Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Dulu kontraktor kini petani
2 posters
Page 1 of 1
Dulu kontraktor kini petani
Uploaded with ImageShack.us
font=Comic Sans Ms]ABDUL Khalid Md. Adam (kanan) dan rakan-rakannya menunjukkan cili segar yang diusahakan di bawah Projek Champion di Kuala Medang, Jerantut, baru-baru ini. [/font]
JERANTUT 19 Mei - Menurut kata-kata orang bijak pandai, sesuatu musibah yang menimpa itu mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Mungkin kata-kata hikmat itu amat tepat ditujukan kepada seorang bekas kontraktor binaan yang kini berjaya dalam bidang pertanian.
Bagi Abdul Khalid Md. Adam, 50, dari Kuala Medang dekat sini, dia tidak menyesal sama sekali apabila meninggalkan kerjayanya sebagai kontraktor binaan.
Malah, beliau sendiri tidak menyangka keputusannya untuk berbudi kepada tanah tidak sia-sia.
Cintanya kepada tanah juga mendorongnya menceburkan diri dalam tanaman cili malah perubahan itu mencipta peluang baginya memperoleh pendapatan yang lebih lumayan berbanding ketika menjadi kontraktor.
Abd. Khalid yang berdepan dengan masalah dalam bidang kontraktor binaan sewaktu ekonomi negara tidak menentu tahun lalu, kini mampu menarik nafas lega kerana bidang baru yang diceburinya menjanjikan pendapatan yang lumayan.
Malah, beliau berazam untuk memperkembangkan lagi projek pertanian komersial di tanah terbiar kampung berkenaan.
Ketika buntu dengan masalah yang dihadapinya semasa menjadi kontraktor, beliau bersama dua orang rakannya yang merupakan adik-beradik, Rosdi Salleh, 43, dan Rosli Salleh, 48, menyertai Projek Champion dan Program Pembasmian Kemiskinan Daerah Lipis dengan mengusahakan projek pengeluaran cili bermutu tinggi untuk pasaran luar.
Menurut Abd. Khalid, Projek Champion yang diluluskan Pejabat Pembangunan Persekutuan pada Oktober tahun lalu sentiasa mendapat kerjasama dan pemantauan Pejabat Daerah Lipis, Pejabat Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Penghulu Mukim Hulu Jelai, Mohd. Razaki Abd. Razak.
Malah, pembabitan mereka bertiga juga memberi sinar baru kepada enam penduduk miskin tegar di bawah program e-Kasih di Kuala Medang untuk memperoleh pendapatan selepas diambil bekerja dalam projek berkenaan.
Abd. Khalid memberitahu, projek tanaman cili atau dikenali benih ''Chilly King" diusahakan di tanah terbiar seluas satu setengah hektar milik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Medang melibatkan sebanyak 8,000 batang pokok cili sejak Januari lalu.
Pada peringkat awal projek itu, jelas beliau, usaha mereka mendapat galakan dan bantuan kerajaan negeri yang memperuntukkan sebanyak RM60,000 yang disalurkan melalui Pejabat Daerah Lipis.
''Saya bersyukur dan menarik nafas lega apabila menyertai projek ini selepas bergelut dengan kesukaran ketika menjadi kontraktor binaan dahulu.
''Saya menikmati hasil pengeluaran pertama pada Mac lalu apabila sebanyak 10 tan cili dihasilkan dengan anggaran jualan sebanyak RM20,000.
''Dijangka saya mampu memperoleh hasil sebanyak 30 tan lagi menjelang akhir bulan depan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Usaha tersebut, jelas Abd. Khalid, bukan titik peluh beliau bersendirian tetapi bersama kegigihan dan kemahiran dua lagi rakannya, Rosdi dan Rosli yang sebelum ini pernah mengusahakan projek tanaman pertanian komersial di Kuala Medang.
Rosdi berkata, projek tanaman cili menggunakan kaedah fertigasi yang diusahakan di tanah milik JKKK Kuala Medang dengan menggunakan baja khas dijangka mampu memberi hasil lumayan kira-kira 30 tan tidak lama lagi.
''Kami menjangkakan pendapatan kasar boleh mencapai RM90,000 menjelang bulan depan menerusi teknik fertigasi tetapi ia memerlukan penjagaan dan pemantauan yang bersungguh-sungguh.
''Mujurlah, ada enam penduduk miskin tegar di bawah projek e-Kasih sanggup bekerja dan membantu kami menguruskan ladang ini memandangkan dalam tempoh ini banyak buah cili boleh dipetik sehingga satu tan sehari untuk terus dipasarkan," katanya.
Rosdi berkata, mereka melaksanakan sistem kerja secara bersistematik supaya perjalanan penyelenggaraan projek iaitu penjagaan tanaman, pengeluaran hasil dan pasaran tidak terbantut.
''Pemantauan pekerja dan penjagaan tanaman harus diperhatikan bagi mendapatkan mutu cili yang tinggi dan terjamin di pasaran," jelasnya.
Rosli pula berkata, menerusi perjanjian perladangan kontrak dengan FAMA Jerantut, mereka tidak mengalami masalah pasaran kerana agensi berkenaan akan datang mengambil cili untuk dipasarkan apabila tiba masanya.
''FAMA mengambil hasil cili dengan harga antara RM5 hingga RM6 sekilogram atau mengikut harga semasa untuk dijual di pasar tani negeri ini dan ke Lembah Klang.
''Jika dijual di pasaran terbuka secara runcit, harganya antara RM3.80 hingga RM4 sekilogram," katanya.
Selain itu, Rosli berkata, mereka juga menanam timun dan labu menerusi kaedah fertigasi yang juga akan dipasarkan mulai bulan depan.
''Projek ini secara tidak langsung dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk miskin di Kuala Medang dan juga Orang Asli dari Kampung Kuala Serau dan Kampung Senderut selain peserta e-Kasih yang bekerja mengambil upah memetik cili di ladang ini.
''Para pekerja ini dibayar upah sebanyak RM4 sejam dan purata pendapatan mereka dalam tempoh 20 hari bekerja manakala penduduk miskin tegar di bawah e-Kasih memperoleh sebanyak RM500 sebulan," katanya.
Sementara itu, menurut Mohd. Razaki, Projek Champion ''Chilly King" Kuala Medang, Hulu Jelai merupakan projek serampang dua mata, iaitu menggalakkan penduduk mengusahakan tanah terbiar dengan pertanian komersial.
Projek berkenaan juga, katanya, turut membantu enam penduduk miskin termasuk Orang Asli di kampung berdekatan menambah pendapatan menerusi pekerjaan mengambil upah menyelenggarakan tanaman dan memetik cili.
''Hasilnya, seramai enam orang penduduk miskin berkenaan termasuk Orang Asli dibayar upah sebanyak RM500 dalam tempoh 20 hari bekerja mulai pukul 8 pagi hingga 4 petang setiap hari," katanya.
Beliau berkata, Pejabat Daerah Lipis sentiasa mengalu-alukan pengusaha terutama belia yang berminat untuk menceburi bidang pertanian dan keusahawan tani kerana ia boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepada mereka.
Mohd. Razaki berkata, usaha itu sekali gus dapat memberi peluang penduduk miskin menambah pendapatan dengan bekerja di ladang.
Pada masa sama tambah beliau, ia dapat melatih mereka berdikari menerusi teknik dan pengurusan tanaman supaya dapat melaksanakan projek di tanah terbiar di tempat lain.
''Lihat sahaja tiga orang pengusaha di kampung ini yang merintis tanaman cili kaedah fertigasi, mereka membuktikan anak kampung juga boleh berjaya dengan titik peluh sendiri.
''Malah, mereka turut membantu Program Inap Desa Kuala Merdang yang sentiasa menjadi tumpuan jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pelawat luar untuk melihat kemajuan pertanian dan pelancongan di sini," katanya.
Beliau menambah, Pejabat Daerah Lipis sedang berbincang dengan tiga pengusaha terbabit untuk merancang projek pertanian komersial lain khususnya membangunkan industri kecil pengeluaran makanan berasaskan sumber kampung.
along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Similar topics
» Duit Belanja Sekolah Dulu Dulu
» Gambar lama Pahang
» kini PCC : www.PahangCommunity.com
» PCC Kini Dah Ada CHAT BOX..Tahniah..
» Dulu Tak Der Handphone..Tak per jer..Sekarang..??
» Gambar lama Pahang
» kini PCC : www.PahangCommunity.com
» PCC Kini Dah Ada CHAT BOX..Tahniah..
» Dulu Tak Der Handphone..Tak per jer..Sekarang..??
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum