Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Sukan Badminton
+9
ebe
RoyKay33
jbfc
ozzy
CT Gurlz
J.Milan22
MD
Deto_8
faisalmik
13 posters
Page 1 of 4
Page 1 of 4 • 1, 2, 3, 4
Re: Sukan Badminton
'Belajar hidup tanpa Misbun'
Oleh Ahmad Khawari Isa
ahmadkhawari@bharian.com.my
SASARAN utamanya tahun ini ialah menamatkan penantian untuk bergelar juara dunia. Namun Lee Chong Wei akur betapa akan ada timbul perasaan ‘bersendirian’ untuk mengejarnya di Hyderabad, Ogos nanti.
Segalanya kerana dilema dihadapi jurulatih amat rapat dengannya, Misbun Sidek, yang perlu membahagikan kepentingan di antaranya dan isteri yang baru menjalani pembedahan buah pinggang.
“Saya sebenarnya sudah siapkan diri untuk terima hakikat Misbun mungkin tidak akan sentiasa bersama saya sehingga Kejohanan Dunia nanti. Saya tiada masalah kerana saya faham situasi dihadapinya.
“Mungkin ada masa saya akan terasa, tetapi saya tahu apa yang saya mahukan dan tahu apa perlu dilakukan untuk mencapainya,” katanya.
Lebih penting, Misbun bukan menghilang langsung, kerana Chong Wei mengakui betapa program latihannya masih disediakan jurulatih itu.
“Saya ada bertemunya di Guangzhou, beberapa hari lalu. Ketika itupun, dia tetap membincangkan program latihan saya. Malah saya juga kerap berhubung dengannya.
“Kerana itu, biarpun mungkin dia tiada bersama ketika latihan, tetapi Misbun tetap memainkan peranan untuk memastikan saya sentiasa pada tahap terbaik,” katanya.
Segala program dan sumbangan idea Misbun terkandung dalam persiapannya yang kini dilaksanakan dengan bantuan ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek serta Tey Seu Bock.
Chong Wei juga mengakui betapa dia tidak bimbang dengan kekalahan dialami di tangan juara Olimpik, Lin Dan, ketika separuh akhir Piala Sudirman lalu.
“Di sebalik kekalahan itu, saya rasa puas. Kerana ia perlawanan yang berkualiti dan hanya sedikit memisahkan di antara saya dan dia. Siapa yang terbaik pada hari perlawanan, dengan membuat kesilapan paling sedikit, dia akan menang.
“Semua itu memberikan saya keyakinan. Apa yang perlu saya lakukan ialah tingkatkan lagi persiapan untuk memastikan saya mampu mengurangkan kesilapan apabila bertemu dia lagi nanti,” kata Chong Wei.
Daripada tiga pertemuan tahun ini, Chong Wei kecundang di Seluruh England dan Piala Sudirman tetapi menundukkan Lin Dan pada final Terbuka Switzerland.

Chong Wei mudah ratah Beng Hong
Oleh Asrol Awang
bhsukan@bharian.com.my
Lydia tepati ramalan mara ke final wanita
PILIHAN utama, Lee Chong Wei jelas bukan lawan Kuan Beng Hong apabila mudah mara ke final badminton Proton Terbuka Pahang, selepas menang 21-8, 21-8 di Stadium Sukan Pahang (Sukpa), Kuantan, malam tadi.
Chong Wei hanya memerlukan 27 minit untuk menempah pertemuan dengan pemain muda negara, Chang Kwong Beng yang menyingkirkan lawan lebih berpengalaman, Roslin Hashim 24-22, 21-19 dalam pertarungan selama 50 minit pada satu lagi aksi separuh akhir.
Namun kejutan terhasil pada beregu lelaki apabila gandingan utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kecundang dalam pertarungan sengit tiga set kepada kombinasi veteran, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah.
Tan Fook-Wan Wah, memanfaat kesempatan beraksi dalam suasana kompetitif selepas tidak lagi bersama skuad negara, bangkit selepas kecundang 17-21 pada set pertama untuk mengecewakan pilihan utama itu dengan 21-19, 21-17 pada dua set berikutnya.
Lawan mereka pada final hari ini ialah gandingan Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif yang turut bertarung tiga set sebelum mengetepikan tentangan Chan Chong Ming-Chew Choon Eng 21-16, 19-21, 21-13.
Bagi acara perseorangan wanita, ketiadaan dua pemain utama negara - Wong Mew Choo dan Julia Wong Pei Xian - membuka peluang untuk Lydia Cheah Li Ya untuk menggondol gelaran sulungnya.
Lydia menepati ramalan awal untuk mara ke final selepas mudah mengetepikan tentangan Tee Jing Yi 21-17, 21-16 dalam masa 30 minit.
Julia tidak dapat turut serta selepas mengalami kecederaan ketika membantu skuad negara pada Kejohanan Piala Sudirman di Guangzhou lalu ketika Mew Choo memilih untuk menumpukan perhatian kepada rawatan menyembuhkan kecederaan lututnya.
Bakal menentang Lydia pada final ialah Sannatasah Saniru yang menewaskan Stephanie Shalini Sukumaran 21-15, 17-21, 21-18.

Chong Wei atur langkah juara
Choong Hann, Kien Keat-Boon Heong mara, Mew Choo kandas
LANGKAH mula buat mempertahankan gelaran diatur penuh keyakinan jaguh negara, Lee Chong Wei yang membenam tentangan pemain England, Andrew Smith 21-11, 21-12 pada pusingan pertama Siri Super Terbuka Singapura, semalam.
Turut mara, tonggak veteran, Wong Choong Hann ketika cabaran negara pada acara perseorangan wanita berakhir selepas dua wakil, Wong Mew Choo dan Lydia Cheah, ditimpa kekalahan.
Kombinasi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong - pilihan ketiga kejohanan - pula nyata bukan tandingan Michal Logosz-Robert Mateusiak apabila membenam pasangan Poland itu 21-12, 21-10 dalam masa hanya 24 minit.
Namun kekecewaan menghantui gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah ketika Chan Chong Ming-Chew Choon Eng dan Gan Teik Chai-Tan Bin Shen berjaya mengiringi Kien Keat-Boon Heong ke kelompok 16 terakhir.
Buat Chong Wei, cabaran sengit awal dijelmakan Smith langsung tidak menjejaskannya buat menempah pertemuan di pusingan kedua menentang pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh.
Choong Hann pula menewaskan pemain India, Chetan Anand 21-18, 21-11 dan akan menentang Bao Chunlai, hari ini. Mew Choo kecundang 17-21, 21-17, 22-24 kepada pemain Korea Selatan, Hwang Hye-youn ketika Rachel Van Cutsen dari Belanda menundukkan Lydia 18-21, 21-18, 21-14.
Kombinasi Kien Keat-Ng Hui Lin pula berjaya melepasi tentangan awal daripada gandingan tuan rumah, Chayut Triyachart-Shinta Mulia Sari 21-15, 21-17 untuk mara ke pusingan kedua acara beregu campuran.

Nasib berbeza dialami Chong Wei, Mew Choo
PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mudah melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia semalam.
Turut menyertai Chong Wei ialah juara bertahan acara beregu lelaki, Mohd. Zakry Abdul Latif-Mohd. Fairuzizuan Tazari, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta pasangan Chan Chong Ming-Chew Choon Eng.
Begitupun, nasib tidak menyebelahi beregu veteran, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah yang tewas mengejut 21-16, 18-21, 17-21 kepada pasangan muda Indonesia, Hendra Aprida Gunawan-Alvent Yulianto.
Menerima nasib sama adalah pemain perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo yang tunduk 18-21, 17-21 kepada pemain Korea Selatan, Kim Moon Hi.
Pada aksi pusingan pertama di Stadium Bung Karno, Jakarta semalam, Chong Wei yang juga pilihan pertama kejohanan mudah menjinakkan pemain Jerman, Marc Zwiebler 21-17, 21-13.
Namun, pemain utama Malaysia itu terpaksa menerima hakikat berdepan rakan senegara, Muhd. Hafiz Hashim pada pusingan kedua hari ini.
Hafiz, juara Seluruh England 2003 sebelum itu dipaksa berkerja keras sebelum menang dalam permainan tiga set 21-15, 20-22, 21-16 ke atas Hans Kristian Vittinghus dari Denmark.
Zakry-Fairuzizuan pula yang turun dalam misi mempertahankan kejuaraan tahun lalu tidak berdepan masalah menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim Ki Jung-Kwon Yi Goo 21-8, 21-17.
Kemenangan itu membolehkan Zakry-Fairuzizuan menghitung pertemuan dengan Chong Ming-Choon Eng.
Chong Ming-Choon Eng mara ke pusingan kedua selepas menewaskan beregu England, Chris Adcock-Robert Blair 21-17, 24-22.
Kien Keat-Boon Heong pula menewaskan beregu Belanda, Jorrit De Ruiter-Jurgen Wouters 21-16 21-12 dan akan berdepan beregu China, Guo Zhendong-Xu Chen hari ini.

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Sukan Badminton
Tahniah Dato' Lee Chong Wei dan lain lainnya....main di sini tekanan tinggi...macam kata Misbun
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Sukan Badminton
best la chong wei maen semalam...tapi tu la klu lawan lin dan macam2 jadi..
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: Sukan Badminton
takmo ingat ttg Piala Thomas la....sakit hati ja....hukhukhuk
CT Gurlz- JKK Kampung
- Posts : 215
Points : 219
Join date : 10/06/2010
Location : Merata sebab selalu outstation
Re: Sukan Badminton
CT,
takpa diorang dah cuba,tapi aok jangan bimbang sebab disini kita ada Piala Tumis - nanti Abang Jem bagi tau detail...
takpa diorang dah cuba,tapi aok jangan bimbang sebab disini kita ada Piala Tumis - nanti Abang Jem bagi tau detail...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Sukan Badminton
piala tumis...?? piala apa tu..??
kalo badminton ct selalu men kat presint 16 putrajaya n balai polis cyberjaya...
ikot abg2 polis....
kalo badminton ct selalu men kat presint 16 putrajaya n balai polis cyberjaya...
ikot abg2 polis....
CT Gurlz- JKK Kampung
- Posts : 215
Points : 219
Join date : 10/06/2010
Location : Merata sebab selalu outstation
Re: Sukan Badminton
CT Gurlz wrote:piala tumis...?? piala apa tu..??

Rodong2 yg dok putrajaya sila standby di presint 16...
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: Sukan Badminton
[quote="ozzy"]
Rodong2 yg dok putrajaya sila standby di presint 16... [/quote
]
JBFC
take noted...
CT Gurlz wrote:piala tumis...?? piala apa tu..??
kalo badminton ct selalu men kat presint 16 putrajaya n balai polis cyberjaya...
ikot abg2 polis....
Rodong2 yg dok putrajaya sila standby di presint 16... [/quote
]
JBFC
take noted...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Sukan Badminton
ada ka yg kat putrajaya jg...?
kalo ada calling ct la...leh join sama....
peaceeeee.....
kalo ada calling ct la...leh join sama....
peaceeeee.....
CT Gurlz- JKK Kampung
- Posts : 215
Points : 219
Join date : 10/06/2010
Location : Merata sebab selalu outstation
Re: Sukan Badminton
CT Gurlz wrote:ada ka yg kat putrajaya jg...?
kalo ada calling ct la...leh join sama....
peaceeeee.....
forumers duduk dari merata pelusuk,nanti diorang update dan harap CT juga selalu online [ jika berkelapangan ]
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Sukan Badminton
MD wrote:CT Gurlz wrote:ada ka yg kat putrajaya jg...?
kalo ada calling ct la...leh join sama....
peaceeeee.....
forumers duduk dari merata pelusuk,nanti diorang update dan harap CT juga selalu online [ jika berkelapangan ]
mekacih MD...
insyaallah akan online tuk ikuti berita semasa...
CT Gurlz- JKK Kampung
- Posts : 215
Points : 219
Join date : 10/06/2010
Location : Merata sebab selalu outstation
Re: Sukan Badminton
MD wrote:[quote="ozzy"]CT Gurlz wrote:piala tumis...?? piala apa tu..??
kalo badminton ct selalu men kat presint 16 putrajaya n balai polis cyberjaya...
ikot abg2 polis....
Rodong2 yg dok putrajaya sila standby di presint 16... [/quote
]
JBFC
take noted...
AI AI Chip....
Ct, main ngan geng polis cyber kat ner? bleh join ke?
jbfc- Orang Kampung
- Posts : 70
Points : 71
Join date : 23/04/2009
Location : Temerloh Darul Naim
Re: Sukan Badminton
kan dah kata JBFC sudah on the line tu....
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Sukan Badminton
mohamad MD,
patutla kawan tersedak td..rupa nya aok yg nyebut nama kawan...ok la tuh...ramai agaknya waris pahang kat putrajaya...takpa koi nnt bleh check slang wokme ter...mengkala bercakak bunyi melantun2 hujung ter...sohehlah org kita belaka...hahahah!
patutla kawan tersedak td..rupa nya aok yg nyebut nama kawan...ok la tuh...ramai agaknya waris pahang kat putrajaya...takpa koi nnt bleh check slang wokme ter...mengkala bercakak bunyi melantun2 hujung ter...sohehlah org kita belaka...hahahah!
jbfc- Orang Kampung
- Posts : 70
Points : 71
Join date : 23/04/2009
Location : Temerloh Darul Naim
Re: Sukan Badminton
jbfc wrote:mohamad MD,

bergitulah yang kita harapkan....
p/s - skang nih kena seru kerap kerap heheheeee
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Sukan Badminton
[quote="jbfc"]
main kat cyber la...kat tmpt dorg...nanti ct roger...
MD wrote:ozzy wrote:CT Gurlz wrote:piala tumis...?? piala apa tu..??
kalo badminton ct selalu men kat presint 16 putrajaya n balai polis cyberjaya...
ikot abg2 polis....
Rodong2 yg dok putrajaya sila standby di presint 16... [/quote
]
JBFC
take noted...
AI AI Chip....
Ct, main ngan geng polis cyber kat ner? bleh join ke?
main kat cyber la...kat tmpt dorg...nanti ct roger...
CT Gurlz- JKK Kampung
- Posts : 215
Points : 219
Join date : 10/06/2010
Location : Merata sebab selalu outstation
Re: Sukan Badminton
MD wrote:jbfc wrote:mohamad MD,
patutla kawan tersedak td..rupa nya aok yg nyebut nama kawan...ok la tuh...ramai agaknya waris pahang kat putrajaya...takpa koi nnt bleh check slang wokme ter...mengkala bercakak bunyi melantun2 hujung ter...sohehlah org kita belaka...hahahah!
bergitulah yang kita harapkan....
p/s - skang nih kena seru kerap kerap heheheeee
yer kawan sedor diri..lama ngat tak join xtvt..last sekali bile ada Linda Onn tuh je..! InsyaALLAH cuba ejas time
jbfc- Orang Kampung
- Posts : 70
Points : 71
Join date : 23/04/2009
Location : Temerloh Darul Naim
Re: Sukan Badminton
jbfc wrote:MD wrote:jbfc wrote:mohamad MD,
patutla kawan tersedak td..rupa nya aok yg nyebut nama kawan...ok la tuh...ramai agaknya waris pahang kat putrajaya...takpa koi nnt bleh check slang wokme ter...mengkala bercakak bunyi melantun2 hujung ter...sohehlah org kita belaka...hahahah!
bergitulah yang kita harapkan....
p/s - skang nih kena seru kerap kerap heheheeee
yer kawan sedor diri..lama ngat tak join xtvt..last sekali bile ada Linda Onn tuh je..! InsyaALLAH cuba ejas time
takpa ..kalau pree boleh joint,kekadang kita ada hal yang tidak dapat ditepis..
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Re: Sukan Badminton
pertengahan bln 8 kite sambut ramadan..partner koi jbfc doh ade..
lps raye nti bole laa koi joing abg polih cyberjaya plop yer cik simplyCT..ekekek

RoyKay33- Tok Penghulu
- Posts : 1191
Points : 1222
Join date : 28/04/2009
Location : Metropolitan SQ
Re: Sukan Badminton
RoyKay33 wrote:pertengahan bln 8 kite sambut ramadan..partner koi jbfc doh ade..
lps raye nti bole laa koi joing abg polih cyberjaya plop yer cik simplyCT..ekekek
sedang molek,kawan balik kerja terus ke sana...
MD- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 4886
Points : 5166
Join date : 15/04/2009
Location : U5 Shah Alam/Jengka 4
Page 1 of 4 • 1, 2, 3, 4
Similar topics
» Badminton l Pro One Wangsa Maju l Khamis l 6 Mei 2010 l 9pm
» Sukan SEA ujian sebenar - Tengku Abdullah
» Pahang tuan rumah Badminton Sirkit Remaja
» Sukan Lumba F1
» SUKAN REMAJA PAHANG 19-23 JUN 09, JENGKA

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum