Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Konsert Untukmu Sudirman :: Diskaun istimewa untuk anak Pahang

2 posters

Go down

Konsert Untukmu Sudirman :: Diskaun istimewa untuk anak Pahang Empty Konsert Untukmu Sudirman :: Diskaun istimewa untuk anak Pahang

Post  Deto_8 Tue May 26, 2009 4:05 pm

Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani

ANAK kelahiran Pahang berpeluang menikmati potongan harga tiket sebanyak 15 peratus bagi menyaksikan konsert Untukmu Sudirman yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, 4 hingga 6 Jun ini.

Penerbit Eksekutif Bintang Emas Pictures (M) Sdn Bhd, Siti Khadijah Ibrahim, berkata konsert itu bertujuan mengenang jasa Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang juga anak jati Pahang dalam bidang hiburan tanah air.

"Banyak pencapaian Allahyarham sepanjang hayatnya, sama ada di dalam mahupun di luar negara kerana beliau pernah dinobatkan sebagai penghibur nombor satu Asia.

"Memandangkan Allahyarham Sudirman berasal dari Temerloh, kami mendapat kerjasama kerajaan negeri bagi membantu menjayakan konsert ini," katanya pada sidang media bertempat di Muzium Tokoh, di sini, kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Istana Budaya, Fauziah Sabri.

Siti Khadijah berkata, selain peminat, syarikat korporat di negeri ini juga mendapat potongan harga yang sama melalui pembelian tiket berharga RM150, RM200 dan RM250.

Katanya, persembahan akan menampilkan konsep 'Cerita Dalam Lagu' kerana setiap lagu Sudirman berkisar mengenai masyarakat di sekelilingnya selain lagu-lagu berunsur nasihat yang secara tidak langsung menceritakan mengenai kehidupannya sendiri.

Sementara itu, Shafik Fauzan, berkata sukar untuk negara mencari pengganti Sudirman kerana Allahyarham adalah penyanyi dan penghibur serba boleh.

"Ada kalangan penghibur hari ini hanya mengharapkan paras rupa namun tidak memiliki bakat sebagai seorang penghibur.

"Ini tidak berlaku kepada Allahyarham kerana beliau seorang artis yang memiliki semua pakej sebagai penghibur sejati," katanya.

Beliau berkata, Sudirman juga mempunyai jati diri tinggi apabila membawa bendera Jalur Gemilang dalam hampir semua persembahannya dan berharap penghibur hari ini juga perlu memiliki jiwa sepertinya.

Shafik Fauzan berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob akan hadir menyaksikan konsert berkenaan pada 4 Jun.

Antara penyanyi yang akan menyampaikan 78 lagu pada persembahan selama hampir dua jam bermula 8.30 malam itu ialah Mila AF, Haziq, Andy Flop Poppy, Kazar, Adibah Noor, Atilia dan Que Haidar.

Tiket berharga RM50, RM80, RM100, RM150, RM200 dan RM250. Untuk keterangan lanjut, hubungi 03-22875881 atau layari laman web www.boxoffice.my.

--------------------------------------------------------------
kawan post kat sini jugak....
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Konsert Untukmu Sudirman :: Diskaun istimewa untuk anak Pahang Empty Re: Konsert Untukmu Sudirman :: Diskaun istimewa untuk anak Pahang

Post  zulkbo Sat Jul 25, 2009 2:21 am

moh ramai-ramai pergi Laughing Laughing
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum