Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.
Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
+23
cikacung
Oesandro Jr.
ebe
MD
jasnoraizan
Abang Jem
SHARK
apis11
ozzy
zulkbo
along
Flint
faisalmik
RoyKay33
strikerbuncit
is_sept08
Mrcipizs
apens7
sam
J.Milan22
RR22
nuc84
Deto_8
27 posters
Page 21 of 40
Page 21 of 40 • 1 ... 12 ... 20, 21, 22 ... 30 ... 40
Re: MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
semua ada penalti.... liverpool, mu, ekekeekeke
apens7- EXCO
- Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009
Saya janji - Rooney
ROONEY (tengah) mahu terus menabur bakti di Old Trafford.
LONDON - Penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney berjanji kepada peminat The Red Devils bahawa dia tidak akan mengikut jejak Cristiano Ronaldo.
Janji tersebut pastinya sesuatu yang amat bermakna bagi peminat United tatkala bintang England itu meraikan ulang tahunnya yang kelima di Old Trafford.
Rooney, 23, kini menjadi tonggak paling utama United sejak Ronaldo menyertai Real Madrid awal musim ini.
Setelah meledakkan lima gol buat United musim ini, Rooney menegaskan, dia akan terus menyumbang lebih banyak gol buat The Red Devils.
"Saya selalu katakan bahawa saya sayangkan kelab ini dan selagi saya diperlukan di sini, saya akan terus bermain di sini. Tiada satu sebab pun untuk saya meninggalkan kelab ini.
"Saya telah dapat segalanya yang saya mahu. Keluarga saya tinggal hanya 30 minit dari sini, saya juga selesa di sini dan secara jujurnya saya sendiri tidak dapat gambaran yang saya akan pergi melainkan pengurus mahukan saya pergi," kata Rooney.
Untuk rekod, Rooney telah meledakkan 102 gol buat United sejak pengurus, Alex Ferguson membawanya dari Everton pada Ogos 2004.
- Agensi
along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Re: MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
Samseng hantar mesej kepada bintang MU
BERBATOV
--------------------------------------------------------------------------------
SOFIA – Bintang bola sepak Bulgaria yang mewakili kelab bola sepak Manchester United (MU), Dimitar Berbatov mendapat ugutan daripada seorang ketua samseng, Georgi Stoilov kerana menghantar mesej asmara kepada kekasihnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Samseng itu mendakwa Berbatov menghantar mesej itu kepada Nikoleta Lozanova.
Menurut laporan sebuah majalah di Bulgaria, Stoilov kemudian membalas semula pesanan itu dengan memberi amaran keras kepada Berbatov supaya menjauhi Lozanova.
Bagaimanapun, beberapa rakan Berbatov menganggap model itu sengaja menulis mesej tersebut bagi mencetuskan kemarahan Stoilov menyebabkan Berbatov terkejut menerima ancaman daripada ketua samseng itu. – Agensi

Reds deny Pogba inducement
In response to the wholly unfounded comments widely reported in the media of Le Havre AC President, Jean-Pierre Louvel, Manchester United wishes to categorically confirm that as a matter of club policy, and in accordance with the applicable football regulations, it does not offer inducements to the parents of players that sign for the club, such as monetary payments or the purchase of houses.
Manchester United has today written to Le Havre AC to put it on notice that action will be taken if such allegations are repeated in relation to the transfer of Paul Pogba.
Manchester United is entirely satisfied that the transfer of Paul Pogba has been conducted in accordance with the regulations set down by the world governing body, FIFA. Manchester United is ready to defend any claim brought against it by Le Havre at FIFA.
It is to be noted that all contractual documentation relating to the player’s registration with the club has already been fully ratified by The Football Association and the Premier League.-manutd.com

minggu ni lawan Spurs....adakah own goal player Spurs lagi...hehe....
Re: MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
kalah minggu ni..
Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
potong chelse dlm diam.. hehehe
apens7- EXCO
- Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009
Fergie percaya Rooney
LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson percaya Wayne Rooney (gambar) mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada- nya musim ini.
Ferguson kini terpaksa menyandarkan harapan kepada Rooney selepas ayam tambatannya, Cristiano Ronaldo berhijrah ke Real Madrid awal musim ini.
Sebelum ini, timbul pertanyaan sama ada Rooney mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronaldo yang merekodkan 84 gol dalam 196 perlawanan bersama The Red Devils.
Namun, Ferguson optimis penyerang sensasinya berusia 23 tahun itu mampu memikul tanggungjawab yang diberi dalam misi United memburu gelaran Liga Perdana England buat kali ke-19 musim ini.
"Wayne sentiasa mahukan yang terbaik dan dia telah membuktikannya. Dia sentiasa berazam untuk menampilkan yang terbaik dalam setiap perlawanan," kata Ferguson kepada majalah Inside United.
"Kadangkala dia memiliki tenaga yang cukup luar biasa. Dia boleh bergerakdi setiap penjuru padang, baik di atas mahupun di bahagian bawah.
"Tetapi dia masih muda dan pemain muda kadangkala perlu lebih banyak bersabar.
"Jika dia mampu mengekalkan konsentrasi seperti yang ditunjukkan ketika menentang Wigan, dia mampu menjaringkan lebih banyak gol."
Ferguson juga tidak menolak kemungkinan bahawa Rooney mampu mengatasi rekod legenda, Bobby Charlton sebagai penjaring terbanyak United.
Untuk rekod, Rooney telah merekodkan 102 gol dalam 243 perlawanan sejak berhijrah dari Everton pada 2004.
"Sir Bobby menjaringkan 249 gol, jadi pada peringkat ini, saya yakin Wayne yang masih muda mampu mengatasi rekod itu suatu hari nanti," tambah Ferguson. - Agensi

apens7 wrote:potong chelse dlm diam.. hehehe
besarnye harapan apens7 nih...hehehhee
apis11- Tok Empat
- Posts : 620
Points : 620
Join date : 10/04/2009
Age : 41
Location : Shah Alam
Re: MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
apis11 wrote:apens7 wrote:potong chelse dlm diam.. hehehe
besarnye harapan apens7 nih...hehehhee
saya bercakap berdasarkan pengalamn tiga tahun lalu... huhuhu...
apens7- EXCO
- Posts : 2343
Points : 2445
Join date : 15/04/2009
Re: MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
apens7 wrote:apis11 wrote:apens7 wrote:potong chelse dlm diam.. hehehe
besarnye harapan apens7 nih...hehehhee
saya bercakap berdasarkan pengalamn tiga tahun lalu... huhuhu...
tak salah berharap apens7...
apis11- Tok Empat
- Posts : 620
Points : 620
Join date : 10/04/2009
Age : 41
Location : Shah Alam
Anderson puas akhiri kemarau gol
LONDON - Anderson menamatkan penantian selama dua tahun untuk menjaringkan gol buat Manchester United selepas penyandang juara Liga Perdana England itu mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Tottenham, kelmarin.
Dua tahun selepas menyertai United, pemain tengah Brazil berusia 21 tahun itu merembat deras pada minit ke-41 bagi memberi kekalahan pertama Spurs musim ini.
"Sebagai pemain muda dia selalu berkeinginan untuk menjaringkan gol dan berharap ia adalah dorongan untuk melihat dia melakukan lebih dari itu," kata pengurus, Alex Ferguson mengenai bekas pemain FC Porto itu.
Spurs mengejutkan pasukan pelawat pada minit awal melalui sepakan akrobatik, Jermaine Defoe tetapi Ryan Giggs menyamakan kedudukan minit ke-25 melalui sepakan percuma.
Selain itu, Red Devils juga terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-30 selepas Paul Scholes dilayangkan kad merah, Wayne Rooney menambah gol ketiga pada minit ke-78 melalui satu gerakan balas pantas.
Kemenangan itu membolehkan pasukan Ferguson melonjak ke tangga kedua, di atas Manchester City dan Spurs dengan perbezaan gol. Chelsea mengatasi dengan perbezaan tiga mata selepas mencatatkan lima kemenangan berturut-turut musim ini.
"Perlawanan di White Hart Lane sentiasa memberikan kesukaran buat kami terutama selepas tugasan antarabangsa," kata Giggs.
Spurs sebelum ini menikmati kegembiraan di permulaan musim sejak kali terakhir memenangi gelaran pada 1960-61 dan mereka hanya memerlukan 52 saat untuk mengejutkan United. - AP

United tetap hebat - Fergie
LONDON - Alex Ferguson yakin Manchester United akan menutup mulut pengkritiknya dan memenangi kejuaraan Liga Perdana England buat kali keempat berturut-turut musim ini.
United dilihat semakin lemah tanpa Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez musim ini dan mula dikritik hebat selepas mempamer prestasi hambar pada awal saingan termasuk kekalahan 0-1 kepada pendatang baru, Burnley.
Begitupun, anak buah Ferguson itu sudah mula menemui rentak dan selepas membelasah Wigan 5-0 dua minggu lepas, mereka sekali lagi membuktikan kualiti sebenar apabila mencalar rekod tanpa kalah Tottenham Hotspur dengan kemenangan 3-1 di White Hart Lane kelmarin.
"Saingan musim ini baru bermula dan masih terlalu awal untuk memperkatakannya, tapi saya rasa kami akan berada pada tahap terbaik," kata Ferguson.
"Kami telah katakan sebelum musim ini bahawa kami memiliki pemain yang hebat dan mereka semakin menunjukkan peningkatan setiap masa.
"Cuba lihat Darren Fletcher sekarang dan cara dia bermain dan kami juga ada tiga pemain berpengalaman, Paul Scholes, Ryan Giggs dan Gary Neville.
"Tiada sebab mengapa kami gagal memenangi gelaran dengan memiliki pemain seperti ini. Saya meletakkan kepercayaan kepada mereka, tapi jelas sekali cabaran musim ini bukanlah mudah."
Spurs mendahului 1-0 selepas 52 saat permainan dimulakan menerusi jaringan Jermain Defoe, namun respons yang dipamerkan oleh United lebih hebat.
Giggs menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan percuma pada minit ke-24, sebelum Anderson dan Wayne Rooney menambah gol kedua dan ketiga buat Red Devils. - AFP

United elak buat silap
MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin anak-anak buahnya tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang berlaku ketika mereka tewas kepada Barcelona pada final Liga Juara-Juara musim lepas.
United mempamerkan aksi kurang bertenaga ketika tumpas 0-2 kepada juara Liga Sepanyol itu dan Ferguson mengakui kekalahan tersebut adalah satu pengajaran yang berguna menjelang pertemuan dengan Besiktas awal pagi esok.
"Kamu boleh cari punca dan alasan (atas kekalahan tersebut) tetapi lebih baik kamu cari sebab kekalahan itu," kata Ferguson.
"Mereka (Barca) jelas sekali sebuah pasukan hebat. Jika tiada sebab utama di atas kekalahan ini, maka kami perlu berasa risau. Tetapi saya rasa ada sebab yang kukuh, jadi kami akan melupakannya.
"Saya tidak mahu beritahu sebab-sebab tersebut tetapi saya telah melihat rakaman perlawanan itu dan menilainya semula. Ia membuatkan saya berasa lebih terperinci tentang persiapan dan semuanya dalam kempen ini.
"Adakah kami memiliki hotel yang sesuai? Atau perkara lain seperti itu, tentang latihan dan segala-galanya. Jadi saya sudah dapat gambaran jelas tentang setakat mana kemampuan kami.
"Saya rasa masalah tersebut boleh diselesaikan dan kejayaan juga pasti mampu dicapai." - Reuters
United mempamerkan aksi kurang bertenaga ketika tumpas 0-2 kepada juara Liga Sepanyol itu dan Ferguson mengakui kekalahan tersebut adalah satu pengajaran yang berguna menjelang pertemuan dengan Besiktas awal pagi esok.
"Kamu boleh cari punca dan alasan (atas kekalahan tersebut) tetapi lebih baik kamu cari sebab kekalahan itu," kata Ferguson.
"Mereka (Barca) jelas sekali sebuah pasukan hebat. Jika tiada sebab utama di atas kekalahan ini, maka kami perlu berasa risau. Tetapi saya rasa ada sebab yang kukuh, jadi kami akan melupakannya.
"Saya tidak mahu beritahu sebab-sebab tersebut tetapi saya telah melihat rakaman perlawanan itu dan menilainya semula. Ia membuatkan saya berasa lebih terperinci tentang persiapan dan semuanya dalam kempen ini.
"Adakah kami memiliki hotel yang sesuai? Atau perkara lain seperti itu, tentang latihan dan segala-galanya. Jadi saya sudah dapat gambaran jelas tentang setakat mana kemampuan kami.
"Saya rasa masalah tersebut boleh diselesaikan dan kejayaan juga pasti mampu dicapai." - Reuters
along- Tok Penghulu
- Posts : 1090
Points : 1280
Join date : 15/06/2009
Age : 37
Location : jerantut - wangsa maju
Re: MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
United mahu ajar City
ADEBAYOR tidak dapat mengetuai jentera serangan City malam esok kerana menjalani hukuman penggantungan perlawanan.
LONDON - Sejak beberapa musim lalu, Manchester United sering dilihat mampu memberi pengajaran berguna kepada beberapa pesaing baru yang cuba mencabar mereka.
Malam esok, jika mereka berjaya melakukannya sekali lagi ia pasti menjadi satu kepuasan cukup bermakna kerana lawan mereka kali ini ialah jiran setempat, Manchester City.
Kekayaan City yang kini dibarisi pemain-pemain bintang bakal menjadikan pertemuan di Old Trafford itu sesuatu yang ditunggu-tunggu berbanding musim-musim sebelum ini.
Namun, para pemain United bersedia memusnahkan reputasi angkuh City itu berdasarkan keyakinan diri yang dimiliki mereka.
"Mereka (City) mahu menunjukkan kepada semua yang mereka adalah raja di Manchester ini tetapi mereka sebenarnya belum mencapai status itu. Kami akan pastikan itu tidak akan berlaku," kata pemain pertahanan United, Patrice Evra.
Pertemuan setempat itu pasti menjadi penanda aras buat pengurus City, Mark Hughes sama ada pasukannya itu benar-benar mampu untuk memecah dominasi empat pasukan terhebat di England.
Bagaimanapun, City bakal turun tanpa Emmanuel Adebayor yang digantung tiga perlawanan, Robinho dan Roque Santa Cruz yang mengalami kecederaan serta Carlos Tevez yang masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan lutut. - AFP
dok behh la adebayor xdop...
tapi harap2 ader gol dari tevez nnti...
nak tgok ader kontroversi dok die celebrate nntii..wakakaka[/quote]
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
btol tuh jebat... bg tevez lak buat konterversi mcm aibayaour... hehehehe
Re: MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
ebe wrote:btol tuh jebat... bg tevez lak buat konterversi mcm aibayaour... hehehehe
setuju sanagt boh..hehehe
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
Man. United tak takut Tevez
IMBAS KEMBALI... Tevez tidak lagi menjadi bintang kesayangan peminat United selepas berhijrah ke Manchester City musim ini.
MANCHESTER - Carlos Tevez bakal menerima sambutan sebagai musuh oleh penyokong-penyokong Manchester United andai dia beraksi di Old Trafford.
Demikian amaran yang dilontarkan pengurus United, Alex Ferguson menjelang pertemuan antara United dan City pada aksi Liga Perdana England malam ini.
Bagaimanapun, Tevez masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan lutut dan belum pasti beraksi menentang bekas rakan sepasukannya dalam kunjungan sulungnya ke Old Trafford selepas berhijrah ke City musim ini.
Bagi Ferguson, dia langsung tidak menghiraukan sama ada Tevez beraksi atau tidak kerana dia menganggap Emmanuel Adebayor merupakan pemain terbaik City.
"Dia (Tevez) akan menerima kejutan daripada penyokong United. Suasana cukup berbeza ketika ini, mereka cukup emosi," kata Ferguson.
Ferguson turut membayangkan City hanya akan mula menjadi pasukan pilihan setiap kali pertemuan setempat di Manchester setelah dia bersara nanti.
United bakal turun tanpa Rio Ferdinand yang mengalami kecederaan pangkal paha dan Paul Scholes yang digantung perlawanan.
Sementara itu, pengurus City, Mark Hughes berkata, dia telah berbincang dengan pakar undang-undang kelab itu dan menyatakan mereka akan mencabar sebarang hukuman penggantungan terhadap Adebayor berhubung insiden cara dia meraikan gol ketika bertemu Arsenal minggu lalu.
Adebayor dikenakan penggantungan tiga perlawanan selepas menghentak muka penyerang Arsenal, Robin van Persie pada aksi tersebut.
"Saya rasa adalah penting untuk tidak melibatkan emosi ketika perlawanan dan itu sebahagian yang berlaku pada perlawanan besar," jelas Hughes. - AFP
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
Musibah landa United, City
DUA pasukan Manchester berdepan masalah masing-masing menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang ditunggu-tunggu di Stadium Old Trafford, malam ini.
Manchester United masih meratapi ketiadaan pertahanan kental, Rio Ferdinand manakala pasukan jiran setempatnya, Manchester City berdepan masalah membabitkan penyerang Emmanuel Adebayor dan Carlos Tevez.
Adebayor, menjaringkan empat gol dalam empat perlawanan pertama musim ini (masing-masing satu gol bagi setiap perlawanan), tidak dapat diturunkan kerana digantung tiga perlawanan akibat memijak Robin van Persie ketika menentang bekas kelabnya, Arsenal mencetuskan kontroversi minggu lalu.
Tevez, penyerang Argentina yang berpindah dari Manchester United awal musim ini untuk bersama City, dijangka tidak dapat diturunkan kerana belum dapat sembuh sepenuhnya disebabkan kecederaan lutut dialami ketika membantu negaranya pada kempen kelayakan Piala Dunia baru-baru ini.
United juga tidak boleh menurunkan pemain tengah berpengalaman Paul Scholes yang dilayangkan kad merah ketika membenam Tottenham Hotspur 3-1 di gelanggang lawan, minggu lalu, walaupun dia kemudiannya menjadi penyelamat skuad bimbingan Alex Ferguson apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan ke atas Besiktas pada kempan Liga Juara-Juara Eropah, Selasa lalu.
Di sebalik masalah itu, pemain pertahanan City, Kolo Toure tidak bimbang menjelang kunjungan mereka ke Old Trafford.
City yang berbelanja besar musim ini dengan pembelian beberapa pemain bertaraf bintang termasuk Adebayor dan Tevez, bermula cemerlang dalam EPL setakat ini, menang semua empat perlawanan liga.
United pula masih menjadi pasukan yang perlu ditumpaskan sesudah memenangi kejuaraan liga bagi tiga musim kebelakangan namun Toure percaya City berkeyakinan tinggi selepas menundukkan Arsenal minggu lalu.
“Kami cuba untuk berada dalam kelompok empat kelab terbaik di negara ini. Kami beraksi hebat menentang Arsenal. Meraih tiga mata menentang Arsenal memang fantastik.
“Kini kami perlu bertandang ke Old Trafford dan mempamerkan keupayaan sebenar kami. Ia pasti perlawanan sukar buat mereka dan kami tidak sabar untuk beraksi.
“City akan menjadi pasukan yang sukar ditewaskan musim ini kerana kami memiliki ramai pemain hebat dan bagus. Lagipun kami juga memiliki pengalaman yang luas,” katanya.
Sementara itu, Ferguson masih mengharapkan Ferdinand boleh diturunkan selepas pemain itu tidak dapat bermain ketika menentang Besiktas kerana kecederaan pangkal paha.
“Kami terpaksa tunggu dan lihat,” kata Ferguson apabila ditanya sama ada pertahanan tengah itu sempat cergas.
“Dia berasa sakit di pangkal pahanya ketika latihan selepas perlawanan Sabtu lalu dan kami tidak mahu mengambil risiko.”
Tevez pula amat terdesak untuk berdepan bekas kelabnya, United yang mengecewakannya apabila Ferguson mengabaikannya bagi beberapa perlawanan penting musim lalu termasuk final Liga Juara-Juara menentang Barcelona di Rome, Mei lalu.
Bagaimanapun, kecederaan lutut dialaminya ketika tugasan Piala Dunia menentang Brazil menafikan impiannya untuk ‘membalas dendam’ terhadap Ferguson.
Kakitangan perubatan Argentina meramalkan Tevez tidak boleh beraksi selama tiga minggu.
Ketika Robinho mengalami kecederaan buku lali dan Adebayor tidak boleh diturunkan, kehadiran Tevez amat penting bagi memperkukuhkan jentera serangan City.
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
Manchester United's Darren Fletcher celebrates after scoring his sides third goal of the game
Manchester United's Darren Fletcher celebrates after scoring his sides third goal of the game - Sunday September 20, 04:26 PM
Soccer - Barclays Premier League - Manchester United v Manchester City - Old Trafford
Manchester City's Craig Bellamy is pulled away by Manchester United's John O'Shea after getting into a altercation with a fan after the final whistle - Sunday September 20, 04:18 PM
Soccer - Barclays Premier League - Manchester United v Manchester City - Old Trafford
reff dah memng berat sebeloh hok 1 tu team tu la....
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
memng kene ayam rio ngan kecik bellamy ni...
ligat woo...
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
Manchester United's Rio Ferdinand (right) shows his frustration after Manchester City's Craig Bellamy scores his sides third goal of the game
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
evra yg nakal...hehehe
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
owen dengn tidak di sangka menjadi heroin malam tu..kekeke
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Re: MANCHESTER UNITED :: THE RED DEVILS
fan manyu hok emo ke tevez..... :mrgreen: :mrgreen:
J.Milan22- EXCO
- Posts : 2416
Points : 2494
Join date : 14/04/2009
Location : Sempadan San Siroo.....
Page 21 of 40 • 1 ... 12 ... 20, 21, 22 ... 30 ... 40
Similar topics
» Young Elephants vs Man United Malaysia, TBA
» ARSENAL::THE GUNNERS
» Futsal Friendly :: Young Elephants PCC vs Saudi United
» Piala FA l Felda United vs Pahang, Sabtu, 6/2/2010, Std. KLFA Cheras
» LIVERPOOL :: THE REDS
» ARSENAL::THE GUNNERS
» Futsal Friendly :: Young Elephants PCC vs Saudi United
» Piala FA l Felda United vs Pahang, Sabtu, 6/2/2010, Std. KLFA Cheras
» LIVERPOOL :: THE REDS
Page 21 of 40
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum