Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
3 posters
Page 1 of 1
FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
KUALA LUMPUR - Pahang mahu mendapatkan bekalan selesa apabila berdepan Felda United pada perlawanan pusingan pertama Piala FA di gelanggang keramat mereka, Stadium Darul Makmur, hari ini.
Jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata tidak gentar dengan reputasi Felda sebagai pendahulu Liga Perdana.
Malah yakin anak-anak buahnya mampu mencipta sesuatu dalam pertemuan pertama itu nanti.
Namun, apa yang membimbangkannya ialah corak persembahan anak-anak buahnya sendiri, walaupun semenjak kebelakangan ini semakin menunjukkan peningkatan.
''Ya, memang benar mereka berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi dan tidak pernah kenal erti putus asa, tetapi masih ada beberapa kesilapan yang saya rasa masih perlu diperbaiki.
''Kelemahan paling ketara ialah mereka gemar bertahan selepas menjaringkan gol pendahuluan, ia memberikan ruang kepada pihak lawan untuk mengasak.
''Situasi itu bukan bermakna mereka tidak yakin dengan kemampuan sendiri, cuma mereka terlalu memberikan tumpuan untuk mendapatkan tiga mata sehingga hampir memakan diri sendiri,'' katanya ketika dihubungi, semalam.
Oleh sebab demikian, sebelum turun dalam perlawanan hari ini, Dollah mengingatkan pemainnya agar jangan mengulangi aksi yang sama.
''Saya mahu mereka masih bermain seperti biasa dan kekalkan corak menyerang walaupun mendahului perlawanan, supaya kita boleh mendapat kemenangan yang selesa malam ini sekurang-kurangnya 2-0,'' katanya.
Mengulas kekuatan Felda, beliau memberitahu para pemainnya tidak memberikan perhatian khusus kepada mana-mana pemain, kecuali Fathurazi Rozi yang dianggapnya cukup berbahaya ketika ini.
''Dia mungkin akan diberikan perhatian istimewa oleh pertahanan Pahang dalam perlawanan malam ini,'' katanya.
Sementara itu, jurulatih Felda, E.Elavarasan, mengakui tidak tertekan menjelang pertemuan dengan Pahang, malah lebih selesa melabelkan pasukannya sebagai underdog.
''Saya rasa tekanan lebih kepada tuan rumah, kerana mahu mendapatkan bekalan selesa, di samping mahu mengelakkan gawang mereka daripada dibolosi.
''Jika dapatkan keputusan seri sudah cukup baik, namun kalau menang, saya anggap ia bonus kepada kami,'' ujarnya.
Dia juga memberitahu akan melakukan pertukaran dua atau tiga pemain untuk melakukan perubahan taktikal dan menjaga kecergasan pemain, kerana terpaksa bermain dua kali dalam seminggu.

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
tahniah buat Felda United
moga terus maju jaya..
moga terus maju jaya..
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
zulkbo wrote:tahniah buat Felda United
moga terus maju jaya..
hahaha...ingatkan tahniah untuk Pahang...
Predicition Pahang menang tipis 1-0 je...
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
Deto_8 wrote:zulkbo wrote:tahniah buat Felda United

koi sokong dua-dua nak bagi
Pahang team semangat lebih sket
main ngan budok felda nanti baru boleh fight
he he......
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
Deto_8 wrote:zulkbo wrote:tahniah buat Felda United
moga terus maju jaya..
hahaha...ingatkan tahniah untuk Pahang...
Predicition Pahang menang tipis 1-0 je...
tak brape nok sokong felda united nih sbb kebanyakan pemain bukan dari anak2 warga felda...tp kalau dari anak felda beh gak ....
prediction pahang menang 2-0....
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
jasnoraizan wrote:

betullah tu...takde 'sense of belonging'
patutnya team felda ni main kat jengka atau wilayah felda lain...ada ke patut FELDA UNITED tapi main kat KL...saper nak gi tengok
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
felda mengkomersialkan bola tu
harap byk masuk duit nanti
peneroka byk dapat bonus
harap byk masuk duit nanti
peneroka byk dapat bonus
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
zulkbo wrote:felda mengkomersialkan bola tu
harap byk masuk duit nanti
peneroka byk dapat bonus
banyak mana lah sangat kalau menang...500 ribu je...nak bagi bonus kat peneroka pun mau juta-juta....
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
zulkbo wrote:felda mengkomersialkan bola tu
harap byk masuk duit nanti
peneroka byk dapat bonus
kalau masuk kat peneroka2 tap pe...tp masuk kat poket hok lain tu yg haruuuu...
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
jasnoraizan wrote:zulkbo wrote:felda mengkomersialkan bola tu
harap byk masuk duit nanti
peneroka byk dapat bonus
kalau masuk kat peneroka2 tap pe...tp masuk kat poket hok lain tu yg haruuuu...
tu lah kena buat sesuatu nie
he he
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
zulkbo wrote:jasnoraizan wrote:zulkbo wrote:felda mengkomersialkan bola tu
harap byk masuk duit nanti
peneroka byk dapat bonus
kalau masuk kat peneroka2 tap pe...tp masuk kat poket hok lain tu yg haruuuu...
tu lah kena buat sesuatu nie
he he
sepatutnyeee felda utamakan pemain2 yg berpotensi dari kalangan anak peneroka dari seluruh felda2 yg ada...kwn rasa banyak pemain2 yg berbakat dikawasan felda nih tp mereka2 nih tak dapat kesempatan dan peluang untuk bermain didalam liga2 yg besar2....
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
jasnoraizan wrote:
sepatutnyeee felda utamakan pemain2 yg berpotensi dari kalangan anak peneroka dari seluruh felda2 yg ada...kwn rasa banyak pemain2 yg berbakat dikawasan felda nih tp mereka2 nih tak dapat kesempatan dan peluang untuk bermain didalam liga2 yg besar2....
contohnya jas...bakat terbiar begitu sahaja
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
kalu gitu Jas koi rasa
tak guna felda tubuh Akedemi bola
goner aok rasa??
http://www.pahangcommunity.com/sembang-sukan-f10/felda-wujud-akademi-bola-sepak-t1099.htm?highlight=felda+tubuh

Deto_8 wrote:jasnoraizan wrote:
sepatutnyeee felda utamakan pemain2 yg berpotensi dari kalangan anak peneroka dari seluruh felda2 yg ada...kwn rasa banyak pemain2 yg berbakat dikawasan felda nih tp mereka2 nih tak dapat kesempatan dan peluang untuk bermain didalam liga2 yg besar2....
contohnya jas...bakat terbiar begitu sahaja
Jas tak layok jadi pemain doh..
dia kena jadi pengurus..goner terrr
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
Deto_8 wrote:jasnoraizan wrote:
sepatutnyeee felda utamakan pemain2 yg berpotensi dari kalangan anak peneroka dari seluruh felda2 yg ada...kwn rasa banyak pemain2 yg berbakat dikawasan felda nih tp mereka2 nih tak dapat kesempatan dan peluang untuk bermain didalam liga2 yg besar2....
contohnya jas...bakat terbiar begitu sahaja
betulll tuuu....kwn dulu penah gak pegi sampai kuantan nok mencuba lah konon2...tp masa tu diaorang cakap apa,diorang senang dgn budok2 hok dudk dkt2ngan kuantan sbb diorang tak ada menyediakan tempat tingal untuk budak2 hok jauh....jd berkubur lah niat nampok gayeeenyeeee....skrng kalau pahang masih ada pilih kasih mcm tu...nampok gayenyee tak kemana lah..team pahang nih....(tp harap2 tidok lah gituuuu...)
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
pahang ketinggalan
Pahang 0 vs Felda United 1 (min71)
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
FT Pahang (1) vs Felda United (1)
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
Deto_8 wrote:FT Pahang (1) vs Felda United (1)
keputusanya seri aje ke weh.....?
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
sabtu ni perlawanan timbal balik Piala FA ni...main kat Stadium KLFA kalau tak silap
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
Deto_8 wrote:sabtu ni perlawanan timbal balik Piala FA ni...main kat Stadium KLFA kalau tak silap
harap2 blh menang game kali nih....
jasnoraizan- Timbalan Menteri Besar
- Posts : 2512
Points : 2623
Join date : 20/07/2009
Location : Seksyen U5 shah alam/jengka 8
Re: FA Cup l Pahang tidak gentar status Felda pendahulu Liga Perdana
insya Allah....
Dollah pun banyak bawak perubahan...harap budak2 tu konsisten lah sampai hujung musim
Dollah pun banyak bawak perubahan...harap budak2 tu konsisten lah sampai hujung musim
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Similar topics
» Liga Futsal Felda Kebangsaan l Skuad Pahang (PCC sebagai rakan media tidak rasmi)
» Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2009 l Pusingan Akhir
» Pahang beraksi dalam Liga M 2010
» Jejak Anak Pahang di dalam Liga Malaysia
» Liga Super l Pahang dibuai prestasi meninggi

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum