Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Kuala Lipis l Dari pekan koboi ke bandar transit

2 posters

Go down

Kuala Lipis l Dari pekan koboi ke bandar transit Empty Kuala Lipis l Dari pekan koboi ke bandar transit

Post  Deto_8 Thu May 06, 2010 12:12 pm

SUNGAI KOYAN - Dahulu kawasan ini hanya dikenali sebagai pekan koboi sahaja, namun dari setahun ke setahun Sungai Koyan menjadi semakin maju dan tidak mustahil lima tahun akan datang kawasan ini akan menjadi pekan yang membangun seperti bandar Raub.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan ini mendapati banyak perubahan berlaku dari segi infrastruktur dan kemudahan asas yang disediakan oleh pemimpin setempat.

Tidak keterlaluan sekiranya penulis memberi sedikit pujian dengan suasana kawasan yang kemas dan tersusun serta pelbagai kemudahan yang ada bagi memudahkan penduduk setempat melakukan urusan.

Pelbagai infrastruktur disediakan

Bagi peneroka di kawasan berkenaan, Ahmad Mat Dawi, 67, berkata tidak mustahil dalam tempoh lima hingga 10 tahun Felda Sungai Koyan akan menjadi lebih maju dan segala kelengkapan bagi kemudahan penduduk akan dapat disediakan.

“Saya tinggal di kawasan ini sejak tahun 1971 dan saya serta penduduk di sini dapat lihat perkembangan yang wujud sedikit demi sedikit.

“Cuma yang kurang sekarang adalah dari segi kemudahan mesin pengeluaran wang (ATM) dan saya berharap agar pihak berkaitan dapat menyediakannya di kawasan ini bagi memudahkan orang ramai mengeluarkan wang tanpa perlu ke bandar Raub atau Lipis,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini baru-baru ini.

Bagi seorang pemandu bas, Borhan Sidek, 44, kawasan berkenaan menyediakan kemudahan bas ekspres dari Terminal Sungai Koyan ke Hentian Pekeliling, Kuala Lumpur sejak tahun 2007 dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

“Kami beroperasi membawa penumpang ke Kuala Lumpur tiga kali sehari iaitu pada jam 8.15 pagi, 1.30 tengah hari dan 3.30 petang.

“Sebelum ini sekiranya penduduk di sini mahu pergi ke Kuala Lumpur mereka terpaksa pergi ke bandar Raub yang mengambil masa kira-kira satu jam perjalanan,” katanya.

Borhan berkata, dengan adanya operasi bas ekspres ini memudahkan terutama penduduk Felda Sungai Koyan dan Felda Tersang untuk pergi ke Kuala Lumpur sekali gus dapat menjimatkan perbelanjaan dan masa mereka.

Pasar malam gamit pengunjung

Pembantu tadbir Pejabat Felda Sungai Koyan 1, Isahak Jinal berkata, salah satu keistimewaan yang ada di kawasan ini ialah pasar malam yang diadakan pada setiap malam Rabu dari jam 12 tengah hari, hari Rabu hingga 12 tengah hari, hari Khamis.

“Pasar malam ini diadakan sejak 10 tahun yang lalu yang mampu menggamit penduduk di sekitar Mukim Jelai dan kawasan sekitar seperti Felda Tersang.

“Pasar malam ini juga antara pasar malam yang terbesar di daerah Lipis dan ramai pengunjung yang tertarik untuk berkunjung serta membeli barangan yang adijual di sini,” katanya.

Rancang bandar transit Kuala Lumpur-Kelantan

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perancangan bagi membangunkan kawasan berkenaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memberi keselesaan kepada penduduk setempat.

“Jika dilihat pelbagai bentuk kemudahan disediakan seperti Pejabat Komuniti ADUN, deretan kedai Mara, stesen minyak Petronasa dan Mobil, hentian bas ekspres, pejabat pos, pasar basah dan sebagainya.

“Kami juga merancang untuk menjadikan kawasan ini sebagai bandar transit Kuala Lumpur-Kelantan bagi memudahkan orang ramai yang ingin pulang ke pantai timur mendapatkan segala kemudahan yang ada di sini,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, berkata, pada Julai ini, jalan baru dari Sungai Koyan ke Cameron Highlands akan dibuka dan ini memberi peluang untuk kawasan berkenaan terus meningkat maju.

“Dengan pembukaan jalan baru berkenaan secara tidak langsung dapat membantu penduduk di kawasan ini meningkatkan taraf ekonomi mereka kerana masyarakat luar akan datang singgah ke kawasan ini sebelum meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands.

“Saya juga sedang berbincang dengan pihak pengurusan stesen minyak Petronas di Sungai Koyan 3 untuk menyediakan mesin ATM bagi memudahkan penduduk mengeluarkan wang dan saya berharap agar perkara ini dapat dipercepatkan,” katanya.

Wan Rosdy berkata, adalah diharapkan agar penduduk setempat dapat terus memberi kerjasama dan sokongan kepada pemimpin dalam menyediakan kemudahan yang ada sekali gus membantu membangunkan kawasan berkenaan untuk menjadikan kawasan berkenaan sebuah bandar satu hari nanti.
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Kuala Lipis l Dari pekan koboi ke bandar transit Empty Re: Kuala Lipis l Dari pekan koboi ke bandar transit

Post  RAFtegang Thu May 06, 2010 12:18 pm

Baru pegi lipis Ahad baru ni.....dah ada bandar baru Lipis sekarang ni. Tapi kenapa Ahad bandar ni mati ek....kedai semua tutup, nak breakfast pun 5,6 kali pusing town takde kedai bukak. Orang pun jumpa seminit sorang.....Ingat ada pasar minggu pagi...rupa2nya ada start petang pulak....lepas tu terus pusing balik la gi Raub...
RAFtegang
RAFtegang
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 744
Points : 761
Join date : 07/10/2009
Age : 52
Location : KOLUMPO je..alaaa depan Carrefour Cheras...

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum