Log in
Latest topics
» CHELSEA :: THE BLUESby faisalmik Thu Jan 07, 2016 9:31 am
» Bandar Koboi Tong Kiat @ Pekan Sungai Jerik
by MystiqueLove Sun Jun 21, 2015 4:26 am
» pasukan Pahang tengah power ni
by damien mikael Tue Mar 10, 2015 2:22 am
» 2 BUAH AIR-CON MURAH UNTUK DIJUAL
by anajo Fri Nov 28, 2014 8:33 pm
» Adakah anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan hanya melalui internet sahaja?
by cucu cicit Wed Oct 08, 2014 2:38 pm
» Pantai Peranginan di Pekan
by cucu cicit Wed Aug 27, 2014 2:42 pm
» salam perkenalan kepada rodong2 seluruh pahang
by jai bentong Mon Dec 23, 2013 5:40 pm
» Perpustakaan Manga (Komik & Novel versi BM sahaja)
by Manga2 Mon Oct 21, 2013 4:50 pm
» Artis,Pelakon dan Penggiat Seni Berasal dari Pahang
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 7:05 pm
» Kemana hilangnya ilmu Pawang2 dan bomoh2 handal DiNegeri Pahang ini?
by sayedchenor Fri Sep 13, 2013 6:45 pm
MALAYSIA FUTSAL E-FANS & MEDIA 2010
Wed Apr 07, 2010 5:53 pm by Deto_8
Futsal E-fans & Media Edisi Ketiga Tahun 2010 dijangka diadakan pada 5hb June 2010, Sabtu.
Insya Allah PCC akan menghantar 1 team....
Meeting penyelarasan akan dibuat dalam masa terdekat.

Comments: 42
PCC MENYOKONG KEMPEN HARAPAN TANPA SUARA - KAMI PRIHATIN
Wed Apr 28, 2010 1:25 pm by sakur@86
Comments: 19
Temerloh :: Tindakan buang daerah pembeli getah curi
+2
Yassin
Deto_8
6 posters
:: PAHANG NEGERIKU :: BERITA DAERAH :: TEMERLOH :: BANDAR IKAN PATIN :: BERITA SEMASA & INFO TERKINI
Page 1 of 1
Temerloh :: Tindakan buang daerah pembeli getah curi
TEMERLOH – Polis akan mengambil tindakan tegas termasuk buang daerah terhadap pelesen getah yang ditangkap membeli hasil getah curi daripada penjual di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, tindakan tegas terpaksa diambil berikutan kebimbangan berlaku peningkatan kes curi getah di sekitar daerah ini.
Menurutnya, tindakan buang daerah itu adalah salah satu usaha mengekang jenayah berkenaan daripada terus membelenggu penoreh dan pemilik kebun getah yang kecewa kerana hasil mereka kerap dicuri.
“Tindakan buang daerah terpaksa diambil berikutan polis tidak mempunyai bukti kukuh pelesen yang membeli getah curi.
“Polis terpaksa menggunakan kaedah pencegahan terhadap kes-kes yang tidak boleh dibawa ke mahkamah seperti pelesen yang membeli getah curi,” katanya semalam.
Beliau berkata demikian sewaktu dialog Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Lembaga Getah Malaysia Wilayah Timur dan pelesen getah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, di sini semalam.
Turut hadir Penolong Pegawai Penguatkuasa Lembaga Getah Malaysia Wilayah Timur Hamzah Baharudin, Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Zundin Mahmud.
Ahmad Fadzillah berkata, polis memandang serius kes kecurian getah yang sering berlaku di kampung-kampung dan bimbang jika penduduk mengambil tindakan sendiri terhadap pencuri getah.
Beliau berkata, sebelum terjadi sesuatu yang lebih teruk polis akan menggunakan kuasa membendung kegiatan ini daripada terus menghantui penduduk kampung.
Menurutnya, sepanjang tahun lalu sebanyak empat kes curi getah di kawasan Mentakab, Kuala Krau dan Lanchang berjaya diselesaikan. Kesemua yang disyaki pencuri getah didakwa di mahkamah.
“Polis menerima satu kes yang berlaku di daerah Temerloh awal tahun ini dan suspek dikenalpasti serta sedang dalam siasatan,” katanya.
Sementara itu Ahmad Fadzillah berkata, Lembaga Getah Malaysia juga bercadang untuk mengenakan syarat baru kepada penoreh dan penjual getah.
Menurutnya, beliau difahamkan setiap pemilik dan penjual getah perlu mempunyai lesen atau kad rasmi baki setiap urus niaga dilakukan dengan pelesen.
Beliau berkata, sehingga sekarang penjual dan pemilik getah masih menggunakan kad pengenalan dalam setiap urusan jual beli bagi mengelakkan berlaku urus niaga hasil getah curi.
sumber : Sinar Harian

Deto_8- PCC Kuala Lumpur
- Posts : 5641
Points : 6570
Join date : 11/04/2009
Location : Saujana Utama & Jengka 3 [PCC 003]
Re: Temerloh :: Tindakan buang daerah pembeli getah curi
Kawan kalau nak bercerita bab orang buang daerah ini (PCO) ngape org suka ngat hantor ke Jerantut nei...nape dema ingat Jerantut nie hulu ngat ker?? hehehe nok ke kolumpor cuma 2 1/2 jam aje, ke Temerloh sejam aje.... jgn ingat sebab sebut Ulu Tembeling jadi dema berfikir org Jerantut nie kuno juge hehehe....utk rekod dulu2 mmg byk geng buang daerah di campakan ke daerah ini.
Re: Temerloh :: Tindakan buang daerah pembeli getah curi
Yassin wrote:Kawan kalau nak bercerita bab orang buang daerah ini (PCO) ngape org suka ngat hantor ke Jerantut nei...nape dema ingat Jerantut nie hulu ngat ker?? hehehe nok ke kolumpor cuma 2 1/2 jam aje, ke Temerloh sejam aje.... jgn ingat sebab sebut Ulu Tembeling jadi dema berfikir org Jerantut nie kuno juge hehehe....utk rekod dulu2 mmg byk geng buang daerah di campakan ke daerah ini.
uikk..jgn la marohh..pasal deme tu bukan org jerantut tu yg buang ke jerantut..mekala org jerantut dok la buang ke situ kot..hehe
ozzy- Skuad Terjah PCC
- Posts : 2216
Points : 2310
Join date : 21/05/2009
Location : Jengka 6, PJ
Re: Temerloh :: Tindakan buang daerah pembeli getah curi
Yassin wrote:Kawan kalau nak bercerita bab orang buang daerah ini (PCO) ngape org suka ngat hantor ke Jerantut nei...nape dema ingat Jerantut nie hulu ngat ker?? hehehe nok ke kolumpor cuma 2 1/2 jam aje, ke Temerloh sejam aje.... jgn ingat sebab sebut Ulu Tembeling jadi dema berfikir org Jerantut nie kuno juge hehehe....utk rekod dulu2 mmg byk geng buang daerah di campakan ke daerah ini.
sebab koi lebih prefer yang buat jahat di Pahang ni
di buang negeri bukan daerah..seelok hanto je ke
sabah serawak
Re: Temerloh :: Tindakan buang daerah pembeli getah curi
BERA pun byk jd sasaran....
sbnrnya hok kena buang daerah tu bkn dr negeri pahang pun..
diorg dr negeri len jugak..
so, mcm buang negeri la jugopsss... ekekekeke...

Mrcipizs- Tok Penghulu
- Posts : 1106
Points : 1131
Join date : 15/04/2009
Age : 43
Location : Angkasa?
Re: Temerloh :: Tindakan buang daerah pembeli getah curi
SAYA BUKAN SAHAJA MENYOKONG TINDAKAN BUANG DAERAH KEPADA PEMBELI TETAPI DENGAN PENJUAL TU SEKALI..MEMANG KEGIATAN MENCURI GETAH INI MENJADI JADI SEJAK HARGA GETAH DAH MULA NAIK NI,TERUTAMA NYA KEBUN GETAH YANG BERHAMPIRAN DENGAN JALAN RAYA.DI KG SAYA KG PULAU PASIR MANDI HINGGA KE KG YANG BERHAMPIRAN HUTAN LIPUR GUNUNG SENYUM SAPERTI KG TELUK SABAK,KG BATU SAWAR HINGGA KE RUMPUM MAKMUR..SERING BERLAKU KECURIAN GETAH.
http://hazis.wordpress.com
http://hazis.wordpress.com
Similar topics
» Temerloh :: Peniaga ikan persoal tindakan Puspakom
» Info Daerah : Temerloh
» PENGGALAK PENGELUARAN SUSU GETAH
» Perkim gesa tindakan tegas
» POKOK GETAH TAK ADA SUSU/KULIT MATI
» Info Daerah : Temerloh
» PENGGALAK PENGELUARAN SUSU GETAH
» Perkim gesa tindakan tegas
» POKOK GETAH TAK ADA SUSU/KULIT MATI
:: PAHANG NEGERIKU :: BERITA DAERAH :: TEMERLOH :: BANDAR IKAN PATIN :: BERITA SEMASA & INFO TERKINI
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum