Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Teo Wei Sing : Penulis Sajak

4 posters

Go down

Teo Wei Sing : Penulis Sajak Empty Teo Wei Sing : Penulis Sajak

Post  MD Fri Apr 23, 2010 2:12 pm

Teo Wei Sing : Penulis Sajak Teoar

Teo Wei Sing, seorang penyajak berbangsa Cina yang sudah dua tahun berkecimpung dalam bidang kesusasteraan Melayu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chai (1989-1994), Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Thomas (1995-2000), tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) pada tahun 2001-2002 di Kuantan, Pahang Darul Makmur. Ijazah sarjana muda beliau diperolehi di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor dalam jurusan Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama) sepanjang 2003-2007.

Teo mendapat didikan daripada Sasterawan Negara, S. Othman Kelantan dan bimbingan daripada Prof. Madya. Dr. Lim Swee Tin serta Zaharah Nawawi. Keberanian dan ilham untuk menulis dan menerbitkan karya beliau tercetus selepas sokongan dan bimbingan daripada ayah angkatnya, iaitu Syed Hussien Al-attas (Pak Habib).

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pensyarah sambilan subjek Malaysian Studies di Kolej Taylor’s Petaling Jaya dan telah dilantik menjadi Fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya bagi Program Latihan Khidmat Negara. Sementara itu, beliau juga pernah mendeklamasikan sajaknya berjudul “Bersamamu” dalam Majlis Penyerahan Derma Program “Bersamamu” TV3. Selain itu, kepakaran beliau turut diiktiraf apabila diundang menjadi tetamu “Sejenak Bersama Penulis Pahang” dalam Program “Bengkel Penulisan Kreatif 2008” anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang.

Sajak-sajak ciptaan beliau juga pernah dideklamasikan oleh beliau sendiri dalam Festival Keseniaan Rakyat negeri Pahang 2007, Malam Puisi Perpaduan 2008 sempena Program Gerak Usahawan Daerah Temerloh bawah kerjasama MARA dan Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Festival Temerloh sempena Hari Kebangsaan 2008, Festival Keseniaan Kanak-kanak negeri Pahang 2008, Sambutan Ulang Tahun ke-100 St. John Ambulance peringkat negeri Pahang, Majlis Penutupan Pertandingan Pidato Piala YAB Menteri Besar Pahang 2008.

Sajaknya yang berjudul “Tanggalkan Topeng Kau Itu” juga dideklamasikan dalam Malam Puisi “Di Bawah Langit Gaza” anjuran Persatuan Penulis Nasional (PENA), Rancangan Nasi Lemak Kopi O TV 9 dan Yayasan SALAM.
Dalam pada itu, sajak beliau yang berjudul “Henti…Mersiknya Suara Hati” dan “Tanggalkan Topeng Kau Itu” telah dideklamasikan oleh dirinya dalam Majlis Makan Malam BAR Council Pahang yang turut disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Adnan Bin Haji Yaakob. Kesemua sajak beliau telah dibukukan dalam antologi cerpen dan sajak yang berjudul bersama rakan serta karya solonya . Buku akan datang ialah , dan .
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Teo Wei Sing : Penulis Sajak Empty Re: Teo Wei Sing : Penulis Sajak

Post  SailorMoon Fri Apr 23, 2010 4:18 pm

Patutlah MD add Cikgu Teo ni smlm...
Tg Puan selalu deklamasikan sajak2 ciptaan beliau...
Cikgu Teo ni mmg rapat dgn golongan istana...
Koi kagum betul dgn sajak2 dan puisi beliau...
SailorMoon
SailorMoon
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1071
Points : 1110
Join date : 22/02/2010
Location : Pekan - Sepang - Sg Petani

http://fiverobindas.blogspot.com

Back to top Go down

Teo Wei Sing : Penulis Sajak Empty Re: Teo Wei Sing : Penulis Sajak

Post  MD Fri Apr 23, 2010 4:23 pm

SailorMoon wrote:Patutlah MD add Cikgu Teo ni smlm...
Tg Puan selalu deklamasikan sajak2 ciptaan beliau...
Cikgu Teo ni mmg rapat dgn golongan istana...
Koi kagum betul dgn sajak2 dan puisi beliau...

Tq SM,
anak didik Prof Dr Lim Swee Tin [ dulunya juga banyak cipta sajak yang sangat indah bahasanya..]
dah jemput cikgu ke sini....
MD
MD
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4

Back to top Go down

Teo Wei Sing : Penulis Sajak Empty Re: Teo Wei Sing : Penulis Sajak

Post  SailorMoon Fri Apr 23, 2010 9:50 pm

MD, nt kalau ade ape2 majlis boleh la jemput Cikgu Teo deklamasikan sajak... Teo Wei Sing : Penulis Sajak Icon_smile
SailorMoon
SailorMoon
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1071
Points : 1110
Join date : 22/02/2010
Location : Pekan - Sepang - Sg Petani

http://fiverobindas.blogspot.com

Back to top Go down

Teo Wei Sing : Penulis Sajak Empty Re: Teo Wei Sing : Penulis Sajak

Post  zulkbo Sat Apr 24, 2010 8:31 am

wahhhh!!! hebattt
terlopong jap baca biodatanya Rolling Eyes I love you
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Teo Wei Sing : Penulis Sajak Empty Re: Teo Wei Sing : Penulis Sajak

Post  SailorMoon Tue Apr 27, 2010 2:38 am

Sekalung tahniah buat Cikgu Teo Wei Sing (TWS) kerana berjaya
memenangi Sayembara Menulis Puisi Tun Abdul Razak... Teo Wei Sing : Penulis Sajak Icon_biggrin
SailorMoon
SailorMoon
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1071
Points : 1110
Join date : 22/02/2010
Location : Pekan - Sepang - Sg Petani

http://fiverobindas.blogspot.com

Back to top Go down

Teo Wei Sing : Penulis Sajak Empty Re: Teo Wei Sing : Penulis Sajak

Post  Deto_8 Tue Apr 27, 2010 10:25 pm

SailorMoon wrote:Sekalung tahniah buat Cikgu Teo Wei Sing (TWS) kerana berjaya
memenangi Sayembara Menulis Puisi Tun Abdul Razak... Teo Wei Sing : Penulis Sajak Icon_biggrin

Tahniah! TWS
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Teo Wei Sing : Penulis Sajak Empty Re: Teo Wei Sing : Penulis Sajak

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum