Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

"Semua tentang Rasulullah s.a.w"

5 posters

Go down

"Semua tentang Rasulullah s.a.w" Empty "Semua tentang Rasulullah s.a.w"

Post  zulkbo Thu Apr 08, 2010 12:36 am

Ramai yang mungkin terlupa atau tidak tahu..
jadi mari kita berkongsi ilmu........


1. Bilakah nabi Muhammad s.a.w dilahirkan?
Jawapan – 12 Rabiul Awal Tahun Gajah

2. Siapakah nama ibu dan bapa nabi?
Jawapan;ibu =Aminah bt Wahab bin Abdumanaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
Bapa = Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdumanaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah

3. Bilakah bapa nabi meninggal dunia?
Jawapan; ketika nabi berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya

4. Dimanakah ibu nabi wafat dan dikebumikan?
Jawapan; Abwa’ (sebuah desa antara Madinah dan Juhfah)

5. Ibu Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 6 tahun

6. Nabi diberi nama oleh datuknya dengan nama MUHAMMAD, apakah maksud Muhammad?
Jawapan; yang terpuji

7. Siapakah nama datuk nabi yang memeliharanya setelah kematian ibunya?
Jawapan; Abdul Muthalib

8. Datuk Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 8 tahun

9. Nabi telah dihantar ke perkampungan Bani Saad untuk disusukan kepada wanita desa. Siapakah nama ibu susuan nabi s.a.w?
Jawapan; Suwaibah al-aslamiyah dan Halimatus Saadiah

10. Berapa lamakah nabi dijaga oleh ibu susuan di perkampungan bani Saad?
Jawapan; sehingga nabi berumur 5 tahun

11. Siapakah nama bapa saudara yang menjaga Nabi setelah kematian datuknya?
Jawapan; Abu Thalib

12. Ketika nabi masih remaja, baginda telah bekerja mengambil upah sebagai pengembala binatang ternakan. Apakah binatang tersebut?
Jawapan; kambing

13. Nabi pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk berniaga di Syam bersama dengan pembantu Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah tersebut?
Jawapan; Maisarah

14. Pada usia berapakah Nabi dan Khadijah diijabkabulkan/berkahwin?
Jawapan; nabi =25 tahun , Khadijah = 40 tahun

15. Berapakah usia nabi ketika diangkat sebagai rasul?
Jawapan; 40 tahun

16. Apakah ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Iqra’

17. Di awal Islam, Nabi telah berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dimanakah markaz/pusat dakwah tersebut?
Jawapan; di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam

18. Berapa lamakah nabi berdakwah secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan; 3 tahun

19. Siapakah orang yang mula-mula masuk Islam sepanjang dakwah nabi secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan;
Khadijah - isteri Nabi
Ali bin Abi Thalib - sepupu nabi
Zaid bin Harithah - hamba nabi kemudian jadi anak angkat nabi
Abu Bakar As-Siddiq - kawan karib nabi
Uthman bin Affan
Zubair bin Awwam
Sa’ad bin Abi Waqas
Abdul Rahman bin ‘Auf
Thalhah bin ‘Ubaidillah
Abu ‘ubaidillah bin Jarrah
Arqam bin Abi al-Arqam
Fatimah bt Khattab (adik Umar al-Khattab) dan suaminya Said bin Zaid al-‘Adawi

20. Berapakah usia nabi ketika wafat?
Jawapan; 63 tahun

21. Tentera bergajah telah dimusnahkan oleh Allah dengan dikirimkan burung apa?
Jawapan; Burung Ababil

Bhgn II

1. Bilakah tarikh nabi Muhammad s.a.w dilahirkan mengikut kalendar masehi?
-jawapan – 20 april 571M

2. Apakah peristiwa yang berlaku sebagai tanda sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; api sembahan Agama Majusi di Rom terpadam

3. Kenapakah tahun kelahiran nabi digelar sebagai tahun gajah?
Jawapan; kerana pada tahun berkenaan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah menyerang dan mahu meruntuhkan Kaabah. Tetapi tentera tersebut dihancurkan oleh Allah dengan burung Ababil..

4. Ketika Nabi berusia 12 tahun, Abu Thalib membawa nabi bersama dalam urusan perdagangan ke Syam. Ketika itu, Pendeta Nasrani yang alim, telah berjumpa dan menasihati Abu Thalib supaya menjaga dengan baik dan membawa pulang segera Nabi Muhammad s.a.w kerana dikhuatiri akan dibunuh oleh orang yahudi? Siapakah nama pendeta Nasrani tersebut?
Jawapan; Buhaira

5. Ketika Nabi berusia 15 tahun, peperangan antara Quraisy dan Qais ‘Ailan yang berlaku pada bulan Zulqaedah. Menurut pandangan bangsa Arab pada masa itu, peperangan adalah dilarang pada bulan zulqaedah kerana ia adalah bulan suci. Apakah nama peperangan tersebut?
Jawapan; Harbul Fijar (peperangan mencemar kesucian)

6. Semenjak kematian Abdul Muthalib, pemimpin-pemimpin Quraisy telah bersumpah akan bersatu dan bersama dalam menangani kes-kes di kota Mekah supaya tiada seorangpun yang akan teraniaya. Aku janji dan sumpah tersebut telah dilakukan di rumah Abdullah Bin Juda’an ketika nabi berusia belasan tahun. Mengikut sejarah, apakah nama sumpah tersebut?
Jawapan; Halful Fudhul

7. Seramai 13 orang yang telah menjadi isteri kepada nabi Muhammad s.a.w. Sebutkan empat sahaja daripada isteri baginda.
Jawapan;
1- Khadijah Bt Khuwailid
2- Saudah Bt Zam’ah
3- Aisyah
4- Zainab Bt Khuzaimah
5- Hafsah
6- Ummu Salamah
7- Zainab Bt Jahsyi
8- Raihanah
9- Juwairiyah
10- Syafiah
11- Ummu Habibah
12- Mariyah Qibtiyah
13- Maimunah

8. Nabi Muhammad s.a.w mempunyai tujuh orang anak. Sebutkan tiga sahaja nama anak Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummi Kalthum, Rukiyah,

9. Bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat?
Jawapan; Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masehi - usia 63 tahun

10. Nabi semasa sejak kecil telah digelar al-Amin, apakah maksud al-amin?
Jawapan; seorang yang jujur dan amanah/orang yang dapat dipercayai

11. Sebelum diangkat sebagai rasul, Nabi ber’uzlah (bertahanus) untuk beribadat dan berzikir kepada Allah s.w.t selama sebulan. Dimanakah Nabi ber’uzlah?
Jawapan; Gua Hira (di Jabal Nur)

12. Pada tahun ke 10 baginda diutus sebagai rasul, ada dua musibah yang besar telah menimpa baginda. Dalam sejarah, tahun tersebut digelar sebagai ‘Aamul Huzni’ iaitu Tahun Kesedihan. Apakah dua musibah tersebut yang menimpa Nabi?
Jawapan; Kematian Abu Thalib
Kewafatan Isteri nabi; Siti Khadijah

13. Setahun selepas tahun kesedihan, nabi dihiburkan dengan mukjizat yang besar dan pada ketika itu, diwajibkan solat lima waktu sehari semalam. Apakah nama peristiwa tersebut?
Jawapan; Isra’ Mikraj

***sekadar berkongsi..moga kita mendapat hikmah dari info dan rahmat NYA..


SUMBER
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

"Semua tentang Rasulullah s.a.w" Empty Re: "Semua tentang Rasulullah s.a.w"

Post  Cik_N Thu Apr 08, 2010 1:12 am

gud info..
Cik_N
Cik_N
Tok Empat
Tok Empat

Posts : 898
Points : 940
Join date : 28/11/2009
Location : Temerloh

http://cikkelisa.blogspot.com

Back to top Go down

"Semua tentang Rasulullah s.a.w" Empty Re: "Semua tentang Rasulullah s.a.w"

Post  Jeck Sparow Thu Apr 08, 2010 11:51 am

Mintak izin tuan tanah kawan nak namboh info sikit yer..

1) Baginda diasuh oleh Ummu Aiman (Nama sebenra ialah Barakah Al-Habsyuyyah) hamba perempuan bapa Rasulallah

2) Menjadi Anak susuan kepada Thuwaibah (hamba perempuan kepada Abu Lahab)

3) Kemuadiamn menjadi anak susuan kepada Halimah Binti Abu Zuaib As Sa'diah atau ebih dikenali Halimah As Saidiah. Baginda tinggal dirumahnya selma 4 tahun

4) Ketik abaginda berusia 5 tahun terjadi peristiwa besar iaitu pembelahan dada oleh dua oran Malaikat

5) Ketika Baginda berusia 6 tahun ibunya kembali ke Rahmatullah di Abwa' selepas menziarahi makam ayahnya. Kemudian baginda dipelihara oleh datuknya Abdul MUtalib.

6) Abdul MUtalib meninggal dunia ketika baginda berusia 8 tahun selepas iti baginda tinggal bersama bapa saudaranya Abu Talib.

7) Baginda telah dibawa Abu Talib pergi ke Syam untuk berniaga ketika umur 12 tahun

8)Rasulllah bertemu pendita Nasrani yang bernama Buhaira. Beliau berpesan kepada Abu Talib agar menjaga baginda dengan baik kerana Muhammad merupakan Nabi akhir zaman seperti yang dinyatakn dalam kitab Injil...



Bersambung..jap lagi kawan sambung balik...
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

"Semua tentang Rasulullah s.a.w" Empty Re: "Semua tentang Rasulullah s.a.w"

Post  zulkbo Thu Apr 08, 2010 11:53 am

JECK>>>>go ahead.. Very Happy
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

"Semua tentang Rasulullah s.a.w" Empty Re: "Semua tentang Rasulullah s.a.w"

Post  lepat_ubi Thu Apr 08, 2010 12:08 pm

alhamdulillah..
good info..
kdg2 mende2 mcm ni terlepas pandang..
lepat_ubi
lepat_ubi
A.D.O
A.D.O

Posts : 1316
Points : 1348
Join date : 25/05/2009
Age : 35
Location : TRANUNG KITE..../ JENGKA 04

Back to top Go down

"Semua tentang Rasulullah s.a.w" Empty Re: "Semua tentang Rasulullah s.a.w"

Post  Jeck Sparow Thu Apr 08, 2010 12:18 pm

9) Baginda telah dilantik mengetuai rombongan dagangan Khadijah Binti Khuwailid di Syam sewaktu berusia 12 tahun .Perlantikan Baginda adalah kerana kecerdikannya menyelesaikan perbalahan isu meletakkan Hajat Aswad (setelah Mekah dilanda banjir besar) dan mendapat gelaran sebagai Al Amin

10) Baginda mengahwini Khadijah yang berumur 40 tahun

11) Ketika berusia 40 tahun baginda diangkat sebagai Rasul di GUa HIra' Gua tersebut merupakan tempat pertama turunnya Wahyu

12) Baginda 'bertemu' Allah dengan menaiki seekor Buraq sambil ditemani Jibril dalam peristiwa Isra' dan Mikraj. Ini bagi mengubati kedukaan Rasullallah selepas kehilangan insan tersayang

13) Baginda dihina dicemuh dan dibaling dengan batu ketika berdakwah di Taif

14) Pada peringkat awal baginda berdakwah secara sulit kepada kaum kerabatnya kemudian secara terang terangan di Kota Mekah


to be continued jap arrr
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

"Semua tentang Rasulullah s.a.w" Empty Re: "Semua tentang Rasulullah s.a.w"

Post  SailorMoon Thu Apr 08, 2010 12:22 pm

sabar menanti...
SailorMoon
SailorMoon
Tok Penghulu
Tok Penghulu

Posts : 1071
Points : 1110
Join date : 22/02/2010
Location : Pekan - Sepang - Sg Petani

http://fiverobindas.blogspot.com

Back to top Go down

"Semua tentang Rasulullah s.a.w" Empty Re: "Semua tentang Rasulullah s.a.w"

Post  zulkbo Fri Apr 09, 2010 12:18 am

Dukacita Rasulullah
Hadith :

Dari Anas r.a katanya,:”Rasulullah s.a.w pernah qunut selama sebulan iaitu ketika ahlul qurra (ahli-ahli membaca al-Quran) ramai yang tewas dalam peperangan. Belum pernah saya melihat Rasulullah s.a.w berdukacita seperti itu.”

(al-Bukhari)

Huraian:

Rasulullah s.a.w adalah rasul akhir zaman. Ketika hidup baginda seluruh umat merasai akan kedamaian dan kemanisan Islam menerusi ajaran yang dibawa.

Begitu pun baginda juga merasa bahagia dengan adanya pengikut yang terdiri dari golongan sahabat dan umat Islam yang ikhlas beriman dan taat setia terhadap baginda serta sanggup berkorban harta dan nyawa demi membela agama tercinta.

Maka apabila berlakunya kematian oleh mereka-mereka yang mengharumkan nama Islam dan menjaga ketinggian maruah Islam ini, baginda merasa suatu kehilangan yang teramat sehingga kedukaan baginda itu dikesani oleh para sahabat yang lain.

Baginda tidak putus-putus berdoa akan kesejahteraan golongan ini dan baginda sentiasa memohon keselamatan untuk umat baginda seluruhnya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

"Semua tentang Rasulullah s.a.w" Empty Re: "Semua tentang Rasulullah s.a.w"

Post  Jeck Sparow Tue Apr 13, 2010 1:45 pm

Sambungan....

15) Oleh kerana Baginda mendapat tentangan yang begitu hebat daripada kaumnya. Nabi Muhammad telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk berhijrah ker Yathrib (madinah

16) Masjid Nabawi dibina di Madinah selepas pembinaan Masjid Quba iaitu masjid pertama baginda menuanikan Solat Jumaat

17) Baginda berjaya menyatukan dua kaum yang bertelagah iaitu Aus dan Khazraj. Penyatuan ini kemudiannya membawa kepada pembentukan masyarakat yang harmoni. Ukhuwah orang muslim semakin kuat.

18) Menyatukan golangan Muhajirin dan Ansar di Madinah.

19) Rasulullah menyertai banyak sir peperangan. Sepangjang usianya baginda pernah memperoleh kemenangan dan kekalahan

20) Nabi Muhammad pernah menghantar sariyyah iaitu peperangan yang tak disertai oleh baginda

21) Baginda berjaya menawan Kota Mekah tanpa berlaku pertumpahan darah. Selain itu, Rasulullah memberi kemaafan kepda mereka yang pernah menyakitinya sepanjang berdakwah kepada kaum Musyirikin Mekah.

22) Al - Wada merupakan Khutbah Terakhir yang disampaikan oleh baginda sebelum kewafatannya

23) Di saat saat akhir hayatnya baginda masih lagi mengenangkan Umat Islam

24) Rasulullah diiktiraf sebagai Tokoh terhebat Dunia....


SEkian....... Very Happy
Jeck Sparow
Jeck Sparow
A.D.O
A.D.O

Posts : 1467
Points : 1874
Join date : 15/05/2009
Location : Bera

Back to top Go down

"Semua tentang Rasulullah s.a.w" Empty Re: "Semua tentang Rasulullah s.a.w"

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum