Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Info Daerah : Rompin
+2
labu sayong
Deto_8
6 posters
Page 1 of 1
Info Daerah : Rompin
Asal Usul Nama Rompin
Kuala Rompin asalnya adalah sebuah perkampungan nelayan. Sejarah namanya dikaitkan dengan sebatang pokok. Pada masa dahulu banyak pokok ru atau cemara tumbuh sepanjang pantai daerah Rompin. Antara pokok ru yang banyak itu, ada sebatang pokok ru yang besar dan tinggi. Yang ganjilnya ialah batang pokok ru itu ramping di bahagian tengahnya.
Hal ini cukup menghairankan penduduk tempatan dan cerita ini sering menjadi buah mulut mereka pada setiap masa. Ada yang menganggap keganjilan itu sesuai dijadikan penempatan. Semenjak daripada itu tempat itu dikenali dengan nama Ru Ramping. Oleh sebab nama itu panjang, akhirnya penduduk tempatan memendekkannya kepada Rumping. Seterusnya dialek tempatan menyebabkan perkataan Rumping menjadi atau disebut Rumpin tetapi dieja Rompin.
Cerita kedua berkisar kepada seorang lelaki misteri yang datang ke tapak bandar Kuala Rompin dan tinggal di bawah pokok ru itu. Lelaki itu tidak dikenali, tidak banyak bercakap dan tidak diketahui asal-usulnya. Pada mulanya dia berdagang, kemudian mengambil keputusan untuk tinggal di situ. Dia mendirikan sebuah pondok kecil di bawah pokok ru yang besar dan tinggi itu. Penduduk tempatan memanggilnya Riffin. Pada sesetengah orang yang berkunjung menganggap Riffin sebagai keramat. Penduduk tempatan memanggil kawasan pondok Riffin itu sebagai Ruffin. Kesan pengaruh dialek tempatan, sebutan Ruffin bertukar menjadi Rumpin. Rumpin dieja sebagai Rompin.
Bandar yang kemudiannya terbangun di kuala Sungai Rompin ini diberikan namanya Kuala Rompin. Bandar Kuala Rompin yang asalnya adalah kampung Kuala Rompin dipercayai dibuka oleh Datuk Pahlawan Ahmad pada tahun 1888. Beliau adalah seorang yang amat berjasa kepada Sultan Pahang ketika itu oleh kerana jasa-jasa beliau, Sultan meanugerahkan Datuk Pahlawan Ahmad untuk menjaga dan membangunkan Kuala Rompin pada masa itu.

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Info Daerah : Rompin
bageh ngat aok ni..
byk bg info..koi ni xtau kebende..
maklumlah..bebudok lg..heheheh...
byk bg info..koi ni xtau kebende..
maklumlah..bebudok lg..heheheh...
labu sayong- Tok Empat
- Posts : 598
Points : 623
Join date : 09/06/2009
Age : 38
Location : Johor/Jengka 4
Re: Info Daerah : Rompin
RURAMPING masih hidup sehingga skrg...
adidas- Ketua Kampung
- Posts : 101
Points : 111
Join date : 15/04/2009
Re: Info Daerah : Rompin
adidas wrote:RURAMPING masih hidup sehingga skrg...
baru kawan tau kenapa Otaikutai dulu guna nick ruramping
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Info Daerah : Rompin
adidas wrote:RURAMPING masih hidup sehingga skrg...
YE Ye..msih lagi idup......
OTAIkutai- COACH
- Posts : 92
Points : 96
Join date : 17/04/2009
Age : 62
Re: Info Daerah : Rompin
Alhamdullillahhh skang ni pun doh banyok perubahan/pembangunanzulkbo wrote:rasanye saya tak pernah ke Rompin lagi seumur idup dah 37 thn
jalan pun doh semakin sibuk
Klu time cuti raya nok beli ayam kt pasor kena beratorrr panjang.....
siap berebut lagi.......tula antara senarionyer
Tapi yg malangnyer kes najis dadoh pun hebat gak!!!
Kg kwn lebih 50% budok muda terlibat termasukla anok anok buah
dan sedara mara.....sedih tul
Rindu zaman kecik2 dlu mewah makan udang galahhh...
Walaupun Skang nih doh lebih 20 tahun meninggalkan Ruramping...tapi
hati sentiasa meronta ingin pulang jika ada kesempatan
OTAIkutai- COACH
- Posts : 92
Points : 96
Join date : 17/04/2009
Age : 62
Re: Info Daerah : Rompin
singgahlah ke muadzam klau alang2 ke rompin, tempat kawan membesor...rindu benor rase...
jetto- Posts : 4
Points : 4
Join date : 26/10/2009
Re: Info Daerah : Rompin
jetto wrote:singgahlah ke muadzam klau alang2 ke rompin, tempat kawan membesor...rindu benor rase...
nak kena ada koresponden sana baru besh....
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Info Daerah : Rompin
Baru blik 2 hari lepas
Hujan ribut belah petang skang nih.....
camner pun happy gak pemburuan berhasil.....
Hujan ribut belah petang skang nih.....
camner pun happy gak pemburuan berhasil.....
OTAIkutai- COACH
- Posts : 92
Points : 96
Join date : 17/04/2009
Age : 62
Similar topics
» Kuala Rompin Daerah Ku
» Rompin l Bapa enggan kahwinkan anak
» Rompin :: Buang susu segar ke dalam parit
» Info Daerah : Temerloh
» Pantai di Lanjut dan Rompin
» Rompin l Bapa enggan kahwinkan anak
» Rompin :: Buang susu segar ke dalam parit
» Info Daerah : Temerloh
» Pantai di Lanjut dan Rompin
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum