Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
LKTP Felda
+4
faisalmik
ozzy
MD
J.Milan22
8 posters
Page 1 of 1
LKTP Felda
topik berkaitan felda n info2nyer...khasnyer tuk anak2 felda n generasi2 seterusnyer..
harap bole kogsi infoo n sebagainyer...
Khamis, Mac 19, 2009
Bertuahnya peneroka Felda sebagai anak emas kerajaan, betul ke ?
Sering kali apabila bercerita berkaitan Felda, maka gambaran yang diperolehi, terutama oleh orang luar felda, bahawa kononya, peneroka ini adalah anak emas kerajaan, kononnya semua kemudahan di sediakan oleh kerajaan .
Tetapi tahukah anda yang di luar felda sana, bahawa kami didalam felda ini, banyak kemudahan yang biasanya diperolehi, terutamanya kepada penduduk di kampung-kampung tradisional, kami tidak memperolehinya .
Sebagai contohnya, jalan-jalan pertanian, jambatan, baja, dan sebagainya, kami terpaksa keluar duit sendiri, melalui potongan yang dilakukan setiap bulan .
Sehingga kini duit kami untuk peruntukan jalan pertanian, bagi sessei sebelum tebang dahulu masih ada RM55,000, apabila dituntut, banyak helahnya, akhirnya kami bosan dan diam .
Kalau dikampung-kampung tradisional, jalan pertanian, kadang-kadang siap bertar, terus masuk jauh kedalam kebun-kebun getah, kelapa sawit dan sebagainya, kami jangankan yang bertar, yang berbatu kapur pun tiada kecuali.................... keluar duit sendiri .
Begitu juga baja, kami tidak pernah menerima baja subsidi, tetapi dikampung-kampung tradisional, baja-baja ini berlambak-lambak, sehingga reput dipangkal tiang rumah .
Apabila perkara ini ditimbulkan didalam mesyuarat JKKK, jawapannya ialah kemudahan ini tidak disediakan kepada masyarakat felda, kononnya didalam felda sudah banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan .....
Masaalahnya percaya atau tidak bahawa kami, khususnya di felda kota gelanggi 01 ini, pada penghujung tahun 2008, telah dikeluarkan tender membaiki jalan pertanian didalam kebun-kebun kami, meliputi peringkat 1 dan 2 sehingga hampir RM 1 juta ?
Dan peruntukan tersebut, dikira hutang dan kami terpaksa membayarnya secara bulanan, apabila tiba masanya nanti .
Sepatutnya dengan peruntukan sebanyak itu, jalan-jalan tersebut bolehlah bertahan sekurang-kurang 2 atau 3 tahun, tetapi apa yang berlaku, ialah dibulan Mac 09 ini, dilakukan sekali lagi
pembaikian dengan dikenakan kos baru RM200,000.
Apakah puncanya, sehingga jalan yang kosnya sehingga hampir RM1 juta, hanya boleh bertahan beberapa bulan sahaja ? sebab utama ialah, cara pengendalian dan pembinaannya, hanya untuk
kepentingan keuntungan semata-mata .
Sebagai contoh, sepatutnya ditempat yang asalnya, tanahnya sangat lembik dan berlubang, sepatutnya ditabur batu kapur yang besar-besar supaya tahan lama, tetapi apa yang dilakukan ialah, diceduk tanah biasa ditepi jalan tersebut, kemudian dikambus kedalam lubang, akibatnya
apabila tiba musim hujan, keadaannya menjadi lebih teruk dari sebelum dibaiki dulu .
Yang menghairankan ialah, apabila semasa penulis masih menjadi AJK tanam semula dahulu, iaitu sebelum penulis mengambil alih, dan menggurus sendiri kebun .
Penulis adalah, semasa didalam mesyuarat, mencadangkan supaya dilaksanakan kaedah, menabur disemua jalan-jalan utama dengan batu-batu kapur yang kasar-kasar dan dilapisi dengan batu-batu halus, setelah itu dibuat longkang-longkang, dan dibaiki semua culvert-culvert yang tersumbat, tetapi pihak pengurusan felda menjawab, kononya kaedah yang dicadangkan oleh penulis tidak boleh dilaksanakan, sebab kosnya mahal .
Masaalahnya, apakah kaedah, ceduk tanah tepi dan di kambus ditempat berlubang ini praktikal,
penulis memprotes kaedah ini, sebab ianya boleh menyebabkan perbelanjaan membaiki akan berlarutan dan kosnya lebih mahal disegi jangka panjang, lagi pun kalau diteliti, dengan kaedah
yang dilaksanakan itu pun kosnya tetap mahal, apa hampir RM1 juta tu tak mahal ke..............
Alangkah membazirnya duit peneroka, jalan dibuat cincai-cincai saja, tetapi kosnya hampir RM1 juta, yang kenyang kontraktor dan kuncu-kuncunya .
Apabila banyak komplen, dikata tidak mengenang budi, tak tahu berterima kasih, tak tahu bersyukur dan bermacam-macam ungkitan lagi, akhirnya penulis bosan, lantas buat surat pemberitahuan untuk mengurus sendiri kebun dan tidak mahu bersama felda lagi ........
Sekian .
untuk kongsi bersama...

Last edited by J.Milan22 on Thu Jun 11, 2009 11:09 am; edited 2 times in total
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: LKTP Felda
Tugasnya menggoncang pokok, kadang - kadang digigit kerengga
Semasa aku menonton berita di TV3, tiba-tiba keluar berita sekumpulan orang yang menamakan dirinya dari Majlis belia felda, ditunjukkan sedang membakar buku " Felda dulu tolong, sekarang along " tulisan Mazlan Aliman, iaitu seorang Peguam dan anak peneroka felda dari Johor.
Aku perhatikan bukan main bersemangat lagi mereka, ada yang bertakbir, dan yang lainnya memijak-mijak buku yang terbakar tersebut.
Sebenarnya aku dah baca buku tersebut, walau apa pun, bagi aku lah..............................................
Memang diakui kebanyakkan yang ditimbulkan adalah peristiwa lama, sejarah lama, keperitan lama dan kebanyakkannya sudah diatasi, cuma masaalah perumahan generasi kedua yang masih
belum diatasi .
Walau apa pun, bagi aku yang tiada kepentingan dengan felda, aku rasa bagus juga Mazlan Aliman menggegar, menggoncang pokok tersebut, sekurang-kurangnya apabila kena gegar, tak lah selesa sangat orang yang diatas pokok tu, sekurang-kurangnya dia terpaksa juga turun ke tanah melihat apa yang bergoncang-goncang ni................
Tetapi memanglah perangai manusia, walau pun aku berpendapat Mazlan Aliman bagus menggoncang pokok, tetapi bagi orang lain, terutamanya yang berkepentingan dengan felda, marah bukan main lagi
Tetapi kebanyakkannya marah ketika ada jawatan, bila tak ada jawatan sokong pulak, macam
Zainal Hasan, bekas wakil rakyat jengka tu.................. ketika pegang jawatan sebagai ALP Felda,
wah bukan main marah lagi kepada Persatuan Pekebun Kecil, kata pertubuhan pengganaslah, dan macam-macam lagi tuduhan .
Tetapi apabila tidak lagi terpilih sebagai wakil rakyat, sibuk pula nak jadi ketua PKPKM (Pertubuhan kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia) masa tu aku salah seorang perwakilan yang mengundi .
Aku tak ingin mengundi dia, akhirnya tersungkur, kalah kepada seorang peneroka felda Kumai
sekarang dialah salah seorang yang sibuk didalam kempen membakar buku Mazlan Aliman tu ..........
Seorang lagi pejuang peneroka ialah Haji Suhaimi Said juga seorang peguam veteran, beliau lebih awal memperjuangkan nasib peneroka, beliau juga seperti Mazlan Aliman, tugasnya
ialah mengoncang pokok.
Tetapi memanglah nasib orang yang menggoncang pokok ni................kadang-kadang badannya
pedih, gatal-gatal digigit semut atau kerengga, tetapi buah-buah yang gugur tu, kadang-kadang dia sendiri pun tidak merasa, di kebas oleh orang yang duduk dibawah .
Begitulah nasib pejuang rakyat, dikata nista, dicaci dan berbagai lagi kerenah yang terpaksa dihadapi ........................

LOgo-logo felda
Last edited by J.Milan22 on Thu Jun 11, 2009 11:36 am; edited 1 time in total
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: LKTP Felda
pokok pangkal pada diri sendiri....
apabila seseorang itu sudah berjaya,maju,kaya,mewah,ada kuasa,ada jawatan tinggi kekadang terlupa dari mana dia datang....ini penting
ingat dari mana dia datang....
sifat bersyukur amat mulia....kalau ikut ranking dunia FELDA antara salah satu projek yang berjaya dalam usaha pembangunan semula tanah dan penstrukturan semula para peneroka...
masalah memang ada dimana mana,cuma jalan penyelesaian tu kekadang tak jumpa...
komplen,menyalahkan orang atas sesuatu keadaan sangat mudah...
BTW,
sekalung penghargaan buat Allahyarham Tun Abd Razak - yang mengilhamkan FELDA ini...

MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: LKTP Felda
MD wrote:pokok pangkal pada diri sendiri....

setuju pendapat bro MD...
kwn bukan ape tadi search2 interner terbaca ader mamat tu posting pasal felda ni..
kwn pun tertarik gok..n pk2 kwn wat topic ni..
lagi pun felda ni asalnya kat pahang..
lagi pun kwn tau ramai antara kite ni yg berasal dari felda serta generasinyer mcm kwn..
so boler2la kite berkongsi maklumat n pendapat...
tambah2 hok dah banyak pengalamn tu...
byak info yg bole kite kongsi same2...
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: LKTP Felda
Jebat ,
very good topik...
tak kurang jugak ramai orang yang tak pernah masuk FELDA,tapi hendak bercakap pasal FELDA dsbgnya.....memang kena basuh sukup cukup la hehehehhee

Last edited by MD on Thu Jun 11, 2009 11:52 am; edited 1 time in total
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: LKTP Felda
PENUBUHAN DAN MATLAMAT
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956. Fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :
-Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.
-Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.
-Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
-Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.
Mulai bulan April 2004, FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA ialah Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

MD wrote:Jebat ,
very good topik...
hehehe...kwn tau veteren macm bro md mesti byok pengalamn..
lebih tau erti perit n susohnyer mase mula2 nok open felda ni...
hope bro md bole bagi info yg banyokk lagi...
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: LKTP Felda
MD wrote:Jebat ,
very good topik...
tak kurang jugak ramai orang yang tak pernah masuk FELDA,tapi hendak bercakap pasal FELDA dsbgnya.....memang kena basuh sukup cukup la hehehehhee
betul 2,kwn paham amat..
contohnyer..klu xder felda x tau lagi kwn ni camne..
kwn syukurr amat...
ats jasa n sumbangannyer...
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: LKTP Felda
J.Milan22 wrote:MD wrote:Jebat ,
very good topik...
tak kurang jugak ramai orang yang tak pernah masuk FELDA,tapi hendak bercakap pasal FELDA dsbgnya.....memang kena basuh sukup cukup la hehehehhee
betul 2,kwn paham amat..
contohnyer..klu xder felda x tau lagi kwn ni camne..
kwn syukurr amat...
ats jasa n sumbangannyer...
Ramai yg iri hati hanya selepas melihat kesenangan penduduk felda semenjak buah sawit naik rege ni...tapi
ramai yg tak tau saat keperitan sewaktu mula2 jadi peneroka dulu sampai ada yg patah balik kg semula...gambar aku waktu berumur 3 tahun (tahun 1973) masih ada ..color hitam putih laa..rumah masa tu dikelilingi hutan lagi...kalau nak cerita generasi dulu bagaimana kami dibesarkan jauh berbeza la dgn generasi skrrg ni..celik je mata segala dah di depan mata...dulu baca buku pun masih guna lampu gasoline..nak tgk tv kena bayo 5 sen hitam putih lak tu..gi skolah pun pakai kasut yg tahan 2 tahun ..kasut getah yg ada stud tu saiz pun kena beli lebih satu jari sbb nak pakai lain thn..ha gelak la gelak..hehe
Apa pun kalau nak cerita zaman skrg meh kita citer apa projek nak wat kat sana..Aku kureng suka la nak komplen itu ini pasal orang lain sebab jika jari telunjuk asyik dok tunding jari je kat org lain lagi 4 jari sebenarnya sentiasa menghala kat kita hehe ..aku lebih berminat dgn citer2 positif dan membina..
psstt- lari tajuk lagi ke ni??
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: LKTP Felda
betul Fourzy,
diorang taktahu susah dan perit dulu dulu...
p/s dulu kita main bola pon pakai kasut getah hitam stud 13 je hehehehehehe...pon power beb
diorang taktahu susah dan perit dulu dulu...
p/s dulu kita main bola pon pakai kasut getah hitam stud 13 je hehehehehehe...pon power beb
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: LKTP Felda
200j bina rumah warga Felda
BANDAR JENGKA 26 Mac - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memperuntukkan RM200 juta untuk membina perumahan warga Felda (PWF) bagi menampung keperluan rumah mampu milik dalam kalangan generasi baru di beberapa tanah rancangan terpilih di seluruh negara.
Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, Felda amat memahami desakan generasi baru yang telah berkeluarga untuk memiliki rumah sendiri.
Katanya, Felda merancang untuk membina 2,058 buah rumah di Felda Siantan Jengka 19, Felda Melati Jengka 11, Chiku 5, Pasak, Neram Satu dan Felda Triang 3 di Bera.
Menurutnya, rancangan itu membabitkan pembinaan 1,320 unit rumah kos rendah, sementara bakinya adalah rumah kos sederhana.
Beliau memberitahu, Felda setakat ini telah siap membina sebanyak 1,357 buah rumah di Felda Bukit Goh dan Lepar Hilir 1, Kuantan; Felda Mempaga 2, Bentong dan Felda Keratong di Rompin.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 905 unit adalah rumah kos rendah dan 405 lagi rumah kos sederhana yang mampu dimiliki oleh generasi baru Felda,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.
Mohd. Yusof sehubungan itu merayu pihak berkuasa negeri memudahkan urusan kelulusan status tanah supaya projek yang dirancang dapat dilaksanakan segera.
Katanya, terdapat kes yang mana kelulusan tanah masih belum diperoleh sedangkan permohonan telah dikemukakan lima tahun lalu.
Keadaan itu, jelas beliau, menimbulkan persepsi dalam kalangan peneroka bahawa Felda tidak cekap dalam menunaikan tanggungjawabnya menjaga kebajikan mereka.
"Saya yakin, projek PWF yang dirancang dapat dilakukan secara pantas jika segala urusan berkaitan dapat diselesaikan dengan segera sekali gus menepati konsep 'menang menang' untuk memakmurkan kehidupan rakyat," katanya.
ari tu blik kg tgok kat jengka 11 dah stat wat pojek ni.....alhamdulilahhh...

SOALAN LAZIM TENTANG FELDA
1. Bila Penubuhan FELDA?
2. Apakah Peranan FELDA?
3. Bagaimana FELDA menguruskan rancangannya?
4. Dari manakah diperolehi sumber kewangan untuk membiayai kegiatan pembangunan FELDA?
5. Adakah peneroka dikenakan potongan untuk kos pengurusan rancangan?
6. Bilakah peneroka dapat memperolehi hakmilih tanah?
7. Bagaimana pewarisan hak milik peneroka dilaksanakan?
8. Apakah Dasar Pengambilan Peneroka?
Bila Penubuhan FELDA?
J : FELDA atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956 pada 1 Julai 1956. Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Apakah Peranan FELDA?
J : FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin.
Bagaimana FELDA menguruskan rancangannya?
J : FELDA mempunyai tiga peringkat pengurusan iaitu :
Ibu Pejabat
Pejabat Kawasan
Rancangan
Dari manakah diperolehi sumber kewangan untuk membiayai kegiatan pembangunan FELDA?
J : Sumber kewangan bagi membiayai projek-projek pembangunan oleh FELDA diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kerajaan Kuwait, Tabung Pembangunan Arab Saudi dan lain-lain. Wang ini diperolehi dalam bentuk pinjaman untuk membiayai kerja-kerja pertanian, pembinaan kilang dan perumahan peneroka.
Adakah peneroka dikenakan potongan untuk kos pengurusan rancangan?
J : Peneroka tidak dikenakan sebarang potongan untuk kos pengurusan. Kos pengurusan dibiayai dengan peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan.
Bilakah peneroka dapat memperolehi hak milik tanah?
J : FELDA hanya akan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya dikeluarkan surat hak milik setelah peneroka menunaikan tanggungjawab sebagai peneroka dan selesai membayar kembali kos pembangunan kepada FELDA termasuk bayaran Cukai Tahunan Yang Disatukan kepada Kerajaan Negeri.
Bagaimana perwarisan hak milik peneroka dilaksanakan?
J : Bagi peneroka yang telah menerima surat hak milik, apabila berlaku kematian, pembahagian kawasan pegangan kepada waris-waris simati akan diuruskan oleh pejabat tanah daerah yang berkenaan. Bagi peneroka yang belum menerima surat hak milik ianya akan diuruskan oleh unit pesaka kecil Pejabat Daerah dengan kerjasama Pengurus Rancangan.
Apakah Dasar Pengambilan Peneroka?
J : Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara. Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.

sumber dari laman web felda
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: LKTP Felda
J.Milan22 wrote:200j bina rumah warga Felda
BANDAR JENGKA 26 Mac - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memperuntukkan RM200 juta untuk membina perumahan warga Felda (PWF) bagi menampung keperluan rumah mampu milik dalam kalangan generasi baru di beberapa tanah rancangan terpilih di seluruh negara.
Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, Felda amat memahami desakan generasi baru yang telah berkeluarga untuk memiliki rumah sendiri.
Katanya, Felda merancang untuk membina 2,058 buah rumah di Felda Siantan Jengka 19, Felda Melati Jengka 11, Chiku 5, Pasak, Neram Satu dan Felda Triang 3 di Bera.
Menurutnya, rancangan itu membabitkan pembinaan 1,320 unit rumah kos rendah, sementara bakinya adalah rumah kos sederhana.
Beliau memberitahu, Felda setakat ini telah siap membina sebanyak 1,357 buah rumah di Felda Bukit Goh dan Lepar Hilir 1, Kuantan; Felda Mempaga 2, Bentong dan Felda Keratong di Rompin.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 905 unit adalah rumah kos rendah dan 405 lagi rumah kos sederhana yang mampu dimiliki oleh generasi baru Felda,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.
Mohd. Yusof sehubungan itu merayu pihak berkuasa negeri memudahkan urusan kelulusan status tanah supaya projek yang dirancang dapat dilaksanakan segera.
Katanya, terdapat kes yang mana kelulusan tanah masih belum diperoleh sedangkan permohonan telah dikemukakan lima tahun lalu.
Keadaan itu, jelas beliau, menimbulkan persepsi dalam kalangan peneroka bahawa Felda tidak cekap dalam menunaikan tanggungjawabnya menjaga kebajikan mereka.
"Saya yakin, projek PWF yang dirancang dapat dilakukan secara pantas jika segala urusan berkaitan dapat diselesaikan dengan segera sekali gus menepati konsep 'menang menang' untuk memakmurkan kehidupan rakyat," katanya.
ari tu blik kg tgok kat jengka 11 dah stat wat pojek ni.....alhamdulilahhh...
Balik jengka hari tu ada juga yg cakap pasal benda ni..biasa la sok sek sok sek...diaorang kata ramai mohon tapi x dapat yang dapat kroni2 diaorg je..isshhh kesian plak kat kwn2 yg bermastautin di sana..terpaksa buat rumah kat belakang rumah asal..kira ok la kot ada gak tanah nak dirikan rumah..hmmm
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: LKTP Felda
gua dulu masa kecik sampai umur 5 tahun duduk Felda....Bukit Goh,Neram dan Lurah Bilut..sebab gua punya ayah kerja kilang sawit loo...
Re: LKTP Felda
faisalmik wrote:gua dulu masa kecik sampai umur 5 tahun duduk Felda....Bukit Goh,Neram dan Lurah Bilut..sebab gua punya ayah kerja kilang sawit loo...
biasa tak makan/guna minyak kuning tu....ni minyak fresh dari perahan,belum tapis lagi hehehehhehee
dulu dulu team kilang sawit memang power main bola
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: LKTP Felda
Felda jadi gedung makanan negara
Oleh AZIMI MUSTAPHA
berita@kosmo.com.my
NAJIB (tiga dari kanan) memasukkan rempah ratus ke dalam belanga besar simbolik Felda sebagai gedung makanan negara pada sambutan Hari Peneroka 2009 di Felda Maokil, Labis semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
SEGAMAT - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat menjadikan tanah rancangan Felda sebagai gedung makanan negara.
Menurut beliau, proses tersebut adalah langkah ke arah pemodenan Felda bagi tempoh 50 tahun akan datang yang membolehkannya terus relevan.
Hasrat beliau itu disampaikan dalam ucapan pada Perhimpunan Hari Peneroka 2009 yang berlangsung di Felda Maokil, Labis dekat sini semalam.
Najib berkata, ia dapat direalisasikan dengan langkah berterusan mewujudkan lebih banyak 'taman dapur' yang dipenuhi sayur-sayuran terutama di kawasan lapang rumah dan kawasan-kawasan lain yang belum ditanam dengan sebarang tanaman.
"Felda, sebagai pengeluar makanan, bertepatan untuk menjadikan rancangan pertanian yang berusia 53 tahun ini bersifat lebih moden yang bukan hanya menumpukan kepada pertanian kelapa sawit semata-mata," kata beliau.
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
LKTP
aku setuju sangat cerita pasal felda ni,, aku pun asal dari anak peneroka pernah lah juga merasai pahit maung kehidupan di felda ni. aku ni sekarang ni sebagai generasi kedua felda berbangga gan percapai kehidupan yg diharungi oleh orang tua koi...tp bila lah agaknya koi ni dapat berbakti kat tempat sal koi...jengka 8
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: LKTP Felda
jasnoraizan wrote:aku setuju sangat cerita pasal felda ni,, aku pun asal dari anak peneroka pernah lah juga merasai pahit maung kehidupan di felda ni. aku ni sekarang ni sebagai generasi kedua felda berbangga gan percapai kehidupan yg diharungi oleh orang tua koi...tp bila lah agaknya koi ni dapat berbakti kat tempat sal koi...jengka 8
tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat bermain..............Selamat datang ke PCC
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: LKTP Felda
faisalmik wrote:gua dulu masa kecik sampai umur 5 tahun duduk Felda....Bukit Goh,Neram dan Lurah Bilut..sebab gua punya ayah kerja kilang sawit loo...
Gua plak membesar kat Bukit Goh...........
bnyok kenangan wooooo...........
paling best tkdop air mandi payaa....(terjun tiruk)
Kebanyakan peneroka masa tuh anok ramai coz letrik takdoppp...
waktu gelap lebih lama...huahuahua
OTAIkutai- COACH
- Posts : 92
Points : 96
Join date : 17/04/2009
Age : 62
Re: LKTP Felda
Rupa-rupanya peneroka Felda selama ini teraniaya
Share etikal dari blog Belia benci rasuah
Today at 12:38pm
KEWUJUDAN Felda adalah untuk melaksanakan projek pembangunan tanah dan penempatan dengan tujuan melahirkan masyarakat petani yang makmur dan bahagia selain membanteras kemiskinan tegar. Malangnya, kini Felda didakwa banyak melakukan penipuan terhadap peneroka. Apakah Felda sudah lari dari dasarnya sebenar dan menyeleweng? Ikuti temubual SALMIYAH HARUN bersama Peguam, Wan Rohimi Wan Daud yang telah memenangi kes saman Peneroka Felda Kemahang, Kelantan terhadap Felda.
Daripada kes yang dikendalikan Saudara, kes apa yang sering dibangkitkan oleh peneroka terhadap Felda. Penipuan, penganiayaan atau apa?
WAN ROHIMI WAN DAUD: Terdapat dua aduan besar yang sentiasa dibangkitkan oleh peneroka di seluruh negara. Pertama ialah dari sudut 'greding' sawit yang amat rendah dan tidak munasabah. Rata-rata buah sawit peneroka di seluruh negara diberikan greding pada sekitar 17%. Kadar Perahan Gred (KPG) hingga 19% KPG sahaja. Buah-buah sawit peneroka hakikatnya berhak kepada greding yang lebih baik dari itu.
Bahkan berdasarkan beberapa ujian yang dibuat secara berasingan, terdapat buah-buah sawit yang masak (iaitu apabila 8 biji buah sawit gugur dari tandan sawit, sebagaimana yang disyaratkan oleh Manual Penggredan MPOB – Malaysian Palm Oil Board) yang melebihi 25% KPG. Kehilangan bagi setiap peratus KPG bagi setiap tan sawit, akan menyebabkan peneroka kehilangan pendapatan sebanyak lebih kurang RM50 bagi setiap tan (ini bergantung kepada harga semasa sawit).
Banyak juga kerugian yang dialami peneroka?
Dalam kes peneroka di Kemahang 3, perbezaan harga ini dijelaskan lagi apabila terdapat peneroka yang 'mencuri' jual buah sawit ke kilang luar, iaitu Pusat Pembelian Buah Sawit di Bukit Tandak, Rantau Panjang yang dikendalikan oleh Felcra.
Buah yang dibeli oleh Felcra Bukit Tandak, dan buah yang dibeli oleh Felda di Kilang Kemahang 3 pada hari dan waktu yang sama, akan menunjukkan perbezaan sehingga 3% KPG, iaitu Felcra Bukit Tandak membelinya dengan harga yang lebih tinggi. Walhal Felcra Bukit Tandak tidak mempunyai kilang, tetapi hanya pusat pembelian dan pengumpulan buah, dan buah yang dibeli tersebut akan dijual kembali kepada Kilang Felda di Kemahang 3.
Itu jelas satu penipuan. Apakah terdapat penipuan lain yang menimbulkna rasa tak puas hati peneroka?
Satu perkara lagi yang sentiasa menjadi rungutan peneroka berkenaan dengan greding sawit iaitu apabila peneroka menghantar buah sawit mereka ke Kilang Felda, akan membuat potongan kononnya 'buah reject'. Buah reject ini bagaimana pun tidak dibenarkan oleh peneroka untuk dibawa pulang.
Bahkan buah yang kononnya di'reject' tersebut akan diambil kembali oleh Kilang Felda untuk diproses bersama-sama dengan buah yang baik. Ini menunjukkan bahawa buah 'reject' tersebut sebenarnya adalah buah yang baik, yang sengaja diisytihar 'reject' untuk memanipulasi greding.
Rata-rata peneroka telah kehilangan pendapatan lebih kurang ½ tan setiap peneroka pada setiap bulan. Pada masa kini, harga sawit lebih kurang RM500 setiap tan, maknanya peneroka telah dinafikan pendapatan sebanyak RM250 setiap bulan. Jumlah ini amat besar bagi peneroka.
Bagaimana dengan isu caruman Tabung Tanam Semula?
Pada peringkat awal menyertai Rancangan, peneroka akan diwajibkan membayar kepada Felda, melalui potongan wajib, wang caruman Tabung Tanam Semula sebanyak RM4 bagi setiap ekar selama 20 tahun. Ini membawa maksud setiap seorang peneroka dipaksa mencarum sebanyak RM40 (bagi 10 ekar tanah ladang) selama tempoh 20 tahun.
Caruman tersebut adalah wang peneroka, untuk tujuan simpanan bagi mengendalikan aktiviti menanam semula sawit selepas pokok sawit mencecah umur 25 tahun, atau tidak lagi ekonomik untuk diusahakan. Malangnya, bagi peneroka yang enggan menyerahkan urusan tanam semula kepada Felda Tecnoplant (anak syarikat Felda) dan enggan menyerahkan pengurusan ladang kepada Felda, mereka tidak akan dibenarkan menuntut wang caruman ini.
Pelbagai alasan yang dikemukakan oleh Felda untuk menyusahkan peneroka. Kes ini berlaku di seluruh negara. Felda sebenarnya berhutang sebanyak RM17,000 seorang (bagi yang memiliki ladang seluas 10 ekar) kepada setiap peneroka.
Terdapat banyak keadaan yang mana walau pun selepas 10 tahun, 15 tahun peneroka tanam semula ladang dengan wang sendiri pun, Felda masih lagi enggan membayar caruman peneroka.
Saya tidak tahu kalau ada ulama atau mufti dalam negara ini yang boleh menghalal tindakan Felda yang menahan harta rakyat miskin seperti ini? Pada saya menahan harta orang adalah perbuatan haram yang perlu dikecam, yang perlu dikeji dan perlu ditentang. Setakat ini hanya 2 jenis kes sebagai mana yang tersebut di atas yang menjadi tuntutan peneroka di seluruh negara.
Daripada kes yang dikendalikan saudara misalnya di Felda Kemahang, apa yang boleh disimpulkan?
Kesimpulan saya mudah. Nun di sana pemimpin dan pembesar kita terutama yang berada di anjung kuasa, yang mengawal dan memerintah Felda adalah tidak amanah dan tidak jujur.
Mereka sebenarnya seolah-olah tidak pernah menghayati amanah Tun Razak sewaktu menubuhkan Felda. Tun Razak menubuhkan Felda, dan menggubal Land (Group Settlement Act) 1960 (Akta GSA) dengan satu harapan – iaitu nak beri tanah kepada rakyat luar bandar yang tidak bertanah, nak bagi tanah yang cukup untuk menyara keluarga, bagi rakyat yang mempunyai tanah yang sedikit.
Dengan kata lain, Tun Razak nak kayakan penduduk luar bandar dengan memberikan satu kawasan bercucuk tanam bagi rakyat dapat menyara hidup dengan sempurna. Ini amanat Tun Razak, yang boleh dibaca melalui Handsard Parlimen bertarikh 27 April 1960.
Malangnya, selepas penswastaan Kilang Felda pada 14 September 1995, dengan kelahiran Felda Palm Industries Sdn Bhd, pemimpin Felda hanya mementingkan ringgit dan sen. Tiada lagi impian murni untuk membantu masyarakat luar bandar yang miskin.
Peneroka dikekalkan dalam keadaan supaya terus menjadi buruh murahan, yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tetapi Felda menjadi institusi yang paling kaya selepas Petronas, namun taraf hidup peneroka masih hidup seumpama 40 – 50 tahun dulu. Walau pun tanah tersebut adalah milik peneroka, namun peneroka seolah-olah bekerja untuk makan gaji, dan dikelilingi hutang sehingga ke liang lahad.
Sistem yang dipertahankan Felda masa kini, membuatkan peneroka yang bersemadi ke liang lahad, akan terpaksa memindahkan beban hutang kepada waris – anak dan isteri selepas kematian mereka!
Apa pendapat saudara tentang Felda atau perjanjian-perjanjian yang dibuat antara Felda dengan Peneroka yang dikatakan berat sebelah...
Pada saya perjanjian itu tidak salah. Tetapi perbuatan memanipulasi perjanjian tersebut untuk memperdaya peneroka dengan cara mencuri pendapatan peneroka secara tidak telus dan meragukan. Bagi peneroka yang menyerahkan kembali urusan tanam semula dan pengurusan ladang mereka kepada Felda, tiap-tiap bulan Felda akan membuat potongan sebanyak 57.21% tanpa gagal.
Walau pun hasil sawit peneroka mencecah RM5,000 sebulan, namun hasil akhir yang diterima peneroka hanyalah RM1,200 sebulan. Yang lebih meragukan, Felda tidak pernah mengeluarkan penyata hutang yang lengkap kepada peneroka. Kalau kita buat pinjaman perumahan atau beli kereta, 6 bulan sekali bank akan memberikan kita penyata hutang yang lengkap dan kita akan tahu jumlah sebenar hutang berbaki, faedah yang dikenakan, serta bayaran yang telah dibuat.
Tetapi ini tidak disediakan oleh Felda kepada Peneroka. Kadang-kadang hutang peneroka tahun lepas, adalah lebih rendah daripada hutang terkini. Jadi ruang ini digunakan untuk mengenakan caj-caj yang meragukan serta membebankan peneroka. Kesimpulannya, Felda tidak lagi dipimpin sebagai institusi amanah, tetapi dipacu seolah-olah syarikat sendirian berhad yang hanya mementingkan keuntungan, yang mana titik akhirnya akan menyebabkan peneroka akan terus merempat di atas tanahnya sendiri.
Bagaimana dengan isu pemberian hak milik tanah kepada para peneroka.
WAN RAHIMI WAN DAUD: Saya melihat isu pemberian tanah amat penting. Jika kita kaji Akta GSA, hubungan pemilikan tanah adalah kuasa mutlak Kerajaan Negeri. Ia tiada kaitan dengan Felda. Maknanya Kerajaan Negeri boleh berikan hakmilik kepada peneroka, walau pun masih terdapat hutang kepada Felda. Hubungan peneroka dengan Felda berkenaan hutang, adalah hubungan kontrak. Hubungan peneroka dengan Kerajaan Negeri adalah berkenaan milikan tanah. Ia adalah 2 hubungan yang berbeza dan tidak berkaitan.
Saya katakan adalah amat perlu untuk Kerajaan Negeri memberikan hak milik kepada semua peneroka yang layak, serta-merta. Ini kerana apabila peneroka telah menerima hak milik, maka Akta GSA tidak lagi terpakai ke atas peneroka. Tiada siapa lagi yang boleh mengugut untuk menghalau peneroka dari kawasan rancangan. Bahkan, kalau Akta GSA sudah tidak lagi terpakai ke atas peneroka, perjanjian antara peneroka dan Felda juga akan berakhir.
Dengan itu, Felda tidak berhak lagi mewajibkan peneroka menjual buah sawit mereka ke kilang Felda. Hakikatnya, Perjanjian Peneroka dan Felda, serta Akta GSA hanya berkenaan dengan proses penyertaan peneroka seawal memasuki rancangan sehingga Hakmilik diberikan. Mereka ini dikategorikan sebagai "pendudukan dalam jangkaan hakmilik (in expectation of title)".
Di bawah Akta GSA ini, apa kuasa Felda?
Sebenarnya, dibawah Akta GSA, Felda tidak mempunyai apa-apa kuasa pun. Semua kuasa di bawah Akta tersebut adalah pada Kerajaan Negeri. Bahkan untuk Felda melantik Pengurus Rancangan dan menggubal undang-undang kecil yang mengikat peneroka, maka ia perlu merujuk dan mendapat persetujuan Kerajaan Negeri – Land Collector – Pentadbir Tanah.
Oleh itu, jika peneroka tertindas, kita tidak boleh menyalahkan Felda sepenuhnya, tetapi kita perlu mempersoalkan Kerajaan Negeri yang memerintah, kenapa Kerajaan Negeri berpeluk tubuh dan enggan menggunakan kuasanya dibawah Akta GSA untuk campurtangan dan membela peneroka?
Tapi ramai peneroka yang diusir sewenang-wenangnya dari tanah rancangan oleh Felda atas pelbagai alasan.
Hakikatnya, Felda tidak mempunyai kuasa mengusir peneroka. Perbuatan Felda mengusir peneroka, adalah salah dan tidak sah serta bercanggah dengan Akta GSA, yang memperuntukkan bahawa kuasa mengusir HANYA terletak pada Land Collector – Pentadbir Tanah. Itu pun jika peneroka melanggar peruntukan Akta GSA sahaja. Sebab itulah pentingnya peneroka dikurniakan Hakmilik kerana selepas Hakmilik dikeluarkan, tiada siapa lagi boleh mengusir peneroka termasuk Kerajaan Negeri sendiri.
Amat malang sekali di negara kita, semua Kerajaan Negeri seolah-olah tidak mempedulikan kuasa yang diperuntukkan dalam Akta GSA untuk membela peneroka. Semuanya dilepaskan ke bahu Felda. Kerajaan Negeri boleh berbuat sesuatu berkenaan dengan greding sawit, undang-undang tanam semula dan lain-lain berkenaan tanah Rancangan.
Isu generasi, bagaimana mereka (waris) boleh mendapatkan hak mereka daripada kedua ibu bapa mereka (peneroka asal)?
Saya rasa isunya di sini, ialah terdapatnya sekatan dalam Akta GSA untuk turun milik tanah selepas kematian peneroka asal. Tidak semua anak dibenarkan untuk didaftarkan sebagai pemilik atas tanah tersebut.
Isu ini tidak ada jalan lain, pergi ke Parlimen dan pinda Akta GSA, itu sahaja. Jadi terpulanglah kepada semua pemimpin politik untuk menangani masalah ini.
Felda dulu tolong, kini along... daripada pengalaman pihak saudara mengendalikan kes, apakah persepsi ini benar?
Kalau kita baca Handsard Parlimen - ucapan pembentangan Akta GSA oleh Tun Razak pada 27 April 1960, 50 tahun dulu, kita akan lihat dengan jelas amanah Tun Razak untuk "beri tanah kepada yang tidak bertanah", membantu masyarakat luar bandar, dan mengayakan rakyat yang miskin. Nampaknya amanah Tun Razak telah dikuburkan oleh semua pembesar dan pemimpin Felda sekarang, termasuk oleh anak kesayangan Tun Razak sendiri!

Last edited by jasnoraizan on Tue May 25, 2010 2:09 pm; edited 1 time in total
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: LKTP Felda
jas, bagi link artikel kat atas tu...TQ
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Similar topics
» Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 4
» Pahang @ Piala Malaysia 2009
» FELDA Kg New Zealand
» Felda Kg New Zealand 1960 - 2010
» Perumahan untuk generasi ke2 Felda
» Pahang @ Piala Malaysia 2009
» FELDA Kg New Zealand
» Felda Kg New Zealand 1960 - 2010
» Perumahan untuk generasi ke2 Felda
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum