Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Bera l Ambulan nazak 'seksa' penduduk
4 posters
:: PAHANG NEGERIKU :: BERITA DAERAH :: BERA :: BERITA SEMASA & INFO TERKINI
Page 1 of 1
Bera l Ambulan nazak 'seksa' penduduk
BANDAR 32 – Lebih 2,000 orang penduduk menggunakan perkhidmatan rawatan kesihatan di Klinik Kesihatan Bandar 32, dekat sini.:
Namun, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Felda Tementi mendakwa perkhidmatan yang disediakan tidak mampu menampung jumlah penduduk selain keadaan kenderaan ambulan yang ‘nazak’.
Pengerusinya, Ahmad Wok berkata, penduduk mengadu melalui JKKK mengenai perkara itu dan perbincangan juga beberapa kali diadakan bertujuan membaiki kelemahan itu.
“Dalam mesyuarat JKKK juga beberapa kali membincangkan perkara ini. Dengan nisbah seorang doktor dengan jumlah penduduk yang ada, perkhidmatan yang diberikan adalah sangat teruk.:
“Doktor yang ditugaskan juga tidak tinggal di kuarters yang disediakan malah lebih senang di Temerloh yang jaraknya lebih kurang 60 kilometer untuk ke klinik itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad berkata, sekiranya berlaku kecemasan ketiadaan doktor untuk melakukan tugas-tugas yang sewajarnya tidak dapat dijalankan dengan lancar.:
Malah, katanya, mungkin pesakit tidak mendapat kemudahan sepatutnya sekiranya tugas seorang doktor diserahkan kepada pembantu perubatan semata-mata.:
Menurutnya, doktor berkenaan juga tidak bekerja mengikut jadual menyebabkan pesakit atau orang ramai yang datang ke klinik pada waktu siang lebih banyak berurusan dengan pembantu perubatan.
“Selain itu, penduduk juga terpaksa berhadapan dengan masalah ambulan yang ‘nazak’ kerana sering rosak sama ada sebelum membuat atau semasa membuat penghantaran pesakit ke hospital.
“Malah, apabila ambulan sedia ada rosak, pesakit terpaksa menunggu sehingga ambulan lain datang untuk membantu ataupun waris pesakit terpaksa menggunakan kenderaan sendiri,” katanya.
Beliau berkata, seharusnya ambulan itu diganti baru malah bilangannya perlu ditambah sejajar dengan penambahan penduduk di kawasan yang mendapat rawatan di sini.
Difahamkan penduduk bukan sahaja berhadapan dengan masalah itu, tetapi perkhidmatan yang terlalu lembap kerana pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.
Ahmad berkata, keadaan itu menyebabkan mereka lebih senang berurusan dengan klinik swasta berdekatan kediaman mereka.
sumber : Sinar Harian

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Bera l Ambulan nazak 'seksa' penduduk
Teringat hospital jengka..ceritanya hampir sama ..kena tunggu doktor datang dari hosp. Temerloh..
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: Bera l Ambulan nazak 'seksa' penduduk
moga anak bangsa berminat nak jadi doktor dan berkhidmat di tanah tumpah sendiri..tidaklah hanya megejar wang ringgit..berkhidmat di hospital swasta dan luar negara..
Re: Bera l Ambulan nazak 'seksa' penduduk
Begitulah jadinya kalau ada pihak yang tidak perihatin atau bersikap tutup mata. Andaikata ada diantara ahli keluarga mereka yang mengalami keperitannya menghadapi keadaan yang sedemikian, adakah mereka juga akan tetap dengan sikap "tak apa" mereka?..
Bederun- JKK Kampung
- Posts : 160
Points : 171
Join date : 25/03/2010
Age : 48
Location : Jerantut - Sintok - Damansara - Muar
Similar topics
» Bera :: 85 sertai Bera Dirtbike Challenge 2009
» Bera :: Asal Usul Bera
» Betul ke seksa jadi cikgu ni.......
» Penduduk rayu selesai masalah air
» Salam Perkenalan Ahli Baru- Vol 2
» Bera :: Asal Usul Bera
» Betul ke seksa jadi cikgu ni.......
» Penduduk rayu selesai masalah air
» Salam Perkenalan Ahli Baru- Vol 2
:: PAHANG NEGERIKU :: BERITA DAERAH :: BERA :: BERITA SEMASA & INFO TERKINI
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum