Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Temerloh l Penduduk Lanchang sukar tiada bank
:: PAHANG NEGERIKU :: BERITA DAERAH :: TEMERLOH :: BANDAR IKAN PATIN :: BERITA SEMASA & INFO TERKINI
Page 1 of 1

LANCHANG – Lebih 15,000 penduduk di sekitar Lanchang terpaksa memandu sejauh hampir 20 kilometer bagi menggunakan perkhidmatan bank kerana tiada bank di kawasan mereka.
Masalah berkenaan telah lama dibangkitkan termasuk dari pemimpin tempatan, persatuan penduduk malah wakil rakyat.
Sehingga hari ini pekan Lanchang yang semakin dikenali dan pesat membangun dan mempunyai kawasan tumpuan ramai seperti Pusat Pemuliharaan Gajah di Kuala Gandah, Bukit Rengit dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan dan Taman Pertanian Moden masih tidak mempunyai kemudahan bank.
Seorang penduduk Hashim Abdul Mubin, 50, berkata, untuk mengeluarkan wang dia perlu memandu sama ada ke pekan Karak atau Mentakab.
Menurutnya, kedua-dua pekan itu berada lebih kurang 20 kilometer dari pekan Lanchang. Bagi yang tinggal di kawasan pedalaman seperti di Jergoh, Felda Bukit Damar dan sebagainya sudah tentu memakan masa lebih lama.
“Bayangkan jika kita kecemasan dan terpaksa memandu sejauh 20 kilometer untuk ke Mentakab atau Karak semata-mata untuk mengeluarkan duit.
“Jika di siang hari tidak mengapa tetapi bagaimana jika di tengah malam berlaku kecemasan,” katanya.
Hashim berkata, Lanchang semakin pesat menerima pembangunan antara lain ialah Institut Kemahiran Belia Negara, Temerloh terletak di Lanchang, kawasan ladang terbesar juga terletak di Lanchang.
Menurutnya, sekurang-kurangnya perlu ada Bank Simpanan Nasional (BSN) di Lanchang yang lebih mengutamakan perkhidmatan kepada pengguna.
“Kalau bank-bank komersial lain memang susah sikit tapi jika BSN mereka mungkin boleh menambah perkhidmatan di sini,” katanya.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sementeh, Mohd Habibi Jamil berkata, sokongan pihak keselamatan untuk pembukaan sebuah bank di sini juga perlu.
Menurutnya, pihak keselamatan perlu menyokong dengan memberi jaminan keselamatan di pekan Lanchang supaya bank berani untuk membuka cawangan di sini.
“Saya tidak katakan di sini tidak selamat tetapi hanya memerlukan sokongan daripada pihak keselamatan supaya lebih terjamin.
“Dengan adanya sebuah bank di Lanchang juga dapat mengurangkan kesesakan di bank sekitar Mentakab yang kebanyakannya dilanggan penduduk sekitar Lanchang,” katanya.
Mohd Habibi berkata, sampai masanya Lanchang mempunyai bank yang mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua kaunter untuk pelanggan.
“Kami kasihan melihat pekerja ladang, pelajar dan orang ramai yang terpaksa berurusan di tempat lain akibat ketiadaan bank di Lanchang,” katanya.
sumber : Sinar Harian

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Similar topics
» Temerloh :: Penduduk hampir sungai perlu bersedia pindah
» Tiada tarikan beli-belah
» Jerantut l Taman Negara lokasi filem lucah
» Bekalan air putus sukarkan penduduk
» 150 penduduk tunggu air bersih
» Tiada tarikan beli-belah
» Jerantut l Taman Negara lokasi filem lucah
» Bekalan air putus sukarkan penduduk
» 150 penduduk tunggu air bersih
:: PAHANG NEGERIKU :: BERITA DAERAH :: TEMERLOH :: BANDAR IKAN PATIN :: BERITA SEMASA & INFO TERKINI
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum