. Sekolah Kebangsaan Bukit Dinding

Sekolah menengah

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut.
2. Sekolah Menengah Padang Saujana
3. Sekolah Menengah Temin [3]
4. Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar
5. Sekolah Menengah Pulau Tawar
6. Sekolah Menengah Kebangsaan Damak
7. Sekolah Menengah Inderapura
8. Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Afzan (TAHAP)
9. Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Padang Piol
10. Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sungai Retang
11. Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Tahan
12. Sekolah Menengah Kota Gelanggi 2

Loghat daerah Jerantut

Memandangkan Daerah Jerantut adalah sebuah daerah yang terbesar di Negeri Pahang maka terdapat banyak loghat daerah mengikut sesuatu kawasan. Di sebelah perkampungan Kampung Baru sehinggalah ke perkampungan Ulu Cheka loghatnya adalah sama dengan sebelah Kuala Lipis yang agak meleret dan perlahan tetapi di sebelah Kuala Tembeling sehinggalah ke perkampungan Kampung Bantal di Ulu Tembeling merangkumi Kuala Tahan / Taman Negara loghatnya sudah berbeza yang lebih laju pertuturannya dan agak sukar untuk difahami.

Berikut merupakan senarai loghat daerah Jerantut

PERKATAAN = MAKNANYA

1. Kash / Kaweh = Saya / aku
2. Awok / Di = Awak
3. Pedo'oh = Tipu / Bohong
4. Bobok = Tipu / Bohong
5. Pepalih = Terlebih / terlalu
6. Habat = Pengotor
7. Mat nya = Kenapa nya
8. Kek nya = Tetapi
9. Berambi = Senonoh / berhati-hati
10. Berlimbor = Jalan berdua-dua / jalan bersebelahan
11. Kerayai = Takut / cemas / bimbang
12. Rodong = Kawan / teman
13. Linyar = Permukaan yang licin
14. Hampuras/Hampas = Tak berguna langsung
15. Meretoh = Tidur
16. Gampang = Kata makian / kata cacian
17. Garas = Perihal mencuci dengan menggunakan berus
18. Pungkor/Reba = Semak-samun / juga digunakan untuk menggantikan perkataan bohong / tipu
19. Pandir = Bodoh
20. Berjejet = Peluh yang mencurah-curah / basah kuyup
21. Gedik = Ditujukan kepada perempuan yang gatal
22. Mantol = Pening-pening
23. Pepoh = Pukul,hentam
24. Tutuh = Perbuatan mencantas dahan, dan juga "biarkan"
25. mentekedaghoh = makan
26. deme = korang
27. sapai = habis
28. hamlor = riang
29. ghobe = terlalu/teruk
30. nyonyeh = basah lenjut
31. lodek = lumpur
32. konyo = riak wajah
33. lantak = biar
34. lopok = bekas untuk menyimpan sesuatu cth. lopok pensil
along
along
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 36
Location : jerantut - wangsa maju

Back to top Go down

Statistik jerantut Empty Re: Statistik jerantut

Post  zulkbo Sat Jul 25, 2009 2:40 am

saya pernah berkhemah di gua kota gelanggi sekitar tahun 1987 duku,cantikkk bro...tak tau la macam mana sekarang yek Rolling Eyes
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum