Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan

Join the forum, it's quick and easy

Selamat Datang ke Komuniti Anak Pahang. Forum untuk apa jua berkaitan dengan negeri tercinta

Terima kasih atas sokongan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUES
by faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am

» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am

» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am

» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm

» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm

» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm

» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm

» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm

» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm

» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm

MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010

Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8

Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.

Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....

Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.


Comments: 42

PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN

Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86



Comments: 19

Facebook
Pahang Community on Facebook
Pahang Sports Zone FB
Pahang Sports Zone on Facebook

Lipis :: Penduduk gesa baiki jalan rosak

3 posters

Go down

Lipis :: Penduduk gesa baiki jalan rosak Empty Lipis :: Penduduk gesa baiki jalan rosak

Post  Deto_8 Sun Jan 17, 2010 7:31 pm

LIPIS - Penduduk di dua kampung iaitu Kampung Tanjung Buluh dan Tanjung Yon meminta Pejabat Daerah Lipis membaiki jalan (PLB) berikutan rosak teruk sejak beberapa tahun lalu.

Ketua Kampung Tanjung Buluh dan Tanjung Yon, Mohd Nordin Salleh berkata, kerosakan laluan itu menyukarkan penduduk untuk urusan harian mereka, bahkan berbahaya terutama pada waktu malam.

Menurutnya, pihaknya dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung membuat dua aduan berkaitan permasalahan itu kepada pihak berkenaan untuk diambil tindakan lanjut.

“Jalan ini lama rosak dan perlu dibaiki segera demi kemudahan penduduk kampung berulang alik ke tempat kerja dan urusan harian mereka.

“Namun sehingga kini laluan ini masih tidak dibaiki, malahan jalan dari Kampung Tanjung Buluh ke Tanjung Yon sempit hingga menyukarkan kenderaan berselisih.

“Saya sudah berbincang dengan penduduk dan JKKK supaya jalan ini diperbesar dan penduduk sepakat tidak menuntut sebarang pampasan atas pengambil sedikit tanah mereka untuk tujuan itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tinjauan semalam mendapati, keadaan jalan yang menghubung kedua-dua kampung itu amat teruk malah di kiri kanannya terdapat lubang besar hingga membahayakan kenderaan.

Beliau berkata, penduduk meminta pihak berkenaan supaya segera membaiki jalan itu demi kebaikan semua.

“Pada November tahun lalu, satu kebakaran rumah penduduk tetapi bomba dan penyelamat begitu sukar untuk sampai ke lokasi kebakaran kerana jalan sempit dan berlubang sana-sini,” katanya.

Penduduk, Sabri Liki, 48, berkata, jalan itu memang rosak teruk dan sepatutnya pihak berkenaan membaikinya setiap lima tahun sekali.

“Sebaliknya, sudah sepuluh tahun jalan dari Tanjung Buluh ke Tanjung Yon dibaiki. Hari demi hari lubang kian besar dan dalam hingga berbahaya kepada pengguna terutama motosikal.

“Saya meminta pihak berkenaan terutama Pejabat Daerah Lipis supaya segera keluarkan peruntukan untuk membaiki jalan ini.

“Perkara ini sudah dimaklumkan kepada JKKK untuk dipanjangkan Ahli Dewan Unda:ngan Negeri (ADUN) Cheka, Datuk Fong Koong Fuee,” katanya.

Bagaimanapun katanya, Koong Fuee meminta ketua kampung ajukan surat permohonan dan hantar ke pejabatnya.

“Sekiranya ada surat permohonan, barulah beliau usahakan namun sehingga sekarang ini tiada sebarang jawapan. Surat susulan JKKK sudah hantar kepada beliau,” katanya.

Sabri berkata, jalan itu dibina sekitar 80-an dan keadaan sekarang, kelebaran tidak sesuai lagi.

“Oleh itu, penduduk minta pihak berkenaan lebarkan sedikit untuk kemudahan semua. Penduduk juga bersepakat tidak meminta sebarang pampasan untuk tujuan lebar laluan ini,” katanya.

sumber : Sinar Harian
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Lipis :: Penduduk gesa baiki jalan rosak Empty Re: Lipis :: Penduduk gesa baiki jalan rosak

Post  zulkbo Sun Jan 24, 2010 12:59 am

Gini lah selalu gaya nya.. Evil or Very Mad
zulkbo
zulkbo
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 6398
Points : 6904
Join date : 15/06/2009
Location : PCC 049

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Lipis :: Penduduk gesa baiki jalan rosak Empty Re: Lipis :: Penduduk gesa baiki jalan rosak

Post  Awangmaseru Tue Mar 09, 2010 7:29 am

zulkbo wrote:Gini lah selalu gaya nya.. Evil or Very Mad

Orang yg diberi tanggungjawap pandang sebelah mata, keje mcm tu tuan DO pun boleh selesaikan kalau dilapurkan cara betul.

Awangmaseru
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 252
Points : 294
Join date : 30/11/2009
Age : 62
Location : ulu cheka/jerantut

http://www.mohlaweh.multiply.com

Back to top Go down

Lipis :: Penduduk gesa baiki jalan rosak Empty Re: Lipis :: Penduduk gesa baiki jalan rosak

Post  Awangmaseru Tue Mar 09, 2010 7:33 am

Kepada kaki pancing PCC sila ambil perhatian, lubok kat Tg Yong tu korang dah try ke ?

Awangmaseru
JKK Kampung
JKK Kampung

Posts : 252
Points : 294
Join date : 30/11/2009
Age : 62
Location : ulu cheka/jerantut

http://www.mohlaweh.multiply.com

Back to top Go down

Lipis :: Penduduk gesa baiki jalan rosak Empty Re: Lipis :: Penduduk gesa baiki jalan rosak

Post  Deto_8 Tue Mar 09, 2010 10:18 am

Awangmaseru wrote:Kepada kaki pancing PCC sila ambil perhatian, lubok kat Tg Yong tu korang dah try ke ?

belum try lagi rasanya puok ni
Deto_8
Deto_8
PCC Kuala Lumpur
PCC Kuala Lumpur

Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]

Back to top Go down

Lipis :: Penduduk gesa baiki jalan rosak Empty Re: Lipis :: Penduduk gesa baiki jalan rosak

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum