Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Bera l Peneroka diingat berjimat-cermat
3 posters
:: PAHANG NEGERIKU :: BERITA DAERAH :: BERA :: BERITA SEMASA & INFO TERKINI
Page 1 of 1
Bera l Peneroka diingat berjimat-cermat
BERA 1 Feb. - Para peneroka diingatkan supaya berjimat cermat sebagai persediaan menghadapi kekurangan buah kelapa sawit berikutan musim melawas iaitu tanaman tidak mengeluarkan hasil.
Sehubungan itu, Pengurus Tanah Rancangan Felda Bukit Puchong, Sani Abdul Rahman meminta peneroka tidak memetik buah kelapa sawit muda kerana ia akan merugikan mereka sendiri.
Katanya, tindakan sesetengah peneroka yang memetik buah tandan muda kononnya untuk menambahkan berat bagi mendapat hasil yang banyak hanya akan merugikan mereka apabila ditolak oleh pengilang.
''Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana kita telah 40 tahun mengusahakan ladang dan sudah tentu kita sudah masak mengenai mutu dan kualiti buah kelapa sawit.
''Oleh itu saya berharap peneroka mengawasi pekerja yang memetik buah kelapa sawit supaya peneroka tidak mengalami kerugian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis serah hak milik tanah kepada lima peneroka di pekarangan pejabat Felda Bukit Puchong dekat sini hari ini.
Menurut Sani, jika peneroka terus berdegil dengan memetik buah tanda muda, ia akan menyebabkan mereka kehilangan pendapatan pada bulan berikutnya apabila tiada lagi buah kelapa sawit yang boleh dipetik.
Sejak Jun lalu hingga awal tahun ini, jelas beliau, pokok kelapa sawit di Felda Bukit Puchong mengeluarkan hasil yang begitu banyak, sekali gus meningkatkan pendapatan peneroka.
''Sebahagian buah kelapa sawit berkenaan terpaksa dihantar ke Gua Musang, Kelantan untuk mengelakkannya rosak sehingga berlaku lambakan apabila kilang-kilang di daerah itu tidak berupaya memprosesnya," jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Sani menasihatkan kepada semua peneroka supaya menjelaskan cukai tanah terutama yang masih tertunggak bagi mengelak sebarang masalah berbangkit kemudian hari.

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Bera l Peneroka diingat berjimat-cermat
Para peneroka diingatkan supaya berjimat cermat sebagai persediaan menghadapi kekurangan buah kelapa sawit berikutan musim melawas iaitu tanaman tidak mengeluarkan hasil.
kat jengka dah mula terasa doh
buah sawit kurang ler ni..
Re: Bera l Peneroka diingat berjimat-cermat
zulkbo wrote:kat jengka dah mula terasa doh
buah sawit kurang ler ni..
tapi rege satu tan sekarang cecah Rm500...dapat 4-5 tan jadi dah
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Bera l Peneroka diingat berjimat-cermat
Deto_8 wrote:zulkbo wrote:kat jengka dah mula terasa doh
buah sawit kurang ler ni..
tapi rege satu tan sekarang cecah Rm500...dapat 4-5 tan jadi dah
tu yang sedih nya time buah mahei
buah tak de..kalau dulu sebulan cecah puluh ribu
orang tua kita dapat..susah amat ler ni nak dapt gitu
Re: Bera l Peneroka diingat berjimat-cermat
waktu ibu bapa kita susah, time nila peluang kita (anak2nyer) nak bantu diorg balik ... peringatan utk diri sendri gak ni, insyaAllah...
Re: Bera l Peneroka diingat berjimat-cermat
Cik_N wrote:waktu ibu bapa kita susah, time nila peluang kita (anak2nyer) nak bantu diorg balik ... peringatan utk diri sendri gak ni, insyaAllah...
setuju..
tapi aok untung bujang lagi..mok ayoh
tanggung lagi..he he..
Re: Bera l Peneroka diingat berjimat-cermat
zulkbo wrote:Cik_N wrote:waktu ibu bapa kita susah, time nila peluang kita (anak2nyer) nak bantu diorg balik ... peringatan utk diri sendri gak ni, insyaAllah...
setuju..
tapi aok untung bujang lagi..mok ayoh
tanggung lagi..he he..
opppss.. sape bujang ni? aok ke koi nie? jgn kabo kuat2 pelan2 je... huhuhuhu... hepp.. jgn jdikan ianya sebagai alasangg.. apa guna nya gaji juto2? sementara mereka ada di dunia ni lah kita nak berjasa... ikut takat kemampuan lah.. besoo ganjaran utk kehidupan kita di sanaaa nnti...
Similar topics
» Bera :: 85 sertai Bera Dirtbike Challenge 2009
» Bera :: Asal Usul Bera
» Peneroka diingat tingkat hubungan keluarga
» Salam Perkenalan Ahli Baru- Vol 2
» Bera : RM650.000 Untuk Projek Puyuh
» Bera :: Asal Usul Bera
» Peneroka diingat tingkat hubungan keluarga
» Salam Perkenalan Ahli Baru- Vol 2
» Bera : RM650.000 Untuk Projek Puyuh
:: PAHANG NEGERIKU :: BERITA DAERAH :: BERA :: BERITA SEMASA & INFO TERKINI
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum