Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Lebih banyak tapak pasar tani dibuka di Pahang
Page 1 of 1

JERANTUT 19 Mei - Kerajaan Pahang merancang untuk membuka lebih banyak tapak pasar tani di negeri ini bagi menggalakkan petani dan golongan miskin menyertai bidang perniagaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, kerajaan sentiasa menyokong usaha Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi melahirkan lebih ramai usahawan tani menerusi pembukaan tapak pasar tani.
Selain meningkatkan taraf hidup petani, kata beliau, pasar tani memberi pilihan dan kemudahan kepada orang ramai mendapatkan bekalan bahan makanan segar yang berkualiti dan murah.
''Adalah menjadi matlamat kerajaan untuk menggalakkan rakyat menceburi bidang perniagaan secara serius kerana bidang tersebut boleh memberi sumber pendapatan lumayan.
''Kerajaan bukan sahaja menyediakan tapak untuk pasar tani, malah, akan menyediakan pelbagai kemudahan berkaitan kepada mereka terutama penjaja dan peniaga kecil yang menjalankan perniagaan di pasar berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan 25 tahun pasar tani peringkat negeri di Kompleks Pasar Tani Kekal (PTK) Jerantut semalam.
Turut hadir, Pengerusi FAMA, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin dan Pengarah FAMA negeri, Menon Jali.
Menurut Tan Mohd. Aminuddin, sehingga kini, terdapat 35 pasar tani di seluruh negeri melibatkan 1,500 peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Sehingga akhir bulan lalu, jelasnya, nilai jualan di pasar tani seluruh negeri mencecah hampir RM44 juta manakala hasil jualan sepanjang tahun lalu di 32 buah pasar tani bernilai RM32.05 juta.

along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Similar topics
» Pasar Besar Jerantut setanding Pasar Siti Khadijah
» Maran l Gempar: Peniaga pasar tani Jengka temui bom tangan
» Sejarah Pahang lebih Tua Dari Melaka (Sambungan)
» Jersi Pahang Home 2010 l Lotto : Dibuka untuk tempahan
» Jersi Pahang Home 2010 l Lotto : Dibuka untuk tempahan kedua

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum